Rakaman perbualan saya dan pelacur di Tawau, Sabah, 'Tina', 20 tahun sebelum dia dan rakannya, 'Tika', 24 tahun meminta diselamatkan pada 4 Mei lalu ini tidak akan disiarkan di televisyen. Namun saya kongsikan secara eksklusif bersama pembaca blog ini.
'M', saya dan 'T', Tina.
M: Apa antara peristiwa paling menakutkan sepanjang kamu bekerja (sebagai pelacur)?
T: Customer ‘paranoid’ punya gangguan jiwa, orang Cina. Dia habis main, dia masukin air mani dia tu ke dalam gelas. Dia paksa aku minum. Selalunya kalau ada masalah kita telefon sama boy (penghantar pelacur) tetapi handphone aku dia simpan. Dia paksa aku minum air mani tu, lumayan (banyak), aku nangis. P*k* ku dimasukin jari, dia mahu tahu berapa dalam, itu hari ke tiga aku keluar, aku menjadi trauma.
M: Kalau satu bulan berapa ramai customers?
T: Kalau ramai, satu malam kita bisa 3 kali booking. Kita harus pandai lompat. Gaya ginikan, customers kita bagi (seks) 2 kali. Kita harus bagi tahu sama customer, aku harus balik. Tetapi itu setelah boy bagi tahu, dik kamu ada customer lain.
M: Antara customer Cina, India dan Melayu, siapa kamu akan pilih?
T: Cina, tua dan banyak wang. Kalau tua dia tidak begitu kuat main, tua dia cepat keluar dan cepat tidur, dia pasti selalu bagi wang sama aku. Pernah aku ada taukeh suka sama aku, dia mahu pelihara aku, dia cakap sama mummy. Mummy minta 5 ribu tapi taukeh itu tawar 3 ribu, terus jadi tak jadi lah.
M: Bagaimana jika pelacur masih perawan?
T: Dia (ibu atau bapa ayam) jual mahal, kalau perawan itu cantik, body boleh, dia sampai 5 ribu satu kali main.
M: Aku dengar, anak kecil berumur 15 tahun dilacurkan, pastinya dia perawan lagi. Justeru, apa dilalui itu menakutkan?
T: Ya, seperti itu. Aku sahaja sudah bukan perawan, buat aku menakutkan. Bagaimana mereka belum pernah melakukan hal itu (dilacurkan).
M: Kamu sebelum ini ada boyfriend di Surabaya?
T: Ada, sejak sekolah kelas satu SMA. Aku diberi minuman (khayal) dan hilang perawan sewaktu berumur 18 tahun. Kini usianya 28 tahun.
M: Kalau begitu dia tidak menyayangi kamu?
T: Bukan bah. Orang tuanya tidak setuju, dia anak orang punya (kaya). Sampai sekarang masih call aku. Dia tahu aku kerja di restoran di Johor Bahru, Malaysia.
M: Bisakan kirimkan wang kepada keluarga?
T: Aku simpan wang tips dibagi customers dan titipkan (hantarkan) buat mereka. 2 minggu aku bekerja, aku kirim 1.5 juta rupiah (RM555). Itu lumayan membantu semua 5 adik ku masih bersekolah.
M: Keluarga kamu tahu sewaktu kamu ingin ke mari (Tawau)?
T: Sebelum berangkat mereka (ejen) kasi kita 1 juta rupiah (RM370) untuk bagi kepada ibu bapa.
M: Dari desa kamu, Lamongan ke Surabaya berapa jam?
T: 2 jam perjalanan menggunakan mobil peribadi. Bila sampai di Bandara (lapangan terbang) Surabaya, kita dibawa terbang ke Bandara Hasanudin, Makasar, Sulawesi.
M: Berapa jam dari Surabaya?
T: 1 jam.
M: Kamu diberi makan?
T: Semua kebutuhan kita, semua kita mahu, semua kita minta mereka kasi. Di Nunukan pun begitu. Apa kita mahu, mahu makan apa sahaja mereka kasi. Baharu di Tawau kita dibagi tahu, mereka tipu semua. Kalau makan ini nanti kamu bayar hutang, mereka cakap apa kamu mahu, apa kamu inginkan, kamu cuma minta sahaja dik, nanti kamu di sana kerja, wang kamu untuk diri kamu sendiri.
M: Dari Makasar kemudian kemana?
T: Nunukan. Naik kapal laut, 3 hari 2 malam. Kami berdua (dengan Tika), itu kapal umum, bukan kapal peribadi.
M: Di Nunukan ada apa?
T: Ada rumah, tempat tinggal dekat pelabuhan.
M: Berapa lama ditampung?
T: 1 minggu, untuk siapkan Pas Lintas Batas kemudian dibawa masuk ke Tawau menggunakan speed boat, 30 minit. Ada 6 perempuan lagi bersama kami, mereka juga ingin ke sini, mereka kerja sendiri-diri.
M: Bila sampai di Tawau kamu dan Tika ditampung (tinggal) di mana?
T: Di tempat mummy. Aku tak tahu jalan apa tu. Tetapi aku pernah lihat jalan Kelapa, Jalan Dominic. Kita tak pernah keluar sendiri. Kita selalu ada boy jemput, hantar.
M: Sekarang jaga kamu, siapa? Orang Indonesia juga?
T: Jaga kita itu mummy, usianya kurang lebih 40 an dan 3 boys, orang Indon. Kami ngak pernah jalan sendiri, boy jalan cari booking, kalau ada booking, boy telefon, kita standby, kita dijemput dan dihantar ke hotel dan baharu kita dipulangkan.
M: Pas Lintas Batas itu untuk 30 hari. Selepas itu?
T: Dicop lagi oleh mummy, ke Nunukan untuk cop.
M: Semasa kamu tinggal di desa, pernah dengar orang cerita kisah derita cewek terdahulu dilacurkan?
T: Pernah.
M: Kalau ada orang mahu bawa kamu keluar dari sini, adalah kamu mahu keluar?
T: Aku mahu kalau mereka benar-benar mahu bawa aku keluar tapi kalau mereka bawa keluar, mahu jual aku balik, aku ngak mahu. Pernah ada customer, dia orang Tarakan, dia mahu tolong aku, dia cakap, dia mahu aku lari dari Mummy. Tapi aku fikir lagi, aku ngak kenal sama itu orang.
M: Mummy janji dalam tempoh 2 tahun, kamu akan mendapat pulangan (gaji disimpan mummy). Tapi kalau kamu larikan diri sekarang kamu akan kehilangan itu semua. Kamu sanggup untuk pulang ke desa dengan tangan kosong?
T: Tak apa, pentingnya aku bisa pulang.
7 jam selepas perbualan di atas dirakamkan, Tina dan Tika kami serahkan kepada Konsul Indonesia di Tawau. Pegawai mereka, Konsul Muda Indonesia, Asrarudin Salam dan Liasion officer Polisi Indonesia, Komisaris Polisi Sumaryono saya hubungi menjemput kedua mangsa perdagangan orang di bilik 1014 Hotel Promenade, Tawau.