Rabu, November 03, 2010

Kisah Seram Dari Padang

Sejak tiba di Padang, Indonesia pada 31 Oktober lalu perlbagai percubaan saya dan 6 sukarelawan Mercy Malaysia lakukan untuk ke Kepulauan Mentawai, lokasi dilanda bencana gempa bumi dan tsunami pada 25 Oktober lalu.

Kami cuba menaiki kapal Angkatan Laut, Tentera Nasional Indonesia, TNI, gagal.


Kami kemudian cuba pula menaiki helikopter Puma Angkatan Udara TNI, gagal.


Kami cuba menumpang kapal Kementerian Perhubungan Direktorat Jenderal Perhubungan Laut, juga gagal.


Terakhir sekali, percubaan kami menaiki kapal awam juga mengalami nasib sama.


Kesemua percubaan gagal akibat keadaan cuaca tidak menentu dan berubah secara drastik dalam tempoh 15 minit.

Matahari bersinar kemudian disusuli hujan lebat.

”Aneh, cuaca sebegini tidak pernah berlaku di Padang sebelum tsunami melanda Kepulauan Mentawai. Selalunya kalau hujan, sehari. Kalau panas, dua tiga hari,” ujar pekerja hotel Edo.


Hotel Edo, lokasi kami menginap terletak kurang 1 kilometer dari Hotel Ambacang, musnah sewaktu gempa bumi melanda Padang pada September 2009.

”Sekolah saya terletak di sebelah hotel Ambacang. Sekarang kawasan itu berhantu pak. Apabila malam, ada suara orang menjerit meminta tolong, menakutkan,” ujar Utek.

Utek, 16 tahun menjalani latihan praktikal di Hotel Savali.


Kenyataan itu disokong, Tony, pemandu kami di Padang.

”Selepas kejadian Hotel Ambacang runtuh, angkut (kenderaan seperti van) tidak lagi berani melintasi hotel itu selepas jam 8 malam. Pernah ada kejadian wanita menumpang dari pusat membeli Andalas kemudian dia minta diberhentikan di Hotel Ambacang sebelum rupanya berubah menjadi buruk,” ujar Tony.


Menurut Tony, lebih 150 mangsa terkorban dikeluarkan pasukan penyelamat dari hotel terbabit termasuk beberapa gadis dipercayai pelacur. Sebilangan mangsa dilaporkan ditemui dalam keadaaan berbogel.

Kini hotel terbabit sedang dibina semula. Sebelum ini, Hotel Ambacang bertaraf 3 bintang sering dijadikan tempat penginapan pelancong dari Malaysia berikutan harga sewaan berpatutan dan selesa.

Berita baru saya terima, majoriti sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan, NGO tempatan dan asing kini berada di Sikakap gagal membantu mangsa di selatan Pulau Pagai Selatan.


Biarpun kapal besar mampu menghampiri pantai namun tidak berpeluang mengantar bantuan ubatan dan makanan kepada mangsa berikutan ombak besar mencecah ketinggian 6 meter.

Dalam erti kata lain, saya menjangka lebih ramai mangsa gempa bumi dan tsunami di kepulauan terbabit akan kehilangan nyawa akibat kecederaan dan kebuluran.


Dalam pada itu, kerajaan Indonesia dilapor mengarahkan sukarelawan NGO asing kecuali doktor dan jurutera sivil meninggalkan Kepulauan Mentawai selepas 7 hari bencana menimpa. Justeru kesemua kerja menyelamat dan memberikan bantuan akan dikoordinasikan pasukan polis dan TNI.

Hotel Ambacang ranap akibat gempa bumi lebih setahun lalu kini didakwa berhantu, usah hairan jika suatu hari nanti Kepulauan Mentawai sebelum ini dikenali sebagai lokasi tumpuan surfers juga mencatatkan kisah sama.

Apapun, makan nasi Padang di Padang amat menyelerakan biarpun tubuh kepenatan.

26 ulasan:

  1. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebab dan alasan.. serta hikmahnya.

    Berhati-hati BRO. Semoga dapat kembali dengan selamat.

    Terimakasih dengan perkongsian ini.

    BalasPadam
  2. Salam Bro ,

    Seram juga baca entry bro ni ...takut saya ...nasib baik ada orang kat rumah .

    Misi ni berbahaya , bro take care . Ombak setinggi 6meter .Sangat bahaya . GOD bless ... walaupun berlainan agama . But not stop me to pray for you .

    BalasPadam
  3. Amboiii... sungguh "Merapi" hidangan tu... Yang berlipat nampak rangup tu kulit lembu goreng ke? Enak banget Pak?

    Apapun, itulah bezanya rezeki kita dan rezeki manusia yg lain - Tiada rezeki ke tempat yg dituju, msh ada rezeki di dlm bentuk yg lain. Hikmah-Nya di dlm pelbagai bentuk, rupa & rasa...

    Siapa Pengantara Hujah mlm tadi? Saya x dpt menonton kerana menjemput anak drp asramanya.

    BalasPadam
  4. Salam Mazidul..
    nasik padang tu nampak sgt sedap!!! musibah yg Allah turunkan adalah peringatan dan hasil perbuatan manusia sendiri...mgkin itu yg terjadi di sana?..tak henti2 Allah memberi peringatan tapi manusia masih engkar dan tidak sedar..Wallahu A'alam....moga negara kita sentiasa dalam lindungan Allah..AMIN

    Anna_M

    BalasPadam
  5. makan apa tuh bro... mcm sedap jer hihi

    apalah nasib mangsa tsunami dsana yer, moga Allah permudahkan segala urusan

    BalasPadam
  6. Dengarnya, Presiden Indonesia berada di luar negara...Kesian kat penduduk mentawai, takkan nak tunggu saat kematian je( kalau bantuan tak sampai )....

    BalasPadam
  7. sedih setiap kali bace entry kat padang ni..apepun,berhati2 yer..

    BalasPadam
  8. itulah sebenarnya konsep insyaAllah. mesti cuba bersungguh-sungguh dulu. kalau tak berjaya itu semua adalah kerana Allah tidak mengizinkan.

    ramai orang yang menggunakan konsep insyaAllah sebagai jawapan mulut, tapi dalam hati dah ada niat tidak mau melakukannya. tahniah mazidul.

    tak dapat pergi tak per, jangan tak dapat balik.

    esok saya akan ke jogjakarta untuk melihat kesan merapi.

    BalasPadam
  9. Lepas ni boleh hantar Team Misteri Nusantara pulak kat sana, menarik fakta fakta tu. Tapi lagi menarik lauk nasi padang tu ...hehehe

    BalasPadam
  10. hahahaha, apa apa hal, perut kena isi. anyway that is the problem with indonesia, arrogance.

    BalasPadam
  11. Salam sahabat,sedap nampak makan.makan sorangx saja ke kesian kat org disana.sahabat pi sana nak makan ke nak beri bantuan.tentang cerita tu jangan la percaya sangat itu semua mainan syaitan yg hendak menyesatkan kita.mana ada org yg dah mati rohnya kembali kedunia menggangu org hidup.berhatix dengan mainan syaitan.

    BalasPadam
  12. Salam TM..

    Penat...penat jugak....
    makan...makan jugak, ye tak?
    hee hee....

    Moga pulang dengan jaya dan selamat ya. Jaga diri.

    BalasPadam
  13. wah.. penuh meja segala lauk pauk.. tak kan makan 3 org je?

    apapun..semoga selamat disana & selamat kembali ke Malaysia...

    BalasPadam
  14. Terima kash kongsi,tanpa berjalan.
    Mentari panaz membunuh kuman,awan menapis lokasi mana yg perlu panas. Ujan membawa bangkai ke laut.dari tempat tggi ke rendah, tsunami membwa bahan dari tempat rendah ke lokasi tinggi.. DiA maHA perancang mengasihani makhluknya.

    BalasPadam
  15. Nanti boleh panggil cik mazlin nordin lak buat rancangan Misteri Nusantara lak kat sana..apa apa pon diharap bro mazidul n the crew sentiasa selamat..kesihatan pon kena jaga yekk

    BalasPadam
  16. demi menolong saudara seagama..demi membantu jiran serantau...kuatkan semangat bro...insyallah berjaya dan diberkati...

    BalasPadam
  17. Wah... betul-betul selera abg mazidul... hehehe..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.