Lazimnya, sebilangan penonton rancangan berbentuk jenayah komplen.
"Apa fasal nak tutup tutup muka, nak blur kan gambar?"
Saya pernah memberikan penjelasan berhubung hal terbabit sebelum ini tetapi tidak salah jika saya terangkan sekali lagi.
Mereka diberkas pihak berkuasa, suspek bukan pesalah. Status suspek hanya akan berubah kepada pesalah setelah mahkamah menjatuhkan hukuman.
Contohnya, lelaki ditangkap kerana dituduh merogol. Dia akan dibicarakan di mahkamah terlebih dahulu. Hanya setelah hukuman dijatuhkan, gambarnya wajar didedahkan. Jika ditunjukkan lebih awal di kaca televisyen atau akhbar dan kemudian mahkamah mendapati dia tidak bersalah, suspek terbabit berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap media.
Seperkara lagi, visual terpaksa dikaburkan kerana tidak sesuai untuk ditunjukkan kepada penonton pelbagai peringkat usia.
Saya tunjukkan contohnya kepada pembaca semua.
Gambar berikut saya rakamkan pada Oktober 2008. Sedar tidak sedar, lebih 2 tahun koleksi gambar ini saya simpan di hard disk.
Gambar mayat dengan kesan luka di muka, terapung di sungai. Ketika duduk di tebing sungai ini, pelbagai persoalan bermain di minda saya.
.
.
.
Siapa dia?
.
.
.
Apakah sebenarnya berlaku sehingga dia kehilangan nyawa?
.
.
.
Adakah dia dibunuh?
.
.
.
Jika pembaca ingin melihat, apa saya saksikan pada jarak itu, terus scroll ke bawah, jika tidak berhenti! ... sila baca tampalan lain.
.
.
.
Pembaca tidak akan kerugian andai tidak melihat gambar berikutnya.
.
.
.
Percayalah.
.
.
.
Gambar mayat bogel dan kembung dengan wajah hampir hancur tidak sesuai ditunjukkan kepada semua biar pun dia dipercayai warga asing. Pembaca boleh berhenti membaca tampalan ini di sini.
.
.
.
Buat keputusan ... in 10 seconds.
1
.
.
.
2
.
.
.
3
.
.
.4
.
.
.
5
Fikir sekali lagi.
Gambar bakal pembaca saksikan di bawah mungkin akan menakutkan. Barangkali akan terbawa-bawa ke dalam mimpi.
6
.
.
.7
.
.
.
8
.
.
.
Apa pun, keputusan hak pembaca, saya sekadar memberikan pilihan.
.
.
9
.
.
10!
Oh! Ingin melihat lebih dekat lagi?
.
.
.
Pasti?
.
.
.
Jika tidak, berhenti di sini.
.
.
.
masih kabur..tapi boleh nampak sikit-sikit...ngeri!..
BalasPadamterima kasih-berkongsi.. :)
oh macam tu rupanya muka mayat dah kembung
BalasPadam=(
Terimakasih. Penjelasan yang cukup meyakinkan.
BalasPadamWpun ramai juga yang faham, masih ramai juga yang tidak jelas, kenapa suspek sering menutup muka.
Tapi saya suka juga ikuti kes ALTANTUYA dulu, suspek berdua, pakai kostum (kalu leh saya sebut kostum) yang unik. Jalan selamba, tapi muka tutup habis.!
Nak tengok juga.. tapi mata buka sikit je... :)
BalasPadamSalam.
BalasPadamHmmm .... masih ada yang tak faham kenapa sesetngah gambar perlu blur. :)
Dah bagi terang benderang .. tak pula berani nak tgk eh.
Risau2 juga bila dah clear, takut kenal pula.
tertelan air liur kejap...
BalasPadamsalam..
BalasPadambukan sebarangan orang boleh mengadap kejadian camnih..kalau saya boleh mengigau di tengah malam nih..
Memang kerja abang , kerja yang perlu keberanian. Uishhhh..kalau saya jadi wartawan macam ni...mampuih saya tak mau..entah-entah dua tiga hari tidoq tak lena...ngeri..tu..
BalasPadamBenar, Status suspek hanya sebagai tertuduh namun kesalahan belum ditentukan @di bicarakan seterusnya jatuhkan hukum bersalah.
BalasPadamJom Singgah " Ke Pahang Darul Makmur - akuanakpahang"
Jika hal-hal begini tidak jadi masalah utk dikaburkan. Mungkin ada antara penonton yang tidak sesuai utk menontonnya. Tapi satu soalan. Kenapa jika ada pendedahan terutamanya sewaktu siaran berita (takde kena mengena dgn terbitan Abg Mazidul) produk atak jenama sesuatu barang/makanan turut dikaburkan? Sedangkan tujuannya utk memberitahu penonton ttg penipuan kehalalan, ubat palsu, barang tiruan, dll. Akhirnya timbul tanda tanya dikalangan penonton produk apa tu? Yang selalu saya beli ke? Mungkin abg Mazidul boleh terangkan. :)
BalasPadamPadan muka sy, sapa suruh degil! berhenti jantung utk beberapa sec! hurm, kena puji keberanian en.mazidul nih..tiba2 kagum kt wartawan jenayah~
BalasPadamAzwan, masih lagi berkisah isu sama.
BalasPadamBarangan dirampas belum disiasat status sebenarnya dan pengusaha masih tidak diheret ke mahkamah untuk dibicarakan.
Hukuman belum dijatuhkan kepada suspek, pengeluar barangan terbabit.
takut2 berani time nak scroll down....
BalasPadamtapi saya tak slaahkan media bile kaburkan...setiaporang ada hak masing2....
walaupun ianya MAYAT.... =)
dan saya juga tak kesah kalau dikaburkan....dengan info dalam tu dah boleh bayang gambar real macam mana..
betul tu,
BalasPadamSbb penonton dari pelbagai lapisan masyarakat.. baik dari yg kanak2 hingga ke warga tua
Perkara sebegini perlu dikaburkan bagi menjaga sensiviti masyarakat.. mcm hal jenayah yg en Mazidul cakap, yg ditangkap tu belum tentu sabit kesalahannya..jadi untuk mengelakkan masalah maka dikaburkan..
Ok bang. Terima kasih atas penjelasan.
BalasPadammasyaAllah....
BalasPadamSalam sdr
BalasPadamTerimakasih kerana info...tu...takut tapi tgk jugak sikit2...
kalau berkaitan mayat2 camni (yg aib ler).. bagi saya ler.. better dikaburkan kalau nak disiarkan. sebab ianya seolah membuka aib org lain, walaupon sudah menjadi mayat.
BalasPadamSaya tak sanggup lihat..just follow this blog, ada masa jemput En. Mazidul terjah blog saya. Salam kenal.
BalasPadamterus tangkap kepala. padahal saya bukan jenis penakut.
BalasPadammujur la tengok waktu siang... kalau malam... eeii.. tak berani nak scroll sampai bawah...
BalasPadamapa pun tahniah kerana adanya orang berani macam Cik Mazidul ni berita tentang pembunuhan @ penemuan mayat dapat dipaparkan....
untung nyer menjadi wartawan..
BalasPadamkebenaran didepan mata..tanpa tapisan..thats why sy terpaksa memesong arah..ngeri...
xberani tengok. scroll laju2 terus ke ruangan komen..
BalasPadamSangat mengerikan..tidak sesuai juga untuk ibu ibu yang mengandung untuk melihatnya..
BalasPadamTengok dulu baru terfikir..
BalasPadamNama si anu bt anu
tengok juga... masih okey lagi, setuju ada masa perlu dikaburkan supaya aib org tidak terlalu didedahkan
BalasPadamhah! tengok betul2 lelama baru nampak mata dia.. ingatkan belakang kepala tadikkkkk.. apekahh??
BalasPadamok nampak dah... jenayah sekarang semakin berlaluasa pulak... nak keluar rumah pun risau pada org yang ditinggalkan kat rumah...
BalasPadamSalam Mazidul,
BalasPadamLama kita tak jumpa. Apa pun cukup menarik penemuan dan ketahuilah masalah ini tiada noktahnya. Semuanya sebab Iman umat kini senipis kulit bawang. Mudah ditiris.....
Waallahua'lam.
plik xkn ne pn nk komplen....dh btl la 2....lg2 gmbar ne dsiar kn di tv dengan golongan ponoton yg xtrbatas.....xke heteria ank2 kt umah tu kalo nmpk image yg cni bnyk implikasi ny....tp mungkin uncle ptt ltak gmbr yg tidak di blur kn dlm 1 laman khas bagi tujuan kesedaran biar belia2 d mlysia ne insaf skit....
BalasPadam