Jumaat, Februari 11, 2011

Nafsu Jenis Apakah Itu?

Usianya 88 tahun ketika kejadian didakwa berlaku.

Kejadian apa?

Suspek dipercayai merogol cucunya berusia 10 tahun 6 bulan di kandang lembu di Pasir Puteh, Kelantan pada Ogos tahun lalu.

Berita penuh laporan itu di Kosmo!

Kes warga emas terbabit merogol pernah dilaporkan media sebelum ini dan sebilangan  pesalah telah dijatuhkan hukuman dek mahkamah. Berikutan usia lebih 50 tahun, mereka tidak boleh disebat namun boleh dipenjara maksima 30 tahun.

Mari bersama kita fikirkan ...

Lazimnya, sewaktu lelaki mencecah usia 70 tahun, gigi banyak tanggal, bulu  badan gugur, rambut beruban, kulit berkedut, mata kabur, pendengaran terganggu atau pekak. sistem imunisasi badan lemah malah genggaman tangan juga tidak sehebat mana.

Semua itu antara petanda jelas, manusia dimamah usia, lambang 'kejatuhan' sistem tubuh manusia.

Secara amnya, saya enggan memberikan komen terperinci berhubung kes ini kerana suspek mengaku tidak bersalah dan dia akan dibicarakan di mahkamah.

Bagaimanapun kejadian warga emas terbabit merogol di negara kita, kes berulang.

The point is ...

Tubuh majoriti mereka, lazimnya tidak begitu bermaya, justeru tidakkah kita berasa hairan bagaimana mereka masih mampu merogol? Perbuatan memerlukan banyak kudrat jika ingin dilaksanakan ...

Dari mana datangnya tenaga mereka?

... di kandang lembu? Nafsu jenis apakah itu?

Aduuuuuuuh!

23 ulasan:

  1. Mereka ada 'membela' kot En Mazidul. Bila tiba waktu mereka nak merogol, kuasa tak dari mana akan mereka perolehi. Tapi mereka lupa pada yang Maha Memerhati, pada yang Maha Mencatat segala perilaku mereka. Nak masukkan blog saya dalam senarai blog En. Mazidul, layakkah blog saya? Pepapon, nice entri.

    BalasPadam
  2. Gigi mungkin banyak dah beterabur..lutut terketaq-ketaq..uban dah tak terkira..tapi bro..ikut pemerhatian aku sekarang..nafsu tak pernah muda dan nafsu juga tak pernah tua..

    BalasPadam
  3. tak tercapai dek akal bila mana baca berita nie..masih ujud golongan spt nie lagi???...dah x selamat anak cucu kita skang bilamana datuk sendiri umpama harapkan pagar, pagar mkn padi...nauzubillah..Sir, i like this entry!...

    BalasPadam
  4. ternganga saya masa dgr berita ni kat radio pagi td.

    pada saya, bila hidup bertuhankan nafsu, tak kira la umur berapa pun, di mana pun dan sesiapa pun...bila sampai waktunya nafsu itu akan minta makanannya.

    BalasPadam
  5. Faktor ubat kuat yg bersepah2 dijalanan mungkin membantu warga emas ini. Ditiang2 letrik iklan ubat kuat merangsang yg tak kuat utk membelinya.

    BalasPadam
  6. Awas! Itulah membayangkan betapa hebatnya nafsu seks lelaki...

    Kata orang selagi ada hayat, bagi sesetengah lelaki yang normal itu, biasanya nafsu seks mereka boleh wujud sehingga umur 90 tahun!
    Bayangkan betapa siksanya batin lelaki2 yang kuat seks yang telah berusia ( umur lebih 50 tahun ) yang terpaksa menonton sahaja 'makanan' ( tarikan kepada godaan shahwat - kerana di media2 banyak memaparkan gambar2 gadis seksi yang menghairahkan ) tanpa dapat 'berbuat apa2' kerana ketika ini isteri nya sekarang mungkin tidak dapat lagi 'membantu' memuaskan nafsu seksnya atas faktor usia (monopause)?

    Inilah sepatutnya perlu diberi pengajaran dan peringatan buat semua terutama kaum wanita - Tentang nafsu lelaki yang tidak dapat dipenuhi oleh isterinya, akhirnya akan bertindak keatas sesiapa yang rapat dengannya yg boleh menjadi mangsa, contohnya; anak/anak tiri/anak saudara, cucu/cucu tiri/cucu saudara, adik/adik ipar/adik tiri/adik saudara dan lain2 mrk yang rapat.
    Awas lah wahai kaum wanita ! - Jagalah diri dan keturunan2 / saudara2 anda dari 'penjenayah seks' - musuh dalam selimut ini....

    BalasPadam
  7. Nafsu kuda pon tak macam depa ni..

    umur kata pergi, kubur kata mari...

    BalasPadam
  8. payah nak kata ngan orang macam neh... dah tahap rumah kata pegi kubur kata mari pun masih ikut nafsu.

    Teringat pertanyaan Imam Ghazali kepada murid muridnya : Benda Apa paliing besar di dunia.... Nafsu...

    BalasPadam
  9. mmg melampau! dahlah merogol itu sendiri dah teruk, tambah lak bila family sendiri yg lakukan. harapkan utk jaga keselamatan tapi last2 jadi mangsa nafsu serakah atuk sendiri.

    BalasPadam
  10. ce tanya lembu tu, mungkin lembu lbh memahaminya...

    BalasPadam
  11. bila nafsu menguasai diri...halal haram dah tak ingat..hamram tul tokwan tak sedaq diri..

    BalasPadam
  12. incest is very unacceptable offence
    I loathe it
    huh

    BalasPadam
  13. Saya baru parking kereta di sekolah waktu berita ini ke udara di radio...terpandang anak anak seusia yang mengheret beg...rasa sayu sangat...

    Nafsu tak mengenal gigi atau bulu bulu yang gugur. Faktanya, nafsu lelaki seumur hidup berbanding wanita.

    Bila nafsu dikuasai syaitan, segala yang lemah terkulai macam nak mati, hidup kembali, tak mengenal darah daging sendiri.

    Sepatutnya, walau tua,hukuman biar tetap sama, sebabnya, nafsunya mengalahkan yang muda.

    BalasPadam
  14. bila nafsu beraja dihati..

    macam kawan saya cakap..mungkin kerana tak tahan tengok aksi lembu mengawan kot!

    BalasPadam
  15. terlebih minum air tongkat ali kot!

    memalukan anak cucu sendiri

    BalasPadam
  16. Bila hati ikut kata nafsu dan tidak ikut kata iman dan akal...

    BalasPadam
  17. kesian 'atok' ni...kalau dia kaya raya tentu ade pompuan muda yg cun melecun sudi menjadi bini dia ngeh3.. ^.^
    en mazidul...sape kata 'atok' takde kudrat.ishhh marah nanti 'atok' kat luar yg baru nak berbini muda :p

    BalasPadam
  18. Betoi juge la cakap2 orang...

    Orang lelaki jadi jahanam sebab ikut nafsu dan marah...

    Orang pompuan jadi rosak sebab ikut hati dan perasaan...

    Hanya iman dan taqwa boleh mengawal diri dari maksiat dan kezaliman, harapkan kepada undang2 dunia memang berkemungkinan boleh lepas...

    BalasPadam
  19. Biar betul apa yang baca..blog saya dah tersenarai dalam bloglist ni. Muchas Gracias En. Mazidul.

    BalasPadam
  20. Read, happy writing!

    Echah, ramai juga antara mereka berkahwin lebih daripada 1, thrilled barangkali dengan risiko bakal dihadapi, jadi boleh menggunakan otak bergeliga mereka.

    BalasPadam
  21. atok tu minum tongkat aki kot ...
    kesian kat cucu yang tak berdosa

    BalasPadam
  22. Yang tua badan, nafsu muda,semangat muda..kalau tak mcm mana ada org kawin muda..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.