Sabtu, Februari 26, 2011

Mengapa ...

Berfikir ...

Sambil cuba mencari isu tidak membosankan pembaca. Bukan mudah menulis tetapi kebanyakkan berusaha sedaya-upaya.

Tertakluk kepada ruang masa, mengemaskini blog pada awal pagi, tengahari, petang atau malam.

Kekadang bukan semua tampalan dibaca dan dicerna kandungannya.

Pada masa sama majoriti pelawat hanya membaca tanpa meninggalkan jejak mereka.

Justeru mengapa masih menjadi blogger?

Itu soalan saya.

Kongsikan jawaban bersama pembaca lain.

24 ulasan:

  1. mahu meluahkan sesuatu berbeza dengan mahukan populariti.

    BalasPadam
  2. Banyak sebab kenapa saya menjadi blogger.. Yang penting ia merupakan kerja Part time saya sekiranya berkesempatan..

    Sebab utama adalah berkongsi informasi dengan pembaca samada berkaitan dengan pengalaman hidup, berita terkini, peluang pelaburan, dan sebagainya..

    Justeru itu saya sedaya upaya menyediakan pelbagai hadiah untuk pengunjung blog saya.. Hadiah yang paling murah dan bermanfaat tentulah ebook..

    Sekiranya rakan-rakan belum mendapatkan hadiah-hadiah tersebut, mari datang ke blog saya sekarang juga..

    Selain berkongsi maklumat, saya juga membuat pengiklanan home stay dan pelbagai produk affiliate yang lain..

    Disebabkan itu saya berminat untuk menjadi blogger, dan rasa puas dengan apa yang saya lakukan..

    BalasPadam
  3. membaca sambil meninggalkan jejak.:)
    betul kata enck. mmg susah untuk menjadi seorang penulis.
    memerlukan pengorbanan masa,pengalaman dan pelbagai lagi.

    ROAD TOUR FROM THE FACEBLOG.
    COME AND JOIN OUR BLOGGER COMMUNITY NOW.

    FOR MORE INFORMATION,CLICK HERE-"THE FACEBLOG COMMUNITY"

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum ...ya betul tu En. Mazidul...ada org suka baca..ada org suka komen...ada org suka jadi pemerhati saja...mcm-mcm gelagat org ada dlm dunia maya ni...alam maya yg seakan sama dgn alam realiti...apapun yang penting kita ikhlas menulis dan berkongsi dgn semua...:)

    BalasPadam
  5. Salam Abg Mazidul..

    hehe..tersenyum saya baca entri kali ni..bukan ape..terkena kat hidung sendiri pulak...kenapa tak tinggalkan jejak...hehehe...pada saya..bukan tak nak tinggalkan jejak....tapi kadang-kadang idea untuk tinggalkan jejak tu tak ada..so baca je la...at least dpt pengetahuan baru kan..

    tapi mulai saat membaca entri kali ni...saya berazam utk tinggalkan jejak kat mana-mana entri yang saya baca..hehe

    BalasPadam
  6. pd pndpt sy; mereka tidak tahu bertapa pentingnya jaringan network secara virtual untuk berkongsi pndpt, ilmu dll. tmbhan plak di kalangan remaja

    apisv3.blogspot.com

    BalasPadam
  7. Macam2 makhluk nak diberi perhatian..

    Harap dia tak kacau saya.. Cari pasal,Dan tau tak suka maki dan seranah..

    BalasPadam
  8. Meninggalkan jejak, mengelak Dari mana jbatan berada..
    Soal periuk nasi

    BalasPadam
  9. Salam bang mazidul dan semua,
    Bagi saya Bloggers ni ada banyak jenis dan ketegori serta bidang dan kecenderungan masing2.
    Penulis pun macam tu juga. jadi, pada sesetengah benda, ada blogger yng tak boleh nak komen atau konsi pendapat, hanya boleh baca pendapat ornag.

    Mcm saya sendiri, saya kurang faham dengan 'bahasa puitis', jadi jika melawat ke blog yng puitis saya jarang tinggalkan komen, sbb tak berapa faham dengan maksud sebenar penulis...

    BalasPadam
  10. sekadar berkongsi maklumat, pendapat, etc dan apa saja yang kita mahu kongsikan. Tengok trafik masuk pun dah puas.

    BalasPadam
  11. saya suka membaca. banyak blog yang saya suka baca..tapi saya jarang tinggalkan komen..sababnya, saya sangat tak reti nak memberi komen..tiap entri di sini, saya suka baca..cerita-cerita yang menarik minat untuk saya baca..^_^

    BalasPadam
  12. bagi saya ada beberapa sebab tidak meninggalkan jejak:

    1) Connection broadband yang tersangat slow...bila clik pada post comment, kekadang xdapat..kena tulis balik...dan seterusnya..

    2) Kurang idea nak bagi pendapat.

    3) sesuatu post yang dibuat tidak menarik blogger utk meninggalkan jejak.

    4) Mood hanya untuk mebaca sahaja.

    *tapi kali ni tibe2 connection ok dan idea terjana. jadi terciptalah jejak ini...hehehe
    *tapi rasanya kalau yang dah sudi baca dari Ayat pertama sampai ayat ke penghabisan sesuatu post tu..rasanya ianya memadai dihargai.. sekurang-kurangnya diorang dapat sesuatu maklumat dari situ.

    BalasPadam
  13. betul...tak semua orang suka komen. mereka suka baca je..saya pun macam tu baca blog tapi tak komen. kadang2 takde idea nak komen. kalau isi blog yg rasa tak patut komen, saya diam je...

    BalasPadam
  14. saya banyak membaca, tapi kurang mengomen apatah lagi nak berblogwalking sangat la malas...

    BalasPadam
  15. Tujuan asal saya menulis blog adalah untuk berkongsi pengalaman dan kisah-kisah hidup dari akiviti dan hobi saya sebagai kenangan dan rujukan anak cucu saya nanti.

    Selain tu, kadang-kadang dengan menulis blog ni dah semacam satu terapi untuk 'release tension' dek tekanan kerja.

    Cuma kadang-kadang, bila melawat blog-blog orang lain, bila membaca isu-isu yang sensitif, rasa macam kurang enak untuk memaparkan komen yang kadang-kadang boleh menyakitkan hati orang lain selain kekurangan idea, jadi saya lebih suka membaca sahaja dan ambil iktibar bagi menambahkan pengalaman hidup.

    BalasPadam
  16. seseorang jadi blogger sbb nk kongsi masalah, cerita,pengalaman etc..

    sbb minat juga.kalau memang dah minat, tiada pembaca pun seseorang akan tulis something..even for herself..contoh, peringatan ke ape ke..

    mana tahu kot2 seploh tahun akan datang berguna ke apa yang ditulis tu? hehe

    BalasPadam
  17. tak ada apa nak komen, tepok dada tanya selera masing2 ;)

    BalasPadam
  18. entri kali ni macam terkena kat batang hidung saya aje...mengapa tak tinggal jejak..komen atau sewaktu dengan..secara peribadi boleh kata siap hari saya luangkan masa dan tak sabar tunggu update kat blog ni..bukan tak sudi atau tak menghargai setiap penulisan yang tedapat diblog ni cuba kekeringan idea untuk memberi sebarang komen..

    BalasPadam
  19. sy pulak... terlibat dgn hobby kereta kawalan jauh.. sudah usya2 mmg xde 1 pon blog pasal hobby ni.. so sy buatlah.. dalam masa yg sama.. sy banyak merepek dari kasik info pasal kereta kawalan jauh ni.. hahaha...

    BalasPadam
  20. Salam...
    Saya berpandangan blogger mesti pandai menulis dan ada buah fikiran.
    Justeru itu mereka membuka blog.

    Blogger seharusnya berperanan dan memberi nilai tambah pada pembaca walau sekadar resepi cekodok.

    Saya menyelusuri laman-laman blog kekadang tinggalkan jejak bertapak kekadang baca je... Ada topik yang boleh dicelah ada tu baik kita diam aje.

    Sekiranya topik itu serius seharusnya komen yang kita tinggalkan ikhlas dan membina. Selebihnya adalah untuk merapatkan ukhuwah dan silaturrahim. Yang penting jangan jadikan tulisan kita kemurkaan Allah SWT.

    Tapikan Mazidul sejak dah tak pergi sekolah ni nak bina ayat kemain susah walau idea ada... kalaulah dekat skrin boleh x-ray mesti nampak banyak kesan kena padam atau ada cebisan2 serbuk getah pemadam!

    Terima kasih.

    BalasPadam
  21. Salam..

    Sy antara org selalu menbaca dan jarang meninggalkan komen.Kadang kala jika mempunyai pendapat yg bernas, baru sy akan komen.

    Sy menjadi blogger untuk berkongsi buah fikiran dan pengalaman. :)

    BalasPadam
  22. Bidang kita lain x sama..

    sbb tu su slalu terjah ke blog en. mazidul...

    Lagi satu, kita berblogging kerana minat...da minat org lain nk kata apa kan?

    BalasPadam
  23. selalu baca blog ni tapi ini kali pertama tinggalkan jejak.

    Jejak blog tak ditinggalkan sebab pilihan identiti ada 2 iaitu Akaun Google dan OpenID.

    Untuk blog yg ada nama domain sendiri tak dapat nak ditinggalkan.

    BalasPadam
  24. Saya cadangkan penulis2 blog dapat meringkaskan semua tulisan2 dalam entry mereka, kerana tidak semuanya menarik pembaca untuk membaca bagi mengelakkan daripada membazir masa /penulisan dan rasa jemu didalam menulis blog.

    Cuma perbanyakkan gambar2 foto yang menarik - maka2 pembaca2 yang tidak berpuashati akan dijentik satu sikap 'curiousity' mereka dan akan merangsangkan komen2 atau pentanyaan2 yang boleh mewujudkan inter-aktif - saling bertukar idea.
    ( Jangan marah ya - ini cuma cadangan dari saya.... )

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.