Ahad, November 07, 2010

Si Milah Tu Janda Sekarang Ni!

Bertunang, tempoh probation bagi pasangan berhasrat melangsungkan perkahwinan.

Itu pendapat saya.

Sebilangan pasangan memilih bertunang dalam tempoh di antara 6 bulan dan setahun. Kerap kali, sepanjang tempoh itu, the true colors pasangan akan terserlah. 

Mengapa?

Tanggapan 'she is mine' dan 'he is mine' selalunya tercetus di fikiran kedua pihak walhal hakikatnya hubungan sah belum wujud di antara mereka. Maksudnya pasangan belum lagi bernikah dan diistiharkan sebagai suami isteri.

Dalam tempoh itu juga pasangan berkebarangkalian berdepan pelbagai cabaran. Berikutan ikatan pertunangan, sebilangan lelaki dan gadis mula mengamalkan sikap take for granted dalam pelbagai hal.

"Sepatutnya aku kena ambil tunang balik kerja dari pejabat tetapi rasa malas pula. Biarlah, dah bertunangkan, pandailah dia balik sendiri," ungkapan lelaki pernah saya dengar.

Dalam situasi begitu gadis pasangannya mungkin berasa kecil hati.

"Dulu dia tak pernah miss jemput aku balik kerja, sekarang ni mentang mentanglah aku tunang dia, dia biarkan aku naik bas," keluh gadis. 

Biarpun soal kecil, kesannya besar.

Waktu bertunang, lelaki atau pun gadis lazimnya sering berkunjung ke rumah bakal mertua berbanding ketika mereka bergelar teman lelaki atau teman wanita sahaja.

Orang tua dan keluarga terdekat pula mengambil peluang itu untuk menilai perangai dan perlakuan mereka.

"Tunang kau tu, tak perkenan sungguh mak tengok, nak ke dapur pun liat. Larat ke kau makan di kedai setiap hari nanti bila dah kahwin?"

Mungkin pembaca juga pernah mendengar komen sebegitu sebelum ini.

"Tunang kau tu ayah tengok pelik, datang sekejap, belum panas bontot dah nak bergegas  balik. Lepas itu ayah perhatikan, bercakap pun tak berapa  nak. Itu baru bertunang, bila dah kahwin nanti, mungkin setahun sekali nak balik rumah  ni pun susah" 

Satu lagi komen lazim.

Jika tidak kena cara, dalam tempoh bertunang, laut tenang mampu bergelora, gunung tersergam teguh, runtuh menyembah bumi.

Bagi pasangan tidak mampu bertahan dengan cabaran didepani kerana merasakan mereka tidak secocok, perhubungan terputus di tengah jalan.

Maka masyarakat di sekeliling akan berkata ...

"Si Milah tu baru putus tunang"

Biarpun keputusan memutuskan pertunangan meninggalkan stigma kepada gadis, hemat saya, itu lebih baik berbanding jika pasangan terbabit meneruskan pertunangan sehingga ke jinjang pelamin.

Andai keputusan awal tidak dibuat, setelah rumah tangga dibina, berkebarangkalian orang di sekeliling akan berkata ...

"Si Milah tu janda sekarang ni!"

Apapun, saya ingin mencatatkan di sini, kepada semua wanita, berhati-hati jika melontarkan kenyataan kepada pasangan anda kerana sebilangan wanita amat gemar melontarkan tuduhan tidak sahih, pada masa sama menyakitkan hati sendiri.

Barangkali pembaca lelaki lebih mengetahui maksud kenyataan saya itu.

15 ulasan:

  1. betul cik mazidul.. situasi2 yg kt atas tu sume pnh sy hadap sbgai sorg abg ipar.. huuu.. sblum kawen klu blh ari2 nk dtg umah, skrng dh kawen, mak ktorg pn minah tu buat lbh kurang aje layan.. mmg xtahan btul tgk perangai cmtu..

    BalasPadam
  2. alah biasa ler tuhh... bila diorg dah tau perempuan tuh sure akan jadi milik diorang, mula ar buat endah tak endah lagi... :P

    BalasPadam
  3. TULAH MASALAHNYA APABILA AGAMA DIABAIKAN.
    BERTUNANG BUKAN LESEN UNTUK BUAT SEPERTI DAH NIKAH.

    MUNGKIN ADA YANG CAKAP APA SALAHNYA DIA AMBIK BALIK DAN HANTAR KERJA. KAMI DAH BERTUNANG.
    HANTAR NAIK APA? KERETA? OK JUGAK. KALAU NAIK MOTO, MESTI BERGESEL-GESEL BADAN DAN AKHIRNYA AKAN MENDORONG BERLAKUNYAS ZINA. BILA BERLAKU ZINA, AKAN BERKATALAH MEREKA , KAMI DAH BERTUNANG.

    TU MASALAHNYA JIKA TIDAK IKUT AGAMA. NANTI JIKA DIKATA TAK TAU AGAMA, MARAH PULAK. PADAHAL APA YANG DIBUAT MEMANG MENYALAHI AGAMA

    BERTUNANG JUGA BUKAN ALASAN UNTUK SELALU DATANG, MELEPAK DAN TIDUR SESUKA HATI DI RUMAH BAKAL BAPAK MERTUA. MASIH ADA BATAS-BATAS AKHLAK YANG PERLU DIPATUHI.

    SEKARANG 'LU FIKIR LAH SENDIRI'

    BalasPadam
  4. uncle pet, mazidul ni lelaki jadi guna panggilan encik. bukan cik.
    cik untuk perempuan yang belum berkawin. atau kalau nak guna cik jugak kena letak pak di depannya. so..
    pakcik mazidul

    BalasPadam
  5. agree with u bro.. dugaan masa bertunang mmg besar.. sy sendri pernah tersilap langkah, tp alhamdulillah berjaya diatasi sebelum nikah.. sama-sama sedar n try membetulkan mana yg salah.. =)

    BalasPadam
  6. Begitulah lumrah bila nak dapatkan sesuatu, berusaha dengan bersungguh2 bagi mendapatkannya. Tapi bila dah dapat tak pulak nak dijaga dengan bersungguh2...kedua2 pihak, lelaki dan perempuan sama saja dalam hal ni..

    BalasPadam
  7. dah PESAN dgn anak dara dan anak teruna...mereka tak dibenarkan ke rumah pasangan memasing melainkan hari raya itu pun setahun sekali.

    jangan gedik nak lepak atau sukahati pergi rumah orang buat macam rumah sendiri eh.

    garang tak aku hohoho :p

    *sapalah berani nak jadi menantu aku nanti*

    BalasPadam
  8. Masa saya bertunang dulu (dan sblm juga), mak saya selalu sgt berpesan jgn selalu bertandang ke rumah bakal mertua. Sebab saya perempuan...nak kena jaga 'saham'...hehee....Lagipun tak manis lah kan?

    BalasPadam
  9. betul kata2 bro!
    baik kenal sekarang dari kenal selepas kahwin.
    ada member punya saudara, bercinta beberapa tahun, bertunang pun lama, alih, kahwin sebulan!
    sebulann je bro. takpasal2 jadi janda muda.

    baka kata rakan yang bertunang. baik gaduh2 sekarang daripada senyap sekarang, lepas kahwin gaduh! kawan ni dah kahwin dah pun. konpem tak gaduh sebab bini kerja tempat lain! ahahah

    BalasPadam
  10. heheheh....
    kalau zaman dulu2...
    janda memang gelaran yang paling menakutkan di alam semesta...
    belum lagi dikeji jiran tetangga...
    kak nam kak nam kat kampung semua ikat suami kat umah kalau dalam kampung tu ada janda..

    Tapi zaman skang... (especially artis, sbb dowang selalu kuar majalah)

    Janda tu menaikkan lagi saham,
    lepas jadi janda makin melaram,
    lurah dada, peha habis ditayang..
    Tak dapat Osman Kabilah.... anak ikan pun habis di'siang'... ekekeke

    BalasPadam
  11. "Tunang kau tu, tak perkenan sungguh mak tengok, nak ke dapur pun liat. Larat ke kau makan di kedai setiap hari nanti bila dah kahwin?"

    AYAT INI YG BEST SKALI . . .HAHAHA

    BalasPadam
  12. Dunia sekarang makin mencabar. Sorang pergi, sepuluh yang datang tauuu....!

    Tapi kalu yg datang tu semua bertongkat buat apa tauuu..


    *ECHAH, aku dah pasang spy dan ramai kaki soh peratikan anak2 dara aku kalu aku terlepas pandang. So kalu depa aktif mana2 siber (yg ada status tu), aku leh pantau depa ada pakwe ke belum.
    Ada harapan lagi tak kita nak berbesan nih?

    BalasPadam
  13. azie >> nak ke hang jadi besan aku...mak mertua yg garang ni ekeke :p

    BalasPadam
  14. Ye la mazidul, baru bertunang dah bebas klr msk rmh bakal mak mertua siap tidur baring lagi. Bertunang pulak spai 2,3 thn. Nt bila kahwin jiran2 pun dah tak exited nak tgk sbb dah basi. Nak tgk lps kahwin nt kerap tak dia mai sini

    BalasPadam
  15. Betul lah ulasan saudara Mazidul berkenaan dengan hubungan lelaki dan perempuan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

    memang saya akui perkara ini dah seakan menjadi kebiasaan dalam kehidpuan masyarakat kita pada hari ini.

    Satu hari nanti saya sendiri pun mungkin akan mengalami perkara seumpama ini apabila anak2 dah meningkat dewasa nanti (sekarang baru umur 3 tahun).

    Justeru itu golongan belia sperti saya ini dan rakan-rakan yang lain perlu mempersiapkan diri dengan ilmu agama dan ilmu motivasi sepatutnya supaya dapat menangani isu kekeluargaan dengan baik mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam.

    Kita sebagai manusia memang tidak pernah lepas daripada melakukan kesilapan. Justeru itu bagi muda-mudi yang tengah syok bercinta jadikanlah tulisan saudara Mazidul ini sebagai peringatan..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.