Barangkali majoriti pembaca tahu, kebanyakkan lelaki tidak begitu gemar mengikut pasangan mereka membeli-belah. Maksud saya pasangan wanita mereka.
Jika pasangan lelaki gay, saya tidak pasti. Mungkin membeli-belah berdua-duan sambil bergesel-geselan itu, satu keindahan bagi mereka. Pengkid dan pasangan mereka juga lebih kurang sama, sambil membeli-belah sambil bermanja-manjaan.
Ops! Hampir terkeluar tajuk!
Namun sebilangan lelaki, mungkin kerana terpaksa, kelihatan sudi diheret dek pasangan wanita mereka, (samada berstatus suami atau sekadar teman lelaki) melakukan 'tawaf' di seluruh pelusuk pusat membeli-belah. Lazimnya, pusat membeli-belah 'dijelajah' mungkin 3 tingkat, barangan dibeli sepasang kasut sahaja. Itu kejadian biasa.
Diheret lelaki ke bahagian jualan kasut perempuan, majoriti lelaki tenang, berdiri dan memerhati. Heret dia ke bahagian jualan peralatan rumah, dia tidak bermasalah, mungkin hanya menahan lenguh kaki sahaja. Tarik tangan dia ke bahagian jualan beg tangan, dia masih mampu tersenyum biar pun terpaksa manahan sabar.
Cuba cakap kepadanya ...
"Sayang, I nak pergi beli bra lah. Jom!"
Lihat bagaimana reaksinya.
Ha! Jangan menipu kata tidak ada pengalaman ...
Tampalan terbaharu di Jom Libur! - Kain kerawang Bukit Tinggi
Nota
Tampalan terbaharu di Jom Libur! - Kain kerawang Bukit Tinggi
hahahahaha.. betul bang, majority lelaki mcm tu.. :)
BalasPadamtapi nasib baik tunang saya plak mmg jenis suka window shopping. kdg2 dea plak yg ajak sy g pusat beli belah baru!! mmg syiookkkk~
saya tidak ada pengalaman dan saya tidak menipu :)
BalasPadamDok tunggu apa lagi, jom terus tanpa konar-konar. :)
BalasPadamhaha.... lelaki sensitif skit degan benda2 mcm tu... biasalah dah nama lelaki... tp sy pun xda pengalaman lagi mcm tu...
BalasPadamKeadaan kakcik agak terbalik. Terpaksa mengekori suami mencari 'entah apa2' yang diperlukannya. Kakcik lebih suka 'menonong' menuju barang yang kakcik hendak beli sahaja. :)
BalasPadamDibawa ke kawasan tu memang sah kekok dibuatnya.
BalasPadambetul sgt la tu...biasa nya sy tengok dari jauh, cari tempat lepak...ayang pergi la jalan2 abg tunggu sini je hehehehe
BalasPadamTerkini dari AUC dot com: Followers Ke 500
salam..
BalasPadamselalunya saya biarkan isteri saya shopping dengan anak perempuan saya...
manakala saya dan anak lelaki saya.. lepak saja sama ada kat kedai sambil minum-minum atau lepak saja kat kereta... hihihi...
http://irdinailham.blogspot.com/2011/02/ride-santai-nasi-sup-satun-thailand_06.html
jangankan lelaki, ada sesetengah perempuan pun sama jugak..beli barang yang perlu dan balik. penat lah shopping..macam2 nak survey..beli nya tak jugak...
BalasPadamkalo boleh lari, bagi la macam-macam alasan...hihi
BalasPadamhak3.. jgn kata x der pengalaman!!! haha..
BalasPadamBro, here's my take:
BalasPadamDulu sebelum saya kawin bawak now-wife pegi low yatt:
Me: Awak tak kisah ke gi low yatt ni?
Now-wife: Eh taklah. Carilah barang awak. Saya temankan aje.
Sekarang, bila dah kahwin:
Me: Awak, saya nak gi low yatt.
Wife: Ha pegila, nanti saya bosan kat sana.
"Speaking through experience" :)
Hani: Make sure bila dah berkahwin nanti, dia meneruskan minatnya.
BalasPadamAfrohead: ok ok ok!
Fadzli: Tak apa, sooner or later pasti pengalaman itu akan ditempuh.
Kak Cik: Isteri memang kena 'ikut' suami.
Wan: Kenapa ya? :)
Irdina: Penyelesaian baik.
MSS: That's a good one.
...sebelum nikah, nak cari underware pun Kekasih sabar ikut sambil cuci mata, sikap ingin tahu itu lebih,tapi bila lepas kawin semua BARANGAN adalah biasa pada mata, semua dah tau.
BalasPadamhaha..dia tak kekok langsung siap nak belanja! oh tidak....
BalasPadamSebab tu saya lebih selesa membeli belah bersendirian. Boleh round sebanyak kali mana pun yang saya suka. Pilihlah selama manapun. Kalau penat... penat diri sendiri je lah. Buat apa menyusahkan orang lain. Tapi kadang-kadang kalau kita pergi sendiri, lambat sikit balik... macam pegawai polis pula dia menanya itu ini...? Jadi...
BalasPadamAjak kawan pompuan pun saya kurang gemar, apatah lagi nak ajak lelaki. Memang payah. Saya selesa shopping sendiri, atau dgn anak-anak yang sudah besar. Tak pernah bawa baby.
BalasPadamLelaki masa berkasih mungkin ikut jer, bila dah kahwin agak keberatan.
Saya beli semua keperluan suami, tak perlu ajak dia pun. Dah tu feel tak minat berdiri lama.
Kesian dia, nanti dia tumbang pitam. Sapa susah?
Akaaaakkkk jugak!
sebelum kahwin ngan selepas kahwin totally diff,percayalah.walaupun sy masih bujang, tp jangkaan sy tu insyALLAH betol. =D
BalasPadamTerbalik ni
BalasPadamKalau saya - niat nak beli kasut, saya cuma pergi bahagian kasut, tak singgah bahagian lain tapi kalau suami , kalau membeli belah dengan dia, silap² separuh troli barang yang dia beli bukan dalam list yang kita perlukan.
Lagi bahaya!
Saya tak suka 'bawa' suami shopping,suka dia 'kirim' duit jer he he...sebbnya, citarasa tak sama...bertekak jer nak beli baju selai...
BalasPadamsaya tak suka bawa suami shopping..suka sendiri2....rasa cam tak bebankan ...sebab aku tahu lelaki tak suka pompuan heret sana sini....bila aku rasa tak bersalah pada seseorang, senang la aku nak buat pilihan yang tepat untuk aku...aku nak pegi mana2 pun tak kisah...itu kalau aku nak beli barang la ....
BalasPadamkalau aku saja2 nak jalan2 window shopping aku ajak laki aku....time tu aku biarkan dia yang pilih jalan mana yang dia suka...aku ikut je, sebb nak kuar duit pun dia kan.......so jadinya masing2 jadi happy.....
Perempuan...usahkan shopping kat Shopping Complex atau supermarket, masuk nak beli barang kat kedai runcit di Slim Village pun boleh berjam-jam!
BalasPadamHoho...jangan marah ya kaum wanita! Ini pengalaman...kahkahkah!
haaa??Dgn pantas..."yang, i sakit perut pulak...u pg dulu kang i sampai...". hehehe....
BalasPadamSaya dan suami takde problem kalau nak shopping pakaian dalam sama-sama. Bahkan dia lebih suka sebab dia kata dia nak pilih pakaian dalam untuk saya......... ye la sapa lagi yang nak tengok kan... hehehehehehe
BalasPadamsuami saya tunggu kat eskalator jer hahaha. kalau tak pon dia dok kat tempat barang2 lelaki.. tp tak per, card dia ada, tak kisah lah nak dok jauh mana pon, yg penting tulun bayarkan yerr
BalasPadamsebelum kahwin:
BalasPadamnak teman membeli-belah tang tu ala-ala malu kucing si abg...
selepas kahwin:
kalau area tu tak ramai orang, hilang malu dia... hehehe...
hahahaha....suami saya tunggu kat tepi kedai ajer... malu konon...
BalasPadamxkisah sgt kalo ajak shopin layan jek.....dh syg...tp kalo nk bli brng yg 1 2 ........."owh ok....i g crik boxer dlu jmpa nti... " aahaha nk ikut pn bkn tau apa2..
BalasPadamp/s;wah..rpnya masi bnyk lagi lelaki mlyu trakhir cm aku neh....ehehe bgus2...trus kn kmaluan anda...
Saya pernah melaluinya. Takde masalah utk saya sbb saya terpaksa jadi pohon utk anak bongsu bergayut (dukung la!). Cuma, timbul masalah bagi kaum hawa kat situ la. Dah mula rasa segan2 bila nampak ada kaum adam kat situ. Nampak sangat reaksi diaorg berbeza. Kalut pun ada, mcm pencuri pun ada. Saya plak, dgn selamba pilihkan tuk isteri "ha, yg ni sesuai kot!" Wakakaka.....
BalasPadamhusband saya tak suka shopping...bila shopping saja terus bad mood........alasan anak nangisla...maka dia tak nak saya shopping lama2....hehehe
BalasPadam