Anak saya, Muhamad Afif Faiq, 12 tahun menerima sijil kecemerlangan kerana meraih keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR sempena Program Juara Rakyat di Apartment Damansara Bistari, SS2, Petaling Jaya, Selangor. Sijail disampaikan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Datuk Ikhwan Salim Datuk Sujak pada jam, 4.30 petang tadi.
Afif berbaju hijau akan melanjutkan pelajarannya ke sekolah cemerlang, Sekolah Menengah Damansara Utama bermula tahun hadapan.
Sewaktu dalam perjalanan pulang, kami singgah di No 01-1, Jalan Cecawi 8/33, Seksyen 8, Kota Damansara. Tingkat 1, di atas pasaraya Save More.
Masuk ke pusat hiburan karaoke keluarga terbabit, kami disambut pekerja, Muhammad Ikhwan Akhbar, 20 tahun.
"Saya mula kerja di sini sejak Oktober lalu," ujar anak kelahiran Klang, Selangor itu.
Rakan setugas Ikhwan, Muhammad Syukri Mohd Yusof dan Mahfudz Muhamad Sukri bersedia di kaunter bersedia menerima tempahan bilik.
"Di sini keluarga selalu datang, sewa bilik mengikut masa dan saiz," kata Mahfudz, duduk di sebelah kanan.
Se jug Coca Cola diberikan percuma bagi setiap tempahan manakala makanan ringan dijual dengan harga berpatutan.
Pusat karaoke ini dibuka di antara jam 4 petang dan 2 pagi, Isnin sehingga Jumaat manakala di antara jam 12 tengahari dan 3 pagi pada hujung minggu.
Hiasan dalaman premis, simple.
Sound System? Not bad at all.
Kita tidak perlu menjerit untuk menyanyi sambil boleh duduk selesa di sofa disediakan. Sewaktu kunjungan, saya rakamkan gambar pelanggan remaja di bilik berlainan.
Yup! No alcohol and no drugs! Berhibur secara bersih, gembira dan mudah.
Bak kata Ikhwan ...
"Abang select lagu guna remote control"
"Then nyanyi"
Tetapi biar sepenuh hati! Macam ini!
Clap! Clap! Clap!
Apa pun sebenarnya, Ikhwan hanya menunjukkan demonstarasi kepada saya dengan kebenarannya bosnya, Ahmad Kamal Kamruddin, 28 tahun berasal dari Pulau Pinang.
Kata Ikhwan, saya menyanyi macam batu, berdiri tanpa gaya. Ya lah, orang tua Ikhwan oi!
Namun apabila saya mula mendendangkan lagu 'Bara' nyanyian Awie, dia terdiam buat seketika.
Sedap juga suara orang tua ni, barangkali begitu detik hatinya.
Ehem! Ehem!
Jika ingin berkunjung ke Suara Kita bersama keluarga atau rakan, sila hubungi Ikhwan di talian 03 8142 3151 untuk tempahan bilik.
tahniah pada Afif dan enMAS..semoga menjadi anak yang bakal membanggakan kedua ibubapanya..amin..
BalasPadammacam best je..bolehla buat blogger melalak pasni.heheheh..
BalasPadamSalam Bro,
BalasPadamTahniah buat Afif... mudah-mudahan lebih berjaya dimasa hadapan... Walaupun no alcohol and drugs... nampak cam x sesuai buat remaja lelaki dan perempuan bercampur dalam sebuah bilik... mungkin lebih sesuai buat kunjungan keluarga... hanya pandangan 1 sen saya...
Afif skolah kt DU? DJ pun ok jugak..damansara jaya...anyway, gudluck to afif..jgn main2..study leklok...
BalasPadamlepas ni buat gath blogger kt sini plak bro mazidul.. kih3..
BalasPadamhuhuhuhuhuhuhu.....
BalasPadamlike2..
sy jgk ske berhibur di pusat2 karaoke seperti ini....
no drug, no alcohol.....
sy xpernah berkarok (karaoke) ...
BalasPadamtahniah pada bro Mazidul dan anak...
BalasPadamIdea baguslah karaoke gini. Nak ciplaklah... Heee... Tapi dinding kacalah... yang lut sinar dan dibuka pada siang hari jer... Di samping tu ada wifi section juga (berangan...!)
BalasPadamTahniah kepada Md Afif dan Ibu Bapanya...;). Semoga Afif teruskan kecemerlangan ini.
salam...
BalasPadamtahniah pada afif (dan ayah ngan maknyee) hehehe
Tahniah untuk kejayaan Afif.. satu permulaan yang baik. Adam kena ikut jejak abang Afif jugak nih..
BalasPadamSaya ngan famili biasa karoke kat one utama jek.. Kat box kecik tu.. yang penting hepi.
Tahniah untuk Afif serta ayah dan ibu Afif kerana berjaya mendidik Afif sehingga mencapai kejayaan. Walaupun ayahnya selalu berjauhan tapi matlamat tercapai. Bagus lokasi karaoke tu, berjauhan dari kawasan penduduk, suara sedap ke tidak ke, hentam sajalah, janji Happy!
BalasPadam