Salam dari Padang, Indonesia.
Kos melayari internet di sini hanya Rp1000 (37 sen) sehari, murah.
Malam tadi saya dan krew cuba menaiki kapal tempur tentera laut Indonesia untuk ke Sikakap, Kepulauan Mentawai namun permohonan kami ditolak di saat akhir. Mengapa? Hanya mereka mengetahui jawapan sebenar.
"Jika kerana sensitiviti pertahanan, peralatan rakaman boleh disimpan dan dipulangkan sewaktu sampai di lokasi," rayu saya.
Keputusan mereka gagal diubah malah stesyen TV tempatan, Metro TV menerima nasib sama.
Lalu petang ini kami akan cuba ke lokasi kejadian menggunakan kapal awam.
Dilaporkan lebih 600 mangsa tsunami di selatan Pagai masih tidak mendapat bantuan. Hutan tebal dan keadaan cuaca tidak menentu dikatakan antara faktor penghalang.
Majoriti rakyat Indonesia sudah mula bising, sewaku negara dilanda musibah, presiden tiada di dalam negara. Pada masa sama, tentera dikatakan lambat bertindak dalam misi menyelamat. Kerenah bureaucracy amat keterlaluam dan menyukarkan pelbagai pihak.
Kelibat Bendera, kumpulan membakar Jalur Gemilang sebelum ini tidak kelihatan di Padang. Barangkali mereka hanya berani berdemonstrasi sahaja, tidak cuba menyelamatkan warga mereka ditimpa bencana.
Morning Bro ,
BalasPadamSemoga Tuhan memberkati perjalanan bro and crew . All the best . This task is not easy . Respect You.
Semoga setiap kejadian alam ini menjadi pengajaran kepada semua. Allah Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu, tentu kejadian ini ada hikmahnya. Kita sebagai insan mungkin tidak mengetahuinya.
BalasPadamitulah...nak kesian tak boleh jugak..sapa suruh pijak2 bendera,siap taruk najis lagi???balasan kot...papepun tiu antara orang atas dan diaorang.nak mendoakan diaorang susah pun x elok juga..sesama manusia kan??sedangkan haiwan pun ada rasa belas, apatah lagi manusia yang ada otak dan akal fikiran..tak boleh nak cakap apa...musibah nak datang, dia datang la..malang tak berbau.kalo ada bau, aku blah dulu...cik mazidul dan crew, semoga selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair....
BalasPadampasal Bendera: good one! hahaha
BalasPadam... dan untuk ke sekian kalinya, kita rakyat Malaysia, polis/tentera, sukarelawan, doktor.. dll...
BalasPadamdatang memberikan bantuan tanpa mengira siapa mereka atau apa bendera yang mereka pegang selama ini...!
Iyelah tu kot... Berani demonstrasi aje..
BalasPadammurahnya kalau darab 30 hari, x smpi pun RM12! kenapa M'sia x bole buat mcm tu ya
BalasPadamSalam Bro..semoga dilindungi Allah dalam apa jua keadaan dan selamat pulang dengan segala macam cerita dan berita, supaya kami boleh menonton dari atas sofa....hehehehe...thanks Bro..!!!
BalasPadamLagi satu ayat yang bawah sekali tu BEST...!!!
selamat berjuang bro.. semoga diberkati Allah..
BalasPadamyang menjadi mangsa kebanyakan adalah orang yang tidak telibat dalam kes bandera, perlu dibantu sekadar mampu. bukan mendoakan kecelakaan berterusan. membantu sesama manusia apatah lagi sesama muslim adalah sangat dituntut.
BalasPadammazidul, ada bawa bekalan makanan kering tak? mana tau mungkin makanan susah nak dapat di sana.
BalasPadamsaya insyaAllah akan ke jogja untuk melihat kesan merapi pada 5 nov ini
Sorry...lagi satu tak bolehkah syarikat telco tempatan ( malaysia ) mengenakan bayaran yang murah seperti di Indonesia???
BalasPadamterima kasih Info, sekurangnya kita tahu Mereka WAS-was orang Malaysia..????
BalasPadamsalam..
BalasPadammoga bro mazidul selamat di sana. jalankan tugasan dengan ikhlas, insyallah dipermudahkan oleh ALLAH segala urusan anda. jikalau terkorban, matimu adalah syahid. amin
Dah BENDERA tu handal sangat, biarkan mereka saja yang tolong.....kita tak usahlah.....
BalasPadamTak boleh salahkan Bendera juga kerana mereka demonstrasi pun kena "sponsor" ada yang tak tahu apa-apa, di sana orang awam pun bole jadi "polis trafik" dan dapat sagu hari para pemandu.. maklumat ini kami perolehi daripada warga Indonesia juga semasa ke sana baru-baru ini. Masa datang musibah mereka tidak "disponsor" tak sampailah mereka ke sana...
BalasPadamSalam TM..
BalasPadamHmm...teringat saya pada anak seorang teman (baby lagi) yg menghisap ibu jari kaki bibik utk mendiamkannya bila sibibik sibuk bergayut di telepon...terkenang saya lelaki Indon itu yg menipu ibu saya dikampung kononnya saya dlm kesusahan dan minta ibu saya tolong kirimkan wang (ibu saya berkan rm300 kpdnya utk diberikan kpd saya)...tak terlupakan saya bila adik permpuan saya dibogelkan dgn sabit tajam berkilat dicangkukkan ke leher sewaktu mengiringi adik saya ke bilik air semata2 utk menanggalkan cincin kawinnya yg ketat dijari, adik ipar saya diikat dgn dawai... wang dan tabung anak2 dirompak....
masih menangisi anak2/bayi2 kawan2 'kita' yg tak berdosa didera, dipijak, yg mati....dgn hukuman yang langsung tak setimpal.... takder pun org kita baling taik, pijak bendera depa....
Tidaklah mendoakan yg buruk utk tetangga cumanya...bila ada berita begini, tsunami, gempa bumi, gunung meletupkan api, banjir, apalgi? hati kecil ini bagai tak dpt ditahan utk menyebut Alhamdulillah...subhanaAllah... rasanya ini lebih baik dari melempar taik dan memijak bendera...ya kan?
semoga selamat pergi dan balik buat abang mazidul and team..aminn
BalasPadamSemoga dipermudahkan segala urusan - Setiap tujuan yg baik, akan mendapat ganjaran, InsyaAllah.
BalasPadamDi saat ini sifat mendendami dan marah akan perbuatan sebilangan pelampau yg menginjak2 hati kita & maruah negara eloklah kita letakkan ke sisi. Sifat perikemanusiaan, ihsan & kasih sayang yg tiada sempadan kita hulurkan.
Semoga musibah itu mendatangkan impak keinsafan buat mereka - biarpun tidak menjentik ke setiap hati2 batu itu, cukuplah walau seorang drp mereka menyedari betapa kerdilnya mereka di tangan-Nya.
Buat En. Mazidul & team, semoga selamat kembali ke negara Malaysia yg aman & harmoni.