Selasa, Disember 28, 2010

Saya Bercuti!

Saya bercuti sehingga 7 Januari 2011.

Petang tadi, saya meminta krew 999 melaksanakan projek khas saya rencanakan di Sunway Damansara, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Jika maklumat tidak bocor, InsyaAllah esok akan dirakamkan operasi bersama pihak polis.

Sewaktu krew menjalankan tugasan mereka, saya merayau di kawasan sekitar PJU 5/9 dan memasuki premis ini.


"Wah! Berani you orang jual VCD, DVD cetak rompak?," soal saya.

"Berniagalah bos," ujar pekerja di kaunter.

5 minit selepas saya keluar kejadian berikut berlaku.


Saya hanya merakamkan gambar, mereka malu?

Tidak jauh dari lokasi itu, say terlihat ini ...


7 ruang parkir kereta digunakan restoran untuk meletakkan meja dan kerusi untuk pelanggan.

"Macam mana kereta mahu parking? Tengok sana terpaksa double park," ujar saya kepada penyelia kedai.


Kurang 5 minit kemudian kejdian berikut berlaku ...


Tetapi wanita ini, berbeza reaksinya.


"Orang mana?," soal saya.

"Orang sini," ujarnya.

Loghatnya kedengaran seperti warga Indonesia. Pemilik gerai berdiri di kawasan sama kemudian mencelah ..

"Saya orang Minangkabau, dah 25 tahun duduk sini," katanya.

"Tetapi itu bukan lesen untuk berniaga di lokasi tidak dibenarkan. Hairan peniaga tempatan takut takut berniaga tanpa lesen, engkau orang berani," balas saya.


Mereka terus berniaga di ruang parkir.

Selepas itu saya meninjau kawasan sekitar dan terlihat ini!


... dan ini!


Ya! Lebih banyak lebih 60 ruang parkir 'diambil alih' 2 restoran, diletakkan meja dan kerusi.

.... Ok! Ok! Ok! Saya bercuti!

Biar penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya bekerja!

Sebelum pulang ke rumah, saya terjeling ini ...


Tidak jelas?


Ha! Nampak pun ...

21 ulasan:

  1. salam bro mazidul, bro sama je dlm bertugas dgn x bertugas hati tetap prihatin pada persekitaran & peristiwa semasa...memang dah jadi darah daging gitu ya tak...moga berjaya bro...

    BalasPadam
  2. Salam Mazidul, begitu kehendaknya bila sesuatu keburukan itu dapat kita tegah dan cegah sama ada dengan mulut, tangan dan hati. Anda telah melakukan yang terbaik tahniah.
    Jom Singgah "Jalan-jalan Ke Blog akuanakpahang. "

    BalasPadam
  3. salam en mazidul
    moga bercuti ngan aman dan rehat sebenar-benarnya...moga 2011 hadir dengan bertenaga...

    erkkk...ramailah pengomen dari orang pahang arinih...hehehe

    BalasPadam
  4. kekadang 60 ruang parkir tue masih xcukup lagi, sabtu ahad ramai org makan kat situ. ingat diorang ada bayar MBPJ untuk sewa parking...

    but anyway, thanks for sharing :)

    BalasPadam
  5. Salam Mazidul, kami baru sampai ke blog ni, first impression, kami merasa kagum!. Disebabkan blog ini tidak membenarkan penggunaan 'Name' dan 'URL' untuk blog Wordpress seperti kami, kami memilih untuk gunakan akaun Google saja.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Iawani, welcome to my blog!

    Ms/Mr Red Ribbon, di Petaling Jaya belum lagi ada undang-undang membenarkan mereka menyewa ruang parkir, as far as I know.

    Anak Ulu Cheka, Anak Pahang, terima kasih banyak-banyak.

    BalasPadam
  8. Salam,
    Selamat bercuti.

    Nampaknya ramai orang lebih takutkan sdr daripada pihak berkuasa ;)

    Syabas! maknanya mereka dah tahu apa akan jadi kalau berdegil

    BalasPadam
  9. Saya suuuukkaaa sangat post yang ini. Bravo Mr. Mazidul

    BalasPadam
  10. Saya nak ikut stail Bro buleh,,??? kemana saja membawa kamera, dan apa saja kesalahan yang orang lain buat cuba bertanya...heheheApa pun Bro dah macam penguatkuasa bagi mereka...asal tanya dan ambil gambar je, kelam kabut terus tutup...Tapi mungkin yang dari minangkabau tu tak ada TV so tak tau siapa Bro Mazidul...Syabas

    BalasPadam
  11. ekeke kelakar baca entry nieh..reti lak takut yer...

    BalasPadam
  12. Masakan penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya tak tahu.Bukan masa tu diluar waktu bertugas.
    Mereka tak ambuil kisah atau dah ada habuan masing-masing.

    BalasPadam
  13. @Photographer RAZAK RAMLI,saya pun terfikir gitu juga. Sebab tu tutup sebelah mata jer...

    BalasPadam
  14. penguatkuasa bekerja 24 jam sedara mazidul.
    jangan kata mereka tak buat kerja.
    kah...kah....kah....
    kerja cari makan.
    dapat teh tarik ngan roti pisang sorang sekeping selesai masaalah semua..
    tak betul ke apa yangaku tulis ni????
    kalau tak betul masakan saudara mazidul bolih ambil gambar dan masukan dalam blog ni.
    sedangkan saudara yang tegur mereka dah tutup kedai...kenapa dengan penguatkusa mereka tak takut?
    sebabnya...tangkap lahh berapa banyak pun...ala bolih kawtim ma...
    yang tangkap penguatkuasa melayu..melayu bila2 bolih bili maaa.
    apa mau helan..dari bawah sampai atas wa sulah kasi makan..
    sedara anyss..mereka bukan takut kat sedara mazidul...tapi mereka tak heran dengan MPPJ.
    orang kedah kata....ULORQ...ULORQ LA KALAU DEPA MAI.

    BalasPadam
  15. Wahh... diorang dah alert dengan kedatangan abang mazidul... kot, sebab diorang takut lepas abang mazidul balik jer mesti kedai diorang akan diserbu kot... hehehe... agak jer ar...
    Abang mazidul nih betul-betul kotmitmen pada kerja sampai waktu cuti pun masih sempat menjeling-jeling.... hehehe... bahaya punya jelingan!

    BalasPadam
  16. Belum pernah sampai ke area ini, tapi tengok gayanya, memang semua peniaga Cina tu kurang ajar dan tidak takut kepada undang-undang dan tata tertib hidup sebagai rakyat Malasia.

    BalasPadam
  17. Ala, sebab mazidul. Tu yg gelabah tak masal.
    Cuba kalau kita yang buat, bukan derang (peniaga) heran pun. Sesilap kita di makinya balik.

    Eh yalah. Typo error tu.
    "Saya bercuti sehingga 7 Januari 2010."
    2011 ler tu kan...?

    BalasPadam
  18. hehehe..gitu diorang selamba. tapi saya memang tak puas hati dengan orang yang buka meja kat parking.

    selamat bercuti...fikiran biar tenang..biar pihak bertanggungjawab buat kerja. abang dah banyak dedahkan kepincangan.

    BalasPadam
  19. salam En. Mazidul, selama ni jadi silent reader..tp kali ni terpanggil untuk buat ulasan..

    -biar sedang bercuti, namun kamera masih bekerja...-

    nak tanya..dlm entry 'romi si pelayan'..adakah itu romihamiza mohd som yang bekerja di Affin Bank? sekiranya benar, sampaikan salam saya padanya..dari sahabat lama dia

    tq

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.