Ahad, Mei 02, 2010

Ingin Tiduri Saya?

Krew 999 tiba di Tawau, Sabah pada jam 2 petang semalam dari Kota Kinabalu.

"Buat apa di sini?"

Itu antara soalan paling kerap diajukan orang ramai sewaktu terserempak dengan saya.

"Jumpa saudara ni ha"

Itu jawaban 'standard' dan sesiapa berjalan bersama saya akan menjadi 'saudara instant' dan sekaligus terpaksa menganggukkan kepala tanda mempersetujui kenyataan itu.

Namun saya percayai ramai tidak menerima jawaban saya.  Apapun, kerjaya menuntut saya dan krew menutup mulut, tidak membocorkan misi kami sebelum dilaksanakan sepenuhnya. Maklumlah, jika terlanjur kata, berita mudah tersebar, tugasan dirancang akan gagal, sedangkan wang syarikat dibelanjakan, ribuan ringgit.

Jam 1 pagi tadi, sewaktu saya duduk bersama pemandu di pusat hiburan karaoke terbuka, krew 999 saya minta meninjau premis hiburan lain, terletak lebih kurang 100 meter di lokasi bertentangan. Biarpun pergerakan saya selalu diperhatikan tetapi tidak semua mampu memantau tugasan dijalankan krew berpandukan maklumat pesanan ringkas, SMS saya hantar kepada mereka.

'Ada perempuan Indonesia di luar tempat ini'

Antara SMS saya terima daripada krew terbabit.

'Approach dia, interview. Tanya selepas kerja, dia boleh dibawa ke bilik?'

Itu respon saya dan mereka melaksanakan tugasan itu.

Gadis berasal dari Sulawesi, berusia 23 tahun itu mendakwa bekerja sebagai pelayan pusat hiburan sejak 2 minggu lalu. Majoritiri teman senegaranya bertugas di premis sama, tidak keberatan menemankan pelanggan ke kamar tidur.

"Dua hari dua malam untuk sampai ke Tawau. Itu pun kerana kawan ajak saya kerja di sini, memang ibu dan ayah tak tahu, kalau mereka tahu, mampus saya. Saya bilang kerja di kedai makan," tambahnya lagi.

Dia mengenakan skirt pendek seksi, jika sedikit tunduk, seluar dalamnya pasti ternampak.

"Kalau ingin meniduri saya, abang tak perlu bayar wang, belikan sahaja makanan dan minuman saya, cukup," ujarnya lagi.

Di Pulau Batam, harga pelacur Indonesia, 'lonte', kira-kira RM112 untuk tempoh 20 jam, di Jakarta, RM222 untuk sesi seks singkat kuraang 1 jam manakala di Tawau, hampir percuma.

Harga perkhidmatan mereka, berubah mengikut lokasi.

To be continued ...

13 ulasan:

  1. begitu murah nya maruah mereka??
    tahniah kepada mazidul kerana peka walaupun isu ni sudah lama berlarutan..

    BalasPadam
  2. Mana-mana perkhidmatan seumpama, lain tempat lain harga. Lain orang lain charge.. hehehe...

    undang2 yang mereka dan kita maklumi wpun tak tertulis di mana-mana..

    BalasPadam
  3. hahahah, u should do a plastic surgery atau pakai topeng muka fasha sandha atau lisa surihani, gerenti orang tanya soalan lain.

    BalasPadam
  4. mak aiii.....murahnya harga maruah perempuan tu...cuma beli makanan & minuman je?? isk2...

    BalasPadam
  5. dayat tuu...makin hari seolah-olah macam dah tak berharga..


    ishhh...

    BalasPadam
  6. encik mazidul mungkin kena pakai rambut palsu ni..baru orang tak kenal. hehe

    BalasPadam
  7. salam encik mazidul. tawau duduk hotel mana? dekat tempat kerja saya(area Fajar), tingkat atas tu memang sarang "ayam" n "bapak ayam".
    kebanyakkannya bukan orang tempatan.
    boleh pergi sendiri tengok....n ape kate encik mazidul buat liputan pasal "beliau2" yg berkopiah sering kelihatan di pusat TOTO berdekatan...aduii...malu saya tengok...

    BalasPadam
  8. Betul kata Hazrey bapa gula2 tu.. :)

    Tidur dgn Mazidul?

    Takpelah. Biarlah saya tidur sorg2.. :)

    BalasPadam
  9. Hazrey ibu gula-gula mana?

    Abcmilo, please sent your hp no to 013 6330360. Saya 'orang asing' di Tawau.

    Thanks.

    Abdoss, awak kalau membaca akhbar hanya baca tajuk sahaja? Jangan mudah terkeliru.

    Saya bukan gay untuk tidur dengan awak.

    BalasPadam
  10. Sebenarnya 'minah rempit' pn ade yg knekn hrga "blanja mkn & minum" ntk 1 sesi...itulah zmn skrg, harga 'perkhidmatan' makin murah, tp hrga makan n minuman makin mahal wooo...

    BalasPadam
  11. Lama sy dak blek tawau makin teruk rupanya tawau nii,,ni la mslhnya tlmpau rmi sgt PATI..org tmptn pun ssh nak carik rezeki d tawau ni..dorg lg nak crk kja,,jd GRO jela jwpnya..alih2 ktrg jugak yg dpt nm..

    BalasPadam
  12. Bro

    Ini betul punya 'desperado' ni, sampai begitu punya discount 95%. Kesian, mereka jadi mangsa nafsu sendiri dan nafsu orang lain. Merupakan juga mangsa ekonomi.

    P/S: Ha ha ha ada orang ajak lepak 4 orang satu bilik hari tu ha ha ha

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.