Sewaktu awal remaja, gadis zaman 50, 60 dan 70 an membasuh baju di parit dan anak sungai kerana ketiadaan bekalan air bersih di rumah. Pulang ke rumah berjalan kaki pada waktu hampir tengahari, mereka kemudian membantu ibu di dapur, menyediakan juadah untuk dihidangkan kepada ayah pulang bekerja di ladang.
Remaja perempuan zaman sekarang ke sekolah. Tugas membasuh pakaian dilakukan ibu menggunakan mesin basuh. Jika ibu sibuk bekerja, bagi keluarga berkemampuan, tugas terbabit diambil alih amah atau pakaian kotor dihantar ke laundry. Pulang dari sekolah, makanan tersedia di atas meja, amah masak.
"Sedap bibik masak," puji mereka.
Mencecah usia 18 tahun, majoriti menuntut di pusat pengajian tinggi, IPT. Mereka sibuk belajar, di antara 3 dan 4 tahun, tiada masa untuk memasak. Mereka makan di gerai dan restoran menggunakan wang pinjaman atau diberikan ibu bapa.
Tamat belajar di IPT, mereka bekerja dan majoriti makan di luar bersama rakan setugas.
Berusia 25 tahun, mereka mula terfikir untuk berumahtangga. Pada usia 28 tahun jika masih tidak mempunyai teman lelaki istimewa, mereka mula resah, bimbang menjalani kehidupan sebagai andartu.
Kepada gadis bernasib baik, jodoh mempertemukan mereka dengan pasangan.
Pagi, bersama keluar bekerja bersama suami. Breakfast? Kekadang ada kekadang tidak.
Tengahari? Makan di kedai.
Malam? Kepenatan bekerja sehari suntuk.
"Takkan you nak I masak, I pun penat bekerja"
... itu antara alasana biasa.
Pada hujung minggu?
"Inilah masa I nak berehat, kita makan kat luar boleh tak? I belanja," ujar mereka.
Jadi, cuba tanya majoriti gadis sekarang berusia di bawah 30 an ...
"Siapa pandai masak?"
Tengok, berapa kerat sahaja berani mengangkat tangan.
Malang lelaki zaman sekarang, terpaksa memilih di antara 2 pakej. Gadis berpelajaran dan bekerjaya atau pandai memasak.
Pakej gabungan, gadis berpelajaran, bekerjaya dan berkebolehan memasak jarang ditawarkan.
Mamak! Maggi goreng satu!
Check out blog Niezza di Findland
Malang lelaki zaman sekarang, terpaksa memilih di antara 2 pakej. Gadis berpelajaran dan bekerjaya atau pandai memasak.
Pakej gabungan, gadis berpelajaran, bekerjaya dan berkebolehan memasak jarang ditawarkan.
Mamak! Maggi goreng satu!
Nota
Check out blog Niezza di Findland
Assalam, suka baca n3 ni...betul juga tu ..setuju:)
BalasPadamNieza, kekadang biarpun pahit, jika itu kebenaran, kita terpaksa telan.
BalasPadamAssalamualaikum , Bang..alhamdulillah , isteri saya pandai masak. Sampai badan pun dah bulat. Tetapi macam abang tulis tu ada kebenaran. Anak gadis sekarang tak nak belajar masak. lagi-lagi zaman sekarang, kalau dulu pun bila mak masak , depa tak mau pi jenguk. Alih-alih dekat nak nikah kawin baru dok risau. Alhamdulillah saya dapat yang pandai masak walaupun lepasan IPT dan bekerja. Sayapun boleh masak...sikit-sikit. hahahahah
BalasPadamAnjung, tahniah dapat pakej gabungan.
BalasPadamSalam untuk isteri daripada saya.
abang ...yang ayat mamat mee goreng satu tu saya suka ... my shop sebelah kedai mamat ...memang selalu order ... sibuk bang....bukan tak pandai
BalasPadamMaggi Goreng SIAP !!
BalasPadamDulu,abg dapat yg 2nd package. Pandai memasak tapi tak berpelajaran tinggi. Sekadar pengajian menengah.
Cuma dapat merasa 7 tahun, bekas air tangan dia.
Yg bakal mendatang, juga sangat pandai memasak,(dan sedap) tambah bonus...lepasan IPT.
Ok lah tu, kan?
Zul, pengalaman membenarkan kita membuat perbandingan.
BalasPadamTetapi pada masa sama, kita tidak lupa setiap insan bergelar perempuan itu ada kelebihan mereka.
mas pun suka baca n3 ni...
BalasPadammemang banyak yg macam tu skrg...
tepuk dada tanya selera...
Alhamdulillah jika dapat pasangan yang lengkap package dan menjadi idaman
BalasPadamsetiap lelaki..
Dan saya bersyukur dapat isteri yang lepasan IPT cuma tidak bekerja..
Mula-mula awal perkahwinan.. makan saja apa yang disediakan.. dan Alhamdulillah.. sekarang selepas hampir 10 tahun.. segalanya sudah semakin bagus...
dpt pakej kedua...takpe la ekonomi keluarga tak mantap sebab sorang je gaji tinggi,tapi yg penting bini boleh tolong mak kat dapur bila balik kg.perut pun semakin membesar,makan semua sedap2,hehehe
BalasPadamsaya lepasan IPT, berkerjaya, pandai menjahit, memasak???? takat biasa2 jer, bukan taraf chef.. takat buat roti, nasi lemak, masak tempoyak ikan patin, sup, bubur pedas etc bolehlah, mostly makanan melayu n skit2 western.. tp saya rasa ler.. my hubby lebih appreciate saya tak meneruskan pembelajaran tentang memasak niii... sbb mengancam diet dia hehehe. bukan senang nak buang 20kg... maybe kalau di beri pilihan, dia hanya nak saya tahu buat salad je kut kikiki
BalasPadamheheh..Bro Mazidul saya ni kerjaya ada,masak tu ok ok lah(belum kahwin lagi)..tapi jaranglah saya jumpa perempuan tak pandai masak,rasanya ramai je yang pandai masak..kadang-kadang bukan tak nak masak tapi kalau tiap hari sampai rumah pukul 9(opis overtime n jalan jem) camne plak
BalasPadamkadang2 bukan xnak belajar masak,
BalasPadamada sesetgh tu daripada sekolah menengah duduk asrama
xsempat nak belajar
tapi nasib baik lah saya sempat
tapi bahaya juga
sbb bila lapar rajin sgt nak masak.
bdk pun makin besar
hehe
Saya rasa anak dara yg ibu bekerja lbh pandai memasak berbanding yg memiliki ibu suri rumah. Sebab ibu yang suri rumah sepnuh masa sentiasa bersdia melayan kerenah dia.
BalasPadamNorinar, sejuk hati saya membaca komen awak.
BalasPadamJika awak possible untuk di photocopy, pasti ramai lelaki akan cuba berbuat begitu.
Saya tidak mentakrifkan 'pandai memasak' itu sekadar boleh menggoreng telur, menggoreng ikan dan memasak nasi sahaja :)
Salam,
BalasPadamEh, saya pandai masak...cuma kerana kepenatan berkerja seharian di pejabat buat saya malas nak ke dapur....
Tapi hari minggu tetap saya masak buat parents sy..
Oh...memang byk perempuan tak masak,makan kat luar..tapi bukan kerana tak tahu masak..mungkin kerana kepenatan berkerja seharian...seperti saya... =)
Syima, hujah boleh diterima.
BalasPadamSekurang-kurangnya kemahiran itu ada berbanding sebilangan gadis sekarang, masak mee segera pun belum tentu sedap kerana tidak kreatif semasa menjamukan makanan terbabit.
Ikan terubuk masak asam pedas satu!
suka n3 ni..mmg ramai kat luar sana yg xde 2-2 pakej ni pun..bg diri sendiri, sy suka masak dan lepasan IPT juga..teringat masa 1st time jmp bakal mak mertua test pertama dr die ialah tumbuk sambal belacan dan disuruh msk sambal nasi lemak..kalo x tau msk mau x bergegar kepala lutut?..heheh
BalasPadamsalam semua, saya selalu masak untuk isteri saya, lepas saja amik isteri saya di sekolah..saya suruh dia pi mandi dan rehat sementara saya masak something yg simple tapi kenyang di makan..pagi2 saya ke pasar beli barang dapur apa yg patut..hari minggu saya akan cucuk satay buatan sendiri dan makan utk sekeluarga..
BalasPadambukan queen kontrol..tapi bertolak ansur..kenkadang saya letih dia selalu masak makanan kegemaran saya..time dia letih..tak salah tolong masakkan..ego sebagai lelaki saya tolak ketepi sebab saya ketengahkan tanggungjawab sebagai suami dan ayah..
tapi saya bukannya pandai masak..selalu tak jadi jugak masakan saya..tapi tak salah mencuba..
moral: ego itu bahaya untuk kita..sebab ego lah kita jatuh..
Saya mula memasak semasa saya berusia 17 tahun, lepas SPM.. masa tu mak saya kata, dia nak pencen, dia suruh saya masak. Mujurlah masa tu saya dah tau basic memasak walaupun pada masa tu memang saya menyampah kalau bab masuk dapur ni.
BalasPadamBak kata orang, tak kenal maka tak cinta, lama-lama saya jatuh cinta dengan aktiviti memasak.. sampailah sekarang. Bukan nak kata handal sangat, tapi setakat menjamu 40 - 50 tetamu tu mampulah saya masak seorang!
famous nieza sampai ke sini :)
BalasPadamchun rasa rajin dengan malas saja. segala rempah segera ada dijual, balik letak saja ikan, ayam atau daging.
tapi bila dah letih bekerja tu, memang balik nampak bantal saja. tabik spring untuk kaum ibu bekerja yang masih memasak untuk makan malam pula.
Kami kahwin awal, saya 21 isteri 20... sewaktu masih belajar di U. 1st time saya bawa balik ayam seekor dan beri pada isteri saya, dia nangis sebab tak tahu nak potong macamana...
BalasPadamAlhamdulillah setelah 21 over years kami berkahwin dan 7 orang anak... apa pun dia boleh masak...
Saya pula sekarang ialah seorang Self Trained Middle East Cuisine Chef..
Kalau nak merasa air tangan kami suami isteri jemputlah singgah ke warong kami; HMK Nasi Arab di Kg Melayu Subang...
1st. bc blog nie skali ngan mummy sbb dia minat giler mazidul
BalasPadam2nd. pas mummy kuar dr bilik, trus click 'post comment' HEHEHE. To be honest, Jue mmg x pndi msk tp rajin la gak ke dapur tgk mummy msk sbb mummy kt 'kalau nak ikat hati husband, kena la ikat dgn air tangan kiter"
^^
Hj Misai, selalunya selepas 10 tahun, jika isteri mempunyai inisiatif, pasti dia boleh melaksanakan tugas sebagai isteri dan ibu dengan lebih baik.
BalasPadamJue, terima kasih kerana mengikuti blog ini, salam untuk ibu :)
saya pandai masak walau pun habiskan masa belajar di asrama. anak2 pun terlebih memilih bab makanan..nak yg mama masak je...kebaikannya jimat belanja, keburukkannya, body abg makin besar
BalasPadamsaya pandai masak walau pun habiskan masa belajar di asrama. anak2 pun terlebih memilih bab makanan..nak yg mama masak je...kebaikannya jimat belanja, keburukkannya, body abg makin besar
BalasPadamEn.Mazidul leh x nk blagak?? saya xpandai msk..tp tahu masak! even abah dh kawin baru, tiap kali blk keje, abah akan suh sy masak! abah kata makcik masak xsedap!! and i'm below 30! hehe,menarik kalo leh bg ayat nih kt bakal mak mertua!
BalasPadamAnugerah Berlagak bagi tahun 2010, jatuh kepada Jari Pun Berkata!
BalasPadamYeah!
Puas hati?
bagi sayalah,peraturan kat asrama/kolej yang tidak membenarkan pelajar memasak adalah sangat tak adil. tapi kalau bagi masak pun mesti ramai yang opt tuk beli.mudah cepat n tak yah risau tak sedap.
BalasPadamnak yang pandai masak carik la yang grad overseas.carik pulak y grad dr tempat2 y susah nak dapat makanan halal.takat laksa,chicken chop,nasi ayam,hujung jari je kot bagi dorang ni~
sy adalah pljr ipt dan sudah berkahwin..bg sy,masak itu adalah terapi jiwa cik mazidul..kalau xmsk sehari rs xsng duduk..sbb tu sy akan pastikan peti ais sy sentiasa ade stok mentah..:)
BalasPadam