Ada anak berusia di antara 14 dan 17 tahun? Adik berusia sama? Saudara mara?
Jika jawaban anda 'ya', anda WAJIB membaca tampalan ini. Jika 'tidak' namun berhasrat menambah ilmu pengetahun berhubung fakta menakutkan, sila teruskan pembacaan.
Mengikut statistik tercatat di laman web Pasukan Polis Diraja Malaysia, 1,701 orang dilaporkan hilang tahun lalu. Hanya 44% ditemui kembali, selebihnya 966 lagi masih hilang.
Di antara Januari 2007 dan Mei 2010, 7,132 dilaporkan hilang, hanya 51% daripada mereka ditemui semula, selebihnya, 49% lagi, only God knows where they are.
49% bersamaan 3,479, samada mereka hidup atau mati, tiada siapa tahu.
Menurut laporan akhbar Kosmo!, remaja perempuan Melayu mencatat statistik kes kehilangan tertinggi dan majoriti mereka dilaporkan hilang, remaja berusia di antara 14 dan 17 tahun.
Fakta menakutkan, 99% remaja perempuan menghilangkan diri dipercayai kerana mengikut teman lelaki.
Hairan?
Tidak bagi saya. Jika perempuan dewasa boleh mudah terpedaya akibat pujukan lelaki, ini kan pula mereka masih remaja.
"Tolonglah Anies, balik lah, mak dan ayah tak kan marah Anies lagi kalau Anies balik. Kami sayangkan Anies, lupakan lah apa dah berlaku. Ambil yang jernih buang yang keruh"
Ditambah lagi dengan kenyataan lebih klise ...
"Ayah Anies sakit, dia terlalu rindukan Anies, mak merayu, Anies balik lah"
Itu antara kenyataan berbentuk rayuan lazimnya diungkapkan ibu di kaca televisyen, memohon anaknya kembali ke pangkuan keluarga.
Ya! Sebilangan anak perempuan melarikan diri 'termakan' dengan rayuan seumpama itu. Hati mereka mudah remuk dan tersentuh mendengar kenyataan memilukan terutama jika diluahkan ibu.
Namun tidak semua kes berkesudahan dengan kisah gembira.
"Sayang duduk di rumah pun macam neraka, ibu asyik berleter siang malam, semua sayang buat, semua tak kena. Di sini dengan abang, sayang bebas, buatlah apa sayang nak buat. Lagi pun sayang tau kan abang memang sayangkan Anies. I love you. Abang dah tak sanggup tengok sayang berhimpit-himpit di rumah macam sardin. Ayah sayang punyalah garang, salah sikit menengking, pukul. Abang pun lelaki tetapi tak akan buat sayang macam itu, abang janji. Biarpun abang kerja kilang, abang mampu menanggung sayang, jangan risau. Kita susah senang bersama, kini dan selamanya"
Akuilah, kekadang ayat lelaki sebegitu sudah cukup menutup rapat pintu hati remaja perempuan untuk tidak kembali ke pangkuan keluarga.
Tahun 2000, 828 daripada 5,137 mereka dilaporkan hilang kerana mengikut kekasih.
Memang selalu, ada antara kita berkata ...
"Emak marah, pukul kau bukan kerana emak benci tetapi sebab emak sayang"
Hemat saya, kenyataan itu lebih 'laku' 30 tahun lalu, tidak kini.
Usah terlalu yakin, biarpun anak diberikan pendidikan agama dan segala keperluan sekalipun, mereka tetap berkebarangkalian untuk melarikan diri.
806 daripada 4,939 dilaporkan hilang pada tahun 2003 dipercayai akibat pengaruh rakan rapat.
Cuba ajukan soalan cepu emas berikut kepada anak berusia di antara 14 dan 17 tahun biarpun tidak benar, hanya bertujuan melihat kecenderungan pilihan mereka.
"Hujung minggu ini, ayah dengan emak nak pergi majlis kenduri kahwin. Kamu nak ikut sekali ke atau nak keluar dengan kawan-kawan?"
Tanya sekarang, jika mereka berada di kawasan berhampiran. Jika tiada, saya tunggu ...
...
Apa jawaban diterima?
NOTA
Malam ini jam 10.30 malam saya akan muncul mengacarakan program HUJAH secara langsung di TV9.
Tajuk, 'Celaru Gender', fokus di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi, IPT.
Tetamu, 2 perwakilan pelajar IPT berbeza.
NOTA
Malam ini jam 10.30 malam saya akan muncul mengacarakan program HUJAH secara langsung di TV9.
Tajuk, 'Celaru Gender', fokus di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi, IPT.
Tetamu, 2 perwakilan pelajar IPT berbeza.
perkara ini sangat menakutkan bagi ibu bapa yang mempunyai anak gadis yang sedang meningkat dewasa...
BalasPadampeningkatan kes2 sebegini terlalu ketara sejak kebelakangan ini...
tentunya akan memilih ikut kawan... itu pilihan saya sbg seorang anak~ pernah buat entry lebih kurang abg mazidul punya.
BalasPadamhttp://shatoomanbudakkampung.blogspot.com/2010/11/kasih-sayang-ibu-bapa.html
Salam MAS...
BalasPadamWalaupun kakcik tiada anak gadis, darjah kebimbangannya tetap sama. Tidak lari, tapi bimbang melarikan. Na'uzubillahhiminzalik.
dasyat betul...
BalasPadamsalam..
BalasPadambetul la kata orang dulu dulu
bela lembu sekandang lebih senang dari bela anak perempuan sorang..
saya ada adik perempuan berusia dalam linkungan tersebut..tapi bertuah kerana dia tak boleh 'berpisah' dengan mak ngan abah langsung..sebab dia anak manja dan bongsu.
hahaha!! tak payah tanya pun dah tau pasti apa jawapannya! lebih2 lagi kalau anak lelaki!
BalasPadamRemaja sekarang sangat berani.
BalasPadamBukan macam kita dulu2.
Budak sekarang perasan takut takde dalam diri sudah rasanya!
owh sangat risau.. huhuh walaupun ku masa dulu degil .. takut masa berputar kene balik kat kita.. huhuhu.. sekarang anak perempuan saya dah nak setahun.. huhuh ader +-15 tahun lagi..
BalasPadamsaya akan tanya soalan mcm ni..
"hujung minggu ni mama n papa ader kenduri kahwin, mia ikut sekali.. boleh jumpa sepupu awak sekali.. " ..
eh tak mcm soalan pulak.. lebih pada arahan..
owh.. risaunyaaa
salam.
BalasPadamanak perempuan ada "hati hari"... mereka nampak lembut luaran tp hati...
didik anak-anak berlandaskan qur'an dan sunnah..
bagaimanapn cabaran tetap ada..
kalau tak ikut mak abah pergi kenduri..rasanya lebih baik duduk rumah..
BalasPadam(oh, adakah saya tidak normal memilih jawapan itu..?)
Salam,
BalasPadamWalaupun saya mempunyai 3 orang anak lelaki, saya masih takut sebab memang susah untuk mendidik anak-anak pada zaman sekarang. Dan saya tahu ibubapa yang menpunyai anak-anak perempuan lebih takut lagi.
hmmm... ada dua anak perempuan... risau tak tahu bagaimana akan datang...
BalasPadamsayapun takde anak pompuan, tapi saya still risau..
BalasPadammmg anak remaja tak mau dah ngikut mak ayah gi kenduri or kemana2, so, masa dorang kecik, ajak je kemana2..
saya dulu pun tak mo gak ngikut mak abah, lebih rela dok umah tengok tivi.. heheh
cemanapun, mendidik anak mmg satu tanggungjawab yg sangatttt berat!
stuju?
sesuatu yg amat menakutkan walaupon anak saya baru berusia 8 tahun.. tp dia akan remaja suatu hari nanti... harapnya didikan agama dapat membenteng dirinya dari perkara seperti ini
BalasPadamhari hari kedengaran isu ini
BalasPadamminta dijauhkan dr kita semua
berdoa lah agar diberi hidayah kpd anak anak kita dan generasi akan datang,agar jangan terus terusan
terjebak dgn perkara yg tak baik ini.
saya ramai anak buah baya2 macam tu. memang menakutkan jika terjadi apa2 kepada mereka. tapi melihat kepada layanan kakak abang dan ipar duai pada anak2 mereka, saya yakin mereka tidak akan lari.
BalasPadamcuma, anak buah saya 2 orang-lelaki, semasa umur mereka 5 & 8 tahun, mereka melarikan diri dipengaruhi si abang yang berumur 8 tahun. peristiwa itu amat mengejutkan, kami semua tidak sedar ketika itu awal dinihari, abang ipar ke bilik untuk kejut solat subuh(saya tinggal dengan mereka ketika itu). mereka dijumpai di taman permainan berhampiran tertidur di sana dengan baju2 dalam beg sekolah. alasan diberikan, benci dengan seorang kakak yang asyik marah2. Ya Allah, sentap hati dengar mereka begitu berani membuat keputusan.
Itu sebabnya kemesraan dalam keluarga perlu dipupuk sejak awal lagi. Emak vic ambil pendekatan dengan menjadikan anak-anaknya umpama sahabat sehingga kami cenderung berkongsi semuanya dengan emak termasuk hal peribadi. Kesannya bila kita mula terhanyut untuk melakukan sesuatu yang diluar batasan, kita akan terbayangkan wajah emak. Jadi kita akan memikirkan maruah keluarga dan mula 'tersedar'.
BalasPadamRata-rata remaja sekarang, seawal usia 13 tahun (mungkin lebih awal) sangat percaya kawan lebih dari ibu bapa sendiri.
BalasPadamInfluence itu sangat kuat, sehinggakan ibubapa dilihat dan dianggap seperti MUSUH. Segelintir ibubapa memang manjakan anak, juga terdapat yang garang panas baran dan terlalu mengongkong.
Tetapi tujuannya tetap SATU: SAYANGKAN anak dan mahukan yang terbaik utk setiap anak mereka. (kecuali yang buang anak)
Dari Sinar harian Pahang.25 November 2010
BalasPadamKuantan-Kebimbangan sepasang suami isteri yang mendakwa anak perempuan mereka menghilangkan diri memaksa mereka menggunakan kemudahan teknologi untuk menjejakinya.
Ishak Ahmad,53,bersama isterinya menggunakan laman web sosial,Facebook,untuk mencari Nurhaswani 16,yang menghilangkan diri sejak seminggu lalu.
Memang membimbangkan jika perkara ini berlaku dalam hidup kita.. ingat senang ke nak membesarkan seorang anak.. Bila dah besar holang macam tu sahaja..
BalasPadamSemoga kita dapat bersama2 menjaga anak2 dan adik beradik kita supaya perkara ini tidak berlaku dalam kehidupan kita..
Selain itu, kita juga perlukan banyak berdoa kepada Allah s.w.t. Sebagai manusia kita mempunyai batasan kudrat untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Tetapi kita perlu berusaha sehabis baik, berdoa dan bertawakal..
Untuk menduga apa yg anak2 fikir zmn skrg mmg sukar! teringat kata2 Sdr Zulkifli Nordin " anak kalo d depan mata, kita bleh tengok. Tapi kalo anak d luar? apa2 bleh jadi" - memang benar!
BalasPadam