Beberapa pegawai perubatan, doktor, menghantar emel kepada saya menyatakan ketidakpuasan hati mereka berhubung paparan program '360', 6 Mei 2009 bertajuk ‘Suka duka layanan di hospital kerajaan’. Mereka mendakwa media bukan saluran terbaik untuk mengkritik golongan profesional.
360 hanya memaparkan antara ribuan komen dilontarkan masyarakat berhubung kualiti perkhidmatan ditawarkan pihak hospital. Bukan SEMUA hospital, hanya SEBILANGAN sahaja. Antara isu diutarakan, masa menunggu terlalu lama sebelum mendapat rawatan dan cemuhan dilemparkan sebilangan kakitangan hospital semasa wanita bersalin.
Dari awal siaran saya secara jelas menyatakan premis paparan terbabit, masyarakat tidak menyalahkan SEMUA kakitangan hospital, hanya SEBILANGAN daripada mereka.
Adakah wajar suara pesakit tidak harus didedah dan diendahkan?
360 hanya memaparkan antara ribuan komen dilontarkan masyarakat berhubung kualiti perkhidmatan ditawarkan pihak hospital. Bukan SEMUA hospital, hanya SEBILANGAN sahaja. Antara isu diutarakan, masa menunggu terlalu lama sebelum mendapat rawatan dan cemuhan dilemparkan sebilangan kakitangan hospital semasa wanita bersalin.
Dari awal siaran saya secara jelas menyatakan premis paparan terbabit, masyarakat tidak menyalahkan SEMUA kakitangan hospital, hanya SEBILANGAN daripada mereka.
Adakah wajar suara pesakit tidak harus didedah dan diendahkan?
Yang selalu orang komplen bukan doktor tetapi sikap kasar nurse, bidan atau pembantu-pembantu doktor.
BalasPadamnak xnak.. mende tuh sye rse mmg berlaku di semue hospital etc.... terutame kerajaan....
BalasPadamibu saya sendiri di tangguhkan pembedahan sebanyak due kali di atas alasan yang sgt x munasabah..... mcm mane tuh?
tue salah satu kelemahan dalam sistem perkhidmatan kerajaan.. tiada keinginan untuk membaiki perkhidmatan melainkan menidak benarkan kenyataan dari pengguna mereka
BalasPadamsejak2 ade topik hangat ttg hospital ni, pesakit makin besar kepala lah abg mazidul...., sikit2 punya hal pon dah nak bising..
BalasPadamumpama kata orang, kalau dah ada tanggapan buruk pada 'sesuatu atau seseorang ', walopun tak terkena pada kita, kita cam bencik je kat 'sesuatu atau seseorang' tu.. hehe.. peace..!!
pengalaman saya di Hospital Selayang adalah sungguh hazabbbb...lepas tu saya xjejak hospital kerajaan lagi..korek duit mana ada masuk swasta..puas ati...meh saya nk cita 1-1
BalasPadamHospital Selayang.
lebih kurang 3-4 thn lepas..adik saya kene lelah so doc klinik biasa soh refer spital selayang..terus g bahagian kecemasan...datang pagi..petang kol 3 baru masuk...pastu ble plak byk bilik nk kene masuk...bilik 1 doc amik tempreture...pastu tunggu 2jam masuk bilik 2..bilik 2 amik air kencing plak..masa nih saya mula bertanya byk..hati dh panas tunggu terlalu lama...doc n nurse malas nk layan soalan saya...pastu tunggu lagi...disebabkan hati dah panas kami pulang mcm tu saja...adik saya yg lelah masuk spital tawakal...masa tuh korek duit mana ada..pinjam dgn sedara mara..
Klinik Kesihatan Selayang.
saya nk pegi first checkup pregnant..jam masa tu pukul 11pg hari khamis..tarikh xigt bila..ruang bahagian menunggu utk checkup ibu mengandung kosong dan nurse2 pun xde seolah2 klinik tutup...terserempak dgn nurse gigi..tanya dorg..nurse tu soh cek kt bilik tuh...tau x bilik apa?..thats is pantry!!!..yes aku buka bilik tuh ramai org tgh masak bihun..mcm ada kenduri...pastu sorg nurse tuh cek IC saya dan dia kata alamat saya kene checkup di Gombak..(nurse tu sambil makan bihun sambil cek IC saya di bilik pantry..tersangat la xproper)..terus saya mengadu kt kementerian kesihatan..
memang rakyat bayar murah utk menggunakan perkhidmatan di spital kerajaan..tp mereka dapat byk benefit dr kerajaan..jalan kan keje dgn penuh hemah pun susah sgt...xpaham betol la..
Kebanyakan daripada komen diterima daripada ibu pernah melahirkan anak di hospital kerajaan.
BalasPadamya ya... bagus bro!!! kalau ada GL kna.. nak lagi tertulis kelas pertama... baru dorang layan baik punye...
BalasPadamkalau tak kan...
contoh:
RM5 RM5 RM5... bayar bayar!!! heh... cenggitu je minaht berjerawta itu mintak...
tapi mmg betullah... tak semua nye tak elok...
saya suka dengan layanan doktor Ariven yang bertugas di hospital melaka... juga dr CHopra... n dr sameerah...
susah lah abg mazidul...
byk menda nak tulis... anak mintak perhatian... tgu ler larut malam... itupun kalau hubby saya tak godak php dia...
gah!!!
Banyak kisah buruk yang kita dengar dari Hospital kerajaan, tapi ada juga kisah baik mengenai mereka..
BalasPadamkenapa kita jarang dengar?
lebih banyak buruk dari baik..
begini....
BalasPadamkritikan dipersoal
ye!!!
statistik...
dulu ada keluar pasal statistik 1 doktor ***pesakit... saya tak ingat...
memnag kita kekurangan kakitangan!!!
tapi!!!!
kita bicara kan soal perkhidmatan
dulu mereka sibuk tempel dengan 7S
sekarang bukan 7S lagi tapi 10S
iaitu
salam
senyum
segak
sopan
sensitif
segera
sentuh
tambah lagi 3
selidik
sambut
dan saya pun tak ingat
...
ada ke mereka amalkan... jawapan saya: TIDAK
EKBANYAKAN MASA... saya yang mulakan.. senyum... say hi... hello
pasal attitude mereka...
tengah tenagh nak buat pemeriksaan anak anak... siap jawab call... siap borak borak dulu... nak tau pasal apa?.. he he he... pasal tupperware lah... pasal anak kat sekolah lah (anak kol dair sekolah)...kemudian... dah habis borak kat telefon bimbit.. cite pulak kat geng sebelah...
siap cakap kat saya: sekejap ye... sambil dia tersenyum...
ah byk ah bro nak cite...
belum lagi kat unit kecemasan... lagi berjam jam nak tgu
hah... saya byk pengalaman... yang baik yang sakit hati...
hish!!!
kadang tuh...
yang amah/atenden/pembantu jururawat yang lelebih... over!!!
hish meluat!!!
dorang nih kontrol cun (jururawat eh)
kalau bebudak praktikal dtg... lagi lah dorang nih kerek... bukan budak praktikal yang kerek... jururawat yang dah kompem ni yang kerek!!!!
fenomena biasa...
saya geram..kenapa jentera kerajaan tak boleh buat macam swasta boleh buat
contoh Mc D... kalau kita nak order... mesti dorang sebut... hi good morning or good afternoon... having here or take away?
dorang lagi penat tau... tapi senyum plastik pun dorang boleh buat...
aiyark... anka sudah merengek... bubai
bukan setakat melahirkan anak je bro mazidul... makcik sebelah ni selalu jugak tahun lepas masuk ward...
BalasPadamnak kencing dan nak berak (sorry bahasa sedikit kasar)... makcik tuh cerita... dia panggil... misi datang.. dia biarkan je makcik tu sensornag kat dalam toilet... hey.. di buat nye jatuh... dah lah makcik tu sakit!! last last org yang sakit jugak tolong makcik...
huh!!!!
yang pasal makan kat dalam pantry tuh... ha ha ha... kat hospital besar pun ada!!!!
BalasPadamhish...
dah tau korang nye waktu tu waktu bertugas.. gi metekedarah dalam bilik pantry buat apa... dah tau lapar.. nape tak makan sebelum masuk kerja...
apabila doktor paling atas ada.. lupa nama dia... memasing sibuk ah buat kerja...
dey!!! inilah fenomena biasa di hospital... tiap kali saya datang utk rujukan doktor masa hamil!!!!
abg mazidul kalau hantar spy pun elok jugak nih...
saya dah lama tgk perangai mereka...
yang dah tua tuh kalau rasa dha tak larat... berhenti je lah... ni keje jugak tapi perkhidmatan macam apa ntah...
sesuka hati je nak marah marah!!! nak arah arah!!!
Salam Mazidul,
BalasPadamTentang tunggu lama tu,sebenarnya susah sikit nak ubah.Sebab di kecemasan dia ada `Triage System` di mana pesakit dikelaskan mengikut `kecemasan` sakit mereka kepada Zone hijau,kuning dan merah.Sebab tu lah pesakit2 yang tidak berapa kecemasan tidak digalakkan pergi ke kecemasan disebabkan dikuatiri akan tunggu lama.Berkenaan dengan sikap `nurse` yang kurang ajar dan kasar tu memang banyak kes seperti ini.Kekadang doktor pun `menyampah` dengan perangai2 nurse seperti ini.Berkenaan doktor yang kurang ajar pun ada jugak tetapi saya rasa more tu doktor perempuan.Maybe sebab datang bulan kut.Wallahualam.Kadang2 doktor yang baik ni pun menyampah kat doktor yang jenis kurang ajar ni.Maybe waktu kecil2 dulu,ibu mereka kurang ajar dan didik mereka.hehehe..PEACE
mereka di bayar untuk berkhidmat kepada rakyat...laksanakan tugas dengan baik dan ikhlas...niat kat hati jika btul, keje yang kite buat akan jadi ibadah, dapat pahala...
BalasPadamtetapi antara gov n private, sy lagi prefer private kalo untuk ibu2 mengandung nak lahirkan anak...
maaf kalo berkata..sampaikan tuala wanita pesakit mereka akan tukarkan...ni realiti....melabur lebih sedikit untuk kepuasan saya kira tak ape lah...asalkan khidmat bagus....
abang.. plez datang HKL..tengok patient terlalu ramai.. bukan patient je yang tak puas hati...staf pun tak hati..terlalu ramai patient.. datang selepas waktu pejabat..jam 7.30-8.30...abang boleh tengok keadaan petient yang betul2 "BOX OFFICE"..plez la.. selamat kan kami.. dah cakap kat pengarah.. tapi macam biasa la jawapan dia..peralatan zaman jepun..pelikkan?..tapi itula kenyataan nye..peralatan yang terlalu daif untuk handle klinik yang begitu penting.. lagi time sekarang ni.. penyakit baru muncul bagai cendawan..staff tak cukup..tapi itu la hakikat yang ada pada HKL..plez tolong bongkar kan kesulitan kami.. plez abang mazidul..
BalasPadamSuara pengguna @ pesakit memang wajib didedahkan.
BalasPadamCumanya, siapa pihak yang sepatutnya respon kepada aduan dan pendedahan itu? Pengarah Hospital? Doktor? Kakitangan sokongan?
Saya cadangkan semua pendedahan itu diajukan terus kepada pihak yang berada di Putrajaya sana. Menteri Kesihatan mesti jawab. Kalau dia tak dapat jawab, boss kepada Menteri Kesihatan yg wajib jawab.
Kenapa? Sebab kesihatan adalah keperluan asasi rakyat, sama la macam makan nasi juga. Itu tugas utama pemimpin.
Apa lah sangat kuasa yang ada pada staf hospital tu nak menjawabnya. Kecuaian dan kesalahan kakitangan hospital mesti di atasi oleh ketua2 mereka.
Ini masalah sistem dan red tape yg tak berkesudahan. Doktor2 dan staf2 hospital hanyalah jentera yg melaksanakan sistem tu. Masalah menunggu lama, tak cukup staf, staf tak mesra, doktor layan lebih kurang adalah buah daripada sistem yang perlu diperbaiki. Perbaiki sistem, barulah hasilnya baik. Masalah ni adalah masalah common di semua hospital di seluruh negara. Kalau ada lagi masalah sikap staf selepas tu, itu adalah kerana mereka manusia biasa yg pastinya ada kelemahan. Sorang dua yang buat hal tu, letakkanlah mereka di barisan belakang, jangan letak kat kaunter. Mana boleh semua perfect, kan..?
Saya simpati kpd sebahagian besar lagi staf perubatan yg berkerja sampai "tak sempat nak bernafas" tapi semuanya jadi rosak disebabkan sikap segelintir rakan mereka yang lain.
Seperti mana tagline 360 - "PENDEDAHAN PERSPEKTIF" - semoga masalah ini dapat diteropong daripada perspektif yang lebih pelbagai lagi...
encik mazidul, u better read this blog.
BalasPadamhttp://nukilanida.blogspot.com/2009/05/luahan-hati-seorang-doktor-perubatan.html
poor 360 and tv3.
Pengalaman saya,
BalasPadamIsteri nak scan, disuruh dtg pagi, ramai orang doktornya seorang.. posponed minggu depan..Bila datang minggu depan, ada doktor baru, dia ubah waktu scan dari pagi ke petang, isteri ckp petang tak boleh ada meeting, posponed minggu depan . Bila dtg minggu depan, doktor baru sambung belajar ganti dgn doktor lain. Yang doktor lain ubah balik waktu scan dari petang ke pagi..yg isteri datang petang..nurse suruh dtg minggu depan tapi waktu pagi.
Saya ckp scan kat klinik je la senang..
Komen i senang je ..semua berkenaan workload...ataupun ratio petugas kepada pelanggan ...bukan kerajaan tapi mana mana pun , kata pepatah u give nut u get monkey ..so faham faham je lah ..biarlah win win situasion
BalasPadamTuan MAS, 360 cover Hospital Pakar Muar tu, tak jauh dari rumah saya. Last sekali saya dapatkan perkhidmatan dari Hospital tu sebelum hospital tu jadi PAKAR, buat x-ray nak masuk U.
BalasPadamPara doktor dan pegawai perubatan hospital kerajaan ramai yang jalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Yang bawa masalah dan mencemarkan imej dan mendatangkan persepsi negatif dari rakyat adalah PARA JURURAWAT yang tidak mesra,malas,dan selalu marah,buat kerja tidak fokus,sering cuai!!
BalasPadamapa kata en mazidul sambung lagi topik yang sama untuk disiarkan di 360 minggu depan.. apa yang dipaparkan semuanya kenyataan.
BalasPadambanyak kes kecuaian pihak hospital yang berlaku datangnya dari hospital kerajaan.
salam... sepatutnya wartawan perlu tanya sendiri pada pegawai ataupun jururawat bukannya pada doktor. golongan ini yang selalu berhadapan dengan urusan pentadbiran berbanding dengan doktor. jangan hanya salahkan sebelah pihak sahaja. kebanyakan org awam xnampak beban tugas yg perlu dipikul oleh golongan ini. perlu korbankan masa utk keluarga & diri sendiri memandangkan shift kerja yg padat.
BalasPadamkebanyakan pesakit juga ada yg menyalahgunakan "Wad Kecemasan" yg mana wad ini hanya utk kecemasan tetapi mereka yg hanya pening kepala pun mendaftar di sini.
kesimpulan, kerajaan perlu menambahkan lagi bilangan doktor, jururawat dan attendan hospital agar byk masa boleh dibahagikan sama rata beserta dengan gaji & faedah yg memuaskan bagi kedua-dua pihak. tq..
lain kali ckp kene pk.. kalau sakit tu tak emergency mmg la tak dilayan xepat.. di hospital ada triage system.. nak tau apa tu triage.. p cek sendiri.. hospital swasta, kes sakit sikit pon diorang terima... sbb tu source of income diorang.. lagi byk patient, lagi byk duit.. sakit sikit aje tapi investigation sume yang tah ape2.. yg patient pon bodo.. ikut aje.. konon2 bagus la.. sbb dpt pemeriksaan menyeluruh tapi taktau yang hospital tu saja dok perah duit korang.. dlm 360 smlm tu, wartawan yg berlakon sbg pesakit asthma.. definitely takkan dilayan coz as an astmatic patient under acute attack, he seems comfortable.. furthermore dah tentu no changes in sounds of his lungs which indicates that he needs urgent nebulization sbb dia bukannya pesakit atshma.. tapi pelakon.. he is already categorized as stable patient under green zone.. so tunggu je la.. nest time get ur fax right before publishing all those stupid statement.. it just makes us feel like laughing very hard at this stupidity.. selidik dulu br go public.. itu akan buat anda lebih dihormati krn ia menunjukkan anda ini seorang yang berilmu..
BalasPadamhallo brader mazidul..mulut u ni celupar la n u ni biadap n zalim.. ape kata u check daripada view side of doctor goverment plak.. or u buat la pendedahan private hospital/klinik plak.. sama je service private.. be fair la sket..
BalasPadamor better u jernihkan balik kekeruhan ni.. u ni tau cari salah org je.. igt u ni bagus sgt ker buat LAPORAN BERAT SEBELAH MCM NI!!?
nk ulas service kerajaan pi tny kementerian kesihatan la.. bodoh!
u ni memang pengecut. komen yg masuk i gerenti u tapis!
BalasPadamsepatutnya u dedahkan jugak paparan suka duka kerja hospital kerajaan..compare dgn hospital private..cari yg baik cari yg buruk..
BalasPadamFarish, jangan melatah. Dalam blog ini kita berbicara dengan adab. Jika saudara faham maksudnya.
BalasPadamApapun, saya teringin membaca komen Abuamin dan pembaca lain.
Tidak timbul soal pengecut, perkara subjektif :)
PG, saya faham ulasan awak. Tq
BalasPadamMulan, wartawan terbabit hanya bertanyakan soalan kepada kakitangan hospital bertugas. Tidak lebih daripada itu. Tidak ada sebarang remarks dibuat. Apa dipaparkan, perbualan sebenar. Malah, wartawan bertugas tidak dalam apa bentuk sekalipun mencerca pekerja pusat perubatan itu.
BalasPadamSebagai pesakit, salahkah mereka menajukan soalan? Orang awam bukan ke hospital setiap hari.
360 juga memuatkan pujian dua bekas pesakit terhadap layanan 2 hospital di Perak dan Melaka, mengikut pengalaman mereka.
Dr ditemubual, bekas doktor pernah berkhidmat dengan kerajaan. Dr sama menjelaskan isu kesibukan doktor bertugas, gaji dan komitmen mereka.
kalau x buat kenape melenting yer "dokter"?
BalasPadamSalam,
BalasPadamMazidul....u jgn takut paparkan benda benda macam ni....jgn hipokrit. U tak salah apa pun memaparkan benda yg benar. Lepas ni buat kisah ibu bapa terabai pulak....tercampak di Rumah Seri Kenangan...walhal anak bukan main ramai.
Mesti di ingat, keje doktor berbakti untuk pesakit....setiap kepuasan yang dilahirkan dari pesakit, akan menjadikan rezeki doktor tu baik lagi halal..moga di murahkan rezeki..aminnnn..
BalasPadam"kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai"
Ogie, semangat saya jarang luntur, InsyaAllah. Cuma hairan, komen dipapar diluahkan orang ramai, salah kah mereka?
BalasPadamDalam negara demokrasi, perdana menteri turut dikritik sebelum ini, kan?
Sepatutnya didedahkan untuk menjadi iktibar dan penambahbaikan di masa depan. itulah sepatutnya seluruh doktor perlu diterapkan dengan bidang agama yang tinggi supaya lebih amanah menjalankan tanggungjawab bukan sekadar belajar teori dari buku barat.....
BalasPadamSalam Mazidul.
BalasPadamSaya harap kepada mereka yang komen tu biarlah beradab.Kita masuk rumah orang mestilah penuh dengan adab kan.Teruskan pededahan berani anda.
Sebenarnya kita amat kekurangan doktor dan staff.Itu saja.Doktor dan staff yang ada tak boleh nak cope-up.Kesian diaorang.Bayangkan kalau kerja di Emergency tu 8 jam non-stop.Nak makan pun takder masa.Nak borak2 lagi ler takder masa.Patient bertali arus tak putus-putus..PEACE
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Orang kita lebih suka melihat nila setitik yang merosakkan dari melihat susu yang selama ini kita minum untuk kesihatan kita selamanya.... Jangan dinilai nila setitik, lihatlah susu yang berkorban untuk kita semua selalu
BalasPadamya.... ada jugak doktor yang melenting eh...
BalasPadamaiyark!!!!
apa kisah nih...
lek lah...
mmg betul kalau kecemasan... yang betul betul terdesak diberi keutamaan...
anak saya dua kali dirujuk ke kecemasan...
memang lama...
tapi saya sebagai manusia sabar menunggu...
bab bilik amik suhu badan n ambil tekanan darah tu kan... bukan berat sebelah... ini pengalaman saya... tak de orang duduk kat situ walaupun ada 2-3 kerusi... he he he... tapi tetap saya cool... and masih boleh bermesra dgn mereka...caricari dan jengah jengah(walaupun hati sakit)... dan saya beruntung suami saya orang sangat sejuk!!! cool!!!
dr farish...
jangan lah marah marah... rileks... cuba cool macam dr ariven yang berkhidmat di hospital besar melaka... orang tgh kecoh... dr ariven tetap cool!!! sama macam dr chopra!!!
dr yang pernah merawat saya... jap eh saya senaraikan
dr vijaya
dr thiam (pakar perunding jab OnG hospital melaka)
dr noraini
----
bukan apa... ada yang macam kerenah yang tahape hape: contoh macam suami saya... pergi klinik ayer molek... nak cek tekanan darah... then disuruh ke poliklinik ayer keroh untuk cek keseluruhan... dah sampai poliklinik ayer keroh pihak di sana cakap khas untuk warga tua je... heh?
apa kes?... macam macam kes...
apa pun warga kementerian kesihatan dan anak anka serta cucu cicit...
rileks eh...
tingkat produktiviti
saya dan ahli keluarga faham...
sebab tu bila ke hospital kami selalu mulakan denagn sneyuman dan cuba beramahmesra
satu lagi eh nak tambah
mak saya di PPUM akhir tahun 2005... potong kaki kiri sampai paras lutut...
ada seorang jururawat je yang kami nampak kat situ... muka dia tension sgt... kami tegur... "senyumlah... kita sama sama faham... u sorang sorang ke hulu ke hilir... sister pulak asyik ty itu dan ini.. mesti awak pening kan nak mulakan yang mana... nak layan pesakit o kerenah orang seangkatan"
dia senyum!!!.. manis!!! nanti saya ty mak saya... apa nama adik tu ye!!!
to doktor farish:
BalasPadamhallo brader mazidul..mulut u ni celupar la n u ni biadap n zalim.. ape kata u check daripada view side of doctor goverment plak.. or u buat la pendedahan private hospital/klinik plak.. sama je service private.. be fair la sket..
or better u jernihkan balik kekeruhan ni.. u ni tau cari salah org je.. igt u ni bagus sgt ker buat LAPORAN BERAT SEBELAH MCM NI!!?
nk ulas service kerajaan pi tny kementerian kesihatan la.. bodoh!private? hurm... adik saya guna perkhidmatan PUSRAWI... dia kata best!!! best ah company bayo!!!
doktor farish... emosi ye?... sampai keluarkan kata ba wau dal wao ha... he he he...
relax!!!!!
mungkin denagn cara ini perkhidmatan di hospital akan bertambah baik!!!
oh ye...
baru ni saya ada ke hospital kerajaan... kami ke kecemasan... dan apabila dimaklumkan... poliklinik peringgit dibuka hingga jam 9 malam!!! bagus kan!!!
mereka yang bertugas di sana... urm... cuba lah rasai sendiri!!!
ada juga ye yang blood test hilang...
BalasPadamsaya pulak fail rekod saya ntah ke mana... berhari hari hari saya duduk di hospital!!!
dorang (jururawat kot)... cari tak jumpa... then sneyap...
sekali dr india nih... apa ntah nama dia... MARAH... SUARA DIA HUIYO KUAT GILER!!!
"U ALL PK U ALL JE ANAK KAT RUMAH, U ALL TAK PK DIA PUN RINDU KAT ANAK DIA KE... FAIL DIA ADA KAT AFRIKA KE? SAMPAI BILA DIA NAK DUDUK KAT HOSPITAL?"
LEPAS TUH TERUS JUMPA JEK FAIL SAYA...
APA KES KAH ITU?
Siang tadi PR Hospital Selayang menghubungi saya. Bertanyakan aduan pesakit sebelum ini untuk disiasat.
BalasPadamSaya tiada masalah membantu tetapi saya percaya, mencegah kejadian tidak diingini berlaku diantara pesakit dan pekerja hospital lebih baik.
Maksudnya, dengan beban kerja terpaksa ditangani, mereka sentiasa diperingatkan sentiasa cuba mempraktikkan piagam pelanggan tercatat di dinding sedaya upaya.
Hakikatnya, setiap kerjaya ada cabaran tersendiri. Sebelum menceburkan diri, kita pastinya mampu menjangka antara cabaran terbabit dan kita bersetuju menceburi kerjaya itu.
Saya ada melihat rancangan 360 pasal pelajar merokok naik bernanah telinga saya anak bangsa campur adukkan bahasa guna bahasa rojak dengan sangat bahagia.............
BalasPadamPG- untuk maklumat anda, dr akan bekerja bukan 8 jam tapi 36 jam tanpa rehat.. untuk nurse pula sampai double shift iaitu 16 jam kerja dan rehat 8 jam di rumah dan sambung kerja kembali...
BalasPadamxillix.. janganlah main cakap tanpa siasat.. Farish bukan seorang doktor. Adaker dia cakap dia seorang doktor??? Salah satu tabiat buruk masyarakat kita, main hentam keromo and make assumtion without knowing the fact..
Dengan pendedahan En Mazidul ini pada pandangan saya bukan menambahbaikkan servis, cuma menambahkan ketawaran hati anggota kesihatan yang berkerja dengan tulus dan ikhlas menjadi lebih tawar hatinya.. in other words, it is very demotivating for us... dan pada masa yang sama tidak mustahil akan menyebabkan lebih ramai doktor meninggalkan sektor kerajaan.... ataupun setidak-tidaknya mengurangkan minat anak2 muda untuk menceburkan diri dalam bidang ini...
Now i can understand why there is so many people dislike you..
Orang berbudi kita berbahasa
1. Dr Ida, kalau kita ingin menyentuh berhubung waktu kerja, semua orang boleh berbicara mengenai perkara sama, tertakluk kepada kerjaya diceburi. Contoh mudah, pembantu rumah dibayar gaji jauh lebih murah umpamanya, bekerja 24 jam dengan kehidupan terkongkong. Dia juga boleh merungut seperti kita semua.
BalasPadam2. Mengapa baharu ditegur secara am BUKAN berbentuk serangan peribadi, sudah mula melatah keterlaluan? Lagipun komen terbabit antaranya dilontarkan bekas pesakit dan beberapa ibu pernah mendapatkan khidmat rawatan di beberapa hospital, BUKAN di semua hospital.
Menurut laporan akhbar, kerajaan membelanjakan jutaan ringgit membiayai pembelajaran doktor samada di dalam mahupun di luar negara kecuali mereka daripada golongan berada. Duit dibelanjakan kerajaan, sumbernya? Antara kutipan cukai dibayar orang ramai mungkin termasuk bekas pesakit dan ibu sama. Justeru, salah amatkah mereka melontarkan komen?
3. Menurut Dr Ida, 'Dengan pendedahan En Mazidul ini pada pandangan saya bukan menambahbaikkan servis, cuma menambahkan ketawaran hati anggota kesihatan yang berkerja dengan tulus dan ikhlas menjadi lebih tawar hatinya' - Benarkah, paparan selama 17 minit berhubung luahan ketidakpuasan hati bukan SEMUA tetapi SEBILANGAN kecil pesakit mampu menawarkan hati dan meruntuhkan semangat pegawai perubatan di negara kita? Itu mungkin pandangan peribadi Dr. Dr berhak melontarkannya sebagaimana pandangan diluahkan pesakit.
Jika dilihat, pelbagai golongan lain turut ditegur kelemahan sebahagian daripada mereka, termasuk pengamal media. Adakah mereka tawar hati melaporkan berita kita baca bersama, samada di akhbar atau di TV? Tidak. Malah majoriti mereka melihat teguran itu satu perkara membina sekaligus mereka berpeluang memperbaiki kesilapan dilakukan.
4. Menurut Dr. Ida lagi,'tidak mustahil akan menyebabkan lebih ramai doktor meninggalkan sektor kerajaan' - Difahamkan, pelajar perubatan ditaja kerajaan akan berkhidmat di hospital kerajaan minimum selama 3 tahun secara kontrak. Kemudian majoriti mereka akan berhijrah ke sektor swasta untuk mendapatkan imbuhan lebih lumayan. Bukankah itu berlaku selama ini?
5. Saya percaya masih ramai anak bangsa ingin meneruskan pembelajaran mereka dalam bidang perubatan. Tamat, mereka akan meneruskan kerjaya sebagai doktor, berkhidmat membantu masyarakat dengan ilmu mereka timba. Sebagai manusia, termasuk diri saya, kita berkebarangkalian melakukan kesilapan. Jika ditegur, nilai teguran itu. Andai SEMUA teguran diluahkan salah dan disahkan tohmahan, ketepikan sahaja. Jika ada, biarpun sekelumit kebenaran, perbaik, kerana kita semua tidak mampu melarikan diri daripada melakukan kesilapan, apatah lagi sewaktu berhadapan dengan orang ramai, pesakit pelbagai bangsa, agama dan peringkat usia.
6.'Now i can understand why there is so many people dislike you' - It should be 'Now I can understand why there ARE so many people dislike you' - a personal attack? Sepertimana ditulis di blog Dr? That clearly potrays your mentality, sebagai individu. Saya harap bukan dari minda seorang doktor. Justeru, TIDAK memerlukan huraian lanjut. Dr telah menjelaskannya dengan kenyataan sendiri i.e 'Salah satu tabiat buruk masyarakat kita, main hentam keromo and make assumtion without knowing the fact'
Terima kasih.
suara pesakit wajar dikeluarkan..tambah2 Penjawat AWAM ada protokol etiket.
BalasPadamakui kelemahan..bukan semua, cuma hanya nak rasa pelek bila member yang buat kerja , member sebelah tumpang sekaki tu yang jadi merebak, bukan tolong nashat..
lain la SWAsta..bukan duit GAJI kerajaan..
Dia aje yang betul
BalasPadamBro Maz
BalasPadamBanyak berita buruk dan kritikan
sebab orang kita memang suka mengkritik, menuduh dan meng 'itu' dan meng 'ini' dan suka memperbesarkan kesilapan yang sedikit dan boleh dikatakan peratusannya adalah amat kecil jika dibandingkan dengan kejayaan yang dicapai oleh doktor dalam 'membantu' pesakit.
Berapa banyak berita kejayaan yang dikeluarkan dalam media mengenai kejayaan ahli ahli perubatan Malaysia di keluarkan? Yang biasanya di tulis ialah kesilapan yang mungkin 1/1000.
Saranan saya ialah...
Siapa yang suka mengkritik tu
didik anak anda supaya berjaya di tauliahkan menjadi Pegawai Perubatan Bertauliah atau Doktor Pakar, dan kemudian tengok apa masalah anak anda.
Atau pun mana yang masih muda remaja dan masih mampu untuk 'further study', cuba belajar rajin rajin sampai ditauliahkan sebagai Doktor...
Anda akan faham masalah Doktor jika anda seorang Doktor.
Bagi saya tugas doktor, pilot, anggota penyelamat dan lain lain penjawat awam adalah sangat penting kepada kita.
Mereka juga manusia biasa, yang tak lari dari kesilapan, dan mereka juga adalah MANUSIA BIJAKSANA dan BERANI kerana sanggup bercita cita untuk mengambil tugas sebagai Doktor.
Kepada yang banyak komplain tu, saya nasihatkan, cuba anda duduk sehari atau seminggu di Hospital, terutamanya bahagian kecemasan dan lihatlah sendiri masalah doktor kerajaan atau swasta ini.
Hanya 'Jauhari Mengenal Manikam'
Apapun segala galanya adalah kuasa Allah s.w.t, hanya Allah s.w.t yang berkuasa menentukan segala galanya.
Maafkan saya kalau terkasar bahasa
Ampun Tuanku berjuta juta ampun
Karam di laut boleh berenang
Karam di hati siapa yang tahu
Nota alid: adik perempuan saya doktor (MBBS, Phd), sebab tu faham sangat masalah doktor awam ni.
Wallahuaklam.
SALAM. BIASALAH MAZIDUL..
BalasPadamSIAPA MAHU MENGAKU KESILAPAN.....DAN TAK MAHU MENGAKU KELEMAHAN MEREKA
LAHAN HATI ORANG BIASA( BILIS) MAHU MAHU DIDENGAR....MUJUR ADA RANCANGAN 360 YANG MEMAPARKAN MASALAH INI.
Bro Maz.. tumpang sikit ye...
BalasPadam"D'Rimba berkata...
Saya ada melihat rancangan 360 pasal pelajar merokok naik bernanah telinga saya anak bangsa campur adukkan bahasa guna bahasa rojak dengan sangat bahagia............."
Ejaan pun dah jadi rojak dah...
Cuba tengok tulisan Mulan...
Dah jadi macam aku ni baru belajar membaca kalau nak baca tulisan dia...
Minta tolonglah Tuan tuan yang di hormati sekelian
Tulislah degan ejaan penuh... ini bukan ruang sms handphone...
anda boleh menulis dengan ejan penuh dan jelas dan lebih lembut...
kite belajar menggunakan duit rakyat..ptptn la...jpa la..mara la...
BalasPadamlepas dapat ijazah, berbaktilah untuk rakyat....
OK mungkin ramai yang tahu komplen tapi tak tahu macam mana kerja diorang tu especially doktor.. kerja dah ler tak pernah abis.. tu belum lagi nak kira on call yang elaun iput.. seb baik sekarang dh naik..kalo dulu kerja macam nak mati tapi elaun on call tu kira org kerja mcD dapat RM4 per our..doktor kat hospital kerja 7pm-7am elaun less than rm4 hour.. Adakah korang tahu pasal tu.??
BalasPadamTapi nasib baik sekarang dh naik lebeh sket lah tapi still tak berbaloi... Korang yang komplen banyak2 nie sanggup ker kerja macam tu 7.30 am - 5.30 pm.. tu pun belum tentunya habis.. selalu beley lar.. then kalo kena on call sambung lagi 7pm-7am then terus keja lagi 7.30am -5.30pm ... ha sekarang bley bayangkan betapa penatnya diorang tak.. nak makan pun tak sempat.. tu lagi bley buat spekulasi lebey lagi ada kat news paper baru nie psl doktor curi tulang yer.. selidik la dulu sebelum wat press statement.. Kalo korang kerja macam diorang awal2 lagi dah tergolek dok tau...pengsan tak bangun2...
Try be fair wilth tham and appreciate them.. dont complain a lot before you understand their situation...
satu lagi dont compare private with government... compare apple with apple la..
Doctor private gaji lumayan dan masyuk kerja pu tak seteruk & stress mcm government.. lagi2 skrg ekonomi tak stabil semua pergi govt... dah tak da duit nak gi private...
Saya juga tak setuju dengan penampilan kisah tentang doktor...cuba En. Mazidul berfikir bidang tugas doktor yang sebenarnya...so jgn provok sangat...byk perkara yang boleh dilihat lagi
BalasPadamWah...terasa bahangnya isu ni sampai ke tulang sum-sum !
BalasPadamPihak yang mengajukan aduan.. adulah dengan niat memperbaiki keadaan dan ikhlaskan hati tanpa menyinggung perasaan orang lain. Berikan teguran yang berhikmah..
Pihak yang ditegur dan dikritik, dengarlah dengan hati dan minda terbuka. Kalau benar teguran itu, akui kesalahan dan betulkanlah.. Kalau tak betul kritikan tu, anggaplah ia sebagai asam garam dunia. Lupakanlah dan teruskan khidmat semata-mata kerana ALLAH.
Dr.Fadzilah Kamsah selalu sebut : "Maafkan semua orang sebelum tidur setiap malam" Perasaan sakit hati kpd orang lain hanya akan merosakkan diri kita, sedangkan diri mereka tetaplah begitu..
Rasulullah bersabda :
"Barangsiapa mencari keredhaan Allah dengan marahnya manusia, nescaya Allah akan mencukupkan segala2nya baginya, dan barangsiapa mencari redha manusia dengan murka Allah, maka Allah akan serahkannya kepada manusia"
# pendirian saya ttg isu ni masih sama seperti komen2 saya yg terdahulu dalam entry ini dan entry "RM1".
awat tak datang hkl lagi ni..
BalasPadamdatang la..
tengok keadaan kami..
actually..
tak de pun 1 komen yang betul2 bagus dan boleh solve this prob..
ntah ingat bukak blog arini dapat tengok/baca ulasan yang betul bermakna..
tak habis2 nak hentam-menghentam..
sampai bila2 pun jadi macam ni la..
plez la..
kita nak yang terbaik..
bagi cadangan..
bukan komplen je..
cukup la dengan pendedahan yang telah didedahkan itu..
sekarang masa untuk berubah..
actually best baca apa yang ABUAMIN tulis..
itu yang kita nak dengar..
stakat nak citer pasal pengalaman better u citer kat blog masing2 lagi bagus..
kite kena berbalik pada fitrah manusia..
yang tak pernah puas dengan sesuatu..
semua tempat ada masalah..
bank?..
pejabat pos?..
pendaftaran negara?..
Imegresen?..
senang citer semua jabatan kerajaan la + intitusi yang menglibatkan pengguna..
nak taip banyak sangat..
semua tu ada masalah dengan pengguna..
kenapa ek?..
yang menglibatkan pengguna mesti ada prob?..
ntah la sistem tak betul ke?..
takkan semua sistem tak betul..
ke kite yang tak betul..
yang tak pernah puas dengan apa yang kite dapat..
dalam banyak2 hal ni..
satu cara yang patut ada pada semua orang ni adalah SABAR..
itu yang junjungan kite berpesan..
dalam apa jua kes pun kita harus SABAR..
dan setiap musibah ada hikmahnyer..
kita tak boleh terus menghentam seseorang bila berlaku musibah..
kita tak tau apa yang berlaku.. sebab kita bukan berada di pihak yang bersalah..
kita tak pernah berada dalam sektor kesihatan..
kita tak pernah tahu pasal susah payah meraeka..
kitak tak pernah ambik peduli ko rehat ke tak ke..
kita tak pernah ambil tau pasal mereka..
yang kita tau kita nak cepat..
cepat dalam semua hal..
cepat jumpa doktor..
cepat dapt rawatan..
cepat dapat ubat..
pastu kita balik umah..
tak pikir dah diorang..
yang masih lagi bersengkang mata untuk menberi rawatan sebaik mungkin..
kita tak pernah nak ambik tau pasal diaorang ni..
pernah tak anda terfikir..
jabatan kerjaan manakah yang bekerja 24 jam..
jawapanye ialah
Kesihatan..
Keselamatan..
dalam erti kata lain..
POLIS..
TENTERA..
IMEGRESEN
(Semua Ni dalam Dalam Keselamatan)
dan HOSPITAL..
yang paling ramai pengguna?...
jawapanyer.. HOSPITAL.
yang paling banyak komplen?..
HOSPITAL..
kesian hospital..
betul2 kesian..
dan tidak adil untuk mereka..
pikir la sewaras yang mungkin..
adil kah kita ni..
bagus sangat ke kita ni..
jangan hentam orang..
sebab kita bukan perfect sangat..
pendedahan itu bagus..
untuk baiki kelemahan..
bukan pendedahan untuk cari kesalahan orang+menjatuhkan orang
itu dilarang disisi agama..
..
sebelum tutup komen ni..
nak cakap skit..
BAGILAH PENDAPAT YANG BERNAS.. WAHAI RAKYAT MALAYSIA..
TERIMA KASIAH ATASA PENDEDAHAN YANG TELAH DIBUAT..
AGAR PIHAK YANG BERWAJIB AMBIL ACTION.. BUKAN DUDUK DIAM..
Emm satu lagi nak bgtau my sis berkhidmat di wad bersalin as MO di hospital kerajaan.. Then dari pagi hingga ke malam dok dalam Operation Theathere wat ceaser untuk selamatkan baby & mom yg tak bley deliver as usual... Bayangkan dari pagi sampai malam dok dalam tu.. kalo korang tak penat ker... Kalo wat ceasor memang kena cepat sbb nak kena selamatkan baby tu..lambat sket jer memang ar naya .. nanti doktor gak dipersalahkan...
BalasPadamSo mana diorang ada masa nak rilek2even nak makan pun tak da masa tau.. Pastu sampai satu hari tu husband patient yang belikan food for my sis, sebab dia kata tengok my sis kerja dr pagi sampai dh nak malam tak makan2..
Nasib baik masih wujud insan prihatin cam bro tu.. kalo nak harapkan yang lain lain tahu komplen ajer... so pepaham je lah ..
bagus jgk sedara mazidul memaparkan kisah doc kerajaan ni..pada sy,jgn la melenting..sy pun bakal doc jgk..tapi takde la rasa terhina dgn kutukan begini..pikir secara positive..ada benarnye kisah ini..n sebagai seorg doc,bile ada org tegur,apa kata kite perbaiki mutu kualiti perkhidmatan kita..kite boleh justified & cuba terangkan kat org ramai nape jadi sebegini rupa..mmg workload tu high..on call sebagainye..tapi cuba act profesional la..jgn cam budak2..malu la doc ckp kasar kat sini..ulasan ini maybe berfaedah jgk kepada doc2,supaya gaji naik lagi..so mutu keje lagi bagus harapnye..tak tension2 dah...realitinye,doc kat msia still less,apatah lagi pakar..salah sape act??.adakah doc2 melayu malas sambung pakar or camne??..tu jadi persoalan.satu lagi persoalan doc yg berkualiti..so diharapkan ini dapat membuka mata kerajaan supaya dapat membuka byk lagi uni perubatan selain menjaga kualiti doc yg dilahirkan..
BalasPadamMazidul, biasala kau wartawan di beri peluang beraksi diudara, melontarkan idea idea panas supaya rating program kau meletup. Tapi mesti fairplay...ok kau dah tunjuk kepincangan hospital kerajaan... sekarang untuk fairplay kau bawak sorang cameraman ...ikut seorang houseman di sebuah hospital kerajaan kerja...pilih time dia oncall....ikut resident doctor time dia oncall....ikut seorang staff nurse kerja...imbangkan kehidupan beliau didalam dan diluar hospital....kemuadian kau ikut dr di hospital private ...kau dedah berapa pesakit bayar ...penyakit apa...ubat apa yg di perolehi...layanan macam mana ...dan apakah tahap kepuas hati masing masing...ini baru fairplay... mazidul manusia ni ada yg mudah berterima kasih dan ada juga yg sangat sangat tidak bersyukur...kalau kita tgk dari segi motivasi...org yg tak bersyukur lebih tinggi untuk komplain...kekadang tertanya adakah komplain ini dibuat secara adil...dengan menitik berat segala aspek.... kekadang yg pening kepala komplen lambat dr tgk...padahal di red zone terpaks 3-4 doktor di kerah untuk mengahhdapi 1 pesakit yang sedang azab menerima ujian tuhan...apabila pesakit yg pening kepala itu tak tahan menunnggu mereka akan provoke...berbagai kata kata kesat di lontarkan...sudah pasti kakitangan yg memang letih bertunkus lumus akan menjadi agak baran... masalah ini buakan sebelah pihak....etika pengguna hospital jugak perlu dipersoal... adakah mereka sendiri sopan kepada kakitangan hospital..
BalasPadamsememangnya diakui anggota hospital kerajaan tidak sempurna...tidak maksum...keaadaan lebih membantu sekiranya masyarakat memahami perkara yg diberlaku....
pengalaman peribadi...ditendang pesakit atas alasan tak sengaja...pesakit datang beranak makan petai...busuk satu dewan bedah...tapi kami jalankan tugas...air kutuban mercik ke mulut ku telan jua....
sebagai pegawai perubatan ...walaupun kesilapan tu tidak saya lakukan secara peribadi....pendedahan yg tidak membina ini melunturkan semangat kami yg bertugas ini...kerana difikiran kami kami tahu...kami dr kerajaan di pandang serong dan hina oleh masyarakat malaysia...hanya kerana unfair jounalism.... kami bertarung ...ada dikalangan kami dapat penyakit yg datang dari pesakit...keluarga kami kurang mendapat perhatian kami kerana kami mengutamakan pesakit di hospital... kami terpaksa korbankan masa leisure bersama keluarga kerana oncall...saya pasti sekiranya mazidul berpusing 360 darjah melaporkan kenapa kenapa dan kenapa terlalu ramai komplen ... dan masalah kami pekerja hospital...mazidul akan faham...masyarakat akan faham.
sesungguhnya laporan mazidul lebih mengeroh keaadan dari membantu. pekerja hospital terguris...
ramai parent nak anak2 jadi doktor..tp utk ape??
BalasPadamutk dibanggakan.."anak i kat oversea buat medic..bla bla..
tp bila bertugas byk pulak komplen.adehh
ade yg ckp.."nnt bila dah degree i nak cari hospital kat pekan kecik jer sbb tak ramai pesakit.."
patut ker?? gomen dah belanja berjuta2 rm utk dorang..inikah doktor yg kita carik?
plzz laa..
kita paham kat hospital pesakit ramai mcm semut,alatan zaman tok naduk tp niat anda nak jd doktor kena diperbetulkan..
jgn hanya nak glamor jer..
adik saya seorg MA,adik ipar,kakak ipar seorg nurse,kakak saya dah jd ketua jururawat,anak buah saya doktor..famili saya ramai yg terlibat dgn bidang ini jd saya tak sokong dorang kalau benda yg tak betul.
so sila muhasabah diri.
doc. cik misi semuanya makan gaji, kerja buat takat org makan gaji jer, lain ler kalu kerja sendiri ada klinik sendiri xkan nak buat mcam tu, mapuih org tak dtg dah. pengalaman aku kat sepital selayang lah mmg sakit hati sangat dengan layanan dan perhidmatannya.......
BalasPadamwah, hebat komen2 anda. hmm saya agak terase kerana ade yang mengungkit dr ni keje kerna duit, kerja tak ikhlas, gaji dah dapat patut kerja optimum la, servis tak bagus, tak senyum, banyak lepak dari kerja, salah tu salah ni. dr pun manusia kakak abang skalian, dorang kerja macam nak gile, memanglah ade mase imam tergugat. katalah dlam 100 org yg dilayan, pasti lah at least 20 tak disenyumkan. dan cite nye org kite ni yg buruk je ungkit, yg 20 tu la nak komplen, yg 80 tu diam je. tak kisah la nak cakap ape pun, yg saye tau dr ni byk korbannye diri keluarge. kasi can la kalo die nak g minum jap, ne tau tu air first die minum lepas 36 jam bekerja, takleh? jgn sangke buruk je. tak gune nak explain sbenarnye sbab ramai yg dah terguris hati ngan sikap golongan professional ni, tp ramai juge yg dah puas ati dan berterime kasih, takyah la nak kecoh2, kasi penat je golongan yg baik2 tu. anggap je la yg busuk tu nnt sendiri dapat balasan, sabar. sendiri mau igt la yek, cermin diri tu, have anything u done or said made u a better person? ask yourself aite.
BalasPadamEn Mazidul,
BalasPadamSaya suka menonton rancangan 360. Saya nak cadangkan supaya tarik sama Menteri Kesihatan supaya turun padang tgk apa yg 360 dedahkan. Saya percaya tentu ada sistem yg baik utk menangani masalah ini semua. Bukan ke pegawai2 slalu dihantar ke luar negeri meninjau sistem2 hospital disana? Tentu ada method yg baik yg boleh diaplikasikan di Malaysia utk kebaikan semua pihak.
p/s: aritu tonton MHI gandingan En Mazidul dan Wardina. Mcm kurang kick lah, takde chemistry kot :p
Muss, saya teringin juga meminta cameraman merakamkan cabaran dan layanan persakit terhadap housemen di hospital. Boleh ke? Ada sesiapa berhasrat menawarkan diri?
BalasPadamen mazidul saya ade pengalaman dgn beberapa org doc..
BalasPadamketika dia bekerja dihospital gomen,bila jer hari hujan dia tak sabar2 nak balik kunun takut banjir sbb dia tinggal dikk.
tapiiii...
bila dia buka kelinik sendiri sanggup tunggu sehingga mlm buta walaupun ribut taufan melanda..muka manis mcm gula.berckp lebih lembut dari lidah..adehh
bayangkan..!
dimana rasa tanggung jwb dorang.dah ler study free(bkn semua) bukan murah kalo medic couse.bukan sorang dua yg bersikap begini.malah ada doc yg marah2 bila kita dtg terlewat dari apoimen walopun beralasan.tapi bila dah ade kelinik bole pulak senyum smpi ke telinga..
lawaklaa..
donia..donia :p
*adakah jawatan doc hanya utk glamor jer..*parent pun tumpang sekaki glamor uuuu.. *
it takes two to tango. kalau both sides boleh tolerate, dua-dua sabar & tak cepat melenting...
BalasPadamis it impossible?
dunia moden xsama mcm dulu, pressure sana sini, even tgk org ramai bersesak2 dlm lrt, traffic jam. semua itu pressure & consequently effecting your behavior..
semua orang ada kekurangan, ada kelebihan & ada tahap kesabaran.
mungkin kerana gaji x cukup, work pressure yang melampau, suasana kerja yang kurang seronok/selesa.. atau mungkin memang masalah attitude semata !!
apa-apa pun i agreed on "Bayar RM1 masa nak mendaftar, don’t expect too much lah." - yes of course you cant expect too much when paying RM 1 compared paying RM 500 per night kat private hospital etc.
but, "Takkan nak dibelai kut. Kalau nak layanan mesra, pergilah ke hospital swasta" is somewhat over reaction gak lah. - Cause we expect at least a smile & a warm welcome EVERYWHERE !!!!
salam
BalasPadamsaya ingin berkongsi pglmn.Baru2 nie saya bersama suami mengunjungi hospital besar.Pada mulanya agak keberatan untuk pergi tetapi kerana kesihatan suami yang memerlukan rawatan saya gagahkan jua.Sungguh mengejutkan kerana suami saya selesai melakukan pemeriksaan dlm jangka masa 1 jam.Sebelum ini kalau nk chek prlu tgu lebih dari dua jam n kdg kala mencapai 3 jm.syabas kerana mereka sudah berubah
Tepuk dada tanya selera.. atau lebih tepat tepuk dompet tengok duit..
BalasPadamBayor RM1 nak layanan kelas pertama tak bole le macam tu. Yang penting sifat kesabaran itu ada. Pesakit ramai, doktor kurang.. takkan doktor nak 'touch & go' tanpa memeriksa pesakit dengan teliti. Kalau anda sakit, takkan tak sampai seminit doktor periksa anda bukan. Anda mesti nak tanya itu ini, apa yang bole dan apa yg tidak boleh dimakan sebagai contoh.
Jadi, kalau anda berduit dan jenis yang tak tahan sabar, pergi sahaja ke hospital swasta. Anda dijamin puas hati.
Bile komplen nk mrh..tp lynn mcm haprakkkkk
BalasPadam