Khamis, Mei 21, 2009

Hantu Tiada Rekod Jenayah

Masyarakat Melayu sekian lama dimomokkan dengan cerita hantu, tidak terkecuali saya.

“Kalau dengar orang bagi salam, tengok dulu siapa. Jangan main jawab sahaja. Takut nanti hantu Kum Kum,” pesan orang tua.

Hantu Kum Kum dikatakan wanita berpakaian serba hitam dan bertudung labuh, kerap merayau di kawasan kampung mencari mangsa, kanak-kanak. Hantu popular di penghujung tahun 70 an itu dikatakan mengumpan mangsa dengan ais krim Malaysia. Tetapi tiada mangsa hantu Kum Kum dilaporkan terkorban.

Pernah, pada jam 1 pagi, 25 tahun lalu, rakan sekampung menjerit tidak ketentuan di hadapan rumah.

“Aku nampak hantu tinggi tadi. Dia berdiri halang jalan, bila mendongak aku tengok dia tinggi, hitam, badan berbulu!,” katanya.

Hantu tinggi juga dikenali sebagai hantu galah, tidak pernah mencedera atau membunuh sesiapa.

Ketika bermalam bersama arwah opah saudara di Kampung Lintah, Slim Village, Perak, 35 tahun lalu, saya terbangun dari tidur.

“Hoi! Jangan kacau, cucu aku nak tidur, pergi tempat lain! Aku parang engkau baharu tahu!,” jerit opah sambil memegang lampu pelita minyak tanah.

“Apa itu opah?,” tanya saya.

“Langsuir. Dia terbang atas atap. Bila dihalau dia kencing atas pokok manggis depan pintu tu,” balasnya.

“Dia tak gigit orang ke?,” soal saya lagi.

“Tak adalah. Dia selalu mengilai, bising,” jawabnya.

Dahulu, orang tua kerap berkata …

“Huh! Anak si anu tu, jahat macam hantu”

Sebenarnya, jika benar wujud, hantu di Malaysia tidak sejahat sebilangan manusia. Manusia bergelar penjenayah antaranya menyamun, merompak, merogol dan membunuh. Hantu tidak pernah mencatatkan rekod jenayah.

13 ulasan:

  1. saya hantu doghoyan..!

    bukan hantu yg dok atas pokok doghoyan..tp suke dgn buah doghoyan jek :D

    betul..saya teda rekod jenayah hehe :p

    BalasPadam
  2. wujud memang wujud antara tak nampak jerr..

    saya dah nampak tapi masa belum baligh dolu2..
    ingat2 lupa..terpandang terus deman..

    BalasPadam
  3. tahun 2002, pelajar perempuan sekolah saya diserang histeria.
    menurut cerita, benda tu terjadi sbb penerokaan hutan sblh sekolah kononnya menganggu penempatan "penunggu".
    yg best, cikgu sy bg sbb kenapa pelajar lelaki tak kena gangguan.

    "sebab orang lelaki lebih 'hantu' daripada hantu"

    BalasPadam
  4. hantu tu mmg ada...cuma org2 yg tertentu je yg nmpk...di kwsn umah sy dulu2..sebelum belakang umah dibangunkan seringkali budak2 nmpk benda2 tu...smpai ada yg kena rasuk...nak bunuh suami...tp skrg biler dh dibangunkan...xtau benda2 tu pegi..mungkin ada lg cuma x aktif...eee..seramnye...

    BalasPadam
  5. lebih baik jadi hantu dari jadi penjenayah sebab hantu xda rekod jenayah.

    BalasPadam
  6. ye laa sy setuju..srkurang2ye x da dgr lg hantu bnuh org..tkut kan ada la..tkutkan diri sendiri..ha ha ..

    BalasPadam
  7. ye laa sy setuju ..la ni hantu ngan manusia dah lebih krang..skurang2ye hantu x bunuh org..take care

    BalasPadam
  8. tak pernah nampak lagi.. tpi, pernah kena kacau... zzz~~

    BalasPadam
  9. hantu ada rekod jenayah??..hantu tak kacau org??..ada hantu yg kacau org la..yg kena sampuk tue apa citer..tok2 bomoh la polis yg tangkapnya..kalo org kampung ckp..ghostbuster..huhuhu

    BalasPadam
  10. salam...... mana berani hantu usik kita......kena panah petir nanti...


    orang yg dirasuk hantu...sanggup berbunuhan patut kena bagi petir juga

    BalasPadam
  11. hahaha.. berani giler arwah opah tu. macam slambe jek halau langsuir tu haha... al fatihah untuk dia.

    BalasPadam
  12. dulu masa sekolah ada kawan digelar hantu gigi.. macam2

    hihihih

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.