Sabtu, Februari 19, 2011

Kenapa Dia Sembah Aku?

Jam 8 malam tadi, saya makan bersama kru di Restoran Sayam, Johor Bahru, Johor, tidak jauh dari The Zon Hotel.

Tiba-tiba saya terlihat kelibatnya, berjalan dari meja ke meja meminta sedekah.


Saya dan Hazrey kemudian mengekori dan menemubual lelaki terbabit sewaktu dia cuba melarikan diri. Dia menunjukkan passport nya tercatat phrasa  'Social pass valid for 30 days', berasal dari Guangzhou, China.

Kurang 5 minit, hadir lelaki tidak ubah sepertinya, berseluar hitam jenis sama dan memakai beg disilang di badan. Lalu kami biarkan diri meminta sedekah, biarpun kehadirannya kelihatan mengganggu majoriti pelanggan restoran.

Malah pelanggan Cina makan bersama keluarga juga tidak melayannya. Perlahan Hazrey mencapai kamera dan memulakan rakaman.

"Jangan pergi dulu," ujar Hazrey perlahan.

Saya duduk sambil melihat pergerakan lelaki terbabit.


"Jangan Hazrey! Jangan! Jangan! Jangan (*echo)," teriak saya.

Ha! Ha! Ha! Tidak mungkin itu kenyataan saya. 2 lelaki terbabit, warga Cina berkunjung ke Malaysia menggunakan visa lawatan sosial, pelancong tetapi menyalahgunakan dokumen terbabit, bekerja sebagai peminta sedekah.

"Kerja Hazrey! Kejar sampai dapat," jerit saya.

Lihat pergerakan Ajai. Eh! Bukan! Lihat pergerakan Hazrey (didakwa sesekali kelihatan seperti penyanyi, Ajai).


Sepanjang adengan kejar-mengejar, lelaki terbabit bercakap dalam bahasa Cina, tidak kami fahami. Barangkali dia memaki kami kerana mengekorinya. Ketika dia meminta sedekah, pergerakannya perlahan bak orang sakit tetapi menyedari kehadiran kami, dia melarikan diri bak lipas kudung.

Celaka budak ni! (Manalah tahu, kan? Mungkin itu kata hatinya tetapi tidak mampu diungkapkan dalam bahasa tempatan)

Akhirnya dia berhenti, kepenatan dan mula sujud berulang kali di hadapan kami. Saya perhatikan, Hazrey kelihatan agak kekok, berundur sedikit kebelakang namun tidak memberhentikan rakaman.

Ish! Kenapa dia sembah aku? Mungkin itulah antara kenyataan terlintas di fikiran Hazrey ketika itu.


Tidak diendahkan Hazrey, dia kemudian mula tunduk di hadapan saya.

Aduh!


Baiklah, biar saya berterus-terang.

2 tahun lalu saya pernah bertemu lelaki sama, ketika dia meminta sedekah dari restoran ke restoran di Sunway Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Saya masih ingat wajah ini. Barangkali keran pernah saya 'kacau' berulang kali sebelum ini, mereka berpindah ke lokasi lain, Johor Bahru.


Ketika saya memegang tangannya, dia menghulurkan wang dipegangnya kepada saya.

Barangkali, ketua sindiketnya berkata dalam bahasa dia fahami.

"Kalau ada sesiapa menahan kamu, hulurkan duit kepada dia"

Macam-macam, kan?

12 ulasan:

  1. Saya sebenarnya bila berdepan dengan pengemis ni jadi serba salah. Bila tengok, rasa macam kesian dan nak bantu... tapi, tulah banyak sangat kes penipuan skrang ni.

    Yang datang time makan kat kedai makan tu saya paling tak suka, bukan pengemis je... jurujual pun sama, isk...potong selera makan betol lah.

    BalasPadam
  2. Cerita seterusnya macam mana ya, mereka dari sindiket atau kumpulan pengemis macam cerita cina ke? Adakah pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan atau mana-mana pihak yang sudi menolong pengemis ni. susah juga kalau boleh tipu orang ni.

    BalasPadam
  3. Moga pihak berkuasa akan bertindak tegas selepas muncul berita dalam blog ini dan juga siaran 999 nanti.

    BalasPadam
  4. Mudahnya mereka mencari duitkan!

    Mungkin kerana rakyat Malaysia ni pemurah agaknya @ malas nk layan?

    Kalau bg seringgit mereka ni x mengganggu lg...mungkin begitu agaknya kan?

    BalasPadam
  5. Kalau boleh saya umpamakan - mereka ini seperti pengedar,yang memberi pula seperti penagih.Tak ada penagih maka akan pupuslah pengedar.Sebenarnya penguatkuasaan terlalu longgar di negara kita.Rakyat asing bukan sahaja berani mengemis,malah begitu berani melakukan jenayah lain seperti melacur,gro,judi haram dan sebagainya.Rasa marah dan kesihan membuak buak dalam diri saya bila melihat mereka begitu berani melawan dan memaki anggota penguatkuasa yang cuba menjalankan tugas! Cuba luaskan sejenak otak kita - fikir-beranikah mereka ini melakukan jenayah dan memaki anggota penguatkuasa di negara lain? KENAPA?? atau - apa yang akan jadi kepada melayu yang tak tahu sepatah haram bahasa lain seperti saya sekiranya saya melakukan hal yang serupa di negara china,india,myammar,indonesia,afrika,thailand dan sebagainya.Kenapa kita merasakan seperti ada sesuatu yang tidak seimbang? Itulah yang saya sebutkan dipermulaan tadi-PENGUATKUASAAN DAN KETEGASAN UNDANG UNDANG agar tidak DIPERLEKEHKAN oleh PENDATANG ASING.

    BalasPadam
  6. Kadang2 kesian tengaok dorg ni...mungkin ada sebab mereka terpaksa buat begitu...siapa yang nak jadi begitu kan...tapi negara kita ada undang2.oleh itu masy tak boleh buat apa yang mereka boleh buat demi ketenteraman rakyat dan negara...

    BalasPadam
  7. Kalau saya jadi Pemegang amanah jawabnya.
    "kakitangan tak cukup, kerja ini perlu sokongan dari orang yang bukan makan gaji juga".

    BalasPadam
  8. Malaysia sekarang sudah jadi syurga kepada pengemis2, pencari kerja (duit) dan juga penjenayah2 asing yang ganas; seronok kah kita dalam suasana selesa tapi bahaya?

    Keadaan ini akan berterusan buat beberapa dekad yang akan datang.
    Hendaknya janganlah keadaan ini dibiarkan berterusan - jangan bila sudah huru-hara negara dan bangsa barulah bertindak.

    BalasPadam
  9. masih ada lagi orang yang celik dan sihat memimpin orang yang buta membawa tisu dari meja ke meja makan di seksyen 19 shah alam..nak kata tak mau tak sampai hati...hulur jugaklah...walaupun dalam hati tertanya2...betul ke tak apa yang saya buat ni...sedekah yang tidak ikhlas jadinya...ish....

    BalasPadam
  10. 2 hari lepas saya penah terserempak dengan lelaki terbabit di kawasan komersial seksyen 7 Shah Alam. Pada masa itu saya pergi makan bersama kawan-kawan saya. Perbuatan yang sama dilakukan oleh lelaki cina tersebut dengan menundukkan kepala seperti orang jepun untuk meraih simpati pelanggan yang sedang makan di situ. Saya rasa lelaki tersebut sama seperti gambar yang pertama di dalam blog.

    BalasPadam
  11. gunakan passport pelancong? ke sebab dia tggal di Malaysia tak dak duit? T__T

    BalasPadam
  12. saya pernah didatangi peminta sedekah seperti ini (barangkali individu yg sama) di uptown damansara. dia sering mengetuk cermin kete, sambil menyembah2 meminta sedekah. wpun xberminat utk memberi sedekah, dia tetap akan tunggu lebih krg 2-4minit.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.