Ahad, Julai 15, 2012

ISTERI MENGANDUNG 7 BULAN DICERAIKAN SUAMI DITANGKAP KHALWAT

Saya dihubungi oleh seorang wanita berusia 27 tahun dan kemudian dia menghantarkan dua keping gambarnya kepada saya.


"Saya seorang daripada pembaca blog abang dan saya lihat gambar GRO tempatan tidak pernah didedahkan wajah mereka. Jadi dua hari lalu, saya meminta rakan merakamkan gambar saya dari belakang untuk abang gunakan dalam blog. Saya teringin hendak berkongsi kisah getir hidup saya bersama pembaca," ujarnya.

"Ya. Saya berjanji mengotakan kata. Dalam sebilangan kes, memang gambar tidak perlu dipaparkan. Awak harus faham, bukan tujuan saya untuk memalukan sesiapa. Cukup sekadar jika awak sudi berkongsi kisah untuk dijadikan renungan dan pedoman kepada pembaca blog," jelas saya.

Dia kemudian memperkenalkan dirinya sebagai 'Diana'.

"Untuk pengetahuan abang, sebelum berkahwin, saya pernah bekerja sebagai GRO selama 2 setengah tahun. Tunang, ketika itu menghantar dan menjemput saya ke tempat kerja  (pusat karaoke). Kami hendak mengumpulkan wang untuk melangsungkan perkahwinan. Setelah cukup, kami kemudian berkahwin pada tahun 2008 dan sekaligus saya berhenti bekerja sebagai GRO. Ketika itu saya berusia 21 tahun manakala suami, 29 tahun," jelas Diana.

"Kemudian apakah berlaku?," soal saya.

"Selepas melahirkan anak sulung, sewaktu dalam pantang, saya mula mengesyaki dia berlaku curang. Abang bayangkan, dia membawa handphone setiap kali masuk ke bilik air. Pelik ke tidak tindakan itu? Bekas suami saya bertugas di Pejabat Tanah dan seringkali mendakwa kononnya terpaksa menghadiri kursus di luar kawasan. Dia memang pandai menipu saya. Kalau dia kata pergi kursus di Kelantan, bila balik, bertujuan untuk mengaburi mata saya, dia membelikan dua helai kain batik sebagai buah tangan," katanya. 

"Betul ke dia berkursus?," tanya saya.

"Tidak bilanya dia ke Kelantan. Saya percaya kain batik itu dibeli di bandar berhampiran rumah kami," jelasnya.

Dia kemudian mendiamkan diri seketika.

"Selepas itu?," soal saya.

"Sebenarnya sejak saya dalam pantang anak pertama, dia mula balik lewat ke rumah, kekadang jam empat, lima pagi.  Ada waktu, langsung tidak nampak muka sampai seminggu. Alasannya, sibuk bekerja. Masa itu, saya pula suri rumah sepenuh masa, tidak bekerja, tiada duit. Pernah sekali itu, saya menelefon dia, bang baliklah, susu anak hanya tinggal dua sudu sahaja, kasihan anak bang, nanti dia lapar, kata saya. Namun dia tetap tidak balik ke rumah. Dia kejam bang. Contohnya, setiap kali keluar dari rumah, dia cuma meninggalkan wang tunai RM100 sahaja. Pandai pandai sayalah untuk berjimat cermat. Bila ditanya, abang ada affair dengan perempuan lain ke? Mati mati dia tidak mengaku. Katanya, awak jangan terlalu suka mendengar cakap cakap orang, nanti kita mati. Untuk pengetahuan abang, jiran kami juga kakitangan Pejabat Tanah, bahagian pentadbiran. Saya beberapa kali merisik maklumat daripada dia mengenai tugasan suami dan pernah ke pejabat dia untuk mengetahui fakta sebenar," ujar Diana.

"Apakah fakta sebenar awak tahu?," tanya saya lagi.

"Rupa rupanya dia photostat IC (kad pengenalan) saya banyak banyak dan beberapa kali menggunakan dokumen itu untuk mendapatkan kelulusan permohonan cuti. Bila saya bertanya kepada bos dia, bos dia bertanya kepada saya balik, bukankah dia (suami) hendak membawa awak dan anak pergi bercuti? Rupanya dia bercuti dengan kekasih, siap tinggal di chalet di tepi pandai lagi. Lebih menarik, setelah mempercayai dia memiliki kekasih, saya terpandang password handphone dia. Dia menggunakan tarikh lahir perempuan itu, hari, bulan dan tahun," katanya.

"Bila tidak ada duit, bagaimanakah awak mampu membelikan susu anak?," soal saya.

"Saya tidak membeli. Terpaksa meminjam susu daripada jiran sebelah rumah. Sebab waktu itu mereka juga mempunyai anak kecil sebaya dengan usia anak saya. Bayangkan perasaan saya pada waktu itu ... teramat malu bang apabila terpaksa meminjam sepeket susu untuk anak. Walau bagaimanapun saya memberitahu  kakak itu, kalau suami balik nanti dan membeli susu, saya akan gantikan semula susu dipinjamkan. Kakak, berkata, ambil sahajalah, tidak perlu diganti. Bila saya hendak melahirkan anak kedua, jiran sama juga menghantarkan saya ke hospital," katanya dengan nada sedih.

Kini Diana membesarkan anak lelaki dan perempuan, berusia dua setengah tahun dan setahun dua bulan tanpa suami.

"Bagaimanakah awak boleh bercerai dengan dia?," saya bertanya.

"Pada bulan Julai tahun lalu, saya dihubungi oleh ahli Rukun Tetangga di taman terletak kira-kira 7 kilometer dari rumah kami. Mereka memanggil saya untuk datang ke sebuah rumah di taman tempat mereka tinggal. Emak dan ayah hadir sekali kerana saya tidak memiliki transport.  Sebaik sahaja tiba di rumah teres dua tingkat itu, saya dipanggil naik ke bilik di atas. Waktu itu cuma ada tiga ahli Rukun Tetangga, saya, suami dan kekasih dia. Di dalam bilik, mereka bertanya, adalah awak ini isteri dia? Saya jawab, ya dan sekaligus mempamerkan kepada mereka surat nikah kami bersama surat kelahiran anak pertama. Tadi lelaki ini mendakwa, perempuan ini isteri dia, kata mereka. Saya jelaskan, saya isteri sah dia manakala perempuan ini kerani tempat dia bekerja. Perempuan ditangkap berkhalwat bersama suami berusia 26 tahun, seusia saya," ujar Diana.

Tambah Diana, rumah terbabit, milik kakak kekasih suaminya, ketika itu pulang bercuti bersama keluarga ke kampung.  

"Pada waktu itu, suami buat apa?," soal saya kepada Diana.

"Dia dan kerani itu di atas katil dalam keadaan berbogel dan hanya ditutupi selimut sahaja sebab ahli Rukun Tetangga tidak membenarkan mereka memakai pakaian. Beberapa minit kemudian, tiba-tiba suami saya mengamuk. Dia menjerit, aku ceraikan engkau talak tiga, perempuan babi! Perempuan hendak mampus!, katanya berang. Bagaimanapun lafaz talak tidak sah pada waktu itu kerana saya sedang mengandungkan 7 bulan anak kedua, perut membusung. Selepas itu saya ke mahkamah syariah, dibantu oleh tiga ahli Rukun Tetangga sebagai saksi lafaz cerai diungkapkan, kami bercerai pada bulan Jun 2011," kata Diana.

"Selepas itu awak bekerja di mana untuk menyara anak?," soal saya.

"Dengan hanya berbekalkan Sijil Rendah Pelajaran, setahun saya bekerja di pejabat sebuah syarikat dengan gaji bulanan RM1,100 termasuk bayaran overtime. Sewa rumah sahaja, RM400,  itu belum dicampurkan lagi dengan duit tambang pergi balik ke tempat kerja dan duit membeli lampin dan keperluan lain dua anak.  Gaji saya tidak mencukupi," keluhnya.

"Jadi?," tanya saya.

"Dalam keadaan terdesak, saya kemudian membuat keputusan menghubungi mummy di tempat kerja sebelum berkahwin. Dia menangis mendengar kisah hidup saya. Barangkali berasa simpati. dia menghulurkan kepada saya RM2,000 untuk membayar semua  hutang termasuk duit sewa rumah tertunggak setelah bercerai dengan suami. Sekarang saya kembali semula bekerja sebagai GRO dan setiap bulan mummy  akan memotong duit bayaran saya terima," terang Diana.


"Sekarang ini sudah ada boyfriend?"

Itu soalan terakhir saya ajukan kepada janda beranak dua itu.

"Kalau ada sekali pun, hanya suami orang sahaja lekat. Tetapi kalau abang ada duda hendak direkomenkan kepada saya, nanti tolong beri tahu, saya terus akan mendaftarkan diri," balasnya diringi hilai tawa.

45 ulasan:

  1. lelaki, suami org....kalau dah bw masuk handphone dlm bilik air, sah ada betina yg dia gila!

    BalasPadam
  2. Moga dia tabah membesarkan anak2 yg di anugerahkan oleh Allah pdnya. Sedih!

    BalasPadam
  3. Moga dia tabah membesarkan anak2 yg di anugerahkan oleh Allah pdnya. Sedih!

    BalasPadam
  4. ooo..kena susah dulu..jgn maruah tergadai..hhehe

    BalasPadam
  5. SMTI: simpati....tapi........ :((( * kenapa dia kembali ke kancah maksiat itu semula.. arrghhh..!!*

    BalasPadam
  6. smti.. sedihnya, tapi knp die balik kpda kerja gro tu, kan bnyak lgi keje yng elok,

    BalasPadam
  7. salam,

    simpati saya dengan kisah Diana.

    Harap-harap ada yang sudi memimpinnya kembali ke jalan yang benar.

    BalasPadam
  8. Dunia melalaikan kita hingga jauh memburu kepentingan lupa pada kebaikan utk akhirat.

    BalasPadam
  9. Mudah-mudahan kita semua diberikan hidayah oleh Allah swt.

    BalasPadam
  10. walau bagaimanapun kesusahan hidup, punca rezeki perlulah daripada sumber yang halal.

    BalasPadam
  11. hmmmm antara sandiwara hidup. Ni citer sikit. Suami kawan kjee pun pernah bawak balik Kesah camni. suami dia asyik je dangdut. Kemudian foll in leb dgn gro. Janda anak dua. Dia hampir2 nk kawen. Tapi janda tu tak nk suami orang. Nk duda. Suami kwn kjee hampir2 mahu tukar status dia demi kesiankan janda tu. Kjee nk tanya mazidul pulak. Apakah semua lelaki spt itu? Sanggup tukar status jadi duda semata2 kerana the new love in his life tak nak suami orang!

    BalasPadam
  12. Wanita sering menjadi mangsa keadaan, dalam masa mereka susah, dimana pihak2 yang berkaitan (jika ada) untuk meringankan beban. Apakah wanita2 ini tahu akan kewujudan organisasi ini kerana kebanyakkan wanita tidak tahu akan hak mereka manakala saluran yang ada jarang dapat membantu mereka, contoh yang senang nafkah anak! Pada saya ketika wanita ini kembali menjadi menjadi GRO masyarakat sekeliling turut mendapat "saham" kerana tidak menjalankan fardhu kifayah mereka. Ini hanyalah pendapat saya.

    BalasPadam
  13. SMTI

    saya doakan Diana dipertemukan jodoh yang baik, yang dapat membimbing dia selepas ni. simpati sangat dengan wanita teraniaya.

    BalasPadam
  14. Berat mata memandang berat lg bahu yg memikul. Sekadar pertanyaan/pandangan peribadi, kenapa setiap kali dihimpit kesempitan wang, jalan yg gelap dn dosa juga yg dipilih? Adakah dgn menyara anak dgn hasil yg tidak berkat ini mampu membahagiakan mereka? Bnyk kali kisah begini dipaparkan dlm drama tempatan. Tidak takutkah balasan Allah? Maaf mungkin agak kasar bunyinya. Sy cadangkan diana ambil pandangan yg positif, tinggalkan kerja gro ini, dn ceburi bidang perniagaan. Ambillah kursus yg diminati dan mulakan dgn kecil2an. InsyaAllah.

    BalasPadam
  15. kenapa la die pilih jln hdup lama...spatutnya die blh tuntut nfkah ank dpd bekas suami..

    BalasPadam
  16. kesempitan hidup menjadikan mereka mcm tu... tidak semua GRO adalah tidak baik...

    at least dia nak duda bukan suami orang...

    harap dia menjadi insan yang lebih baik selepas ini..

    BalasPadam
  17. yeaa..
    betoi & setuju tu..
    xtau nak komen apa..

    itu la yg dikatakan..
    luku2... itam putih kehidupan..

    nak sy berceramah.. xpandai..
    nak sy nasihat.. pun xpandai...
    cuma.. biasanya sy membaca je la...
    ni sy copy/paste je..
    utk dikongsi baca/renungan bersama...
    kerana.. kepercayaan/kebenarannya...


    jodoh sudah ditetapkan oleh Allah..
    Ya, benar. Bahkan, bukan hanya jodoh.
    Segala hal mengenai diri kita sudah ditetapkan/ditakdirkan oleh Allah ketika kita berada di rahim bunda. Dalam sebuah hadits riwayat Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud r.a., dikabarkan bahwa

    Rasulullah saw. bersabda:
    Sesungguhnya proses penciptaan setiap orang dari kalian berada di perut ibunya selama 40 hari berupa segumpal air mani. Selanjutnya ia berubah menjadi segumpal darah dalam masa yang sama. Kemudian ia berubah menjadi segumpal daging dalam masa yang sama. Lalu Allah mengutus seorang malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya disamping diperintahkan untuk menuliskan empat perkara, yakni
    [1] rezekinya,
    [2] ajalnya,
    [3] perilakunya, dan
    [4] bahagia-celakanya.

    BalasPadam
  18. kesian tgk suami n miss J yang kurang ikmu nih...tu pasal jd camtu..hurm..kesian2

    BalasPadam
  19. hurmm...sandiwara hidup..esok dh sakit tua baru nak sedar...kurang ilmu..

    BalasPadam
  20. assalam ......

    sementara ada usia ... cuba berubah demi anak anak yg masih kecil ....

    dimana ada kemahuan .. disitu ada jalan ... bkn bermaksud saya seperti lagak pandai atau "tidak berada/pernah alami kes ini" .... tetapi gunalaaa akal sebaik mungkin .....akal itu membenarkan kita membuat pilihan ... buat/takbuat atau setuju/taksetuju ... dll

    jgn pula bila anak semakin dewasa ... dan kita pula yg semakin dimamah usia ... anak pula "kenakan/derhaka" pada kita ...., tp itu semua qada dan qadar Allah ...., tetapi masih ada peluang memperbaikinya ... insyaAllah ...

    cuba minta nasihat/pandangan dari pihak berwajib atau mohonlah bantuan dr jkm atau zakat ... (maaf jika saya silap...)

    tapi naluri saya kuat mengatakan ...."diana" ini bercampur dengan orang sekitarnya .... mungkin kurang bergaul dengan masyarakat setempat .... jd amat sukar meninggalkan "life" itu .... dan sure tdk tahu apa jenis bantuan/pertolongan yg boleh diminta/mohon ...

    BalasPadam
  21. SMTI..

    Semoga Diana bertemu dengan lelaki yg dapat menjaganya dengan baik...

    BalasPadam
  22. kesiannya dengan wanita ini... tak guna betul suaminya, sepatutnya seorang suami membimbing seorang isteri membawa ke arah kebaikan... semoga kehidupan wanita ini akan lebih baik di masa akan datang

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  23. kak diana ni tinggal mana? kaalau boleh, harap mzidul tolong contact sy..sy nak tnya sikit. thanks.

    BalasPadam
  24. tak mampu nak komen apa2, rupanya ramai lagi diluar sana yang mengalami kesempitan hidup, syukurlah apa yang sedang kita kecapi

    BalasPadam
  25. yg terkena dgn jantan tak guna mcm ni, ada tempat lagika dlm masyarakat yg biasanya menolak kehadiran mrk? siapa dia nak mengadu jika semua anggap diri bersih suci & tak layak bersama org2 mcm ni? ntah2 org mcm ni lg Allah muliakan kemudian hari krn dianiayai...ingat, dia memang idaniayai & doa org yg dianiayai dimakbulkan oleh Allah...

    BalasPadam
  26. Saya doakan diana dapat suami yang betul-betul baik dan ikhlas, faham agama.

    dan semoga diana dapat peluang pekerjaan yang lebih baik dan tinggalkan kancah maksiat.

    BalasPadam
  27. apa lagi yang nak dikata,berat mata memandang berat lagi bahu memikul

    BalasPadam
  28. smti- saya sebak bila baca entri ni... kesal dengan sikap suami yg curang hingga membuatkan wanita ini terpaksa harungi hidup lamanya semula...

    BalasPadam
  29. Semoga Diana menerima hidayah Allah...

    BalasPadam
  30. sebak ..semoga Allah SWT sentiasa melindungiNYA dan anak2

    BalasPadam
  31. ya Allah, sesungguhnya saya tak dapat membantu apa2 kecuali doa. semoga "diana" menemui lelaki yg benar2 ikhlas melindungi dia sebagai suami. dan semoga dia dapat keluar dari "pekerjaan" sekarang. anak2 tengah membesar, fikir2 kan lah. semoga ada persatuan2 ibu2 tunggal yg dapat bagi kekuatan. bukan senang nak survive dgn SRP sekarang.tambah ada anak...
    T______T

    BalasPadam
  32. lelaki akhir zaman,semakin ramai yg tidak layak menjadi suami pemegang tiket surga isterinya :-(

    BalasPadam
  33. Aku pon bwk msuk hphone dlm bilik air, tp buat main game dgn baca berita..ye la, kadang2 urusan lama sgt... bertur2 yg tunggu nak kuar...hahaha...

    BalasPadam
  34. sekadar berkongsi pandangan yang tidak sempurna..

    - kalau mencari pasangan hidup dan ada niat untuk berumah tangga, carilah rezeki halal untuk kahwin. Rasanya jadi GRO untuk kumpul duit untuk kahwin sedikit tidak kena.

    - perlukah menjadi GRO semula untuk menampung hidup baru? Saya tgk ramai jer yang boleh hidup dengan gaji yang sedikit. at the same time carilah sumber pendapatan lain berdasarkan minat (contoh bakery, menjahit etc etc). Pendapatan sedikit tapi berkat lebih bermakna dari banyak tp tak berkat

    Semoga diana terus tabah untuk hidup dan harapnya biarlah dia tinggalkan kerjaya GRO nya secepat mungkin, dari situ mungkin dia akan bertemu dengan lelaki yang lebih baik dan bertanggungjawab

    BalasPadam
  35. salam semua...saya ni klu kaya,ada rumah sndri,memang saya ajar c diana ni meniaga kecil2an.ajar dia cara buat kuih ka mafin ka apa ka..kesian dia ngan dua org anak...beks laki dia,biarlah allah swt yg MENGHUKUMNYA...

    BalasPadam
  36. Lelaki sebegitu tidak layak bergelar suami apa lagi bergelar bapa..bercerai dengan suami begitu tepat sekali..suami tak guna

    BalasPadam
  37. Sabarlah diana... pasti akan ada insan yang sudi menerimamu nanti.

    BalasPadam
  38. Kesiannya, rasa susah ada org lagi susah..tapi jangan lah kerja gro...kesian anak, malu anak ibu buat kerja tu untuk tgg hidup mereka

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.