Khamis, Februari 03, 2011

Calling MBPJ! Calling MBPJ! Calling MBPJ! (Update Lagi!)

Dari pengamatan saya, majoriti pekerja, warga India.

Saya ke lokasi terbabit kerana disarankan rakan untuk makan malam. Pada masa sama, saya menerima aduan berhubung pengusaha premis hanya dibuka pada waktu malam itu menggunakan ruang parkir dipercayai  secara tidak sah.


Tidak cukup dengan petak parkir awam, pengusaha sama turut meletakkan meja dan kerusi di ruang hadapan Maybank Cawangan Sea Park.

Barangkali, pihak pengurusan Maybank tidak mengetahui berhubung tindakan pekerja premis di Jalan 21/17, Sea Park itu.


Manakala sinki dibina di atas longkang di belakang kedai ini juga dikhuatiri statusnya. Sejak bila Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ membenarkan sinki dibina di lokasi sebegitu?

Mungkin sebelum ini penguatkuasa MBPJ terlepas pandang, justeru saya rakamkan gambarnya untuk mereka lihat. Malah saiz gambar juga saya perbesarkan berbanding biasa.


Sebaik beredar, saya menghantar pesanan ringkas kepada pegawai aduan MBPJ namun mungkin kerana malam, tiada respon saya terima.

Sebagai wartawan, saya menjalankan tugas secara seimbang. Sekiranya penguatkuasa melaksanakan tugasan penguatkuasaan mereka, sedaya upaya saya cuba memuatkan usaha mereka di 999 untuk dikongsikan bersama penonton.

Jika melalui pengamatan saya, penguatkuasaan tidak dijalankan, saya mengambil tindakan sama.

Untuk kes ini, saya telah memohon Pengarah Penguatkuasa MBPJ, Fauzi Maarop untuk membaca tampalan ini jika beliau mempunyai waktu terluang.

Kamera Canon G9 saya mempunyai 2 bateri mampu merakam lebih 800 gambar manakala lensanya masih bersih.

Justeru andai kata tiada tindakan diambil, saya akan kembali ke lokasi dan  merakam sekaligus memuatkan lebih banyak gambar premis terbabit di blog ini.

That's my promise.

Kemas Kini


Jam 6.15 pagi tadi saya menerima pesanan ringkas dihantar pegawai Bahagian Aduan MBPJ berbunyi ...


'Tq.  Saya akan siasat ok, bye'

Kemas Kini


Pagi 6 Januari 2011, Fauzi memaklumkan saya, 4 meja dan 20 kerusi disita dari premis perniagaan terbabit.

12 ulasan:

  1. ORANG TAK MARAH KE BILA KITA TANGKAP GAMBAR MACAM NI? ATAU NAMA WARTAWAN SEBAGAI TIKET. SAJA INGIN TAHU.

    BalasPadam
  2. Blogger, kalau kita melihat kesalahan di depan mata dan yakin tindakan kita benar, perlu ke kita takut?

    Marah atau tidak, persoalan kedua.

    Kekadang, majoriti kita hanya gemar merungut dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan, itu lumrah.

    Tanpa tiket sebagai wartawan sekali pun, saya akan bertindak sama sebagai blogger.

    Sudah saya menjawab soalan awak?

    BalasPadam
  3. PERNAH BEBERAPA RAKAN BERJAYA MENANGKAP GAMBAR SALAH LAKU "ORANG BERUNIFORM" KETIKA KELUAR MEMBUAT TUGASAN YANG DIEBERI PENSYARAH. MEREKA DIDATANGI "ORANG BERUNIFORM" DAN DIMINTA MENDELETE SEGALA GAMBAR ITU.

    MUNGKIN KERANA SAYA PEREMPUAN MAKA SAYA BERASA LEBIH TAKUT. MEMBAYANGKAN BAHAWA CAMERA BAKAL DIRAMPAS ATAU DIDATANGI ORANG TERTENTU.

    MUNGKIN SAYA AKAN CUBA JADI LEBIH BERANI SELEPAS INI.

    BalasPadam
  4. Syabas, Mazidul...

    Berpaksi atas kebenaran, nescaya akan tiba kebaikkan dan keadilan.

    Yang salah, tetap salah walaupun secantik mana kelihatan.

    Yang benar tetap benar, walau sehodoh mana rupabentuknya...

    Teruskan Usaha !!

    BalasPadam
  5. Salam MAS..

    Semoga usaha ni akan diambil perhatian oleh pihak yg bertanggungjawab..

    -Rasanyer ,semoga blogger pun patut lakukan benda yg sama...tapi mungkin kita tidak dikenali seperti wartawan lain@MAS,hanya itu sebagai tatapan umum yg kadangkala boleh mengancam diri sendiri..

    BalasPadam
  6. Terima kasih saudara.


    ...


    buat anak gadis remaja, wajar kurangkan CAP lock, supaya lebih bersopan.

    Caplock sesuai untuk seruan AZAN,
    atau sesuai digunakan/pengumuman oleh Tuan rumah, atau pun pengumuman kebakaran...

    BalasPadam
  7. aduhh..tengok sayur segar sebungkus tepi longkang tu buat gwa geli.apantah lagi jika nanti ada keracunan??siapa patut di persalah kan ya??hmm...

    BalasPadam
  8. Zeq, saya bersetuju dengan komen anda, capital letter juga diguna menggambarkan teriakan atau sorakan penyokong bola sepak di stadium.

    BLOGGER, CAN YOU UNDERSTAND THAT?

    BalasPadam
  9. Blogger, saya telah membaca komen berhubung saya dan anak di tampalan terkini di blog awak.

    Indah sungguh bahasa pelajar sekarang.

    Ya! Saya terpaksa membatalkan nama awak tersenarai di dalam YM list saya kerana saya TIDAK berminat berhubung dengan mereka tidak mempunyai identiti, biar pun awak mendakwa ayah awak polis saya kenali.

    Mungkin awak menganggap diri terlalu bijak kerana berpendidikan tetapi cara penulisan sebegitu menggambarkan sikap sebenar gadis berusia 21 tahun.

    But if you want to try my patience, please carry on.

    BalasPadam
  10. Okayy saya FAHAM. MAAF. terbiasa capslock bila komen dimana-mana.

    huruf besar (kali ini) bukan tanda marah tapi sebagai menunjukkan yang saye benar benar terima teguran ini.

    sekali lagi MAAF dan TERIMA KASIH ATAS TEGURAN :)

    BalasPadam
  11. hehe..saya penat je jd remaja usia 21thn 6thn lalu tp xpenah terfikir nk menyibuk kat wall org > bertanya ala2 tak brape nk sopan gini, pulak tuh dlm masa yg sama hentam org tuh kt blog sendiri ~ Kelakar!! suka reply dr zeq zeq and mazidul also abg zul. nasihat ala2 berhemah gitu ..

    ** slalu kagum dgn org yg lbh berusia dan cerdik nih.. komen pedas ala2 berhemah gini buat sy terpikir, mana dtgnya idea2 gini..

    BalasPadam
  12. Pelik... kedai sekotor ini tapi pelanggan seramai itu. Mamak atau 'pura2 mamak' mmg selalu begitu kan situasinya? Kalau panggil Ustaz Harun Din tentu boleh nampak betapa besarnya jin atas warung. heheheh...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.