Selasa, November 30, 2010

Satu Lagi Blog Gay Memaparkan Gambar Bogel Pasangannya Muncul (Pelawat Berusia Kurang 18 tahun DILARANG KERAS Membaca Tampalan Ini) UPDATED

Sebelum ini muncul blog gay memaparkan gambar bogel lelaki didakwa melakukan hubungan seks sejenis bersama pemilik blog secara terbuka. 

Majoriti lelaki mengadakan hubungan seks bersama blogger terbabit didakwa 'abang rimau' atau anggota tentera, sebilangan mereka dipaparkan berseragam. 

Setelah diterjah, blogger terbabit, kemudian menghantar emel kepada saya dan memohon agar identitinya tidak didedahkan. Dia kemudian bertindak menutup blog terbabit dan membuka blog baru.

Melalui pengamatan saya, blog barunya tidak lagi memaparkan gambar bogel lelaki namun majoriti tampalan masih membayangkan kecenderungan jelas blogger terbabit meminati kaum sejenis.

Jika saya dedahkan identiti sebenar blogger terbabit, saya pasti dia akan kehilangan pekerjaannya di Kelantan.

Terbaru, seorang daripada pembaca blog ini meminta saya mendedahkan satu lagi blog tidak jauh berbeza kandungannya. Blog memaparkan gambar bogel ramai lelaki gila kan seks sejenis, rated XXX.

Bukan objektif saya ingin mendorong pembaca menjadi follower blog terbabit, mengecam atau mencerca tetapi sekadar berhasrat mengajak semua menasihatkan pemilik blog agar tidak terus berbangga dengan kegiatannya. 

AMARAN KERAS, pembaca berusia kurang 18 tahun dilarang membuka blog saya maksudkan.

Saya percaya kebanyakkan daripada lelaki dirakamkan berbogel dimuatkan di blog ini tidak reda dengan tindakan pemilik blog terbabit. Nafsu songsang barangkali memerangkap mereka.

Nasihat saya kepada pemilik blog, jika ketagih bontot sekali pun, usah sampai berasa terlalu berbangga dengan kegiatan tidak diredai Allah itu. Ingin juga saya nyatakan, identiti pemilik blog ini juga saya ketahui cuma belum masanya untuk saya dedahkan.

Saya yakin kelompok sejenis pemilik blog akan mengecam saya berikutan pendedahan ini tetapi hati kecil saya tidak mampu mengizinkan kegiatan terbabit berlaku tanpa dihalang. Jika enggan menerima nasihat dan pandangan, tanggungjawab saya selesai.

Sila laksanakan tanggungjawab anda, hantarkan emel kepada pemilik blog terbabit.

Jangan lupa copy and paste mesej anda kepadanya di ruang komen blog ini untuk dijadikan renungan kita semua.

Terima kasih.

Kemas Kini

Terima kasih kepada semua blogger memberikan respon kepada kandungan tampalan ini. Hasilnya, pemilik blog annazel.blogspot.com telah menukarkan status blognya kepada 'private'. Saya yakin mesej kita lontarkan mendapat perhatiannya.

Peringatan saya, jika pemilik blog muncul kembali dengan kandungan sama, saya tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan identiti sebenarnya.

Pada masa sama, kepada pemilik blog, saya berikan amaran keras, jangan sesekali menjadikan anak didik awak sebagai mangsa kepada nafsu serakah dimiliki!

Isnin, November 29, 2010

Call Girl? GRO? Atau Sekadar Berhibur Untuk Mendapatkan Wang?

Ramai mengetahui kewujudan premis menawarkan hiburan, khususnya di Kota Bharu, Kelantan.

Flat mahupun banglo besar diubah suai menjadi beberapa unit bilik karaoke dilengkapi sistem penghawa dingin, audio visual dan tempat duduk.

"Kalau nak, ada perempuan boleh dipanggil, RM50 sejam untuk dijadikan peneman," ujar kenalan.

Menurutnya majoriti mereka, janda. Janda beranak satu, dua, tiga atau lebih. Terfikir, kini, mereka menggunakan modus operandi tidak ubah bak call girl. Hubungi seorang daripada mereka, dia akan mengaturkan rakan lain untuk turut serta 'bekerja' melayan pelanggan di premis karaoke tersorok daripada pandangan masyarakat.

Barangkali mereka ingin mencari wang secara pantas untuk membesarkan anak tanpa perlu mengeluarkan keringat. Pada masa sama mereka juga mungkin tidak mempunyai pilihan lain untuk mencari rezeki tambahan.

"Ada antara mereka bekerja di kedai makan pada waktu siang dan kemudian berhibur sambil dibayar di karaoke," tambah kenalan sama.

"Dia orang buat apa di karaoke?," soal saya.

"Menyanyi, menari, sebilangan boleh dipeluk dan digomol," tambahnya.

Terfikir, jika 'bekerja' selama 3 jam, setiap seorang akan meraih RM150. Bezanya, andai melakukan tugas sama sebagai pelayan pelanggan, GRO di Kuala Lumpur, barangkali pendapatan mereka berlipat ganda.

Menurut kenalan sama, majoriti mereka dilaporkan berusia lingkungan 20 an, tidak dapat dinafikan, sebilangan berperwatakan menarik dan rupawan. 

Saya berasa bimbang ...

Jika suatu hari nanti, tidak mustahil mereka berhijrah ke ibu kota dan kemudian meneruskan kaedah sama untuk mencari rezeki, cuma gelaran mereka berubah daripada call girl kepada GRO. 

Maka akan bertambah bilangan GRO berasal dari Kelantan di Kuala Lumpur.

Ahad, November 28, 2010

Mek Comel Di Kedai Cikgu

Jam 2 petang, saya makan bersama Hanapi Mat, 51, dan Mohd Zulkifli Ab Manaf, 46 tahun, berbaju hitam.


Wajah mereka barangkali kelihatan 'ganas' tetapi mereka berdua bagai abang saya. Zulkifli, Sarjan polis, pemegang tali pinggang hitam Karatedo manakala Hanapi, wakil TV3 di Kelantan, saya kenali sejak 15 tahun lalu.

Hidup mengajar saya, tidak semua mereka berwajah baik itu jujur malah kekadang tersirat hasad dengki di dalam diri.


Ikan keli, ayam goreng garing dan masak asam ikan patin antara hidangan utama, juadah makan tengahari kami, biarpun kami agak sedikit terlewat.

Berikut gambar hidangan lengkap termasuk budu, sambal, ulam-ulaman, buah-buahan dan air sirap selasih.


Lihat antara gambar pelanggan saya rakamkan di Kedai Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Kota Bharu, Kelantan pada jam 3 petang.



Pelbagai reaksi pelanggan saya rakamkan ketika mereka menjamah hidangan segar dan lazat.


Tengok boleh, sentuh jangan. Jika berasa ingin terkena penangan kapak kecil atau sekurang-kurangnya dicabai, cubalah.


Namun, cili atau dipanggil lada penduduk tempatan, khabarnya tidak sepedas mana pun.

Untuk rekod, ibu gadis ini ada bersamanya. Namun ketika merakamkan gambar di bawah, ibunya bersuara.

"Maghi la make sekali (marilah makan bersama)"

Punat rakaman kamera saya bagai terhenti buat seketika. Ha! Ha! Ha! Berguraulah! Mana ada ibu gadis manis itu berkata begitu sebab posisinya membelakangkan saya.


Berikut gambar lelaki berusia 61 tahun, 'Cikgu' gelarannya. Nama sebenar bekas guru, mengajar di banyak sekolah menengah selama 25 tahun sebelum bersara dan memulakan perniagaan pada Januari 2003 terbabit, Hj. Abdul Hamid Idris.


Peniaga lulusan jurusan ekonomi Universiti Putra Malaysia dan ayah kepada 6 anak berusia di antara 14 dan 36 tahun ini sentiasa kelihatan ceria, peramah dan pemurah ketika melayan pelanggan di kedai beroperasi di antara jam 11 pagi dan 5 petang itu .


"Sehari kita sediakan purata 100 kilogram ikan keli, 100 kilogram ikan patin dan 180 kilo ayam," ujar Cikgu.


Menurut Cikgu, hidangan untuk 4 orang dengan menu, ayam goreng, ikan keli, patin, ulam-ulaman, sayur masak lemak, sirap atau teh 'O', berharga RM45 sahaja sejak 5 tahun lalu.


"Kalau tak cukup, makanan boleh ditambah, harga tetap sama," tambah Cikgu.

Jika berada di Kota Bharu dan berhasrat membuat tempahan awal sebelum berkunjung ke kedai Cikgu, sila hubungi 019 946 6665 atau 018 904 2345.

Bil makan tengahari kami? Ya! Ada diskaun, 50%? 70%? 90%?

Apa pun terima kasih Cikgu!

Rogol Rogol Rogol Rogol Rogol Rogol Rogol Rogol Rogol Huh! Banyaknya Kes Rogol

Ketika bersembang di Kemaman Kopitiam, Kota Bharu, Kelantan jam 11 malam tadi, kenalan berkata ...

"Dulu nak dengar 1 kes rogol se bulan susah, sekarang purata 3 kes atau lebih seminggu"

"Apakah sebabnya jadi begitu?," soal saya.

"Hiburan tak berapa ada. Kalau ada panggung wayang contohnya, boleh juga remaja menonton dengan ahli keluarga atau rakan. Jadi keluarga tahu lokasi anak mereka. Di Kota Bharu apa ada? Pukul 12 dah sunyi sepi. Sebilangan remaja mengambil peluang untuk bercengkerama antaranya di pantai, rumah dan taman perumahan. Jabatan agama bukannya mempunyai manpower untuk menjalankan operasi setiap malam," ujarnya. 

Menurut kenyataan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, kes rogol meningkat 25% tahun 2010 berbanding tahun lalu. Lebih mengejutkan, 60% mangsa berusia di bawah 16 tahun manakala jajahan Kota Bharu mencatatkan bilangan kes rogol tertinggi.

Tahun 2009, 23 kes rogol membabitkan mangsa berumur 12 tahun.

Menurut kajian polis, kes rogol meningkat di Kelantan kerana pergaulan bebas dan kecenderungan remaja mengadakan hubungan seks secara suka sama suka.

Apakah antara tindakan perlu dilaksanakan dengan kadar segera bagi memastikan kadar rogol tidak terus meningkat?

Pastikan penduduk Kelantan lebih mentaati hukum agama dan bertakwa kepada Allah? Terfikir, bukankah 'agama' dan 'Kelantan' dianggap sinonim? Jika tidak masakan Kelantan mendapat jolokan 'Serambi Mekah'?

Contohnya, Majlis Perbandaran Kota Bharu secara konsisten melakukan pemeriksaan dan menyaman peniaga pasar malam jika mereka tidak memakai tudung atau berpakaian menjolok mata.

Lihat pula billboard di Kota Bharu, setiap talent perempuan diwajibkan bertudung.

Melalui pengamatan saya, itu antara kaedah diimplementasi untuk menunjukkan usaha  jelas kerajaan negeri menegakkan syiar Islam.

Namun apakah tindakan kerajaan Kelantan bagi memastikan kisah dikongsikan kenalan saya ini tidak berulang?

"Satu hari saya ternampak budak perempuan berseragam sekolah  masuk ke rumah  dengan 6 budak lelaki. Saya datang jumpa dan halau semua budak lelaki. Bila saya tanya umur, budak perempuan tu jawab, 12 tahun. Kemudian saya tanya, tak takut ke kalau kena 'main'? Dia jawab dah biasa, pecah dara dulu katanya, dia kena 'main' 7 lelaki. Lepas bersembang dan dia mula percaya dengan saya, dia mengaku datang ke rumah tu sebab nak 'main'. Dengan 6 lelaki sekaligus ke? Dia jawab, tak, dalam dua tiga orang lah. Dia kata dia ketagih 'main', kalau tak dapat dia gelisah dan kena cari juga lelaki nak main dengan dia"

Saya terdiam.

Tergamam.

Sabtu, November 27, 2010

Nyah Berkaraoke Di Kota Bharu!

Jam 1 pagi tadi saya dan krew 999 ke Flat Hijau, Kubang Krian, Kota Bharu, Kelantan.

"Oh! Di flat pun ada juga?," soal saya.

"Ada," balas Ketua Unit Operasi Majlis Perbandaran Kota Bharu, MPKB, Mohd Halimi Md Salleh.


Bilik karaoke persendirian kini dilaporkan banyak beroperasi secara tersembunyi khususnya di Kota Bharu.

Ketika penguatkuasa memasuki bilik karaoke di flat ini, terdapat 4 pelanggan, 1 perempuan, 1 lelaki dan 2 mak nyah.

"Kami baru balik siapkan pelamin, terus datang sini, sejam bayar RM25," ujar pelanggan.


Peralatan dirampas penguatkuasa MPKB, antaranya speaker dan skrin televisyen.


Bekas telur digunakan untuk memastikan dinding kalis bunyi seperti ditunjukkan krew 999, Nik Cartina Johari Ismail atau Joe.


Di premis kedua diserbu saya terlihat siren di atas pintu masuk ke bilik. Siren dipercayai digunakan untuk memberikan isyarat amaran kepada pelanggan sebelum premis dimasuki penguatkuasa.


Ya, pelanggan lelaki dan perempuan bercampur gaul di dalam bilik karaoke terbabit, lebih kurang sama seperti di ibu kota.

Jumaat, November 26, 2010

Kepala KAU Bukan Kepala AKU

Anak kecil, remaja dan golongan warga emas, semua terbabit. Mereka tanpa berasa segan silu lalu-lalang di hadapan Balai Polis Badang, balai diperbuat daripada kayu dan kelihatan daif.


Tanyalah berhubung Jalan Pantai Cahaya Bulan, majoriti penduduk di Kota Bharu mengetahui antara keunikan laluan terbabit.


3 kanak-kanak berusia di antara 8 dan 15 tahun berikut bukan sahaja tidak memakai topi keledar malah penunggang menunggang motosikal tanpa lesen.


Lelaki mendakwa kakitangan Jabatan Penjara Malaysia berusia 30 tahun ditahan polis dan disaman menunjukkan ketidakpuasan hati.

"Kita sama-sama kakitangan kerajaan, nak saman, samanlah. Gambar tak payah keluarlah," ujarnnya.

"Sejak bila pula saya jadi kakitangan kerajaan? Macam inilah, saya bukan banduan dan tak payah nak mengarahkan saya," balas saya.



Lelaki berbaju biru itu berang, beria-ia mengarahkan saya dan krew tidak membuat liputan berhubung tindakannya menunggang motosikal tanpa topi keledar. 

Secara peribadi saya muak dengan sikap sebilangan individu menggunakan nama jabatan mereka bertugas apabila berhadapan dengan media.

Kami hanya melaksanakan tugas tanpa sikap pilih bulu.

Pihak polis dilaporkan berulang kali menjalankan operasi sekaligus menyaman pengguna jalanraya melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kalau tindakan itu tidak berkesan, bagi saya mudah.

Kepala kau, hak kau.

Kalau berlaku kemalangan dan kepala bersepai, itu pun kepala kau BUKAN kepala aku. Jika menganggap tempurung kepala diperbuat daripada besi keluli, apa lagi boleh kami lakukan untuk mengingatkan penunggang?

MESTI BACA Kes Rogol, Love Bites, Mengandung Anak Luar Nikah Dan Ketagihan Pil Kuda SEMUA Di Kelantan (Kemas Kini I)


Anak kecil berusia 10 tahun di atas dirogol  lelaki 24 tahun. Setelah diberkas polis, suspek disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 12 sebatan ke atas pesalah.

Kakaknya, beusia 14 tahun tersipu-sipu ketika saya temui di rumah mereka di Kampung Lipat Sanggul, Bonggol, Kota Bharu, Kelantan.


"Siapa buat love bites di leher?," soal saya.

"Boyfriend lah," balasnya selamba sambil tersenyum. 

Teman lelakinya berusia 17 tahun dan sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Manakala di bawah ini gambar perut kakak sulung mereka berusia 16 tahun, masih di bawah umur.


Jam 11.21 pagi tadi dia dibangunkan pasukan polis diketui Ketua Balai Polis Pengkalan Chepa, Cif Inspektor Rostam Ayob bersama 9 anggota beliau.

"Mengandung berapa bulan?," tanya saya.

"Lima," jawabnya ringkas.

Gadis terbabit dilahirkan di Puchong, Selangor dan berpindah ke Kelantan setelah ibu dan ayah didakwa dilanda krisis rumah tangga. Ketika rumah diperiksa, dia sedang tidur manakala ibunya, berusia 34 tahun bekerja di gerai menjual makanan berhampiran Stadium Sultan Mohamad ke IV.

"Saya dah lebih setahun kenal dengan boyfriend sejak saya pindah ke sini mengikut emak," jelasnya.

Kelihatan berserabut, dia tiba-tiba menjadi sebak sejurus saya menjelaskan kepadanya berhubung Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


"Lelaki mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur samada dia bersetuju atau tidak jika aduan dibuat, lelaki itu boleh dituduh merogol. Perogol adik awak dah kena penjara dan disebat"

Tanpa berlengah dia bangun dan mendapatkan teman lelakinya berusia 17 tahun, sewaktu kami tiba, tidur bersebelahan adik perempuannya di ruang tamu.

"Kenapa selepas ditangkap Jabatan Agama Islam semalam, awak masih tidur di rumah ini?," soal saya kepada teman lelakinya berbaju hijau.


Dia hanya membisu. Lelaki di sebelahnya itu, anak angkat emak mereka dan keduanya mengaku memasukkan dadah jenis metaphetamine atau lebih dikenali sebagai 'pil kuda', kali terakhir 4 hari lalu.


Kedua lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Kota Bharu untuk menjalani saringan ujian air kencing.


Sebelum teman lelakinya melangkah keluar dari rumah, saya terdengar gadis mengandung terbabit berbisik kepada teman lelakinya sambil air mata bergenang di kelopak mata.

"B! B! Macam mana ni?"

Namun teman lelakinya hanya mampu menundukkan kepala dan melangkah perlahan dengan tangan bergari.

Syahdu nian suasana.

Namun kejadian pada jam 8.50 pagi tadi di Kampung Pulau Gorek, Badang, lebih menyayat hati saya. Saya tidak tidur sejak jam 8 pagi semalam, terlena di dalam kenderaan, dikejutkan jurukamera bertugas membuat liputan paparan 999.

Saya kemudian bergegas masuk ke rumah di bawah.


Sebaik masuk, saya terdengar suara tangisan anak kecil berusia 12 tahun, kelihatan  memeluk adik lelakinya berusia 10 tahun. Sebak hati saya buat seketika. Apa kesalahannya sehingga terpaksa meraung sedangkan wajah ibu dan ayahnya berusia 30 dan 35 tahun kelihatan selamba, berdiri tanpa riak sesalan di wajah mereka?


"Dah jumpa dah, dia sorong 'barang' dalam bantal," ujar anggota polis berdiri berhampiran saya.


Pasukan serbuan menemui bahan dipercayai pil kuda dan heroin. Pasangan terbabit dilaporkan menjual dadah kepada penagih dari kawasan berhampiran.


"Sebiji pil kuda dijual berapa harga?," tanya saya kepada ayah kepada 4 anak berusia di antara 10 dan 16 tahun itu.

"Dua puluh ringgit," jawabnya.

Lelaki terbabit dilahirkan di Thailand dan kemudian berkahwin dengan isterinya berasal dari Kuala Krai dan mereka disyaki mula menjual dadah secara kecil-kecilan sejak 6 bulan lalu.

Ketika keduanya diiring untuk menaiki kenderaan polis, tangisan anak perempuan mereka mendapat keputusan 3A dan 2B dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah semakin kuat. Dua adik lelakinya juga turut menangis sambil memeluk erat tubuh ibu dengan tangan bergari.

Tidak mampu saya menahan airmata daripada mengalir di pipi melihat 4 beranak terbabit berjalan beriringan. Kesilapan ibu dan ayah, anak mereka terpaksa menanggung deritanya. Mengapa kejadian seumpama ini mampu berlaku?


Namun keadaan itu tidak begitu mencemaskan berbanding kejadian berlaku di gerai menjual makanan di Tanjung Kratong pada jam 4 pagi.


Lelaki berusia 20 tahun di dalam gambar di atas dipercayai terlangar dinding ketika cuba melarikan diri bersama beberapa rakan lain berjudi. Mulutnya berbuih, matanya terbeliak dan dia menggeletar, bagai terkena sawan babi.

Saya amat kagum memerhatikan tindakan pantas pegawai dan anggota polis terbabit dalam serbuan. Cif Inspektor Rostam secara tenang membasahkan muka remaja terbabit menggunakan air. Dalam tempoh kurang 3 minit, dia bangun namun kelihatan keliru.

"Awak terlanggar dinding dan lepas itu jatuh dan pengsan ke?," tanya saya.

"Eh! Mana ada saya jatuh dan pengsan!," jawab penganggur terbabit.

Dia dan 5 rakannya berusia di antara 16 dan 28 tahun kemudian dibawa ke IPD Kota Bharu. Pada jam 5.30 pagi dia disahkan positif pil kuda setelah menjalani ujian saringan air kencing.


Huh! Padanlah! Memang bikin suspense!

Apapun catatan saya di atas hanya sekadar 10% daripada liputan bakal saya sajikan kepada penonton setia program 999.

Terima kasih kepada semua pegawai dan anggota menjayakan misi kali ini.


Kemas Kini

Jam 7.28 pagi ketika menunggu pasukan serbuan di atas menyiapkan laporan kes, tiba-tiba hati saya menjadi sayu.

Sayu ...


Bertambah sayu ...


Semakin sayu ...


Teramat sayu ...


Di Kelantan, ramai mampu membeli gelang emas besar dan cincin lelaki berharga RM13,000 tetapi tidak prihatin untuk menggantikan Jalur Gemilang berharga lebih murah berbanding harga se balang budu.

Kepada pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim I, Pengkalan Chepa, tolong gantikan bendera koyak rabak itu dengan kadar segera!

Jika tidak perasan, gambar Jalur Gemilang itu telah saya rakamkan.