Ahad, Februari 20, 2011

Hina Sangatkah Orang Asli Pada Pandangan Siti?

Saya orang kampung dan lama tinggal di kampung sebelum berhijrah ke bandaraya.

Sewaktu kecil, saya bercampur gaul bersama ramai rakan orang asli. Mereka komuniti pandai menghormati orang lain. Kami bersama melastik burung dan menangkap ikan di sungai.

Saya ingin menarik perhatian pembaca berhubung ruangan pojok tulisan Siti Jarum di akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Baca artikel berikut.

Baca petikan daripada artikel terbabit.

'Sedangkan banyak lagi binatang lain yang boleh dipegang, atau dibawa sebagai teman tidur. Orang Utan boleh (Orang Asli janganlah), biawak pun boleh. Kalau nak hebat lagi buaya pun boleh juga asal bukan buaya darat. Kenapa nak pegang anjing juga? Pesan Siti, kalau boleh elakkanlah. Kalau ketagih sangat nak pegang juga, tak payahlah bagi tahu orang di seluruh dunia'

Apakah sebenarnya ingin disampaikan penulis?

Orang asli, binatangkah mereka sehingga diperbandingkan dengan haiwan lain dalam nukilannya?

Jelas dia menulis, kita boleh menjadikan Orang Utan, biawak dan buaya darat sebagai teman tidur tetapi bukan orang asli?

What the hell?

Bagaimanakah dengan pasangan orang asli sendiri? Bukankah mereka menjadikan orang asli sebagai teman tidur, bukan Orang Utan, buaya atau buaya darat?

Selama hidup bersama orang asli, mereka tidak pernah mengguris hati saya. Majoriti mereka pemalu tetapi sentiasa ringan tulang membantu saya, jika perlu.
 
Persoalannya, jika merujuk artikel ditulis Siti Jarum, hina sangatkah  orang asli berbanding Orang Utan, biawak dan buaya? First of all, perlukah dia membuat perbandingan sebegitu?

Siti Jarum dikenali kerana sering melontarkan pelbagai komen hangat berhubung  kisah kehidupan artis tetapi tidakkah dia terfikir berhubung sensitiviti masyarakat pribumi selama ini jarang menimbulkan masaah di negara kita.

Bayangkan jika tulisannya dibaca Senator Muhammad Olian Abdullah, wakil orang asli  di Dewan Negara dan Senator Hitam Wali. Mereka orang asli.

Apakah reaksi penulis, jika saya gantikan perkataan 'orang asli' di dalam tulisan terbabit dengan 'Siti Jarum'?

Begini ...

'Sedangkan banyak lagi binatang lain yang boleh dipegang, atau dibawa sebagai teman tidur. Orang Utan boleh (Siti Jarum janganlah), biawak pun boleh. Kalau nak hebat lagi buaya pun boleh juga asal bukan buaya darat. Kenapa nak pegang anjing juga? Pesan Siti, kalau boleh elakkanlah. Kalau ketagih sangat nak pegang juga, tak payahlah bagi tahu orang di seluruh dunia'

Saya ingin bertanya pandangan pembaca, wajarkah kenyataan berbentuk perbandingan terbabit ditulis?

Siti, jangan kena sumpit sudah!

51 ulasan:

  1. Harap Siti Jawab,makna objek org Asli..sama ada org hidup atau patung

    BalasPadam
  2. di kampung saya,orang asli kami panggil orang darat. dan mereka sangat pemalu, dan sangat menghormati orang kampung.

    siti jarum nampak sangat membesar di bandar dan tak tahu apa. dia patut memohon maaf pada seluruh masyarakat orang asli kerana menghina di dalam akhbar!

    BalasPadam
  3. saya dah baca artikel penuh siti tu, mungkin die rujuk orang asli jgn lah bawak masuk tido sekali.. saya pun sekolah dgn masyarakat asli.

    BalasPadam
  4. saya keturunan orang asli..walaupun cuma berdarah campuran kerana arwah abah yg berasal dari keturunan orang asli..

    saya cukup pantang kalau ada orang MELAYU yang beragama ISLAM suka menyamakan sesuatu yang jelek dengan orang asli..apa salah kami orang asli ni?hina sangat ke?

    BalasPadam
  5. saya rasa siti jarum WAJIB tarik balik kata2 dia..

    BalasPadam
  6. walaupun diorang ni orang asli, tapi tetap juga kita kena hormat..siti jarum mmg xpatut dan perlu memohon maaf..

    BalasPadam
  7. Siti Jarum kena minta maaf....

    Bekas anak murid saya ramai Orang Asli, mereka murid yang sangat taat dan patuh. Tak ada masalah disiplin macam kebanyakan anak anak kita. Amat menghormati guru.

    Ramai yang dah berjaya. Ada di antara murid saya itu, doktor, lawyer dan berbisness sendiri.

    BalasPadam
  8. perbandingan yang sangat tidak wajar. menunjukkan hanya menunjukkan ilmu yang cetek... hurm..

    BalasPadam
  9. Salam Hormat;
    Ini lah padahnya bila sudah terlalu asyik dengan dunia sendiri, sehingga terlupa ada orang lain di luar sana.

    Kalau Mazidul tak highlight di sini, saya tak tahu pun.

    Jarang sangat baca Utusan.

    BalasPadam
  10. Daripada apa yang saya faham mengenai artikel itu , mungkin siti jarum merujuk kepada bawa masuk bilik atau tidur dengan orang asli. kita kena baca dan faham maksud tersirat yang nak disampaikan siti jarum . Tapi kalau betul siti jarum betul-betul kata kat orang asli tak patut la. Tapi janganlah bawa masuk bilik org asli tu..

    BalasPadam
  11. dah lama dah siti jarum ni merapu. saya memang tidak suka benar tulisan dia. dia haruslah dipecat dari kerja wartawan itu.

    she is so negative. kita tak boleh kawan dengan orang2 yang negatif ini, nanti gelombang negatif itu akan kena kita semula.

    BalasPadam
  12. Tidak pasti apa yang nak disampaikan Siti Jarum tu.. Orang Asli mungkin maksudnya... manusia (lelaki).

    Mungkin juga boleh berbunyi seperti ini.

    Orang Utan boleh (lelaki jangan lah), biawak pun boleh.......

    Tetapi ada bezanya antara Orang Asli dan orang asli....

    Sama-samalah fikirkan...

    BalasPadam
  13. Salam mazidul, suspen jugak tadi ingat SITI mana tadi :)
    New Entry "Bahaya seks di usia muda"

    BalasPadam
  14. saya setuju dgn anjungsena.. mungkin lain yg dimaksudkan oleh siti jarum tu..tidur dgn haiwan (org utan,biawak) tak sama dgn tidur dgn manusia(orang asli)...

    sama juga mcm ni:
    dari KL pergi ke Kedah lebih baik naik 'BAS' (jgn la pulak naik BASikal)

    BalasPadam
  15. Salam...
    Siti harus menulis perkara yang munasabah dan bukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah.
    Sebagai penulis Siti harus faham bahawa semua orang bukan berfikiran sama seperti Siti.

    Membuat perbandingan dan persamaan perlu jelas bagi menggelakkan kekeliruan dan dapat memberi kefahaman. Setiap orang mempunyai tafsiran tersendiri...elakkan sesuatu yang berkemungkinan menjadi isu dan perdebatan.

    Siti hati-hatilah jangan sampai sakitkan hati orang lain...

    BalasPadam
  16. bottom line is,
    why do she have to use that kinda comparison?

    kita semua makhluk ciptaan tuhan kot

    BalasPadam
  17. Mungkin sebahagian daripada kita tidak mengetahui Orang Asli bukan sahaja sudah jauh berubah tetapi juga sudah setanding kecerdikannya dengan masyarakat lain. Contohnya Prof Dr Juli Edo di UM tu adalah keturunan Orang Asli.

    BalasPadam
  18. 5 tahun aku bekerja dalam JHEOA. Aku ingatkan pemikiran orang kita makin terbuka menerima mereka (Orang Asli) sebagai sebahagian daripada kita juga tapi ada lagi komen2 bodoh macam ni..

    Patut la dorang pun sampai sekarang dok prejudis dengan kita seperti mana atuk nenek kita prejudis dengan "mat saleh" dulu2...

    BalasPadam
  19. dia tak perasan la tu, tak perasan yang malaysia ni ada orang asli...

    BalasPadam
  20. i rase dulu dia pernah ade teman lelaki berketurunan orang asli then tinggal kan dia dek bahasa dia yang kadang2 tu agak biadap kan... so dah fobia kot..orang asli sekarang dah maju tao!

    BalasPadam
  21. tajuk tu kasi suspen, ...orang Ali..." ingatkan pengikut Syiah yang muliakan Sayidina Ali...rupanya orang asli.

    BalasPadam
  22. Apa yg saya faham drp frasa itu adalah PERBANDINGAN ke atas BINATANG yg boleh dipegang atau dibawa tidur.

    Apabila ayat ...."Orang Utan boleh (Orang Asli janganlah)....

    Saya faham begini : 'Orang Utan boleh kerana ianya BINATANG, manakala Orang Asli tidak kerana ianya MANUSIA'.

    Mungkin selepas mencatat perkataan 'Orang Utan' secara spontan Siti Jarum teringat perkataan 'Orang Asli' & terus menulisnya kerana beliau sebenarnya sedang menekankan apa yg boleh & tidak tetapi terlupa perkataan itu adalah kesinambungan drp PERBANDINGAN ke atas BINATANG.

    Ada kekhilafan di situ - mungkin di bawah sedar Siti Jarum.

    Meminta Maaf adalah perkara yg terbaik bagi menjernihkan kekusutan kan?

    Walaubagaimanapun, setiap Ahad saya baca ruangan Siti Jarum kerana ketelusannya menelanjangi isu semasa & hiburan - Percayalah, tiada manusia yg sempurna, persepsi pasti berbeza.

    Sesungguhnya, Tabik buat En. Mazidul kerana 'membaca-faham-menilai' sedangkan ramai di luar sana termasuk saya hanyalah 'membaca-interprestasi sendiri'.

    Yang penting teguran sesama kita tu tanda sayang kan...? Kan...?

    BalasPadam
  23. bahaya bila bahasa wanita dipakai oleh penulis lelaki

    BalasPadam
  24. baca tajuk entri, eh orang ali tu camne bang?:-p

    BalasPadam
  25. siti jarum.. jgn lah menghina org asli.. mereka jugak sedara kita org melayu.. kita melayu deutro mala.. mereka org asli proto mala.. cuba cari.. apa makna deutro mala dan proto mala.. pakcik sy kawen dgn org asli.. tak perlu lah kot nk hina2 mereka.. serius.. sy kecewa dgn anda siti jarum... anda patut tarik balik semua tu... keluarga DiRaja Sultan Johor sgt syg dgn masyarakat org asli.. kalau kembara mahkota johor.. tempat wajib mereka pergi.. sudah semestinya perkampungan org asli...

    BalasPadam
  26. setuju dengan morriss..saya rasa ni ada salah faham ni...pada pndapat saya, siti sebenarnya nak wat lawak berdasarkan perkataan 'orang'..dah tulis 'orang' utan, pastu dia tulis'orang'asli..bagi ayat dibuat tu lebih sedap di dengar..sebenarnya dia takde niat nak hina orang asli..

    BalasPadam
  27. Siti jarum mcm bagus je, suke menghina org. Dulu ade satu artikel die tulis, siape Nabil, die x kenal. Come on la, satu malaysia kenal Nabil. Kenyataan die nmpk sgt menghina.
    Jangan ingat die guna name samaran, suke2 hati je nak hina org

    BalasPadam
  28. siti juga manusia. kadang-kadang manusia selalu lupa akan asal usulnya. maka, rasul diutuskan untuk mengingatkan manusia yang lupa. hanya manusia yang bongkak saja yang tidak mengaku akan kelemahan diri walaupun hati kecilnya mengakuinya.
    kesimpulan, orang yang kita wajib ingatkannya. orang yang bongkak patut dikutuk habis-habisan.

    BalasPadam
  29. Salam

    Saya berpendapat, Siti Jarum tidak sama sekali tidak bermaksud untuk menghina orang asli (pribumi)

    Apa yang saya faham, SJ merujuk kepada perkara yang BOLEH dan TIDAK BOLEH dilakukan secara moral oleh seseorang itu. Beliau mungkin bermaksud "Orang Asli adalah manusia sebenar BUKANNYA "Orang Patung-Patung" seperti mainan bebudak tu. Jadi manusia yang asli tidak wajar dijadikan teman tidur (tanpa ikatan yang sah)...

    Saya menghormati dan sentiasa mengikuti tulisan SJ, beliau seorang wartawan era baru yang berani menongkah arus, berfikir diluar kotak, amat analatikal, kritis dan kreatif.

    Sila lapangkan dada dan jernihkan minda.. artikel SJ tersebut adalah satu sindiran sinis terhadap budaya golongan terkenal (melayu yang beragama islam) di tanahair yang tercinta ini..

    BalasPadam
  30. org asli bukan muhrim kot..tp betol ar sepatutnye siti jgn ler ckp camtuh..nmok mcm hina sgt org asli nih..dulu kelas aku ader 5-6 org org asli jd kawan aku..sket2 aku leh ckp bahase derang..ok ajer..cume kadang2 aku kesian kalo tertinggal bas mmg derang terus tak gi skolah..jauh tuh nak jalan..time upsr dulu pon cenggitu..dpt amek 2 paper ajer..lelebih derang tak dtg sbb tertinggal bas..jgn hina manusia atau binatang sbb derang pon ciptaan Tuhan jua

    BalasPadam
  31. sptutnya di hukum hududkan wartawan hiburan yg dok aib,sensasi dan canang berita bukan2...

    BalasPadam
  32. Salam TM..

    bila saya baca tulisan Siti tu, saya berperasaan lain pulak. Apa yang saya fahamkan tak mungkin SJ berniat nak menghina orang Asli sedangkan dia bukannya taktau orang Asli dah ramai yang keluar dari kepompongnya...dah berpelajaran tinggi...dah bagus-bagus sekarang ni..

    Yang saya fahamkan ialah boleh jer pegang orang Utan tapi jangan sebarangan pegang orang Asli, ianya sama juga jangan pegang sesama kita, makhluk yang bukan muhrim..orang Asli pun manusia jugak kan..so mana boleh main pegang-pegang sebarangan...kadangkala kita mungkin tak mampu nak sampaikan keseluruhan isi hati menerusi tulisan, bahaya tu sebab manusia ni ada banyak tafsirannya...boleh timbulkan sengketa dan kata mengata.

    Tu jer lah yang saya nak kata...

    BalasPadam
  33. Salam...
    Pada hemat saya siti tak perlu buat perbandingan yang melampau. Sekiranya isu berkenaan binatang yg tak boleh dipegang janganlah pula tambah binatang yg boleh dibawa tidur.
    Oleh kerana ia berkaitan dengan hukum janganlah pula ia dijadikan bahan hiburan. Akhirnya orang lain fikir lain.

    Saya tidak nampak kewajaran 'Orang Asli' perlu dimuat dan dijadikan perbandingan dalam artikel Siti.
    Buatlah perbandingan yang jelas tidak mengelirukan dan memberi kefahaman kerana semua orang ada penafsirannya sendiri.

    Apabila membuat artikel berhati2 agar tidak menimbulkan isu dan perdebatan.

    BalasPadam
  34. saya pun rasa mungkin dia nak mksudkan orang asli (manusia), bknnya orang Asli. tapi apa pun, ptutnya dia jelaskan btul2. susah bila dah jadi double meaning ni.

    BalasPadam
  35. Salam abang Mazidul,

    Apapun maksud Siti Jarum...sama ada tersurat atau tersirat mahupun tertiarap....tak payahlah kaitkan nama Orang Asli.

    BalasPadam
  36. assalam tuan..
    berbeza pulak pandangan sy tuan. sy rasa la, tujuan Siti tu bukanlah nak mghina Orang Asli.
    tp maksudnya jgn tido dgn 'manusia' atau 'orang'... harrraaammmmm klu bukan suami/isteri... kan.
    andai dia tulis 'kucing' (bukan Org Utan), mesti dia akan tulis... 'Kucing boleh (Orang Kuching janganlah)'.
    Apa2 pun, biarlah Siti saja jelaskan perkara ini.

    BalasPadam
  37. Apa pun... kalau nak menulis pandangan tu...kena peka dengan keadaan sekeliling dan jangan sebarang main hantam je. Penulisan dan maksud tu kena terang dan straight forward. Kalau tak jadi macam ni. Konon nak buat lawak tp lawak makan diri sendiri. Lagipun I rasa mmg pun Siti ni mempersendakan Org Asli dalam penulisannya. Tak profesional langsung. Baik gi tulis komik kanak-kanak je...lagi bagus translate Komik Jepun dlm Bahasa Melayu.

    BalasPadam
  38. Siti, jangan kena sumpit sudah!terbaik ayat ko mazidul..pergh,klu aku la Siti tu,aku g lari jauh2..malu siot

    BalasPadam
  39. Sebagaimana yang kita ketahu, Siti Jarum adalah seorang pemikir dan penulis yang agak kritis tentang pemikiran dan tabiat sesetengah orang yang beliau rasakan tidak sehaluan dengan pemikirannya. Itu sudah menjadi asam garam bagi orang2 yang cuba menjadi 'brain-stormer' seperti beliau lakukan.

    Adakalanya tulisan2 beliau yang jujur dan berterusterang itu telah disalah anggap atau tidak difahami oleh sesetengah orang, akhirnya menimbulkan rasa kecewa dan marah.

    Mungkin beliau tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan Orang2 Asli dalam artikel beliau tersebut
    . Beliau bermaksud : daripada memeluk 'orang lelaki dihutan' yang mungkin akan berlakunya maksiat dan kontroversi, lebih baik memeluk 'orang hutan' atau lain2 binatang yang langsung tidak melibatkan hukum..Wallahua'lam..

    BalasPadam
  40. Selepas statement Orang Asli tu, kan dia ada mention jugak:

    'Kalau nak hebat lagi buaya pun boleh juga asal bukan buaya darat'

    Mungkin dia maksudkan Orang Asli tu sebagai manusia, cuma perkataan 'Orang' di depan tu sama dengan Orang Utan.

    Bukan dia nak mengutuk orang asli. Sebab bila saya baca, saya tak terfikir dia nak mengutuk orang asli, cuma dia maksudkan manusia.

    Entah la, lain manusia, lain tafsirannya.

    BalasPadam
  41. ct jarum tuh beranilah 'menyalak' mcm tuh pasal kiter neh tatau siapa dier yg sebenarnyer....

    BalasPadam
  42. Ramai yang backing Siti Jarum tu yek. Kalau gitu kita ganti perkataan orang Asli tu dengan negeri kelahiran yang backing tu. Negeri mana lahir ye? Pahang? Selangor? Kelantan? Johor? Sarawak? Kedah? dlll.... oleh sebab saya org Pahang kalau ganti perkataan orang Asli tu dengan orang Negeri Pahang macamana. Tak ke saya marah. Korang yang backing tu ye lah belajar pandai-pandai. Mana maunya kenal orang Asli. 1000x ganda lagi bagus dari korang yang x habis2x pertahankan benda yang tak betul. Sama je mcm pengkid pertahankan pahaman pengkid tu. Yang salah tu salahlah. Minta maaf jek. Asyik maksud tersirat je tau. Itulah inilah. Tak payah tersirat. Cakap depan-depan. So ganti perkataan tu dengan negeri kelahiran korang baru best kan. Lepas tu cari maksud tersirat.

    BalasPadam
  43. pada pandangan saya (adam), siti jarum adalah orang yang berilmu yang dilantik menjadi wartawan..
    kerana kurang ilmulah dia menggambarkan orang Asli sebegitu..
    tergamaknya dia menulis didalam berita yang dikenali ramai..
    dan, mengenai anjing juga dia kurang faham..memang dalam islam yang kita anuti bermazhab shafie, hukum harus bela anjing untuk menjaga keselamatan, tetapi tak boleh pula jika ingin bela anjing untuk saja-saja..tetapi, bagaimana dengan mereka yang bermazhab islam lain? tidak perlu jadikan ia isu, kerana ia akan menggambarkan betapa kurangnya ilmu cik siti jarum..ohhh ya, saya beragama islam mazhab shafie, dan tidak pula membela anjing dan saya bukan pula orang asli, dan tidak ada kawan dari kalangan orang asli (ade kawan2 dr bgsa lain bumiputera sbh srwk)...tp, apalah salah kita hormati bangsa lain..kan itu sebahagian dr MELAYU?

    BalasPadam
  44. adoii..kenapalh ko siti jarum menulis sedemikian...saya nie orang asli...saya akui saya seorang yang berfikiran terbuka..tetapi kalau bapa saya yang membacanya tentu bapa saya amat marah..sedangkan perdana menteri pun pernah membaca sajak yang menyebut orang asli sebagai org sakai pun orang2 tua semua marah..semua pakat menghantar memorandum untuk meminta Pm meminta maaf..dan tak pernah ke terbaca cerita pasal nik aziz di saman oleh tok2 batin orang asli...
    so berhati2lah apabila berkata dan menulis supaya tiada hati yg terasa dan terguris...sokong mazidul...saya pun nak sumpit jugak siti jarum tu...

    BalasPadam
  45. kerana mulut badan binasa.............ingat sblm berkata2.jg perasaan bangsa lain.bl org kt psl bangsa awak,awak melenting.jgn terlalu asyik sgt nk menulis sampai lupa pd bangsa2 lain yg bc hasil tulisan awak ni.....orang asli pun reti baca paper.....awak ingat kata2 awak tu tk memberi kesan pd org asli ke??ingat,orang asli pun dah pandai saman menyaman tau.....jgn kerana kata2 awak ni nanti menyebabkan awak hilang kerja.....berfikir sblm berkata2.......

    BalasPadam
  46. siti jarum kena alert la lepas ni...sebbnyer ini sensitiviti masyarakat asli...yg juga merupakan rakyat malaysia.

    BalasPadam
  47. sy rasa cik siti jarum 2 org yg kurang sensitif dengan sensitiviti kaum2 lain.... mungkin x sensitif langsung kot.... jangan samakan kami masyarakat orang asli sama dengan binatang.... hina sangat ke kami????? mulia sgt ke anda?????

    BalasPadam
  48. hmmm berhati2 terhadap pengunaan sesuatu ayat.... spt yg kita maklum orang asli merujuk kepada sesuatu bangsa..... kami org asli punya perasaan jugak.... jgn dek kerana inginkan sesuatu yg melariskan akhbar anda,sampai lupa kepada sensitiviti org lain...... sy peminat setia akhbar anda dan kebanyakkan masyarakat kami pon mmg penggemar akhbar utusan......jgn ingt kami x bace paper....thanx mazidul yg sensitif

    BalasPadam
  49. Siti jarum kurang ajo! Sy rase trhina dgn artikel ini!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.