Petang tadi saya dibawa ke Bukit Tinggi, Sumatera Selatan, Indonesia, pusat peranginan terkemuka berhawa sejuk sering dikunjungi pelancong dari Malaysia.
Selain melihat mercu tanda utama, menara Jam Gadang dibina Belanda, saya juga berpeluang menyaksikan keindahan bandar berwarna-warni terbabit.
Kereta kuda boleh dinaiki dengan harga 50,000 Rupiah (RM18) untuk menikmati pemandangan di kawasan terbabit selama 15 minit.
Jam 2 petang saya kemudian ke Lobang Jepang atau Japanese Tunnel dibina tentera Jepun pada tahun 1942. Menurut pemandu pelancong, Jimmy Indraputera, 20 tahun, terowong sepanjang 1.5 kilometer terbabit dibina buruh paksa antaranya berasal dari Sulawesi dan Jawa. Pekerja majoriti berusia di bawah 20 tahun itu dikerah membina terowong dijadikan kubu dan lokasi pemantauan selain menempatkan gudang peluru, bilik tidur dan dapur.
"Lobang dibina seperti botol pak. Sempit di mulutnya tetapi agak besar di dalam," ujar Jimmy.
Sebilangan buruh paksa terbabit dilaporkan dipukul, dibunuh, dikerat sebelum dibuang ke ngarai atau lembah (gambar di bawah) bagi memastikan mereka tidak meninggalkan kesan kekejaman. Tentera Jepun juga dikatakan menculik gadis tempatan untuk dijadikan pemuas nafsu sebelum mangsa dibunuh.
Sewaktu memerhatikan ngarai itu, saya terpandang kelibat monyet berjalan di atas pagar di bina.
"Monyet ni tak menggigit ke?," soal saya kepada Jimmy.
"Tidak pak. Monyet di sini bukan seperti di Bali, suka mencuri kamera dan apa saja dipegang orang, dia hanya makan kacang," jawabnya.
Dia kemudian terdiam seketika.
"Tapi dia suka minum beer pak kerana budak-budak di sini sering bagi dia minum. Pakai botol dia minum bersungguh-sungguh. Dia bisa mabuk pak, jalan terhoyong-hayang," sambungnya sambil tersenyum.
Manusia berkelakuan tidak ketentuan dikatakan 'berperangai macam monyet', kini monyet berkelakuan bak manusia.
Di kawasan berhampiran didirikan gerai dan kedai menjual pelbagai jenis kain. Teristimewa, kain berukuran 4 setengah meter menjadi pilihan wanita, kain kerawang dijahit menjadi baju kurung atau kebaya. Harga purata 650,000 Rupiah untuk sepasang pakaian.
Mahal juga harga kain kerawang tu, ya? Tak mampu kakcik memilikinya. :(
BalasPadamteringat pulak zaman belajar dan ke padang utk melihat sistem pendidikan khas di sana...lepas ke sekola pergi berjalan2 n shopping..padang mmg best.. tp sayang selalu bencana..
BalasPadamNanti terdgar mönyet mencabul kucing dan kambing bila mabuk..hehe
BalasPadamCis jahat sungguh bebudak tuh... Manusia mabuk pun teruk apalagi kalau binatang yang mabuk..?
BalasPadam