Ahad, Februari 13, 2011

Pusat Hiburan Elit Kecoh

Jam 2.09 minit pagi tadi, pusat hiburan di Jalan Nagasari, Kuala Lumpur diperiksa pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Dang Wangi.


Majoriti pengunjung pusat hiburan elit itu dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.  Sebaik menyedari kehadiran polis 2 lelaki warga asing dan wanita tempatan cuba keluar dari premis terbabit melalui tangga tetapi ditahan.


Tidak berpuas hati, mereka kemudian mendekati Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah dan mempersoalkan tindakan polis menjalankan pemeriksaan di pusat hiburan itu. 

Namun beliau, berkemeja hitam, kelihatan tenang dikawal pegawai dan anggota lain.


Secara peribadi, geram rasa hati melihat gelagat expatriates langsung tidak menghormati pegawai polis terbabit sedangkan mereka melaksanakan tugas mengikut undang-undang termaktub, bukan secara semberono.

"Excuse me, that lady there wants to go to the toilet and she's wearing a RM4,000 dress," bisik wanita mendekati saya.

Dia kelihatan agak berusia dan dipercayai warga tempatan.


Saya cuba membantu, pantas menyarankan wanita terbabit bertemu antara pegawai bertugas dan meminta kebenaran untuk ke bilik air.

"Are you a newspaper reporter?," soal gadis duduk di sebelah wanita terbabit.

Saya hanya tersenyum.

"I am a driver," balas saya.

Dalam hati terlintas, tidak guna memperkenalkan diri kepada kelompok manusia 'pening'.

Pada masa sama, 2 pelajar kolej swasta, remaja berusia 20 tahun berasal dari Kuching, Sarawak ditahan polis kerana memasuki premis hiburan terbabit. Usia pengunjung dibenarkan berada di pusat hiburan, 21 tahun ke atas.

"Saya terkejut, tiba-tiba jadi macam ini," ujar seorang daripada mereka.


Sedang saya duduk menunggu keputusan ujian saringan air kencing pengunjung, saya disapa 2 gadis dari Switzerland.

"What's going on here? Can you please explain to me?," tanya mereka.

"This's a regular check by the narcotics police, everyone has to surrender his or her urine sample," jelas saya.

Mereka mendakwa tidak membawa dokumen perjalanan.

"It's dangerous to carry around our passports," dakwa mereka.

"I don't think that is correct. Without your passport, how would the local authorites know your identity. This country is safe enough for all foreigners. I go to other countries too and I don't have any problem abiding their laws," balas saya.

Akhirnya mereka diam dan menunggu sebelum dibebaskan.

Pada jam 4.15 pagi, keadaan bertukar menjadi kecoh. Lelaki berbaju putih tiba-tiba menghampiri polis sedang menjalankan ujian saringan air kencing dan melontarkan perkataan kesat sebelum ditenangkan rakannya.


 Dia berang setelah mendapati rakannya digari polis kerana disyaki positif dadah.


5 lelaki dan 1 perempuan berusia di antara 28 dan 32 tahun diberkas polis kerana dipercayai memasukkan dadah ke dalam badan dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.



Operasi berakhir jam 4.20 pagi tadi dan semua ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

11 ulasan:

  1. Salam Mazidul.. mmg kacau tiba-tiba selak kain :) mmg tidak bermoral sama sekali.
    New Entry "Teman tapi mesra"

    BalasPadam
  2. That lady memang kurang sopan, kurang ajar dan tak malu langsung. Dia nak rasuah En. Mazidul agaknya. Semoga En. Mazidul dan penguatkuasa yang menjalankan tugas bertambah tabah mental dan fizikal. Tangkap jer semua mereka yang bermasalah tu. Baju harga RM4,000 pun nak kecoh.

    BalasPadam
  3. Sama2 cari makan, yg bezanya kebenaran sudut mana...

    BalasPadam
  4. Salam
    Tertanya saya, apakah tidak boleh kerajaan hapuskan saje kelab2 malam atau premis yang sewaktu dengannya. Harap tidak ambil pertanyaan saya sebagai pertanyaan yang berunsur politik..bukan apa, kesian tengok umat Islam yang lebih banyak hanyut dalam tempat tu berbanding yang bukan Islam..lepas tu, bila kena rush, mulalah nak tunjuk samseng..:(

    BalasPadam
  5. Kirana, negara kita ini bukan hanya dihuni rakyat berbangsa Melayu.

    Jika pusat hiburan ditutup pasti timbul pelbagai komplen daripada masyarakat lain.

    Menutup pusat hiburan bukan penyelesaian masalah.

    Lihat apa berlaku di Brunei sebagai contoh. Tiada pusat hiburan dan arak haram dijual. Sebilangan penduduk kemudian keluar ke Sarawak and enjoy themselve.

    BalasPadam
  6. Memang bangsa eropah (selalunya) menganggap mereka berada di kelas yg lebih tinggi dari org Asia.

    Malahan bangsa afrika juga berkelakuan begitu. Tak pernah reti nak hormat org, apa lagi Penjawat awam yg bertugas.

    "Hey dude, obey the law of the Land, otherwise... Get inside the Land Rover." Kalau ramai lagi - naik Black Maria.

    BalasPadam
  7. salam...
    mesti ada pengunjung melayu yang beragama islam pun mabuk kan?

    BalasPadam
  8. Suka tengok 999.Mudah2an segala urusan Mazidul dan krew dimudahkan tuhan.

    BalasPadam
  9. Sdr Mazidul, bukan semua rakyat berbangsa Melayu berpendapat sama bahawa pusat hiburan patut ditutup, bukan saya nak bertengkar, cuma rasa tidak tepat sdr membezakan kepercayaan dan moral dari segi bangsa sebegitu.

    Tapi saya bersetuju dgn saudara bhw menutup pusat hiburan bukan penyelesaian. Ia cuma 'symptom' dan bukan caranya mengubati penyakit

    BalasPadam
  10. Michael, di mana saya catatkan 'semua rakyat berbangsa Melayu berpendapat sama bahawa pusat hiburan patut ditutup'?

    Did you read my entry OR did you create your own?

    Sorry bro, I did not write that.

    Bertengkar? A wrong choice of word to me :)

    BalasPadam
  11. Dari ulasan komen kepada Kirana, saya rasa sebegitu :)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.