Ahad, November 28, 2010

Rogol Rogol Rogol Rogol Rogol Rogol Rogol Rogol Rogol Huh! Banyaknya Kes Rogol

Ketika bersembang di Kemaman Kopitiam, Kota Bharu, Kelantan jam 11 malam tadi, kenalan berkata ...

"Dulu nak dengar 1 kes rogol se bulan susah, sekarang purata 3 kes atau lebih seminggu"

"Apakah sebabnya jadi begitu?," soal saya.

"Hiburan tak berapa ada. Kalau ada panggung wayang contohnya, boleh juga remaja menonton dengan ahli keluarga atau rakan. Jadi keluarga tahu lokasi anak mereka. Di Kota Bharu apa ada? Pukul 12 dah sunyi sepi. Sebilangan remaja mengambil peluang untuk bercengkerama antaranya di pantai, rumah dan taman perumahan. Jabatan agama bukannya mempunyai manpower untuk menjalankan operasi setiap malam," ujarnya. 

Menurut kenyataan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, kes rogol meningkat 25% tahun 2010 berbanding tahun lalu. Lebih mengejutkan, 60% mangsa berusia di bawah 16 tahun manakala jajahan Kota Bharu mencatatkan bilangan kes rogol tertinggi.

Tahun 2009, 23 kes rogol membabitkan mangsa berumur 12 tahun.

Menurut kajian polis, kes rogol meningkat di Kelantan kerana pergaulan bebas dan kecenderungan remaja mengadakan hubungan seks secara suka sama suka.

Apakah antara tindakan perlu dilaksanakan dengan kadar segera bagi memastikan kadar rogol tidak terus meningkat?

Pastikan penduduk Kelantan lebih mentaati hukum agama dan bertakwa kepada Allah? Terfikir, bukankah 'agama' dan 'Kelantan' dianggap sinonim? Jika tidak masakan Kelantan mendapat jolokan 'Serambi Mekah'?

Contohnya, Majlis Perbandaran Kota Bharu secara konsisten melakukan pemeriksaan dan menyaman peniaga pasar malam jika mereka tidak memakai tudung atau berpakaian menjolok mata.

Lihat pula billboard di Kota Bharu, setiap talent perempuan diwajibkan bertudung.

Melalui pengamatan saya, itu antara kaedah diimplementasi untuk menunjukkan usaha  jelas kerajaan negeri menegakkan syiar Islam.

Namun apakah tindakan kerajaan Kelantan bagi memastikan kisah dikongsikan kenalan saya ini tidak berulang?

"Satu hari saya ternampak budak perempuan berseragam sekolah  masuk ke rumah  dengan 6 budak lelaki. Saya datang jumpa dan halau semua budak lelaki. Bila saya tanya umur, budak perempuan tu jawab, 12 tahun. Kemudian saya tanya, tak takut ke kalau kena 'main'? Dia jawab dah biasa, pecah dara dulu katanya, dia kena 'main' 7 lelaki. Lepas bersembang dan dia mula percaya dengan saya, dia mengaku datang ke rumah tu sebab nak 'main'. Dengan 6 lelaki sekaligus ke? Dia jawab, tak, dalam dua tiga orang lah. Dia kata dia ketagih 'main', kalau tak dapat dia gelisah dan kena cari juga lelaki nak main dengan dia"

Saya terdiam.

Tergamam.

13 ulasan:

  1. sangat ngeri. tergingat nasihat kakak saya, ada orang kali pertama mula kena rogol memang takut, marah. lepastu ketagih seks pulak..
    12 tahun? boleh membahayakanla rahim budak tu..perkembangan sepenuhnya sebagai seorang perempuan belum capai tahap kematangan untuk persediaan mengandung tu.
    lepas ni cuba saudara pergi Terengganu pula. saya sekolah di sana tahun tahun 90-an dah dengar cerita seks bebas dikalangan remaja sekolah.

    BalasPadam
  2. Elok tukar nama, memalukan. Label serambi..

    BalasPadam
  3. aduh...ngeri bila baca perihal budak2 zaman sekarang ni...

    BalasPadam
  4. Benar, tidak keterlaluan jika saya katakan, di kampung2, di estet lebih banyak kes rogol, sumbang mahram berbanding di bandar2... kerana tidak banyak hiburan.. itu memang salah satu sebab yg mendorong.

    Sungguh malang...

    BalasPadam
  5. Salam
    Sekadar ingin berkongsi pandangan..
    Sekarang nak jalan kemana-mana pun rasa terancam.LIhat saja, VCD lucah banyak didapati. Jual merata-rata. Kt u-tube pun ada. Budak-budak ni, terlalu advance. Nak cuba sesuatu yang menyeronokkan. Terdorong dengan 'pendedahan' macam tu. Banyak lagi faktor lain. Sama-samalah kita cuba kekang. Kena ada rakyat yang 'alert' dan bersikap menegur untuk kebaikan.
    Sekian pandangan

    BalasPadam
  6. Kesian dengan nasib bangsa melayu, pegangan agama semakin longgar akhlak pula makin buruk

    BalasPadam
  7. saya rasa kalau nak kaitkan dengan negeri adalah tidak adil, kerana dimana sahaja, dengan bumbung terbuka, semua orang boleh mengakses bahan2 lucah dari internet. Kerajaan boleh mengadakan pelbagai sekatan, tetapi semuanya bergantung kepada individu... I am not a PAS supporter, just from my logic thinking. Sesuatu yg dilabelkan dengan nama Islam tidaklah semuanya baik, contoh Universiti Islam, tp tak semua pelajarnya menghayati ajaran Islam, tak mustahil ada pelbagai kes yg tak enak didengar, walaupun, program2 nya semua berunsur keislaman.. Islam itu indah.. tp Muslim?

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. ingatkan kenapa datang ke kelantan..saya jumpe abg dkt 7e dlm pkul 12mlm kot..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.