Berikut petikan berita New Sabah Times saya cetak semula.
Polis pergiat serbu premis disyaki jalankan kegiatan pelacuran
7th May, 2010
TAWAU: Polis Tawau akan terus mempergiatkan serbuan ke atas premis-premis yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran di daerah ini sebagai langkah memerangi habis-habisan aktiviti haram itu.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin berkata, sejak Januari hingga kelmarin, sebanyak 33 serbuan telah dibuat dan 25 individu telah ditahan kerana disyaki terlibat di dalam aktiviti persundalan.
Dalam kes terbaru iaitu pada 4 Mei lepas katanya, pihaknya menahan tiga suspek termasuk seorang wanita berusia di antara 39 dan 51 tahun dari sebuah rumah di Jalan Dominic kerana dipercayai terlibat menjalankan aktiviti tersebut.
Menurutnya, tangkapan dibuat hasil maklumat yang diberikan oleh krew sebuah syarikat televisyen swasta, yang berjaya menyelamatkan dua wanita Indonesia yang dipaksa menjadi pelacur oleh kesemua suspek sejak lebih sebulan lalu.
Kedua-dua wanita itu telah dibawa oleh krew terbabit ke pejabat Konsul Indonesia di Tawau.
Baca perincian kisah sebenar di sini.
“Dua daripada suspek yang kita tahan itu adalah warga Indonesia yang bertindak sebagai bapa dan ibu ayam manakala seorang daripadanya adalah lelaki tempatan yang kita syaki bersubahat menjadi agen untuk mencari pelanggan,” katanya.
Ibrahim memberitahu, turut ditahan bagi membantu siasatan ialah tiga lagi wanita yang berada di dalam rumah terbabit.
Dua daripadanya adalah anak kepada suspek wanita berkenaan manakala seorang lagi adalah penyewa di rumah tersebut.
Kes itu katanya kini disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.
Berikut artikel Daily Express Sabah
Human trafficking: Three suspects held
Published on: Friday, May 07, 2010 Email to a friend Printer Friendly
Tawau: Police arrested three suspects, Wednesday, in connection with the rescue by TV3 recently of two Indonesian women who were forced into prostitution.
It was learnt that the women were brought into the country March 23 after being promised a secure job as restaurant helper but forced into prostitution by their countrymen.
The duo were placed in a house in Jalan Dominic.
However, the TV3 crew who was filming human trafficking activity rescued them and brought them to the Indonesian Consul here.
District police Chief ACP Ibrahim Chin said an integrated operation was carried out on Wednesday in the same house and police nabbed three people, including a 51-year-old local man.
The two others were a 39-year-old Indonesian man and a 47-year-old Indonesian woman, who both acted as pimps.
"The Indonesian man is responsible for deceiving the two victims while the Indonesian woman act as the victims' caretaker.
The local man is responsible for being an agent in searching customers for the vice activities."
The Indonesian man had also with him an expired travel document and the two victims had no travel documents as both assumed that Tawau is part of Indonesia.
Meanwhile, police also detained another three women to facilitate investigations.
Ibrahim stressed that police are serious in curbing prostitution in the district.
From May 1-6, 33 raids were conducted in several targeted locations in the township area.
"A total of 335 people were inspected and 25 people were arrested for further investigations," Ibrahim said.
He urged the community not to label Tawau as a "hot spot" for prostitution as it was an isolated case.
Salam,
BalasPadamTahniah bro...hasrat terlaksana akhirnya. moga2 usaha ni dilakukan berterusan bukan hanya bila di hala kamera sahaja
Semoga lebih ramai dapat diselamatkan. Dan.. semoga juga tindakan pihak berwajib tidaklah sekadar hangat-hangat tahi ayam..
BalasPadamWalaupun polis buat serbuan, benteras habis habisan, saya percaya sendiket seperti ini akan patah tumbuh hilang berganti, selagi ada permintaan, selagi itulah ada penawaran. Harap pemantau diteruskan walaupun selepas sendiket ini dilumpuhkan.
BalasPadamtahniah bro... :)
BalasPadamapa pun, you've did your part. kita kena sokong. tahniah...
BalasPadamSuatu gandingan team work yang hebat. Teruskan. Kami yang bukan dalam bidang ini, sentiasa menyokong dan mendoakan semoga selamat selalu.
BalasPadamterima kasih Krew syarikat TV swasta itu, wajar anugerah wartawan Khas., bila agaknya TV gomen nak lawan..
BalasPadam* Penghulu ayat adalah.." Habis-habisan, bulanbulanan tahun tahunan atau minggu mingguan Malaysia.Kalau tak dapat buat serbua setahun sekali seminggu sekali puna jadi la..
setiap serbuan memberikan nafas kepada pergerakan pasaran ekonomi , kedai hardware dan eletrik laku,
cat simen papan lapis dlll sebab nak cat baru.
oleh itu serbuan kena selalu, ke arah merangsang ekonomi TAWAU.
Bro
BalasPadamTahniah sekalia lagi untuk Krew Syarikat TV Swasta tersebut. Semuga mereka sentiasa didalam lindungan Allah. S.W.T
jarang jumpa Insan yang sudi dan sanggup buat kerja selepas dari bidangnya, kerana masih mengganggap itu kerja orang lain.
BalasPadamHarap pihak yang berkuasa meneruskan atau dengan kata lain "continuously" menjalankan tugas ini tanpa perlu dicucuk setiap kali oleh media.
BalasPadam