Ahad, Mei 02, 2010

Keris Berdarah

5.30 petang tadi saya ke Jalan Tawau lama, kawasan dikenali sebagai 'highway' berhampiran laut. Saya rakamkan gambar berikut.


Setelah puas merakamkan gambar saya minta pemandu membawa saya ke kedai makan. Dalam perjalanan saya terlihat papan tanda di bawah.



Pastinya tidak seindah gambar matahari hampir terbenam, sekadar lambang kedegilan masyarakat se tempat.

Kurang 100 meter dari lokasi papan tanda, saya terlihat kelibat 2 anak kecil di tepi jalan.


Membina rumah permainan dari kayu? Itu soalan terlintas di fikiran, lalu saya dekati mereka. Keduanya berusia 10 tahun, Aton (berbaju putih) dan Tony. Pasangan adik-beradik ini mendakwa tidak bersekolah, yatim piatu, menetap di Kampung Ice Box Hujung.

"Kami cari tin kosong untuk dijual, mula jam 2 petang, balik jam 6. Sehari kalau dijual boleh dapat RM5, kongsi 2 orang, buat duit beli makanan," ujar Aton.

Keluarga mereka berketurunan Filipina dan keduanya tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

"Emak dan ayah kami sudah mati," tutur Tony. 


Setelah mereka beredar, saya meneruskan perjalanan ke Batu 4, 4 batu dari Kampung Aton dan Tony.

Arca keris di tenah bulatan menarik perhatian saya.


"Penduduk di sini orang Filipina, Bajau dan Suluk, majoriti tak ada surat (dokumen perjalanan), pendatang tanpa izin. Kalau dia orang bergaduh memang guna benda tajam, parang, keris. Selepas jam 8 malam, orang luar memang tak berani masuk. Driver teksi, bagi tambang banyak mana sekali pun, dia tak kan masuk juga. Bahaya, sebab selalu kena 'pau'. Kalau melawan dia orang pakai senjata,  'flying feather', paku zing dijadikan 'peluru' lastik," jelas pemandu berusia 33 tahun.

Saya yakin semua penduduk Tawau tahu mengenai 'kehebatan' Batu 4. Justeru ramai gentar memasuki kampung di tanah air sendiri itu. Lebih menghairankan pihak berkuasa dikatakan turut kecut perut untuk menjalankan tugas di kawasan sama.

Sehinggakan saya terkeliru, siapa berkuasa di negara sendiri?

31 ulasan:

  1. bro, rumah aq di taman victoria tawau sabah, dekat ngan kg muhibbah..

    memang kg 4 agak keramat sikit.. ngee~

    weapon tuh dikenali dengan nama PITIK...

    agak berbahaya... rupanya seperti DART yang mana ekornya daripada tali2 rafia yang dipotong2 kecil..

    muncungnya diperbuat daripada paku yang diasah tajam.

    aq x tau la mcmna keadaan tawau sekarang, sebab sekrang ngah study di Gombak.

    sebelum2 nih, setiap kg di tawau mempunyai geng2 masing2, kg pisang, kg titingan (aisbox/esbox), batu2, batu4, rombengan, macam2 lagi la.. memang dah jadi adat kat situ..

    ntah la... hehe... persoalan yang hujung sekali tuh...siapa yang berkuasa?

    ntah... hehehe...

    tapi selalunya dorang2 nih seperti tebuan, jangan dijolok, kalau dijolok buruk padahnya...

    BalasPadam
  2. Salam BRO MAZ..
    Tak mustahil di tanah besar kita di Semenanjung mungkin ada juga kawasan yg sebegitu. Gerun kepada sesuatu yang menjadi amalam or ditakut-takutkan sejak bertahun-tahun..

    Kesian..

    *Saya pernah rasa takut nak masuk perkampungan Cina (orang utara sebut bagan...) suatu ketika dulu. Sebab kalu ada silap skit, terlanggar skit contohnya, gerenti bergaduh sakan.. Mungkin hanya momokan semata...

    BalasPadam
  3. Pasti mereka bahagia hidup disini..dpt cari makan dan "berkuasa"..

    BalasPadam
  4. bahaya betul dekat sana...pendatang tanpa izin naik kepala pulak bila duduk malaysia ni...

    BalasPadam
  5. curious sangat ni, pukul berapa masuk ke Batu 4 tu? sebab kat gambar keris tu dah gelap. Huhu, gerun!

    BalasPadam
  6. Akan jadikah mereka seperti 'Belanda mendapat tanah'?. Apakah akhirnya kita akan merempat di tanah sendiri?

    BalasPadam
  7. Kaizen, pitik? Thanks for the info.

    Azie, saya rasa di Tawau lebih menakutkan, just trust me.

    Raziff, asal jangan pegawai bank bercakap dalam bahasa tagalog sudah.

    Juma, saya masuk ke kawasan itu pada jam 7.15 malam.

    Kak Cik, harapnya tidak.

    BalasPadam
  8. huhu.. bajau antara kaum yg miskin kat sabah..

    BalasPadam
  9. IVE BEEN THERE..YEP
    "KG.ICE BOX" PASTI TAU KNAPA NAMANYA MCM TU..MY NEXT ENTRY ALSO IN TAWAU..TTFN

    BalasPadam
  10. mmg skrg 'mereka' yg memiliki MALAYSIA...

    BalasPadam
  11. salam abg mazidul... adakah abg mazidul masih d rawau...?? sila buat laporan tentang kg. vietnam d jln tanjung batu laut.... penjualan "batu" semakin berleluasa d kawasan tersebut...

    BalasPadam
  12. sebenarnya masalah ini adalah bermula daripada masalah peyalah gunanaan dadah...kbykn "askar-askar" pitik ini adalah penagih syabu. bkn setakat di batu 4 kebanyakan kg-kg d tawau terdapat askar-askar pitik yg kebanyakan berumur antara 7 - 21 tahun.

    BalasPadam
  13. Jard The Great : maaf saya tak terima statement awak tu...

    Sebenarnya orang bajau lah ramai yang kaya-raya di sabah ini. dia macam ni, orang yang kaya akan terus kaya manakala yang miskin akan terus dibelenggu kemiskinan. sebab?? saya rasa ada 1 sebab. orang bajau memilih untuk berkahwin dengan keluarga sendiri. kalau kau memang asalnya orang berada(ada tanah, ladang kelapa sawit terutamanya, atau bisnes ikan kering),kau dan keturunan kau akan hidup senang lenang. tapi bagi yang miskin, hidup merempat, dia akan mungkin selamanya begitu. mereka perlu di bantu.itu sahaja.

    BalasPadam
  14. terima kasih kerana mengulas serba sedikit mengenai permasalahan di tawau. pendedahan itu mungkin masih sedikit, kumpulan2 seperti saudara "KaiZeN SHiNoBi" katakan lebih ganas apabila tibanya perayaan seperti malam 31 ogos atau ketika menyambut tahun baru. mereka seperti maharaja di bandar bergaduh & meminum arak dikhalayak ramai adalah menjadi kebiasaan.

    Namun syukur alhamdulillah, tawau sekarang lebih baik berbanding 10 tahun yang lalu, kerana dibandar sudah kurang pemeras ugut, ini semua adalah atas inisiatif daripada CID Tawau yang sering memantau persekitaran bandar tawau

    BalasPadam
  15. Saya dari Tawau, Sabah...
    sememangnya... byk lagi tempat yg dianggap "berbahaya" di sini. bukan batu 4 shaja... pergaduhan sering berlaku.. kematian sering berlaku.. sehinggakan ada yg pernah d kerat kaki... mungkin beberapa tahun lagi.. warganegara yg akan takut kepada pendatang asing... fikir-fikirkan.... :)

    BalasPadam
  16. Kampung Ice Box... sedapnya nama.. hik hik...

    Abg saya dok Tawau, nnti saya tanya dia...

    Erk... Bila PBT nak buat operasi penghapusan etnik di sana? Elok benar hantar peserta dari pusat-pusat serenti, dapat juga pahala jihad...

    'Penceroboh' MUSTI didakwa... :)

    BalasPadam
  17. En. Mazidul, cubalah pergi makan ke Tampi-Tampi, tempatnua cantik dan harganya amat berpatutan. Jernih air lautnya menampakkan si "patric" didasarnya!!(masih begit lagi kah selepas 7 tahuan?)

    BalasPadam
  18. tak nak komen entry lain... nak komen pasal gambar sunset aje ...terpesona sy melihatnya ...kagum ..cantik amat

    BalasPadam
  19. Salam bro mazidul, mertua saya dok bt 4 1/2..sebenarnya area situ majoriti adalah PATI dari Filipina... rumah2 di Kg air yg belah depan2 tu je penduduk tempatan (mostly Bugis, ada juga Bajau) tapi sebelah belakang2 tu semua filipino... saya pun x faham kenapa pihak berkuasa umpama 'menutup mata' ttg hal ni... mustahil mereka tak tahu kawasan itu dimonopoli pendatang... takkanla pihak berkuasa takut kan??... Jika betul2serius hal PATI, bagi saya PATI di area batu 4 dan 4 1/2 ni patut kene usir dulu... dahla suka2 hati buat rumah sendiri sampai ujung2 laut... semoga Bro Mazidul buat lebih pendedahan ttg hal PATI di Tawau. Walaupun area mertua saya adalah 'black area' tapi syukurlah saya seronok balik sana dan setakat ini takde perasaan takut. Semoga dijauhi perkara2 yang tidak diingini.

    BalasPadam
  20. mcm seksen B13 dalam filem hebat perancis tu je huhu..Borough 13

    BalasPadam
  21. Dah.. mana Pihak Berkuasa?.. tembak mati je semua.. kes mcm ni sudah lebih dari BERKELAKUAN YANG MENCURIGAKAN.. dah TERANG NYATA mereka mengancam keselamatan, so why mereka2 ini dibiarkan HIDUP dengan aman damai di tanahair kita?.. Bom jer perkampungan mereka itu..

    BalasPadam
  22. cadang hantar batalion tentera sebulan

    BalasPadam
  23. aku dari tawau.tembuni tanam sana. bro, bukan nak cakap kasar la. tp, bro ni asyik cakap tawau ni tempat tak bagus. dlu bro ckp tawau pusat pelacuran heboh 1 malaysia. pelacur tu mana2 tmpt di malaysia pun asal bukan tempatan.kami anak jati tawau terkenal dgn keramahan. masalahnya, pegawai2 (local ker?)yg berkawal di sempadan tu..tutup mata minta di suap terus.mcmana mo kawal kebanjiran PATI ni?dan lbh kroniknya,masalah ni dah bekurun bro..terus terang la aku cakap SPRM di sabah tak jalan bro..batu 4 kawasan adun datuk muda yg sgt berjiwa rakyat,beliau dah buat mcm2 tp masalah yg sama tetap berlaku.ha mana silapnya?

    BalasPadam
  24. Ini pendapat saya...Alhamdulillah selama hampir 7 tahun menetap di Tawau...so far kehidupan di sini ok...semakin ramai org semenanjung yg bermastautin di sini...dan saya setuju dengan komen Romzi...kehidupan di tawau semakin baik compare 10 tahun yang lalu...Malah saya ada kawan yang tinggal di Batu 4...kenapa tidak ketengahkan perkara yang baik di Tawau ni...semua sdh maklum kan tentang isu PATI di tawau ni...TQ

    BalasPadam
  25. nampaknya ramai org tawau tinggalkan komen d cni. saya salah satunya.

    saya membesar d tawau. so yea we know the place. nak kata bahaya. mana2pun bahaya.

    tapi apa pun, saya juga bertanya soalan yg sama, di manakah pihak berkuasa?

    saya yg baru setahun jagung da tahu isu penjualan batu berleluasa, pendatang tanpa izin, pelacuran? tak tahu sangat.

    anyway, dulu pernah ada satu case budak kampung ber'parang'. polis tried cari d seluruh are. the thing was budak tu da lari balik filipina naik 'petek2'. dua tahun kemudian, dia muncul kembali tanpa rasa bersalah sekalipun. huhuhu

    it's really scary. diorg la kawan. diorg la musuh. i mean kawan2 d sekolah ramai jugak yg tiada my kad. study spm dpt 8a's, 9a's tapi tak dapat ke mana sbb tak ada my kad. diorg dpt masuk skolah kerajaan pun sbb dpt beli sijil lahir. huhuhu. tapi tak semua. ada jugak yg tak tahu nak urus benda2 ni satu ketika dahulu.

    saya bersyukur d lahirkan sebagai anak tawau dan saya bangga. tp sampai bila smua perkara ini berleluasa. even ketua polis pun boleh kena tikam. *haih* kalau kereta or rumah kena rompak, report polis, after that? ya thats all.

    saya bercerita dari pengalaman sendiri. nak salahkan pihak berkuasa? ermmmm agak susah. sbb laluan sgt luas. sedangkan pulau sebatik pun sebahagian dr indonesia. filipina pun agak dekat. susah utk berkawal.

    apa2pun mereka (pihak polis dan berkuasa) sudah cukup berani mempertaruhkan nyawa mereka. it's never an easy job. nyawa bagai d hujung tanduk. and it's not only them. tapi keluarga pun jd mangsa! sapa nak?? huhuhu

    so tell me how to solve this matter. tell me how to get rid all the pendatang and make tawau safer. huhuhu. apa2pun tawau tetap d hati lol

    together lets make tawau a better place!

    and no corruption please. corruption wont bring us any where!

    sorry for the long comment!

    p/s suatu ketika dahulu ice box... bukan seperti kini!

    BalasPadam
  26. aloo.. sory nyibuk skit.. psl hal dekat tawau nie.. benda2 yg ada jadi dekat tawau ne ada gak dekat mana2 tempat kat 1Malaysia ne.. contohnya hidup ikut kaum, semangat berkampung, pendatang asing.. n etc etc.. psl pelacur, dadah, n psl smua.. benda2 ne jadi gak kat semenanjung.. so hal gne sepatutnya hal isu negara.. bukan sekadar ikut tempat tertentu.. Bagi penduduk tawau plak tolong jangan hanya tunjukkan benda yang x baik jak psl tawau.. tawau pun bnyak gak pencapaian berbanding tempat2 lain..

    BalasPadam
  27. sokong dgn pandangan ~NAZAKU~,walaupun aku org SEMENAJUNG yg menetap diTAwau ni x jg seperti yg digembargemburkan tentang keburukan TAWAU seperti yg diperkatakan,semua tempat ada yg baik dan buruknya jd jgnlah disbbkan benda yg sedikit mcm tu hendak diperbesarkan,klau rasa betul2 x selamat dah lama aku blk SEMENANJUNG blk, dr aku ddk tempat yg konon2 diperkatakan terlampau takut utk didiami ni.yg penting tingkah laku perlulah dijaga mana tempat kita mencari rezeki,sedangkan punyalah ramai sini yg menetap.cuma segelintir 'manusia' yg mahu mencari kesenangan melalui jalan yg salah.

    BalasPadam
  28. Bro

    1. Cantik pemandangan tu... Sungguh
    2. Kesian budak budak tu, bagus mereka membuat kerja sebegitu, tidak mencuri atau merompak.
    3. Ada tanya kawan-kawan, mereka aktif sebegitu untuk perkara perkara tertentu sahaja, bukan suksa suka hati kacau orang kampung

    BalasPadam
  29. masalah di kg ice box ni sebenarnya dah lama berlanjutan. yang hairannya, sampai sekarang tiada penyelesaian.. ada pihak dakwa 'usaha pemutihan kawasan tersebut akan dilakukan' tetapi sampai sekarang habuk pun tarak...akhirnya...kita menjadi pelarian di tanah sendiri..manakala si pelarian bermaharajalela...yang paling teruk, ada pihak mengaku si pelarian sebagai anak angkat konon...nak bagi IC je...yang penting si pelarian bagi RM50...tu yang menjadi punca ramai pelarian ber IC di Sabah...silap hari bulan, CM pun akhirnya dari kalangan pelarian yang ada IC.........ada pula sesetangah pihak yang konon menyalahkan pihak kerajaan sebab bagi IC kepada pelarian tetapi di sendiri yang bagi IC dengan menjadikan si pelarian sebagai anak angkat/isteri/suami/etc......

    BalasPadam
  30. bro.aku tinggal dekat dengan batu 4 ni...kawan2 pun ramai dari kampung ni.mmg org yg diluar dr bt4 (@kg kurnia jaya)takkan tahu amacam keadaan dlm kg tu..kecuali korang masuk sendiri tempat tu TURUN DARI KERETA..tak terkecuali ice box (@kg.titingan).kalau timbul pergaduhan......most likely akan ada yg terbunuh..samurai ,pitik bedik,sume tu adalah perkara biasa.tak percaya......???cuba dtg and tengok sendiri.(masuk tempat2 ni..)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.