Rabu, November 05, 2008

Saya Sudah Letih

Saudara/i pembaca dihormati,

Hampir setengah tahun saya menjadi blogger. Saya berkarya di pentas maya, berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dimiliki. Bermula dengan segelintir pembaca sehingga mencecah purata ratusan setiap hari.

Seingatan, hanya 3 daripada ribuan komen dihantar tidak saya siarkan di blog ini. Komen saya anggap tidak berbentuk profesional dan menyerang peribadi. Tetapi saya akur, itu ragam dan lumrah manusia. Saya maafkan mereka semua kerana saya percaya kepada hak individu dalam menyuarakan pandangan maupun isi hati.

Bagaimanapun, itu bukan alasan saya membuat keputusan berhenti menulis. Saya sudah letih. Pelbagai tuntutan kerjaya tidak memungkinkan saya menjadi blogger komited.

Justeru, terima kasih kepada semua pembaca sudi bersama mencatat, berkongsi pengalaman dan buah fikiran di halaman ini. Maaf sekiranya ada antara catatan saya mengguris perasaan, sepuluh jari saya susun, memohon keampunan.

Dosa sesama manusia, hanya manusia bisa memaafkan.

Saya boleh dihubungi melalui talian hotline 360 (SMS sahaja) 019 2345 360 atau emel.

Salam buat semua semoga menjadi insan berjaya di dunia dan di akhirat.

Mazidul Akmal Sidik

45 ulasan:

  1. Saya merasa sedih akan kehilangan seorang blogger yang menarik....

    BalasPadam
  2. salam mazidul...

    saya baru mula mendekati blog ni. kenapa begini.. janganlah berhenti menulis. anda mempunyai satu kelebihan yang patut anda gunakan di sini. kami mahukan cerita2 yang tidak disiarkan di TV3.

    tolonglah... janganlah berhenti...
    kalau tak larat nak menulis tiap2 hari... cukuplah sekadar seminggu sekali. saya tahu.. anda ada banyak bahan untuk ditulis.

    saya suka baca blog ni... sehinggakan saya linkkan blog ni dari blog saya untuk tatapan pengunjung blog saya.

    akhir sekali..
    saya harap en mazidul fikirkan kembali keputusan ini...
    harap tidak menjadi kenyataan..

    BalasPadam
  3. percayalah....
    anda akan merindui dunia "blogger" pada hari-hari yang mendatang...

    dulu...saya sudah merasainya...

    BalasPadam
  4. jika ada cerita just kongsikan bersama kami... cukp la sekdar online 5minit sehari asalkan maklumat yang dikongsi berguna buat kami semua

    BalasPadam
  5. aikk?? takkan nak berhenti dah bro..

    tak best lah macam ni..

    bila2 free tu update le..

    BalasPadam
  6. Abg Mazidul,

    Teruskan menulis kerana bagi saya tulisan abg lebih berbentuk informasi, pengalaman serta pengajaran.

    Abaikanlah mereka yang menyerang secara negatif.

    Sokong 360.

    BalasPadam
  7. lepas ni cuma bleh tengok kat TV saja la,,,,,

    Terima kasih atas sumbangan info dalam blog selama ini,,,,

    Semoga terus berjaya

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum;
    Alamak, kurang lagi satu blog untuk saya layari. Tapi nak buat macamana, mungkin saudara kesuntukan masa. Namun, harapan saya, diteruskan lagi penulisan blog ni dari dihentikan,bukan apa,blog ni seperti di kedai kopi jugak,bila ada komen,kita dah seperti di kedai kopi.Kira aktif juga minda kita untuk berfikir.
    Apapun, salam maju jaya dari saya.

    BalasPadam
  9. alaa.. saya suka baca blog abg mazidul.. pls don't quit blogging...

    BalasPadam
  10. Bro, sebut pasal komen tidak profesional n menyerang peribadi, saya baru je kena dlm bebaper hari ni.
    Diserang oleh beberapa org yg saya tak kenal lansung.
    Tiba-tiba kutuk saya yg bukan2 apa sumer.
    Tp saya tak filter diorg punya komen.
    Saya biarkan org ramai baca n tafsir sendiri.
    Saya tak pedulikan sgt sbb saya tak kenal diorg n diorg tak kenal saya.
    Apa pun bro, mmg itu bukan alasan utk kita berhenti menulis.
    Blog kita, kita ada cara kita utk tulis camna.
    Kalo diorg tak suka, they can click the 'X' button on the top right corner of the window.
    =)

    BalasPadam
  11. Saya faham dan saya harap semua pembaca yang lain juga faham..
    Tuntutan kerja bro tidak memungkinkan bro untuk terus meletakkan jari di atas papan kekunci komputer agar dapat meluahkan segala pendapat untuk dikongsi bersama pembaca yang lain..

    Diharap bro akan terus maju dan menjadi lebih aktif dalam bidang yang bro ceburi..

    Namun tak usahlah ditutup blog ini bro.. Jika bro ada kesempatan atau punya masa terluang, apa salahnya bro kembali menaip sepatah dua kata buat kami sebagai pembaca..

    Sekadar memberikan pendapat..

    Salam dari si jahil..

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Salam Abg MAzidul, sy sokong 100% apa yg mereka2 di atas tu katakan. Tlg jgn berhenti berkarya, byk sgt maklumat & knowledge yg sy dpt dr ruang maya ini.

    sy setuju kata Lintah, kalau tak larat nak menulis tiap2 hari... cukuplah sekadar seminggu sekali.

    Abaikan sahaja dgn 3 komen yg negatif tuh, kami yg beribu lg nih tetap menyokong.

    Apapun, sy juga ingin memohon jutaan maaf seandainya terlanjur berbicara, meskipun hanya di alam maya tanpa suara dan wajah.

    Buat pertama kalinya juga sy nak bg tau, setinggi2 terima kasih sgt pd blog Abg mazidul, sbb blog ni telah menemukan sy dgn kak Arryani & Kak Nurdaniella.

    Blog Abg Mazidul lah yg menciptakan persahabtan yg tulus kepada kami semua! Terima kasih PAkdul!

    BalasPadam
  14. Abg, kalau blh jgn delete yer blog ni.. Sy dan mungkin kwn2 yg lain tetap nak singgah!

    Insya Allah jumpa lagi, nnt Lin kahwin tetap nak invite abg jd MC.

    BalasPadam
  15. ala...
    abg mazidul dah nk berenti menulis?
    jgn le tutup terus blog nie
    sekali sekala updet ke blog...
    pls...jgn le berenti

    BalasPadam
  16. alaaa...bang baru ari ni ketemu blogs ni dah nak angkat kaki...amvoi janganlah gitu...sabar kanz je karenah mereka tue..setiap patah perkataan yang abang tuliz pas tue jadi panduanz kepada orang jadi sedeqah jariah bang....sabar yek..yek...yek

    BalasPadam
  17. salam abg mazidul...

    baru 3 bulan saya melayari blog abg ini...
    adalah amat tidak seronok jika satu blog untuk saya tatapi tiap2 hari...
    blogging tak semestinya setiap hari..andai tuntutan kerja juga hal keluarga menghambat diri..seminggu sekali pun sudah mencukupi...
    andai tidak ada cerita hendak dikongsikan hari ini...saya tetap akan singgah untuk mengetahui cerita yang terbaru....satu harapan saya, jgn berhenti dahulu...

    BalasPadam
  18. Akmal,

    banyak yang telah saya pelajari dari blog anda. Sungguhpun kadang-kala, masa terlalu kedekut untuk saya menjengah ke blog anda, namun, sekali menatap dan membaca coretan@luahan rasa insan/rakan2 di blog ini, ia banyak menyedarkan saya dan memberi makluman terkini kepada saya. Secara peribadi, saya sedih kerana tidak dapat berinteraksi secara terus dengan anda dan yang lain2 di dalam blog, tetapi saya yakin setiap yang bermula ada akhirnya. Don't give up! walaupun tajuk catatan kali ini 'saya sudah letih'. Words have POWER!!

    Good luck in your future undertalkings!

    BalasPadam
  19. salam abg mazidul.
    masih ingat saya lagi.
    saya sangat suka blog abg, dan ketika dulu pernah bimbing abg dalam dunia blog ni, dan skg masih sentiasa mengikuti blog abg.
    walaupun abg tidak selalu update blog abg ni selepas ni, tidak mengapa.
    asalkan abg dapat memberi sebuah komentar yang menarik dan matang.

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum, jangan la berhenti menulis bro, sayang la kalu berhenti. Saya tau banyak berita disebalik berita yang boleh dikongsi bersama. So harap sangat jangan tutup blog nie.

    BalasPadam
  21. Bukan saya tak sayangkan blog abg mazidul..tetapi kalau abg mazidul dah penat, kita seharusnya jangan memaksa. Kita pun akan memberontak bila penat pulang dari kerja dan orang suruh kita buat macam-macam.

    Harap jangan delete blog nie. Hilang penat berkarya lagi. Rasanya blogger lain tak kisah walau entry abg mazidul kuar seminggu sekali.

    Setuju tak semua?

    BalasPadam
  22. salam mazidul...please,jgn tingalkan dunia maya ini...kalau dah tak mampu tak perlu meng up date nyer setiap hari...just once a week...tapi segalanya tak boleh dipaksa...harap fikirkan kembali segalanya...

    BalasPadam
  23. SALAM
    SAYA HARAP ABG MAZIDUL CONSIDER SEMULA...
    SAYA TAHU HATI ABG MAZIDUL...MESTI BERAT HATI KAN....
    MENULIS DEMI AGAMA ..BANGSA DAN NEGARA...
    SETENGAH JAM SEMINGGU SEKALI PUN CUKUP..
    RATA-RATA PENGUNJUNG BLOK NI MENYOKONG ABG MAZIDUL...
    FIKIR SEMULA YER....BYE

    BalasPadam
  24. tak puas hati nak komen lagi lah

    sorrylah hari tu saya komen yang tulisan abg mazidul makin lama makin sikit....

    bukan apa saya suka baca cerita abg mazidul ajer...

    sedihlah macam ni

    BalasPadam
  25. assalamualaikum...

    sedih dengar en mazidul nak stop blogging...
    rasa xbest lak sbb kurang blog untuk dilawati...
    apa pun..all the best...
    jgn la ttup blog nie trus..
    ada masa update la..
    seminggu sekali ke..
    teja pasti rmai yang akan merindui tulisan wartawan yg berkaliber nie..
    :)

    BalasPadam
  26. jgn stop....ilmu yg d pergunakan orang akan membantu d alam yg satu lagi, bila tiba masanya....
    xyah update tiap hari...memadai seminggu 1x atau 2x....tapi kalo penat...elok la rest dulu.....

    BalasPadam
  27. SALAM BR MAZIDUL,
    WAKTU INI BARU BERPELUANG MELAWAT BLOG. JIKA BENAR APA YANG DIKATAKAN. APA NAK BUAT. SAYA RASA SAYA DIKALANGAN YANG AWAL JUGA YANG BERJAYA MENJEJAKI BLOG SAUDARA. WALAUPUN TIDAK TIAP-TIAP HARI. TAPI PERKEMBANGAN TETAP DIIKUTI.
    SAYA RASA KITA MACAM DAH KENAL LAMA WALAU PUN TIDAK PERNAH BERSEMUKA. APA2 PUN JIKA BENAR ITU KEPUTUSAN SDR, SAYA JUGA INGIN MOHON MAAF SEKIRANYA TERDAPAT PERKATAAN YANG MENGGURIS PERASAAN.

    SELAMAT MAJU JAYA DAN
    SALAM PERJUANGAN...

    BalasPadam
  28. maz, tak perlu tulis panjang-panjang... cukup sekadar berkongsi sedikit.. takkan amik masa lama dan tidak memenatkan..

    kami berharap maz terus menulis.

    BalasPadam
  29. Teruskan menulis Bro..... jangan ikut kata orang nanti lesu... penat.. menyampah... Aku dah rasa semua tu... last2 kita jugak kena ketawa bila tersandung.. Ingat lagu "MY WAY"... banyak pengajarannya... tapi apa-apa pun kita kena ada seseorang sahabat yang boleh memberi pendapat jujur kepada kita.. bukannya nak menjatuhkan kita. Sahabat aku adalah ISTERI KU...

    BalasPadam
  30. dude

    do not stop... once in a while bagi posting yg power (2 minggu sekali pun ok atau sebulan sekali)...ramai yg akan ternanti posting lu ni....

    cheers

    ManB

    BalasPadam
  31. manb, jgn ar sebulan sekali, lama sgt tuh.. majalah wanita pun kuar 2 minggu sekali tau.. OPPSS!!

    BalasPadam
  32. salam
    saya tak percaya lah abg mazidul dah letih....KECUALI ada apa-apa yang abg mazidul dah tersingung akan sesuatu ni...kot...
    pada pendapat saya blog abg ni menjurus kearah nilai-nilai positif.
    Dan banyak isu yang disentuh..dekat dgn realiti kehidupan masa kini...
    Saya tengok abg menulis memberi pengajaran dan keinsafan pada orang lain....
    abang mazidul..blogger yang menulis kearah kebaikan juga satu ibadah...
    selain itu bagi mereka yang di luar negara tahu jugak..apa yg berlaku kat negara kita..dari perspektif seorang wartawan TV3
    Saya tengok blogger sekarang bukan fokus sangat pun dengan apa yang diorang tulis,kebanyakannya sibuk mencari keuntungan dengan menjual ruang iklan..saya tengok blog abg mazidul satu pun tak der...tu yg saya respek tu...
    apa-apa pun saya harap abg mazidul consider lagi yer..
    kalau letih minumlah tongkat ali..atau pelbagai produk menambah tenaga keluaran IKS..ha..ha..ha..
    selamat berjaya..teruskan perjuangan...

    siti

    BalasPadam
  33. Kepada abg mazidul..
    janganlah berhenti menulis. saya suka membaca artikel anda. harap dipertimbangkan semula.

    BalasPadam
  34. Tuan Mazidul,

    Saya mencadangkan dapat seminggu satu entri pun sudah memadai. Moga-moga hubungan blog ini dengan orang ramai di siber tidak putus.

    ZAMRI MOHAMAD
    www.zamrimohamad.com

    BalasPadam
  35. abng mazidul, terus terang sy ckp, sy setiap hari bukak dan baca blog abng mazidul, klu sehari x bukak rs mcm x best hari tu..suka sngt bc tulisan abng mazidul..buku abng mazidul pun sy beli..tp klu abng mazidul nak stop menulis..itu hak msng2..cuma klu blh teruskan menulis sbb sy suka bc tulisan abng yg berani dan berinformasi.

    BalasPadam
  36. yalah bro...sayanaglah kalau awak berhenti....orang susuh susah nak naikkan ranking blog kat intenet..sekarang nie ranking blog awak dah naik...rugilah tinggalkan begitu sahaja...

    BalasPadam
  37. letih boleh rehat bro.....

    aku sentiasa doakan bro akn menulis lagi, sebab kami rasa makin dekat dengan realiti bila baca blog bro.....

    harap teruskan menulis, tak perlu hari-hari seminggu sekali pun kira ok....mardhotillah

    BalasPadam
  38. hi bro,
    xnak komen panjang panjang...
    sy sokong apa yang mereka katakan..that's all.
    jgn mudah mengalah,putus asa..bro juga yang rugi..
    klu terbeban dgn masalh kerja juga peribadi,just find out somebody atau kami semua untuk berkongsi suka duka u.kami sedia mendengar..just look at my pic,and u will know who am i.
    your sweety,
    princess sarah...

    BalasPadam
  39. rasanya apa yang ingin saya katakan semuanya telah diluahkan oleh mereka2 yang di atas.. jangan hentikan apa yang telah abang mulakan...

    BalasPadam
  40. Ala bro saya baru sejak menjak ni terjumpa blog ni..anyway..apa-apa keputusan you All the Best and take care.

    BalasPadam
  41. yg penting kita tau diri kita ikhlas...pedulikn kata2 org...mereka brkata2 x mgunakan akal...teruskan menulis...su antara org2 yg menyokong en mazidul dr blkg..

    "senyum slalu"

    BalasPadam
  42. mujur kita tgk bro tak berhenti menulis..teruskan bro..ramai yg menyokong dan ingin membaca apa yg bro tulis...

    BalasPadam
  43. teruskan berBLOG., adat laa ada dua tiga biji antah atau bubuk dldm beras..
    ramai lagi yang berminat kongsi cerita..

    BalasPadam
  44. Teruskan menulis atau kami di sarawak 'marah' pada sdra mazidul..hehehehehe. We enjoyed reading your blog. MHI we love you all.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.