Jumaat, Julai 13, 2012

ALAT TELEKOMUNKASI MUNGKIN TIDAK MENJADI BESI BURUK LAGI

Terima kasih kepada blogger The Red Rambutan kerana sudi melaporkan masalah telekomunikasi di hadapi penduduk kampung Sungai Bil, Slim Village, Perak, klik di sini kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM.

No. Aduan: 0823/06/12

Tuan,

Merujuk kepada aduan tuan pada 28 Jun 2012 yang lalu mengenai perkara di atas.

Untuk makluman, pihak SKMM telah membuat semakan dan mendapati di bawah program perluasan liputan selular Time 3, terdapat sebuah menara yang telah beroperasi berdekatan dengan Kampung Sungai Bil, Tanjung Malim, Perak. Menara yang dikendalikan Maxis ini, terletak di Kampung Sungai Jorong, kira-kira 1.96km dari kawasan tuan. Namun begitu, keadaan bentuk muka bumi yang berbukit-bukau mungkin menjadi faktor utama liputan menjadi lemah di kawasan tersebut.

Bagi mengatasi masalah ini, pihak SKMM akan memasukkan kawasan tersebut di bawah Skim ‘Clawback’, di mana pihak Maxis akan membekalkan liputan dengan menggunakan pendekatan ‘Femtocell’. Dengan pelaksanaan kaedah ini, penduduk-penduduk Kampung Sungai Bil dijangka akan dapat menikmati liputan selular selewat-lewatnya sebelum penghujung tahun 2012. 

Sekian terima kasih.

Yang benar,

Nurhaliza Yahaya
Biro Aduan Pengguna SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
63000 Cyberjaya, Selangor

Aduan Melalui Internet : http://aduan.skmm.gov.my
Talian Aduan : 1800 888 030 (8:30am-5:30pm, Monday-Friday)
Faks : 603 8688 1880
Emel : aduanskmm@cmc.gov.my
Laman Web : www.skmm.gov.my

Sekalung penghargaan kepada pihak SKMM kerana sudi mengambil tindakan wajar dan saya menantikan perlaksaan sebenar.

Harapan menggunung, semoga semua alat telekomunikasi di kampung terbabit tidak akan terus menjadi besi buruk lagi.

7 ulasan:

  1. Tahniah Red Rambutan..mudahmudahan cepat diselesaikan

    BalasPadam
  2. tahniah red rambutan... dan juga bro mazidul akmal sidik. dan terima kasih juga skmm dan maxis... nampaknya lepas ni orang kg sg bil kena pakai line maxis lah jawabnya

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. sedikit maklumat tentang Femtocell: http://en.wikipedia.org/wiki/Femtocell

    masalah ketiadaan liputan walaupun base station dekat mungkin kerana Sungai Bill terletak di antara lembah gunung jadi liputan dari base station di atas bukit tidak meliputi kawasan bawah di lembah bukit~

    BalasPadam
  4. Femtocell memerlukan broadband. Kalau broadband pun tak ada, macam mana gunakan teknologi femtocell ?

    GSM 900 @ 2 km dari tower sepatutnya dapat full bar. Kalau talian maxis pun tak ada, samada tower itu belum berfungsi atau hanya perhiasan.

    Bukit bukau bukan alasan sebab antenna mengarah ke bawah bukan ke atas.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.