Ahad, Februari 06, 2011

Bila Lelaki Kekok?

Barangkali majoriti pembaca tahu, kebanyakkan lelaki tidak begitu gemar mengikut pasangan mereka membeli-belah. Maksud saya pasangan wanita mereka.

Jika pasangan lelaki gay, saya tidak pasti. Mungkin membeli-belah berdua-duan sambil bergesel-geselan itu, satu keindahan bagi mereka. Pengkid dan pasangan mereka juga lebih kurang sama, sambil membeli-belah sambil bermanja-manjaan.

Ops! Hampir terkeluar tajuk!

Namun sebilangan lelaki, mungkin kerana terpaksa, kelihatan sudi diheret dek pasangan wanita mereka, (samada berstatus suami atau sekadar teman lelaki) melakukan 'tawaf' di seluruh pelusuk pusat membeli-belah. Lazimnya, pusat membeli-belah 'dijelajah' mungkin 3 tingkat, barangan dibeli sepasang kasut sahaja. Itu kejadian biasa.

Diheret lelaki ke bahagian jualan kasut perempuan, majoriti lelaki tenang, berdiri dan memerhati. Heret dia ke bahagian jualan peralatan rumah, dia tidak bermasalah, mungkin hanya menahan lenguh kaki sahaja. Tarik tangan dia ke bahagian jualan beg tangan, dia masih mampu tersenyum biar pun  terpaksa manahan sabar. 

Cuba cakap kepadanya ...

"Sayang, I nak pergi beli bra lah. Jom!"

Lihat bagaimana reaksinya.

Ha! Jangan menipu kata tidak ada pengalaman ...

Nota

Tampalan terbaharu di Jom Libur! - Kain kerawang Bukit Tinggi


30 ulasan:

  1. hahahahaha.. betul bang, majority lelaki mcm tu.. :)
    tapi nasib baik tunang saya plak mmg jenis suka window shopping. kdg2 dea plak yg ajak sy g pusat beli belah baru!! mmg syiookkkk~

    BalasPadam
  2. saya tidak ada pengalaman dan saya tidak menipu :)

    BalasPadam
  3. Dok tunggu apa lagi, jom terus tanpa konar-konar. :)

    BalasPadam
  4. haha.... lelaki sensitif skit degan benda2 mcm tu... biasalah dah nama lelaki... tp sy pun xda pengalaman lagi mcm tu...

    BalasPadam
  5. Keadaan kakcik agak terbalik. Terpaksa mengekori suami mencari 'entah apa2' yang diperlukannya. Kakcik lebih suka 'menonong' menuju barang yang kakcik hendak beli sahaja. :)

    BalasPadam
  6. Dibawa ke kawasan tu memang sah kekok dibuatnya.

    BalasPadam
  7. betul sgt la tu...biasa nya sy tengok dari jauh, cari tempat lepak...ayang pergi la jalan2 abg tunggu sini je hehehehe

    Terkini dari AUC dot com: Followers Ke 500

    BalasPadam
  8. salam..

    selalunya saya biarkan isteri saya shopping dengan anak perempuan saya...

    manakala saya dan anak lelaki saya.. lepak saja sama ada kat kedai sambil minum-minum atau lepak saja kat kereta... hihihi...

    http://irdinailham.blogspot.com/2011/02/ride-santai-nasi-sup-satun-thailand_06.html

    BalasPadam
  9. jangankan lelaki, ada sesetengah perempuan pun sama jugak..beli barang yang perlu dan balik. penat lah shopping..macam2 nak survey..beli nya tak jugak...

    BalasPadam
  10. kalo boleh lari, bagi la macam-macam alasan...hihi

    BalasPadam
  11. hak3.. jgn kata x der pengalaman!!! haha..

    BalasPadam
  12. Bro, here's my take:

    Dulu sebelum saya kawin bawak now-wife pegi low yatt:

    Me: Awak tak kisah ke gi low yatt ni?

    Now-wife: Eh taklah. Carilah barang awak. Saya temankan aje.

    Sekarang, bila dah kahwin:

    Me: Awak, saya nak gi low yatt.

    Wife: Ha pegila, nanti saya bosan kat sana.

    "Speaking through experience" :)

    BalasPadam
  13. Hani: Make sure bila dah berkahwin nanti, dia meneruskan minatnya.

    Afrohead: ok ok ok!

    Fadzli: Tak apa, sooner or later pasti pengalaman itu akan ditempuh.

    Kak Cik: Isteri memang kena 'ikut' suami.

    Wan: Kenapa ya? :)

    Irdina: Penyelesaian baik.

    MSS: That's a good one.

    BalasPadam
  14. ...sebelum nikah, nak cari underware pun Kekasih sabar ikut sambil cuci mata, sikap ingin tahu itu lebih,tapi bila lepas kawin semua BARANGAN adalah biasa pada mata, semua dah tau.

    BalasPadam
  15. haha..dia tak kekok langsung siap nak belanja! oh tidak....

    BalasPadam
  16. Sebab tu saya lebih selesa membeli belah bersendirian. Boleh round sebanyak kali mana pun yang saya suka. Pilihlah selama manapun. Kalau penat... penat diri sendiri je lah. Buat apa menyusahkan orang lain. Tapi kadang-kadang kalau kita pergi sendiri, lambat sikit balik... macam pegawai polis pula dia menanya itu ini...? Jadi...

    BalasPadam
  17. Ajak kawan pompuan pun saya kurang gemar, apatah lagi nak ajak lelaki. Memang payah. Saya selesa shopping sendiri, atau dgn anak-anak yang sudah besar. Tak pernah bawa baby.

    Lelaki masa berkasih mungkin ikut jer, bila dah kahwin agak keberatan.

    Saya beli semua keperluan suami, tak perlu ajak dia pun. Dah tu feel tak minat berdiri lama.

    Kesian dia, nanti dia tumbang pitam. Sapa susah?

    Akaaaakkkk jugak!

    BalasPadam
  18. sebelum kahwin ngan selepas kahwin totally diff,percayalah.walaupun sy masih bujang, tp jangkaan sy tu insyALLAH betol. =D

    BalasPadam
  19. Terbalik ni


    Kalau saya - niat nak beli kasut, saya cuma pergi bahagian kasut, tak singgah bahagian lain tapi kalau suami , kalau membeli belah dengan dia, silap² separuh troli barang yang dia beli bukan dalam list yang kita perlukan.

    Lagi bahaya!

    BalasPadam
  20. Saya tak suka 'bawa' suami shopping,suka dia 'kirim' duit jer he he...sebbnya, citarasa tak sama...bertekak jer nak beli baju selai...

    BalasPadam
  21. saya tak suka bawa suami shopping..suka sendiri2....rasa cam tak bebankan ...sebab aku tahu lelaki tak suka pompuan heret sana sini....bila aku rasa tak bersalah pada seseorang, senang la aku nak buat pilihan yang tepat untuk aku...aku nak pegi mana2 pun tak kisah...itu kalau aku nak beli barang la ....

    kalau aku saja2 nak jalan2 window shopping aku ajak laki aku....time tu aku biarkan dia yang pilih jalan mana yang dia suka...aku ikut je, sebb nak kuar duit pun dia kan.......so jadinya masing2 jadi happy.....

    BalasPadam
  22. Perempuan...usahkan shopping kat Shopping Complex atau supermarket, masuk nak beli barang kat kedai runcit di Slim Village pun boleh berjam-jam!

    Hoho...jangan marah ya kaum wanita! Ini pengalaman...kahkahkah!

    BalasPadam
  23. haaa??Dgn pantas..."yang, i sakit perut pulak...u pg dulu kang i sampai...". hehehe....

    BalasPadam
  24. Saya dan suami takde problem kalau nak shopping pakaian dalam sama-sama. Bahkan dia lebih suka sebab dia kata dia nak pilih pakaian dalam untuk saya......... ye la sapa lagi yang nak tengok kan... hehehehehehe

    BalasPadam
  25. suami saya tunggu kat eskalator jer hahaha. kalau tak pon dia dok kat tempat barang2 lelaki.. tp tak per, card dia ada, tak kisah lah nak dok jauh mana pon, yg penting tulun bayarkan yerr

    BalasPadam
  26. sebelum kahwin:
    nak teman membeli-belah tang tu ala-ala malu kucing si abg...

    selepas kahwin:
    kalau area tu tak ramai orang, hilang malu dia... hehehe...

    BalasPadam
  27. hahahaha....suami saya tunggu kat tepi kedai ajer... malu konon...

    BalasPadam
  28. xkisah sgt kalo ajak shopin layan jek.....dh syg...tp kalo nk bli brng yg 1 2 ........."owh ok....i g crik boxer dlu jmpa nti... " aahaha nk ikut pn bkn tau apa2..

    p/s;wah..rpnya masi bnyk lagi lelaki mlyu trakhir cm aku neh....ehehe bgus2...trus kn kmaluan anda...

    BalasPadam
  29. Saya pernah melaluinya. Takde masalah utk saya sbb saya terpaksa jadi pohon utk anak bongsu bergayut (dukung la!). Cuma, timbul masalah bagi kaum hawa kat situ la. Dah mula rasa segan2 bila nampak ada kaum adam kat situ. Nampak sangat reaksi diaorg berbeza. Kalut pun ada, mcm pencuri pun ada. Saya plak, dgn selamba pilihkan tuk isteri "ha, yg ni sesuai kot!" Wakakaka.....

    BalasPadam
  30. husband saya tak suka shopping...bila shopping saja terus bad mood........alasan anak nangisla...maka dia tak nak saya shopping lama2....hehehe

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.