Jumaat, Februari 18, 2011

Jom Menjadi Wartawan Maya

Sewaktu memandu pulang ke rumah pada jam 10.30 malam tadi, saya terfikir ...

Saya kini mempunyai 2 blogs lain, untuk rujukan destinasi pelancongan, Jom Libur! dan untuk memuat naik nukilan dan gambar menggunakan telefon bimbit,  Mazidul Mobile Blog.

Blog mempunyai kuasa unik, maklumat dicatatkan mampu dibaca pelawat di seluruh dunia.

Apa kata jika blog Mazidul Mobile  Blog digunakan untuk tujuan kita bersama membantu masyarakat melalui komunikasi di alam maya.

Bagaimana kaedahnya?

Begini ...

Jika pembaca melihat atau menerima maklumat berhubung masalah dihadapi masyarakat, emelkan maklumat  tepat dan telus berhubung masalah terbabit kepada saya.

Jika mampu dirakamkan dalam bentuk gambar, hantarkan kepada saya mnggunakan emel mazidulakmal@yahoo.com.

... pembaca menjadi wartawan maya.

Berdasarkan informasi dan gambar, biar saya menghubungi pihak berkuasa dan membuat susulan agar masalah terbabit dapat diselesaikan.

Apa pendapat anda?

Barangkali nama blog, Mazidul Mobile Blog juga boleh ditukar kepada nama lebih sesuai. Cadangkan ...

Terima kasih.

44 ulasan:

  1. Cadangan nama blog: Wartawan Maya bersama Mazidul

    BalasPadam
  2. setuju...!tqvm en mazidul kasi ruang kat public mcm bloggers :)

    nama ape eh yg sesuai?jap nak fikir nanti masuk sini semula ye... hehe :p

    BalasPadam
  3. Cadangan dari saya pula,

    'BILA LENSA BERCERITA'

    atau

    'DETIK LENSA BERSAMA MAZIDUL'

    dari lensa mampu menceritakan pelbagai cerita yang terjadi dlm kehidupan seseorang. Ada yang gembira dan ada yang sedih. Ada hadiah tak jika idea saya ni terpilih..hehehe..

    BalasPadam
  4. salam...

    amat menarik terima kasih bang mazidul

    Terkini dari AUC dot com: Antara Penemuan Jepun Yang Sia-sia

    BalasPadam
  5. Menarik cadangan tu, dgn cara ini berita akan lebih banyak dah terperinci. Tapi, abg mazidul kena buat kursus la plak.. kursus menulis berita.

    Pasal cadangan nama plak, saya cadangkan "Berita Mobile Terkini".

    BalasPadam
  6. MATA-MATA SAHABAT MAZIDUL

    hehe..macam ganas bunyinya..
    idea yang sangat menarik..
    cadangan yang menarik..tapi pastikan kesahihan dan pengirim berita tersebut sebelum tindakan diambi..

    BalasPadam
  7. setuju setuju

    macam mana dgn

    MAYA ZOOM
    ZUUPMAYA
    atau kalau susah AZROMAYA jer

    hheee

    BalasPadam
  8. Okay gak tu..

    Cadangan dari saya: Perintis Siber MAS(Mazidul Akmal Sidik)

    BalasPadam
  9. Semua nama dicadangkan, akan dipertimbangkan dengan sebaik mungkin dan bersesuaian dengan objektif.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  10. Teman setuju 100% Yeop! Bijak... bijak...

    Cadangkan :
    "Siasatan Maya"
    "Sudah Menjolok Mata"
    "Sudah Di Depan Mata!"
    "Sebab Sayanglah..."
    "Apa Sudah Jadi...?"
    "Si Mata Helang"
    "Aku Kisah!"

    BalasPadam
  11. saya cadangkan PEMALU..sebab malu nak tonjolkan diri heheheh

    BalasPadam
  12. As Salam

    SAYA SOKONG GILER..DN AKAN PROMOTE BLOG TU NNTI..

    BalasPadam
  13. Setuju sangat dgn cadangan Mazidul.
    Semoga permasalah dpt dipanjangkan kepada pihak yg bertanggungjawab,dpt diselesaikan dgn segera.
    Sahabat blogger dpt menjadi wartawan maya.

    BalasPadam
  14. Good Idea.

    Apa kata letak "Dari kacamata rakyat, Mazidul Melaporkan...."

    Semoga usaha murni Sdra Mazidul dipermudahkan oleh Allah swt. Amin.

    BalasPadam
  15. nama apa pun saya setuju cuma kalau boleh gambar pakai camera pun diterima.
    Saya ingin calunkan diri saya untuk jadi wartawan maya...
    haaa....haaa...

    BalasPadam
  16. sangat bersetuju, kebetulan saya ada masalah setempat yaang saya rasa akan jadi serius tapi tak tau nak buat camna.
    masalah saya, guru silat bangsa melayu jawa (warganegara tak pasti)seperti membawa ajaran songsang seperti minun air tanah, masukkan merkuri di dalam badan untuk kekuatan fizikal, guna tangkal untuk kebal dll.
    mngikut cerita silat harimau berantai.
    saya nak tegur takut juga kalu2 dia datang rumah dan kacau keluarga.
    mungkin en mazidul boleh datang bawa krew misteri nusantara dan buat kajian dan pendedahan tentang silat seperti ini.

    tq.

    BalasPadam
  17. ya saya suka! tapi kalau dah banyak response nanti, tak menang masa Mazidul nak melayannya kan...
    tak per, mari kita cuba!

    BalasPadam
  18. idea yang bernas tu abg dul..mendekatkan masyarakat dengan media maya ; )

    BalasPadam
  19. "Jika pembaca melihat atau menerima maklumat berhubung masalah dihadapi masyarakat, emelkan maklumat tepat dan telus berhubung masalah terbabit kepada saya. "

    senanglah lepas ni kalau ada je yang tak kena, boleh usulkan kepada encik mazidul :D

    BalasPadam
  20. interesting...cadangan2 lain pon menarik...

    saya suka... "Saya Lapor, Mazidul Tulis"

    BalasPadam
  21. setuju..setuju
    saya berminat nak melapor...

    spt nama yg pokli kasi

    saya lapor mazidul tulis

    BalasPadam
  22. saya sokong cadangan tu!

    ni cadangan nama blog baru: 'Bila rakan-rakan mazidul jadi wartawan.'

    heheh~

    BalasPadam
  23. menarik juga tu. saya cadangkan nama wartawan maya

    BalasPadam
  24. Haaa...baguuss...tercapai juga hasrat nak jadi wartawan....

    Insyaallah, En Mazidul...

    Nama yea...nanti jap..dapt ida nanti, bg tau..

    BalasPadam
  25. dah email 1 gambar berkenaan masalah parking..

    cadangan nama blog
    YANG BERAT SAMA DIPIKUL

    BalasPadam
  26. Sweet Darling, saya tidak menerima gambar. Hantar ke mazidulakmal@yahoo.com

    BalasPadam
  27. Salam...
    Cadangan yang amat baik. Wartawan sekarang pun kurang kualiti...tak habis kisah hiburan, lapor hal rumahtangga artis... Yakin blogger ada kreadibiliti dan ikhlas menulis...merasa pulalah jadi wartawan...ok terimakasih atas tawaran mazidul...saya akan laporkan kes tulen.

    Saya cadangkan nama : 1001 LAPORAN

    BalasPadam
  28. satu cadangan yang bernas bagi dapat lebih info

    BalasPadam
  29. cadangan yang baik. nanti apa2 gambar yang berkenaan dengan permasalahan rakyat terutamanya akan saya catch dan send to you.

    BalasPadam
  30. Salam bro,

    Bagus! mari kita sama2 mereliasasikan niat suci ini sebaik mungkin... mudah2an semua dapat manfaat darinya...

    Thanks bro... kerana memberi peluang dan ruang seumpama ini... appreciated!

    Cadangan nama: Aduan Maya Bersama Mazidul... :)

    BalasPadam
  31. sangat menarik! teruskan saya pasti sokong.

    BalasPadam
  32. sangat..sangat setuju ..terima kasih Bro sebab beri ruang kepada blogger untuk membantu mengatasi masalah setempat..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.