Rabu, Februari 09, 2011

Jika Penakut Abaikan Tampalan Ini (Seriously)


Lazimnya, sebilangan penonton rancangan berbentuk jenayah komplen.

"Apa fasal nak tutup tutup muka, nak blur kan gambar?"

Saya pernah memberikan penjelasan berhubung hal terbabit sebelum ini tetapi tidak salah jika saya terangkan sekali lagi.

Mereka diberkas pihak berkuasa, suspek bukan pesalah. Status suspek hanya akan berubah kepada pesalah setelah mahkamah menjatuhkan hukuman.

Contohnya, lelaki ditangkap kerana dituduh merogol. Dia akan dibicarakan di mahkamah terlebih dahulu. Hanya setelah hukuman dijatuhkan, gambarnya wajar didedahkan. Jika ditunjukkan lebih awal di kaca televisyen atau akhbar dan kemudian mahkamah mendapati dia tidak bersalah, suspek terbabit berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap media.

Seperkara lagi, visual terpaksa dikaburkan kerana tidak sesuai untuk ditunjukkan kepada penonton pelbagai peringkat usia.

Saya tunjukkan contohnya kepada pembaca semua.

Gambar berikut saya rakamkan pada Oktober 2008. Sedar tidak sedar, lebih 2 tahun koleksi gambar ini saya simpan di hard disk.


Gambar mayat dengan kesan luka di muka, terapung di sungai. Ketika duduk di tebing sungai ini, pelbagai persoalan bermain di minda saya.
.
.
.
 Siapa dia?
.
.
.
Apakah sebenarnya berlaku sehingga dia kehilangan nyawa?
.
.
.
Adakah dia dibunuh? 
.
.
.

Jika pembaca ingin melihat, apa saya saksikan pada jarak itu, terus scroll ke bawah, jika tidak berhenti! ... sila baca tampalan lain.
.
.
.
Pembaca tidak akan kerugian andai tidak melihat gambar berikutnya.
.
.

.
Percayalah.
.
.
.


Gambar mayat bogel dan kembung dengan wajah hampir hancur tidak sesuai ditunjukkan  kepada semua biar pun dia dipercayai warga asing. Pembaca boleh berhenti membaca tampalan ini di sini.
.
.
.

Buat keputusan ... in 10 seconds.

1
.
.
.
2
.
.
.
3
.
.
.4
.
.
.

5

Fikir sekali lagi.

Gambar bakal pembaca saksikan di bawah mungkin akan menakutkan. Barangkali akan terbawa-bawa ke dalam mimpi.

6
.
.
.7
.
.
.
8
.
.

.
Apa pun, keputusan hak pembaca, saya sekadar memberikan pilihan.
.
.
9
.
.
10!

 

Oh! Ingin melihat lebih dekat lagi?
.
.
.
Pasti?
.
.
.
Jika tidak, berhenti di sini.

.
.
.

Jika ingin melihat gambar lebih indah, jom libur ke Krabi.

30 ulasan:

  1. masih kabur..tapi boleh nampak sikit-sikit...ngeri!..

    terima kasih-berkongsi.. :)

    BalasPadam
  2. Terimakasih. Penjelasan yang cukup meyakinkan.

    Wpun ramai juga yang faham, masih ramai juga yang tidak jelas, kenapa suspek sering menutup muka.

    Tapi saya suka juga ikuti kes ALTANTUYA dulu, suspek berdua, pakai kostum (kalu leh saya sebut kostum) yang unik. Jalan selamba, tapi muka tutup habis.!

    BalasPadam
  3. Nak tengok juga.. tapi mata buka sikit je... :)

    BalasPadam
  4. Salam.
    Hmmm .... masih ada yang tak faham kenapa sesetngah gambar perlu blur. :)

    Dah bagi terang benderang .. tak pula berani nak tgk eh.

    Risau2 juga bila dah clear, takut kenal pula.

    BalasPadam
  5. salam..
    bukan sebarangan orang boleh mengadap kejadian camnih..kalau saya boleh mengigau di tengah malam nih..

    BalasPadam
  6. Memang kerja abang , kerja yang perlu keberanian. Uishhhh..kalau saya jadi wartawan macam ni...mampuih saya tak mau..entah-entah dua tiga hari tidoq tak lena...ngeri..tu..

    BalasPadam
  7. Benar, Status suspek hanya sebagai tertuduh namun kesalahan belum ditentukan @di bicarakan seterusnya jatuhkan hukum bersalah.
    Jom Singgah " Ke Pahang Darul Makmur - akuanakpahang"

    BalasPadam
  8. Jika hal-hal begini tidak jadi masalah utk dikaburkan. Mungkin ada antara penonton yang tidak sesuai utk menontonnya. Tapi satu soalan. Kenapa jika ada pendedahan terutamanya sewaktu siaran berita (takde kena mengena dgn terbitan Abg Mazidul) produk atak jenama sesuatu barang/makanan turut dikaburkan? Sedangkan tujuannya utk memberitahu penonton ttg penipuan kehalalan, ubat palsu, barang tiruan, dll. Akhirnya timbul tanda tanya dikalangan penonton produk apa tu? Yang selalu saya beli ke? Mungkin abg Mazidul boleh terangkan. :)

    BalasPadam
  9. Padan muka sy, sapa suruh degil! berhenti jantung utk beberapa sec! hurm, kena puji keberanian en.mazidul nih..tiba2 kagum kt wartawan jenayah~

    BalasPadam
  10. Azwan, masih lagi berkisah isu sama.

    Barangan dirampas belum disiasat status sebenarnya dan pengusaha masih tidak diheret ke mahkamah untuk dibicarakan.

    Hukuman belum dijatuhkan kepada suspek, pengeluar barangan terbabit.

    BalasPadam
  11. takut2 berani time nak scroll down....

    tapi saya tak slaahkan media bile kaburkan...setiaporang ada hak masing2....

    walaupun ianya MAYAT.... =)

    dan saya juga tak kesah kalau dikaburkan....dengan info dalam tu dah boleh bayang gambar real macam mana..

    BalasPadam
  12. betul tu,
    Sbb penonton dari pelbagai lapisan masyarakat.. baik dari yg kanak2 hingga ke warga tua
    Perkara sebegini perlu dikaburkan bagi menjaga sensiviti masyarakat.. mcm hal jenayah yg en Mazidul cakap, yg ditangkap tu belum tentu sabit kesalahannya..jadi untuk mengelakkan masalah maka dikaburkan..

    BalasPadam
  13. Salam sdr

    Terimakasih kerana info...tu...takut tapi tgk jugak sikit2...

    BalasPadam
  14. kalau berkaitan mayat2 camni (yg aib ler).. bagi saya ler.. better dikaburkan kalau nak disiarkan. sebab ianya seolah membuka aib org lain, walaupon sudah menjadi mayat.

    BalasPadam
  15. Saya tak sanggup lihat..just follow this blog, ada masa jemput En. Mazidul terjah blog saya. Salam kenal.

    BalasPadam
  16. terus tangkap kepala. padahal saya bukan jenis penakut.

    BalasPadam
  17. mujur la tengok waktu siang... kalau malam... eeii.. tak berani nak scroll sampai bawah...

    apa pun tahniah kerana adanya orang berani macam Cik Mazidul ni berita tentang pembunuhan @ penemuan mayat dapat dipaparkan....

    BalasPadam
  18. untung nyer menjadi wartawan..
    kebenaran didepan mata..tanpa tapisan..thats why sy terpaksa memesong arah..ngeri...

    BalasPadam
  19. xberani tengok. scroll laju2 terus ke ruangan komen..

    BalasPadam
  20. Sangat mengerikan..tidak sesuai juga untuk ibu ibu yang mengandung untuk melihatnya..

    BalasPadam
  21. Tengok dulu baru terfikir..
    Nama si anu bt anu

    BalasPadam
  22. tengok juga... masih okey lagi, setuju ada masa perlu dikaburkan supaya aib org tidak terlalu didedahkan

    BalasPadam
  23. hah! tengok betul2 lelama baru nampak mata dia.. ingatkan belakang kepala tadikkkkk.. apekahh??

    BalasPadam
  24. ok nampak dah... jenayah sekarang semakin berlaluasa pulak... nak keluar rumah pun risau pada org yang ditinggalkan kat rumah...

    BalasPadam
  25. Salam Mazidul,

    Lama kita tak jumpa. Apa pun cukup menarik penemuan dan ketahuilah masalah ini tiada noktahnya. Semuanya sebab Iman umat kini senipis kulit bawang. Mudah ditiris.....

    Waallahua'lam.

    BalasPadam
  26. plik xkn ne pn nk komplen....dh btl la 2....lg2 gmbar ne dsiar kn di tv dengan golongan ponoton yg xtrbatas.....xke heteria ank2 kt umah tu kalo nmpk image yg cni bnyk implikasi ny....tp mungkin uncle ptt ltak gmbr yg tidak di blur kn dlm 1 laman khas bagi tujuan kesedaran biar belia2 d mlysia ne insaf skit....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.