Sejak 15 tahun lalu, saya antaranya bekerja menulis skrip paparan program televisyen. Mula bertugas sebagai wartawan program Malaysia Hari Ini pada Julai 1995, saya kemudian diberikan kepercayaan serta tanggungjawab terbabit membuat liputan program Remaja, Majalah 3, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Analisis, Bincang Petang, 360 dan 999.
Ha! Ha! Ha! Terasa tua secara tiba-tiba.
Time flies!
Setiap kali menulis, saya sedaya upaya sentiasa menampilkan berita telus sehingga ke hari ini. Barangkali itu antara faktor penyumbang utama kepada peningkatan rating program 999. Sejak awal tahun 2010, rating program terbabit melebihi sasaran syarikat, 2 juta penonton.
Alhamdulillah.
Masih ingat paparan ending credit, jurukamera 999 mengejar pondan di Sunway Mentari, Petaling Jaya, Selangor tempoh hari?
Rating nya, 2.6 juta (sumber: AC Nielsen)
Terima kasih kepada semua sudi menonton 999 selama ini. Saya percaya sebilangan besar pembaca blog ini juga penonton setia program berusia lebih 10 tahun itu.
Di blog terbaharu, Jom Libur! saya mengamalkan konsep sama, penulisan dan penilaian telus berhubung destinasi pelancongan saya kunjungi. Perincian pengalaman saya tempuh, saya kongsikan bersama pembaca, mengikut perspektif saya sebagai pelancong.
Saya enggan pengunjung berasa tertipu sewaktu melancong kerana majoriti laman web dan blog mempromosikan destinasi pelancongan sering kali memomokkan kita dengan berita indah sahaja, bukan fakta keseluruhan.
Maksudnya, di Jom Libur! saya hanya memaparkan fakta berhubung destinasi saya lawati samada indah atau sebaliknya untuk dijadikan rujukan kepada semua.
Mengapa?
Kerana saya percaya setiap sen wang anda belanjakan untuk membiayai percutian bersama keluarga dan rakan seharusnya berbaloi.
Bantu saya, cuba baca tampalan ke 3 saya di blog Jom Libur!
Adakah maklumat saya catatkan berguna sebagai sumber rujukan sebelum pembaca memilih destinasi percutian?
Ketelusan kita membawa berkat. Teruskan usaha murni, bro!
BalasPadamusaha yang bagus bro. selama ni banyak site pelancongan yg bagi info berlainan sgt dengan keadaan sebenar
BalasPadamsila-sila, JOM berlibur sambil berinfo. Ibadat juga.
BalasPadam."..komen sekali jika tercium ayam gulai busuk yang dihidangkan.."
tua tiba-tiba. maksudnya bagus sebab masa 15 tahun itu penuh terisi tanpa sedar akan perubahan usia. hihihi~
BalasPadamTerimakasih.
BalasPadamInfo itu sangat berguna, BRO.
Bagi yang tidak berkesempatan nak pegi, dapat juga jamu mata, mengetahui maklumat tentang tempat tersebut, dgn bacaan.
Kalu ada info yang di luar negara, lagi best lagi.
Teruskan...
telus itu berani!
BalasPadamBerani kerana benar, fight for your right, berkata benar sekalipun ia pahit. Teruskan...
BalasPadamblog2 pelancongan biasanya hanya bagi info2 yang indah2 belaka. kadang-kadang bila sampai ke destinasi..indah khabar dari rupa..tidak semuanya telus. mudah2an usaha bro mazidul dapat memberi manfaat kpd semua..
BalasPadamok. saya suka dengan berita2 semasa yang TV3 keluarkan. berita2 dalam paparan majalah TV at least saya tahu cerita yang tertinggal/tak sempat tengok berita.
BalasPadamdan yang penting, wartawan dan pekerja2 yang berdedikasi menjayakan paparan itu.
tahniah!