Khamis, Disember 23, 2010

Rindu Nak Dengar Suara ...

Kita kerap menghubungi kenalan atas urusan peribadi atau kerja melalui telefon bimbit.

Majoriti panggilan berjawab, sebilangan tidak.

Bagi panggilan tidak berjawab, barangkali pemilik telefon teramat sibuk sehingga tidak mempunyai masa  kurang 10 saat untuk mengangkat panggilan dan berkata ...

"Sorry bro, ada kerja sikit, I will call you back"

2 perkataan, mengambil masa kira-kira 1 saat untuk disebut 

Itu antara  kaedah  praktikal sering saya gunakan untuk menganggarkan durasi skrip paparan televisyen. Maksudnya, sebilangan individu dihubungi sebelum ini tidak mempunyai masa 5 saat untuk menyebut 10 perkataan seperti tercatat di atas. 

Andai kata sewaktu telefon berdering mereka sedang bermesyuarat, apa salahnya jika sejurus selepas deringan berhenti, hantarkan pesanan ringkas ...

'Meeting, will call you back'

Bersama kita tanamkan di benak fikiran, bukan semua orang menghubungi kita bertujuan untuk menyusahkan kehidupan.

Mungkin kita ditelefon untuk memaklumkan perkara penting.

Berikut kisah berbeza.

Pada masa terluang, saya gemar menghubungi rakan. Sebilangan kini berjawatan tinggi di syarikat mereka bertugas.

"Ada apa Mazidul?"

Itu antara soalan kerap dilontarkan sebaik panggilan dijawab.

Jawaban saya mudah ...

"Tak ada apa. Rindu nak dengar suara, itu sahaja"

Jika dia berkata ...

"Alahai! Ya ke?"

 Berikut respon spontan saya ...

"Panggilan ini sebagai bukti, di waktu kita dilupakan, kita ingat awak sebagai kawan. Terima kasih banyak"

 Cubalah, sesekali mengusik kenalan, apa salahnya?

24 ulasan:

  1. Salam
    Pernyataan yang terakhir tu 'sweet' la..:)

    BalasPadam
  2. Bagus juga idea ini. Kita sudah terlalu leka berbual di hujung jari sampai lupa suara yang sebelum ini sangat dirindui! :)

    BalasPadam
  3. salam...
    abg mazidul..hehehe..so sweet..kwn yg baik..:)

    BalasPadam
  4. huhuhuhuhuhu..
    sgt sweet.....
    mst kwn terharu kn..

    BalasPadam
  5. hehehe~

    dan kadangkala asyik dengar suara yang dirindui, boleh melambungkan bil telefon yang dilanggani~

    :)

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum

    Hhehe..pagi-pagi ni terasa nak berbuat begitu, apakan daya, handphone kena block sebab bil tidak dibayar lagi..:) Aku pun suka tiba-tiba bertanyakan khabar pada kawan-kawan..:) seronok macam tu..

    BalasPadam
  7. salam,
    kat atas tu suruh sms.. so tak berani nak call...

    BalasPadam
  8. ye la.. sayapun annoyed kalu org takut nak jawab tipon sebab konon bizi giler.. sedangkan kita cuma nak bertanya kabau..

    bagus idea tu.....

    BalasPadam
  9. selalu juga begitu. teringat kawan lantas call. harap2 ada juga yg igt terhadap kite seperti itu juga...

    BalasPadam
  10. ...nawaitu yg penting. Sekurang2nya anda seorang yg perihatin terhadap kawan.Nilai persahabatan kekadang boleh diukur dari situ...Tahniah kerana anda seorang yg pihatin terhadap kawan.....psssttt ke sauadara call/sms kawan yg berjawatan tinggi saja.?...ekekeke

    BalasPadam
  11. Salam mazidul.. sesekali elok juga kita telepon kekawan kita dan dia org sepatutnya memberi respon yang baik begitulah tanda persahabatan.
    New Entry "Cukup sampai disini sayang..."

    BalasPadam
  12. saya sangat suka membaca entri ini. :) terima kasih saudara mazidul.

    BalasPadam
  13. terasa hati sangat, bila kita telefon, suara dihujung jawab..'ha, apa hal'

    mudahnya melupakan seorang kawan

    BalasPadam
  14. salam.. abg mazidul.. nak suh abg bazidul baca ni.. ternganga saya bila baca ni..

    http://kamilace.com/2010/08/serius-ini-memang-celaka.html

    BalasPadam
  15. hehe..
    kadang2 kawan2 lama suka bg alasan mcm ni. saya pun suka bg juga...saje..hehe

    BalasPadam
  16. sekali da call kawan lama, paling kurang pown 30 minit...

    BalasPadam
  17. Ehhh I pun rindu nak dengar suara BRO dalam fon. Adakah sama dengan yang selalu dengar di TV tu? :)

    BalasPadam
  18. Bro Dol, ramai kawan-kawan saya yang macam tu masa dahulu, mungkin benar-benar sibuk. Sekarang ramai yang suka jawab call, mungkin dah ada tahap kesedaran.

    BalasPadam
  19. Terima kasih...

    Satu tips yang baik daripada Saudara Mazidul..
    Jarang ada kawan2 call.. Sebab saya pun jarang call kawan2.. Masing-masing dah sibuk dgn keluarga dan kerjaya..

    Jd lepas ni boleh praktikkan apa yang saudara Mazidul ajar..

    Hari2 saya terima panggilan telefon semua dgr masalah pelajar. Ada nak sambung belajar, nak transkrip, masalah tentang keputusan peperiksaan, pelajar buat rayuan, surat akuan, surat pengesahan dll.

    Pastu ada pula panggilan nak offer kredit kad, insurans, peluang perniagaan, pinjaman dll..

    P/S: tengah tertunggu-tunggu panggilan telefon dari seorang yg jujur nak bagi hadiah secara ikhlas kepada saya ;)hehehe..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.