Rabu, Julai 24, 2013

PELAJAR MAKAN DI BILIK PERSALINAN ( WAKIL PIBG, PEGAWAI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DAN GURU MAKAN DI MANA?) DAHSYAT SUNGGUH!

Pada bulan Mac 2010, saya menjalankan tugas di Kampung Beting, Jakarta, Indonesia. Tandas ratusan  penduduk setinggan tanpa dokumen sah di negara sendiri itu terletak DI LUAR  rumah.  Saya meniti jambatan di kampung itu untuk bergerak dari rumah ke rumah, melakukan tinjauan.


Tersilap langkah, air najis agak pekat berwarna hitam dan coklat  menunggu saya di bawah.

Klik di sini.

Kedudukan tandas di kampung setinggan itu amat jauh berbeza dengan lokasi tandas di kebanyakkan kondominium, apatmen dan pangsapuri di Malaysia. Tandas DI DALAM rumah dan acapkali kita menjamah makanan di hidangkan di atas meja terletak kurang 2 meter dari tandas. Namun kelompok  hidup kaya raya,  menetap di banglo besar, barangkali berbeza. Ruang rumah mereka  lebih  luas, tandas agak jauh dari meja makan tetapi ruang membuang najis itu masih DI DALAM rumah.

Tidak mustahil, sesekali,  sewaktu kita makan, bunyi pengguna tandas di rumah sedang membasuh berak pun boleh didengari dari meja makan  namun makanan masih terus disumbat  ke mulut.  Itu pun kalau berak berbasuhlah.  Ada juga saatnya, kita terdengar pengguna tandas di rumah  terkentut kuat, berak cair tercirit dan bau najis turut  menyelinap keluar secara perlahan  dari tandas tetapi kita tidak berhenti makan, mungkin hanya sekadar tersenyum sahaja.

Biarpun berulang kali dinyatakan di entri terdahulu, pelajar SRK Seri Pristana TIDAK berehat dan makan di TANDAS atau BILIK AIR, sebilangan pembaca tidak dapat menerima fakta itu. Sebelum ramadan, bermula Mac lalu,  BILIK PERSALINAN pelajar perempuan dibersihkan dan kemudian dinaiktaraf. Menurut wakil Pejabat Pendidikan Daerah, ruang terbabit tidak berbau busuk, jauh sekali kotor.

Pelajar di sekolah sama juga  diterapkan dengan kempen menjaga tandas di kawasan sekitar agar sentiasa bersih.  Maksudnya, TIADA tandas di dalam bilik persalinan itu,  seperti kedudukan  tandas di dalam rumah,  tempat kebanyakkan daripada kita berteduh di bandar. 

Lihat gambar di sini.

"Sewaktu meninjau ruang di bilik persalinan  terbabit bersama wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru, PIBG, serta kakitangan sekolah, kami terlewat untuk pulang ke rumah sebelum maghrib. Jadi kami membuat keputusan  berbuka di ruang sama selepas  doa dibacakan. Tidak ada sebarang masalah, Alhamdulillah, kami berselera makan selepas sehari menahan lapar dan dahaga" ujar beliau.

Gambar di bawah dihantar kepada saya oleh Yang DiPertua PIBG SRK Seri Pristana, Hussein Mohd Ariff.

"Gambar itu, suasana majlis berbuka puasa di bilik persalinan disalah anggap sebagai tandas oleh sebilangan orang," kata Hussein.


Apapun bermula hari ini, pelajar bukan beragama Islam akan menggunakan  kantin sekolah seperti biasa selepas kerja pengubahsuaian selesai.

Kepada semua pelajar di SRK Sri Pristana, tanpa mengira bangsa dan agama, saya ingin mengucapkan selamat menuntut ilmu agar semua menjadi insan berguna di masa akan datang. 

Sebilangan daripada mereka, barangkali akan menjadi pengendali blog TANPA dibayar seperti saya. Justeru mereka tidak perlu untuk mengikut telunjuk  sesiapa tatkala mencatatkan fakta di blog. 

***  Kasihan dan simpati kepada blogger amenoworld, terpaksa menciluk gambar daripada blog ini (dirakamkan semalam di lokasi). Kalau sungguh hendak mempolitikkan isu ini, tidak perlu sampai begitu sekali.


111 ulasan:

  1. Balasan
    1. syabas saudara Mazidul. liputan sebegini lebih menyeluruh dan kita tahu siapa 'buat kerja' dan siapa yg sekadar cari publisiti murahan. like!

      Padam
  2. Melihat gambar tersebut - teringat akan seringkali apabila menonton filem2 hollywood yang berkisahkan tentang kesukanan, pasti ianya akan diselitkan scene, dimana pemain-pemain 'American football, atau Baseball' meraikan kemenangan mereka atau sekadar ingin mengisi perut sebelum permainan bermula di ruang bilik salinan mereka.

    Isu disini jelas - terdapat binatang yang hendak memanipulasikan isu ini untuk kepentingan sendiri.

    Lihat sahajalah segelintir manusia yang tiada sifat sabar - tanpa usul periksa, terus memainkan sentimen mereka yang bukan islam adalah sebagai mangsa.

    Menunjukkan jelas - masih lagi terdapat masyarakat Malaysia yang punyai akan kerakyatan, tapi tiada otak, dan sering bersikap negatif dan tidak pedulikan akan penjelasan.

    BalasPadam
  3. fakta dan penjelasan yang mantop sahabat

    BalasPadam
  4. Jelas,nyatadan terang..terus usaha tegak kebenaran

    BalasPadam
  5. Motivasi terbaik pada ayat terakhir....
    Tahniah Mazidul....blog paling diminati..

    BalasPadam
  6. mmg terbaik lah..... ramai yg pandai sebar fitnah nsb lah ada pencari n pemberi fakta sebenar

    BalasPadam
  7. Ada yg x pnah masuk bilik psalinan..itupun dh dbehentikan penggunaannya dan dijadikan ruang makan sementara..

    BalasPadam
  8. Walaupun saya bukan penyokong pembangkang tetapi kenyataan berkaitan rumah ini tak sesuai untuk di samakan dengan majlis yang terpapar dalam gambar tersebut. Kalau rumah kita faham kebersihannya insyallah terjaga. Walaupun dekat dengan tandas tapi penggunanya kadangkala hanya isi rumah, sesekali mungkin ada tetamu yang guna. Tapi tandas bilik persalinan di sekolah itu di gunakan mungkin bilangannya ramai. Kita tidak tetahu siapa yang menggunakannya. Ada bermacam2 kaum. Bermacam ragam. Sesetengahnya mungkin melepas geram kat mana-mana. Satu lagi idea untuk menjemput tetamu makan di dalam bilik persalinan yang sebegini rupa agak tidak sesuai sekali. Kenapa cetek sangat orang yang mengendalikannya. Adakah tiada tempat lain yang sesuai. Kenyataan yang di buat oleh saudara walau benar sekalipun bagi saya menggunakan bilik persalinan yang ada tandas bukanlah satu jawapan logik yang di fikirkan oleh golongan pendidik. Sesuai dengan peranan pendidik yang sepatutnya melaksanakan perkara baik agar menjadi ikutan dan contoh kepada para pelajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mazlan Jamali, amat terang di sini anda yang anda yang cetek. Sudah berapa kali diterangkan yang dlm bilik persalinan itu tiada mangkuk tandas di ulang sekali lagi tiada mangkuk tandas seperti anda bayangkan. Itu adalah bilik persalinan dan bukan tandas dan tiada tandas yg berdekatan kerana bilik persalinan itu duduk sebelah menyebelah. Cuba baca dan kumpulkan maklumat sebaiknya dan jangan jadi pemalas.

      Padam
    2. Laa tak faham lagi, bilik persalinan tu bukan tandas, tak ada mangkuk tandaspun, yang ada cuma mangkuk tandas yang putar belit tandas.

      Padam
    3. Mazlan Ismail, tandas di rumah awak di luar? Jika jawabannya ya, samalah. Tiada tandas di bilik persalinan itu kerana tandas DI LUAR.

      Padam
    4. Aduyaaaiiiii.... Apa la ko ni Mazlan Jamali... mmg pak lawak la ko nih... klau yer pun nak jadi hero.. biar faham dulu.. baca biar terang... jgn baca dalam gelap.... don;t be keyboard warrior bro..

      Padam
    5. En Mazlan Ismail ni tahap pemahamannya kurang sikit. Tak pun buat-buat tak paham. Susahnya nak deal dgn orang macam ni. Bak kata kawan saya, malaysian ni walaupun byk yang well educated tapi pemikiran dan sikap masih lagi ditahap tak matang.

      Padam
    6. xfaham ke atau nak dibagi faham kan? tiada tandah di dalam bilik persalinan itu... Tandas DILUAR faham? ke nk saya FAHAMKAN mazlan?

      Padam
    7. Saudara Mazlan Jamali.. susah sangat ke nak faham apa itu bilik persalinan dan tandas.. ia nya dua buah bilik yg berlainan.. Saudara Mazidul telah pun menghurai dengan panjang lebar apa itu bilik persalianan "tiada mangkuk tandas" - "tiada mangkuk tandas"..

      dan soalan kenapa menjemput tetamu untuk berbuka di bilik persalinan itu? tak menggunakan dewan atau ruang lain.. jawapnya mudah.. sebab tempat itu lah paling sesuai dan ia memang sebahagian tempat makan di sekolah itu.. kenapa perlu susun meja di tempat lain walhal di situ sudah ada kelengkapan meja, kerusi dan sink untuk membasuh tangan..

      Padam
    8. SMTI.

      x de tandas, DAN ruang tu dh dibersihkan. So, kalau pun ruang tu dulu digunakan untuk mandi sekali pun, dah dibersihkan.

      Padam
    9. kepada saudara Mazlan Jamali..syabas dan tahniah kerana masih mempunyai pemikiran yg logik dan rasional. kepada yg tak setuju cuba pikir sejenak tempat tu SEKOLAH! tempat di mana kita hantar anak2 kita tak kira cina india ke melayu utk menimba ilmu..tempat di mana anak2 kita sepatutnya diberi keutamaan dlm setiap keperluan. bukan kah kita nak yg terbaik utk anak2 kita. kita sepatutnya paham isu sebenarnya!!!!!

      Padam
  9. Assalamualaikum

    Point untuk kekalkan SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (SJK)disebabkan isu layanan terhadap non muslim dan non bumi di SEKOLAH KEBANGSAAN (SK). Boleh baca da permainan mereka ni....

    BalasPadam
  10. Why most of the Sek Keb cantteens are not operating for non muslims during Ramadhan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. I live outside of Malaysia in a non muslim country...here we have a different question than yours: why are most canteens in sekolah or outside sekolah operates during Ramadhan???

      In Saudi and Dubai, you cant even eat in public unless you want to go to jail...and yes...no super "clean" bilik persalinan with meja makan disediakan untuk nons for them to indulge with their food! Yes some of my white friend back in Dubai resorted to eating in toilet! That is literally toilet not toilet=bilik persalinan kind of toilet.

      Belajarlah untuk bertoleransi sedara! Kalau dah kantin tak bukak tu...masaklah kat rumah bawak bekal kat sekolah...tak payah lah nak kecoh kecoh...nak tanya soalan soalan provokasi macam ni!

      Padam
    2. kornelius ben kullen,yang kau tulis rumi pehal?asl tak tulis jawi?ni kan malaysia. kenapa,yg duduk kat arab tu bukan manusia ke?orang kat arab tak makan ke?

      Padam
    3. ??? is this pro or against me? well that is exactly my point!

      INI MALAYSIA....

      KALAU DUBAI OR SAUDI korang dah makan kasut dalam penjara...

      KALAU AUSTRALIA...Korang makan lah ikut suka hati mak bapak korang....dimana mana...dalam tandas/luar tandas...atas katil....takde hal lah bro...

      Kalau kat China org Cinabeng suruh org ISLAM pulak bukak puasa di siang hari...

      tapi ini apa bro???

      Apa?...ini Malaysia!

      Padam
    4. Bro...dulu lu sekolah kat luar negara ke...klu lu sekolah KEBANGSAAN kat MALAYSIA..lu ada problem tak...isu ni jadi PANAS sbb bila campur tangan anasir-anasir POLITIK...APASAL KEDAI MAMAK ORG TAK BANGKIT ISU KEBERSIHAN..SIAP BUKAK PAYUNG TEPI LONGKANG BERTAKUNG LAGI...PROBLEM TAK

      Padam
    5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  11. Biasalah kalau islam dan bumiputera dah lemah macam-macam isu akan keluar perkara spt. tak pernah dijadikan isu di zaman pentadbiran tun m.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarakang SATU MALAYSIA , Ianya untuk Seluruh Rakyat Malaysia, Seluruh Rakyat Malaysia, Seluruh Rakyat Malaysia, Seluruh Rakyat Malaysia, Seluruh Rakyat Malaysia, Seluruh Rakyat Malaysia.

      Sudah Tujuh Kali!

      Padam
  12. Inilah tugas BLOGER...menayang kisah tanpa berat sebelah...yang baik kata baik...yang buruk kita kasi hentam sampai betul...PARA BLOGER JGN JADI MCM NUAR BERAHIM HANYA MENYALAK KRJN SALAH WALAU DIA PEROLEHI KESEDAPAN & KEPUASAN...

    BalasPadam
  13. bangsa kafir memang makin tak sedar diuntung.. banyak mengada2 dan makin menjolok mata.. mereka fikir dgn duit mereka boleh buat ape saje, dgn menipu mereka boleh musnahkan org islam, mereka silap mereka makin membakar diri dan keturunan mereka... disini...

    BalasPadam
  14. Miskinnya sekolah..takde ruang nampaknya...Nmapaknya diord didik untuk makan kat bilik persalinan..Tahniah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru tgk gambar begini dah buat kesimpulan yang mereka dididik untuk makan di bilik persalinan??

      tahniah! anda telah berjaya mengeluarkan kenyataan bodoh dan memperlihatkan kebodohan anda dalam mengeluarkan fakta...sekali lagi tahniah.

      Padam
    2. miskin sekolah tu ye....ape guna diorang buat bilik persalinan cantik2???apa gunanya saranraj???kalu dah kantin kena tutup sementara due to upgrade..what's wrong with that....there is no toilet seat in the changing area...the school officials have claim that the changing area is the most cleanest area in that school and the students were bare-footed inside the changing area.....and i want to ask you...do you have check-in a hotel???some customer willing to eat inside their hotel room eventhough the cafeteria is more cleaner than your hotel room!!!

      Padam
    3. Makan dalam bilik persalinan tu kira bagus juga dari makan kat dalam rumah berdinding tahi LEMBU macam d kampung halamam nenek moyang keturunan saranraj.Tu pasal keturunanan moyang saranraj datang ke Malaysia...tak tahan bau tahi lembu.

      Padam
    4. Hahaha...bagus syedben.Meluap aku tengok perangai lahanat kafirun yg semakin mengada2 dan perasan bagus.Macamlah masing2 lahir dalam istana emas,keturunan bangsawan tak pernah makan tepi longkang.Macam haram jadah masing2 tak sedar diri,buat2 lupa asal usul.Hark ptuiihh..

      Kalau makan dalam bilik persalinan yg bersih pun nak jadikan isu perkauman memang patut pergi mampuslah.

      Padam
  15. terima kasih atas penjelasan. org kita mmg suka melatah tak kena tempat, tanpa menyiasat terlebih dahulu.

    BalasPadam
  16. Alhamdulilah terungkai juga cerita sebenar... itulah manusia tak selidik lagi dah buat andaian...tq abg mazidul

    BalasPadam
  17. nape pelik je ayat2 ko ni?
    google translate kah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika ayat di entri ini pelik, saya teringin belajar menulis daripada awak. Malangya, awak langsung tiada bukti mampu menulis.

      Aduhhhhhh ... tersilap saya rupanya.

      Padam
    2. ko ni nama laki tp gmbar pempuan pondan ek ko ni MUHD FARRIZIE

      Padam
  18. Akhirnya terungkai juga kebenaran..itulah manusia tak selidik dah buat kenyataan yg bukan2..tq abg mazidul

    BalasPadam
  19. Still, Bilik ini tidak sesuai di jadikan tempat anak-anak itu Makan dan minum. Kasihan sungguh anak-anak itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aiyo....orang dah bg kemudahan sebab senang nak basuh tgn apa yg sesuai nya??? Poyo lah mak cik ni!

      Padam
    2. Aiyo....orang dah bg kemudahan sebab senang nak basuh tgn apa yg x sesuai nya??? Poyo lah mak cik ni!

      Padam
    3. saya rasa bilik itu sangat sesuai digunakan sebagai tempat anak2 itu makan dan minum SEMENTARA menunggu kantin siap.

      * dindingnya tile - mudah dibersihkan.
      * ada kemudahan sinki dan bekalan air untuk anak2 itu basuh tangan sebelum dan selepas makan
      * tidak panas atau terdedah kepada cuaca seumpama khemah / kanopi sementara (yg ada dicadangkan sbl ini)
      * selamat dan terkawal - pintu bilik boleh kunci jadi perabot spt meja kerusi dsb boleh ditinggalkan dalam bilik tersebut tanpa risau dicuri

      Padam
    4. Ini sekolah kebangsaan bukan sekolah private atau sekolah elit atau sekolah jenis kebangsaan yg dapat banyak peruntukan(drpd kerajaan dan swasta).Kalau kau pergi sekolah pedalaman lagi kurang kemudahan.Kalau kau pergi sekolah indon ada yg buat sekolah bawah jambatan lagi.

      Bersyukurlah,jangan nak mengada2 sangat.

      p/s:Sokong sistem 1 sekolah supaya rakyat Malaysia yg lahir di sini boleh pandai cakap bahasa kebangsaan dan faham budaya tempatan.Hanya di Malaysia,warganegara Malaysia tak tahu berbahaasa Malaysia.Memalukan..

      Padam
  20. Mana Kenz Subra yang ckp nak menyalak tu? Nak menyalak ke tak ni?

    Mana pengkomen2 laen yg dok menghentam taknak tunggu penjelasan? Ni dah ada gamba jamuan makan cikgu2 plak dalam tu apa citer plak ni sapa nak menyalak utk cikgu2 tu plak? Silap2 guru besar pon ada dlm tu tgh makan tembikai

    So kesimpulan dari bulan 3 dah dijadikan alternatif tempat makan kenapa blan 7 baru nak 'menyalak'? coincidence sebab bulan puasa ke?

    Umat Islam yang asik dok komen negatif sebelum ni bawak2 la insaf bulan puasa ni hasutan syaitan takde kalau ada pandangan negatif n asik rasa org tu salah org tu x betul itu semua dari kelemahan anda...bawak2 la berubah...

    Maaf zahir batin

    BalasPadam
  21. Terbaik...anda telah menjalankan tugas menerangkan yang benar dan hak. Itu merupakan satu jihad fisabilillah yang teramat mulia apatah lagi di bulan Ramadhan ini!

    Syabas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Megat, menulis dan memaparkan kebenaran bukan satu pekerjaan. Kerja saya, journalis di TV3 manakala menyatakan FAKTA itu tanggungjawab kita bersama. Terima kasih di atas sokongan.

      Padam
    2. Kenapa kerja2 dibuat pada bulan yg mulia. Tidak boleh tunggu cuti sekolah !

      Padam
    3. Rasanya sebab bulan tu budak2 ramai yang berpuasa jadi tak la menjadi kesulitan sangat kepada para pelajar.

      Padam
  22. mohon share En mazidul.sb ramai rakan2 non-muslim saya yg buta hati utk mengetahui kisah yg sebenar

    BalasPadam
  23. Bagus sangat..malu je kat siapa yang kecam dan tuduh padahal taktahu cerita

    BalasPadam
  24. terbaikkk...good job..
    tandas dan bilik persalinan pun depa tak tahu beza..kesiannnn...

    BalasPadam
  25. Mohd Farizzie, saya telah menulis di media hampir 20 tahun. Itu FAKTA. Kalau berasa kepingin belajar menulis, sila hubungi saya.

    BalasPadam
  26. aku bukan nak kata apa, tp orang malaysia especially melayu, x kan puas ati selagi x nampak apa yang dia sepatutnya nampak..

    BalasPadam
  27. Bro,bagaimana pula respon terhadap ini http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/parents-up-in-arms-against-sungai-buloh-school

    Katanya,tiada kerja pembinaan pon di kantin sebenarnya. Saya menjadi tertanya-tanya lagi +_+

    Mohon respon segera.

    BalasPadam
  28. Salam Ramadhan... Bro..

    Saya menyokong 110 % usaha Tuan untuk berkongsi FAKTA yg sebenar !

    Bilik Air & Bilik Persalinan adalah 2 tempat yang berbeza ?

    Silalah pergi ke kelab Golf contohnya di kelab Golf Bangi resort & tengok & saksikan lah sendiri bagaimana rupa :

    (1) Bilik Air
    ( 2) Bilik Persalinan

    Jangan nak berbahas & berhujah jika anda tidak mempunyai maklumat yng benar & sahih !

    Jika tidak anda akan menunjukkan kedangkalan fikiran anda & kebebalan/kebodohan diri sendiri !

    Wassalam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. i accept difference..
      but you willing eat there one month ...some more beside toilet

      Padam
  29. This is why..we need to send our children to tamil school..must learn from chinese..very less Chinese student in Malay school..now..we have to face all kind of problem. My daughter studying in Malay school.. but the school arranged their dewan to have their lunch. Why this school no hall?? Salah tetap salah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hello Aci, are you playing with fire?

      Please don't.

      Padam
    2. harmony dewi, saya nak betulkan, bukan sekolah Melayu (Malay School) tetapi sekolah kebangsaan di mana setiap warga Malaysia boleh bersekolah di sini... tidak kira bangsa apa. Sekolah Cina dan Tamil juga bukan mengenai bangsa tetapi bahasa pengantaraannya.

      Padam
    3. sekolah kebangsaan ya, bukan sekolah melayu. kenapa hantar ke sekolah kebangsaan? sebab nak bagi kenal dengan kaum lain. saya ada kawan india, cina, punjabi...tak ada pun masalah macam ni dulu. "but the school arranged their dewan to have their lunch. Why this school no hall" so dewan =/= hall?

      Padam
    4. Memang tak ada masalah ni waktu dulu - kerana tiada binatang yang nak mempertikaikan dengan tujuan yang negatif.

      Padam
    5. Sokong sistem 1 sekolah.Mengapa perlu ada sekolah2 perkauman?Hanya di Malaysia.

      Padam
  30. En. mazidul Akmal..did you published this in FB?? let see peoples comment..I mean all races..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf ya, patutnya ditulis ' Did you PUBLISH this ...". Maksudnya selepas DID, gunakan a base word.

      Peoples? Just people.

      Ada baiknya awak menggunakan BAHASA MELAYU sebab saya khuatir terkeliru dengan penggunaan Bahasa Inggeris awak :)

      Padam
    2. Hahaha...broken english tu,baru nampak educated..

      Padam
  31. Interesting. A lot of people has been misguided. Look at http://sarawakbloggers.net/sk-sri-pristina-non-muslim-students-asked-to-eat-in-the-toilet-for-ramadhan-month/ for instance. I wonder how can they easily proving false information. I hope everyone will try their best to differentiate between facts and fictitious just like you did. Keep up the good effort!

    BalasPadam
  32. Memang Terbaek lah Ulasan Bro Mazidul...

    BalasPadam
  33. wlaupon tandas/bilik persalinan tu bersih ka tidak tpi dia ttap tmpat musuh kta iaitu SYAITAN. nabi melarang kita mmeberi slam didalam tandas apatah lg mmbaca doa berbuka puasa.. xdak tempat lain ka nk berpuka? ka sja nk mngelirukan mata orang awam bahawa guru2 dan staff skolah tu pon mkan di dalam sna? insaflah.. sekian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah ustaz internet. hang main buat tuduhan tak berasas ni bukan perangai SYAITAN ka? sejak bila bilik persalinan yg tak ada mangkuk jamban jadi tempat SYAITAN? pakai otak sikit la, kalau jahil tu buat cara jahil, ilmu sejengkal lagak macam selaut.

      Padam
    2. Syaitan ada dimana-mana sahaja. hahaha.

      Padam
    3. Hahaha ustaz internet...asal boleh

      Padam
  34. tandas ke, bilik persalinan ke... kalau naluri manusia mana nak terima??? sekolah ni miskin ke takde dewan serba guna sampai nak makan kat situ? buat kat kelas kosong ker? miskin sgt ke sekolah ni? miskin dr sekolah pedalaman saya di sarawak nih..minta bantuan ngan pihak berkenaan cepat...jangan nak buat cikgu2 ni coverline sbb murid2 non muslim dibuat mcm apa makan di tempat begini.. pui...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kornelius, jangan jadi bangang sebab ingin mencetuskan isu sensitiviti agama. Please go somewhere else to do that, bukan di blog ini.

      Puiii!

      Padam
    2. yg aku pelik kantin tu renovate pintu je.tapi asl tutup semua kantin?walhal boleh tutup sebelah je. murid pakai bilik persalinan tu sejak march,tapi kenapa kerajaan tk leh sediakan kantin yg selesa? yg paling magic,tetiba hari ni kantin boleh pakai balik. hebat malaysia ku

      Padam
    3. budak2 yang bukan Islam? bagaimana dengan budak yang beragama islam juga turut makan di bilik Persalinan itu?

      mengapa kamu hanya fokus pada mereka yang bukan islam?

      berhenti lah, cukup dengan hendak memainkan sentimen orang bukan islam adalah mangsa.

      Ya, mungkin benar, orang bukan islam adalah mangsa, tapi lebih kepada mangsa akan kebodohan mereka sendiri.

      Padam
    4. Salam..apa apa pun pihak sekolah ni dari awal awal lagi pada bulan march lalu tak sepatutnya mengunakan bilik persalinan untuk di gunakan sebagai tempat makan atau canteen sebab ianya tak sesuai. Salah satu dari bilik-bilik darjah kan boleh di gunakan. Kalau ya pun buat lah temporary canteen, sementara canteen asal di ubahsuai or repair. Kalau tak ada budget, kan kementerian pelajaraan ada! Minta lah bantuan kementerian pelajaraan! Bila pihak sekolah ni tak berbincang dengan jabatan, kan sekarang ni dah jadi issue. Tak tentu pasal dah jadi issue Muslims and Non-Muslims. Di harap kementerian pelajaraan dapat selesaikan masallah ni secepat mungkin. Kita di malaysia ni sepatutnya MUHIBAH. Selamat Ramadhan.

      Padam
    5. saya guru sek & saya dah banyak pergi ke sek lain utk tujuan kursus, seminar, lawatan, posting & bertukar sek. ler kalau class mana ada sinki untuk cuci tangan. sinki hanya dibuat dlm bilik2 khas jer mcm bilik seni & bengkel ERT. lagi 1 bukan semua sek ada dewan khas. ada sek yg cuma ada dewan terbuka utk buat majlis khas seperti mesyuarat PIBG & hari anugerah. kat dewan mana ada sinki. bilik persalinan mcm kat sek ni dibina xder tandas di dalamnya. ruang berpintu & berkunci pelajar guna utk tukar baju jer. so xder istilah kotor pun selain telah dicuci & dikemas sebelum digunakan utk ruang makan..kipas pun ada termasuk meja & kerusi..selesa dari dok tepi longkang.

      Padam
  35. Tuan Muda, jangan kelirukan di antara TANDAS dan bilik persalinan. Sila bersihkan jiwa sebelum mengeluarkan 'fatwa' di sini. TANDAS tempat digemari oleh jin kerana jin gemarkan tempat busuk dan kotor. Kalau di rumah awak busuk dan kotor, mungkin jin pun suka.

    Bilik persaliinan jika bersih dan berbau wangi, tiada masalah.








    BalasPadam
  36. ameenoworld..hehehe..ksian2.. kemaruk sgt nk berpolitik.. padahal xde kna mngena pun..dasar pembangkang

    BalasPadam
  37. Amenoworld.... tak habis-habis menipu/ menegakkan benang yang basah.

    BalasPadam
  38. kalau ikut standard bilik persalinan sekolah, 2 tandas xde mangkuk, 1 lagi ada..
    so, sesapa nak bertelagah pasal mangkuk tandas ni, sila lawat bilik salin sek anak anda..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cichlids sepatutnya anda sarankan pembaca melawat bilik persalinan sekolah terbabit ini kerana isunya bukan di sekolah yang lain jika berminat dengan kebenaran. Anda adalah contoh rakyat yang tidak bertanggung jawab.

      Padam
  39. Well done bro ..... stand up for what is right. Tak kira bangsa & siapa. Itulah ajaran Islam murni.

    BalasPadam
  40. Beruntung kita org M'sia. Seburuk umah pun ada gak JAMBAN. Dlm satu dokumentary di Chanel News Asia, kat Indon kat India rumah ada peti ais, wasing m/c, TV dsb, tapi JAMBAN?? kau kerjor ler kat hujung parit (buatan sendiri) luar rumah. Melepasss... Syukur.. Sedar..

    BalasPadam
  41. After going round reading from the blog/fab/news and video interview, my personal view point on this issues are (I’m not there to witness so my perspective can be out of context too) :-
    • The bilik persalinan/shower room (aka Tandas to some commenters) has been used to ease the canteen overflow issue and Muslim/non-muslim both have been using it for some time. When it come to Ramadhan where only handful of student need to use the canteen (non muslim and some muslim which are not obligated to fast due to small age) the HM may decide that the “bilik persalinan” is enough to cater the small need during ramadhan months so decided to take simple approach by shutting down the canteen area totally for some reason (ex. minor renovation), to debate whether it is the right thing to do or not is depending on decision maker perspective. Well, we all make some decision here and there but decision has to be made.
    • Then come this new parents/student (I read somewhere the one who complaint just transfer the kid to the school) and the parent not happy with the arrangement and make a quick assumption and overreact. The new parent may have tried to talk to HM but has not getting good attention from HM. HM may have taken the feedback lightly since the “bilik persalinan” has been use as canteen extension for some time thus do not take action base on the one complaint ( I do not say it is the right thing for HM to ignore the one or minor complaint but as human we sometime do that as well). Not satisfied with the treatment the parent posted the picture in the FB and make a RACIST comment. As usual the RACIST comment will get a wild attention from our beloved 1Malysia folks
    • Then the whole thing were blown out of proportion by our our beloved 1Malaysia citizen comments. Judging from those comments I think many of us still “Jumpy” on issues and adding fuels by making a racist comments.
    • While most of us here wanted a harmony among different cultures, religions, races and fair government we FAIL to practice ourselves. What a bad role model from us. Look at our own comment …. Do you think we are all role modeling and promoting good 1Malaysia behavior as we all demanding from others?.
    • Please wake up … we all need to play part for a good 1Malaysia. Try to understand each other, understand the issue and limitation. If you ever manage an organization, we all need to make a decision and NONE of our DECISION can satisfy 100% of the population so be reasonable and compromise when needed unless the decision is obviously wrong and unacceptable by all mean.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Next time , go to the PIBG meeting . Voice your opinion or suggestion.

      This decision , to use the changing room as canteen was agreed by both parties during the meeting.Shouldn't be any issue if they have attended it.

      Used your vote during the meeting.

      Padam
  42. Conclusion, guru besar sekolah itu dah sedar dgn kesilapan dia dan membetulkannya....biar apa cara pun...dan isu ini akan dijadikan teladan untuk masa depan....I love Malaysians....

    BalasPadam
    Balasan
    1. This can be a reference to all schools in the future .

      Padam
    2. Saya tidak fikir ini salah guru besar, tapi salah ibu pelajar yang rasist itu. Satu tindakan tegas mesti diambil kepada pihak pencipta fitnah itu. Guru besar itu sebenarnya adalah mangsa.
      Tindakan GUNESWARI KELLY boleh juga diertikan menghina kebanyakan rakyat Malaysia yang tinggal di apartment dan rumah flet, dimana meja makan mereka terletak dihadapan pintu tandas.

      Padam
    3. kekuda...."rebuttal" kamu tak masuk akal.....mcm mana minah itu pulak patut disalahkan....bila dia dah jumpa salah seorang pengelola sekolah dulu berkenaan hal ini, sebelum posting kat FB?? Lepas posting tu lah, satu sekolah menggelabah...nak salahkan org, salahkan orang yg minah itu jumpa mula2 kat sekolah itu....org itu yg tak pandai PR,mesti jenis yg bodoh sombong

      pastu, yg ramai duk pertikaikan pasal jamban rumah apt dan flet yg tak masuk akal(FAIL), diminta ambil perhatian kepada "mindset" yg telah terbentuk bila kita makan dlm rumah sendiri dan diminta makan di tempat yg mana kiri-kanan atas bawah menggambarkan suasana bilik mandi/persalinan....dlm rumah flat /apt pun ada ruang makan, kepal otak dah terima sesuatu ruang itu sebagai tmpat makan.....lebih2 lagi, katakan lah, kalau anak saya di tempatkan di situ bila i boleh pikirkan banyak tmpt lagi, mesti lah marah, beb...dah lah pangkat guru besar, maksudnya daya intelek itu kena tinggi..........Tapi kesudahannya, murid2 itu dah balik kat kantin, dan semua orang dah boleh balik buat kerja masing2....so, keputusan muktamad isu ini bagus dan adil

      Padam
  43. elok sgt la tu pelajar non muslim makan kat ruang nie pada bulan puasa lagipun ruang ni pun turut digunakan utk semua pelajar makan pada hari biasa sejak mac 2013. ruang kantin kan ruang terdedah so semua pelajar boleh nampak kalau non muslim makan so x brapa cantik la utk pelajar muslim yg berpuasa or baru nak belajar berpuasa. kantin tutup maybe pengurusan nak renovate ker, nak berniaga kat bazar ker. sale x banyak bulan puasa so dorg boleh buat perniagaan lain.sewa tetap bayar jgk, student non muslim boleh bawak bekal dari rumah. kantin buka kalau jumlah pelajar non muslim ramai & ada pemintaan dari PIBG or pengurusan sek. pada parent yg xtau apa2 & lepas tangan harap sek handle semua masalah anak tolong la datang mesyuarat PIBG or hari bertemu waris tandangan report card. masa tu la parent akan tahu masalah sek & masalah anak mereka sendiri. borang respond yg diedarkan oleh guru utk anak2 pun haram dorg x tengok & reply. aku dah 8thn jadi cikgu sek so dah masak & mcm2 perangai parent aku jumpa. demand utk anak melampau, mcm anak VIP. kalau x puas hati tukarkan anak ke private school. kat situ lebih bagus & sanggup ker bayar yuran lebih? ni semua nak free tapi demand melampau2. kami guru2 sek semua nak yg terbaik utk pelajar2 kami. tapi sebagai parent tolong la bagi kerjasama jgn nak tuding jari & lepas tangan jer.semua nak salahkan sek.aku pun ada anak yg bersekolah jgk.kenapa kat sek tu ada sorg pelajar jer ker & anak anda sahaja ker? yg lagi kau sakit hati, kalau parent sendiri dah x boleh handle anak then marah cikgu plak x boleh kawal anak dia. what the hell?

    BalasPadam
  44. Harap tabah warga sekolah yang dimanipulasi..

    BalasPadam
  45. Ahhh..memang lah bilik persalinan ini bersih,sudah dicuci..dan tak ada Jin..tapi pihak sekolah tak patut jadikan bilik ini sebagai tempat makan...sebenarnya,pihak sekolah tak terpikir pun pasal implikasi menggunakan bilik ini sbg tempat makan..dia langsung tak sangka boleh jadi isu..

    kalaulah pihak sek pikir dulu sblm buat keputusan,tak jadi isu ini...

    Adusss....

    BalasPadam
  46. Tak salah sebenarnya jadikan bilik ini tempat makan...memang tak kotor dan tak ada Jin pun...tapi kalau lah pihak sekolah dapat pikir dulu kesan daripada hal ini,sblm beri arahan jadikan bilik ini bilik makan...ini kan ke baik..

    Patutnya kaji dulu,dan kalau boleh tanya pendapat pihak atasan atau wakil PIBG atau buat satu mesyuarat jumpa ibu bapa pelaja Non Muslim..atau setidak-tidaknya hantar surat minta respon dari ibu bapa Non Muslim dulu...

    Kalau lah dapat pikir dulu sbl bertindak...kan ke tak jadi isu.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.