Isnin, Mei 11, 2009

Piagam Pelanggan

Saya melayari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia lalu terlihat piagam pelanggan berikut.

PIAGAM PELANGGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TERAS PIAGAM

Piagam ini ditujukan kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

1. KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN

1.1 Setiap pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan yang sewajarnya daripada Kementerian ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama dan taraf sosial-ekonomi.

1.2 Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera.

2. TARAF PERKHIDMATAN

2.1 Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.

2.2 Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional.

2.3 Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.

3. MAKLUMAT PERKHIDMATAN

3.1 Setiap pelanggan boleh mendapatkan penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan diberikan kepadanya.

3.2 Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan ditetapkan.

4. PENDIDIKAN KESIHATAN

4.1 Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.

Piagam tidak digariskan sewenang-wenangnya kecuali untuk dijadika misi semasa menawarkan rawatan kepada semua.

20 ulasan:

  1. Rohaizad, mungkin ramai tidak berpeluang membaca piagam pelanggan ini, tidak salah berkongsi maklumat, kan?

    BalasPadam
  2. so apa yang tak kena yer ngan piagam pelanggan ni bro mazidul..

    BalasPadam
  3. bahagian 2 piagam pelanggan ni saya rasakan harus dinaik taraf.

    biarpun kelat, harus diterangkan :-

    2.4 Setiap pelanggan perlu menunggu giliran kerana pihak kami mempunyai limitasi pekerja profesional.

    baru pelanggan x byk soal.

    BalasPadam
  4. Salam......

    Piagam ...klau tak praktikkan akan jadik citer * SANGGAM * heheheheheh
    cakap dan janji berabuk.......

    BalasPadam
  5. The Bone, saya paparkan piagam ini untuk renungan semua pihak. Ada ke dakwaan mengatakan 'ada tak kena'dalam entry ini?

    BalasPadam
  6. kenapa mereka tdk ikut piagam pelanggan neh? lupa ker???

    BalasPadam
  7. SEMENTARA MENUNGGU GILIRAN UNTUK DIPANGGIL, BUKANKAH TERSEDIA KOTAK CADANGAN ATAU PETI ADUAN DISITU? KENAPA KITA TIDAK MENGGUNAKANNYA??
    KOSONG SAJA PETI TU....

    TAPI, JIKA LAKUKANNYA, ADAKAH ADUAN KITA DILAYAN?

    BalasPadam
  8. Mungkin ada surat aduan yang diterima telah dicampak ke dalam tong sampah....who know's :)

    BalasPadam
  9. Selagi bidang agama tidak dipadukan dengan ilmu perubatan kembali sekadar ceduk buku barat selagi itulah akan terjadi kelemahan sana sini.............

    BalasPadam
  10. Azrul Hisham berkata...

    Mungkin ada surat aduan yang diterima telah dicampak ke dalam tong sampah....who know's :)

    ya who knows... twice drop in that box

    BalasPadam
  11. Apa pula piagam bidang kewartawanan???

    Dan apa pula piagam untuk anda sekalian pembaca?

    Adakah anda praktiikan piagam masing2

    BalasPadam
  12. Azrul Hisham,
    kalau mereka campak aduan kita,
    ini sudah jadi kes lain,
    mereka sengaja tidak mahu menerima adua atau rungutan pelanggan..
    tidak dilayan!!

    BalasPadam
  13. Piagam ni setakat atas kertas sahaja, sudah ramai yg tahu apa yg berlaku sebenarnya di hospital kerajaan sekarang ini?

    BalasPadam
  14. Bro Maz

    Langah yang bagus

    Sebab ramai yang tak tahu menahu pasal piagam ni

    sebab ramai yang jarang ke Hospital atau kalau pun ke hospital, tak sempat membecanya...


    Apa juga Piagam yang dibentuk dan disediakan adalah untuk kebaikkan dan iaya bermaksud untuk mereka yang terlibat untuk mempraktikkannya...

    Wallahuaklam...

    Sekian...

    BalasPadam
  15. setahu saya.. piagam tu mmg ada tersangkut kat dinding kat hospital...

    besar... warna emas lagi... tak silap saya lah... siapa yang selalu tunggu dan amik port tidur kat tempat duduk memang tak perasan kewujudan piagam ini yang tergantung cantik di dinding hosipital...

    BalasPadam
  16. Piagam adalah satu panduan, sudah tabiat manusia ,tak semua akan menurut apa yang tertulis, sememamngnya ada yg bertugas mengikut piagam pelanggan tersebut namun tak semua org nampak ,sebab yg baik selalul disembunyikan, manakala yg buruk sentiasa diwar-warkan....mmg baik utk mpkatakan ttg kelemahan tetapi , tatabahasa,tutur kata menegur haruslah elok,sekian,terima kasih

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.