Khamis, Februari 10, 2011

Ada Komplen Fasal Lelaki?

Telinga kita acapkali disumbatkan dengan pelbagai kenyataan berhubung sikap serta perbuatan perempuan kurang menyenangkan hati lelaki.

Top of the chart, perempuan dikatakan kuat membebel.

Apa lagi?

Perempuan juga dikatakan kuat cemburu. Kadangkala tanpa fakta 'menyerang' pasangan mereka bertubi-tubi, melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas lazimya berhubung isu kecurangan.

"Tak faham, tadi you kata boleh bersiap awal, nak keluar pukul 10 malam, ini dah 10.45, tak siap siap lagi.  Seriouslyh I dah letih menunggu you ni"

'You' itu boleh diapplikasikan kepada teman wanita dan isteri.

Seperkara lagi, lelaki kerap komplen berhubung sikap perempuan mudah berubah mood.

"Why suddenly mood you swings? Apa salah I? Muka macam senggugut sebulan. Kalau malas nak masak, cakap. Kita boleh pergi makan kat luar"

Ouch!

Pembaca perempuan budiman, sangat saya hormati, usah marah. Semua komplen terbabit bukan direka sesuka hati, memang pernah saya dengari, sebilangan saya lalui.

Saya tahu ...

Majoriti perempuan juga tidak begitu perkenan dengan sikap lelaki tetapi barangkali dipendamkan begitu sahaja mungkin kerana tiada ruang dan peluang sesuai untuk diluahkan.

Ingat, isu ini, isu am bukan disasarkan kepada individu tertentu. Jika dikongsi sekaligus terbuka ruang untuk lelaki memperbetulkan sikap mahupun perbuatan mereka.

Ada komen selama ini terbuku di hati?

Tak ada?

( Apa fasal tiba-tiba subuh ini terasa panas? Panas mungkin hingga ke petang dan malam)

31 ulasan:

  1. ada satu buku, Act Like a Lady, Think Like a Man, oleh Steve Harvey. elok dibaca oleh semua. :)

    apapun, perempuan lebih banyak 'mendidik' melalui emosi. lelaki pula, tak suka memberatkan fikiran dengan perkara-perkara remeh (yang lazimnya menjadi 'berat' bagi perempuan)

    lalu, leteran seperti menjadi 'wajib' setiap hari. boleh jadi dua pihak, boleh jadi hanya sebelah pihak.

    give and take. sharing is caring. but when it comes to too much 'caring'..nyaring la bunyinya... :)

    by the way, it's my two cent thought.. :)

    BalasPadam
  2. Seiring peningkatan usia, kakcik sudah malas hendak membebel atau berleter. Segala ketidakpuasan hati selalunya kakcik pendam sendiri. Mungkin 'di suatu hari yang indah dan santai' kakcik akan terbuka hati untuk 'berkata-kata bukan membebel' bagi meluahkan apa yang dipendam selama ini...

    Suami? Jarang sekali dia memebebel. Tapi kalau sesekali terlepas, berasap juga telinga dibuatnya!

    BalasPadam
  3. saya akui memang perempuan mudah berubah2 mood..tapi saya nak tahu kenapa lelaki selalu berdiam diri dari berkongsi ketika dilanda masalah?

    BalasPadam
  4. Sebagai lelaki biarlah saya komen ttg sifat saya sendiri sebagai lelaki dan suami.
    Sebagai lelaki, ego yang tinggi sudah pasti.
    Apabila dimarahi isteri yang pastinya ada saja point untuk marah kepada isteri kembali tanpa menghiraukan perasaan dan hati si isteri.
    Kadangkala rajuk siisteri dibiarkan saja hingga hilang sendiri.
    Tak cukup dengan itu, amat susah meluangkan masa utk mendengar luahan hati isteri.
    Leteran si isteri bagaikan air dicurahkan kedaun keladi.
    Jarang membantu isteri walaupun hanya untuk mencuci seluar dalam sendiri.

    BalasPadam
  5. terkene batang hidung sendiri isu pagi ni..:)

    pompuan mmg cepat swing lah moodnye..:)

    BalasPadam
  6. Saya tak faham kenapa mesti nak menyalahkan satu sama lain.
    Daripada asik nak tunding jari ke pasangan, apa kata cuba belajar kenal diri sendiri dan kenal pasangan betul2.
    Setiap orang memang ada sikap masing2.

    escaped kat atas tu bagi cadangan baca buku Steve Harvey.

    Saya nak tambah lagi 1 buku "Men are from Mars, Women are from Venus" by John Gray.

    Belajar mengenal diri dan pasangan dulu, then baru boleh hargai masing2.
    Asik nak menyalahkan pasangan adalah tindakan yg kuno.

    BalasPadam
  7. Perang gender pulak rasanya kalo sy komen, sbb pastinya komen sy terarah pd pmpuan ~ nk kongsi skit isu "swing mood" tuh..

    Smlm waktu bsembg dgn tunang, dia utarakn nk blk kg. sy tnye knapa? jwbnye nk tgk mak.. hurm, mood sy dh tergolek2 dh..putar 360', tiba2 time bsembang buka pula isu kelab moay thai cwngan mana ntah nk buat pertandingan kt kg dia pd tarikh dia blk kg.. mestilah sy ngamuk, sdang sy bebel, tunang letak tel hantar sms "goodnight" kononnye tak nak gado, tp laki2 ni sedar tak letak tel time org tgh bckp tu xsopan, sms yg kononnye tindakan selamat tuh leh wat pmpuan2 nih menghamburkn laharnya? Salah perempuan ke tu? Sy lbh menganggap slh lelaki kerana tindakan/pendekatan yg mereka ambil tu kdg2 mcm menyimbah minyak tanah ke dlm api. Wallahualam..

    BalasPadam
  8. bercakap pasal pempuan moody ni..boss i pun moody gak..tapi alahai dia ni lelaki lah sangat...tersangat lelakinya... so moody ni tak semestinya tentang pempuan bila nak datang bulan ajer.. lelakipun ada masa datang bulan... lagi dahsyatnya bulannya... hehehehe..

    BalasPadam
  9. Boss

    cara lelaki dan wanita handling perasaan mereka amat berlainan. Leteran aka bercakap merupakan satu cara terapi yang sangat baik untuk release the tense inside them, and men need to reserve some place in heart and ears, to listen to it dgn penuh sabar. Dan lelaki ada cara mereka sendiri untuk release theirs, such as a cave to be alone or hang out with friends. The best thing is, try to understand each other, and give space when needed.

    chill*

    BalasPadam
  10. perempuan dan membebel memang tak dapat dipisahkan .... serasi bersama

    BalasPadam
  11. kunci utamanya dalam bentuk hubungan mendengar. ada masa lelaki perlu mendengar, dan banyak lagi masa untuk perempuan lebih mendengar. mendengar pun kena aktif, bukan pasif...

    BalasPadam
  12. setuju wif nazz@purple..lelaki terlalu simple sbb itulah kite sakit ati, seperti pengakuan azwan dengkil. Bila kita mula meluahkan apa yg trpendam dikatakan membebel tp maksud kita adalah untuk meluahkan dan ingin mengetahui apa yg terbuku di hati mereka tapi mereka buat endah tak endah aje..nak kate salah cara, rasenya kita dah cari part dan time yg sesuai dah tapi still tak berkesan...bila lama-lama macam tuh akhirnya kite memendam rase ajelah sengsorang macam kakcik katakan...tp yg sesekali bernas yang mereka keluarkan tuh kadang2 menyakitkan telinga juga, kenapa selama ni tak cakap? pastu mulalah lagi babak2 nak berbahas ngan dia tp dia buat diam plak..adohehhhh..sukar!!! bertahan dengan sabar jelah...

    BalasPadam
  13. Biasalah tu..perempuan memang dah azali macam tu..tapi jangan lah berlebih-lebih sampai telinga bernanah. Diam bukan beerti tak ambil tahu...ishhhh...susah-susah..ada wanita susah...tak ada pun susah juga...

    BalasPadam
  14. Sama lah - kita pun pernah alami kes2 macam tu, Saudara Mazidul.
    Selagi kita hidup berpasangan memang itulah asam-garam kehidupan perlu ada sikap sabar dan tolak ansur.
    Cuma kaum perempuan diharap agar jangan terlalu ikutkan hati / perasaan dan kaum lelaki diharap jangan suka ikutkan rasa / nafsu.
    Insyaallah, jika semua rumahtangga jadi bahagia, dunia pun akan aman tenteram...ha ha ha...
    Sekadar cadangan, jangan ada yang berasa hati pulak ya?

    BalasPadam
  15. Saya mempunyai pendapat yang sama...sangat2 setuju. Lelaki adalah makhluk yang "simple" dan tak suka ambil berat perkara yang ringan dan remeh temeh..tak seperti perempuan. Tapi saya "admire" kebolehan perempuan untuk membesarkan perkara yang remeh temeh. Apa-apapun saya sayang perempuan..:)

    BalasPadam
  16. Slam Hormat...
    Bertolak ansur la sesama kita...xkira laki ke pompuan,ikt kesesuaian keadaan. Mengalah bkn beerti klh...Peace no War...Salam...

    BalasPadam
  17. aku secara peribadi pernah berkata pada bini aku ... sikap awak membuatkan saya semakin malas nak berborak dengan awak .... end. Dan benar .. aku memang jarang berborak mesra dengannya ...

    kesimpulannya : ada baik dan buruk, dan adat sebuah perkahwinan sesuatu harus "dikorbankan" untuk kepentingan bersama ....

    bagi aku ... ia hanyalah sifat manusia, tak mungkin smua boleh sama .. jika sama sure akan terasa bosan, ada baiknya kalau kekadang kita "bergaduh" ... biar keserasian itu datang .. tetapi kalau "bergaduh" pasal benda lain entah laaa ......

    BalasPadam
  18. salam.

    kalau la boleh saya nak sangat-sangat lelaki ni tolong la share their problems, feelings or thoughts. kite kaum pompuan ni bukannya kashaf yang boleh baca-baca fikiran lelaki. ingat kalau berdiam diri perkara akan setel ke?

    BalasPadam
  19. Lelaki Ego tetap salahkan wanita, qah qah.qah.

    BalasPadam
  20. reply kpd khairul abdullah,
    sy sokong pendangan anda..haha..kebolehan kami bersebab tp satu perkara perlu ingat teknik tersebut tk sama bagi pompuan, ada yg analisa dulu & ada yg terus buat sesi soal-jwb. Disebabkan lelaki trlalu simplelah maka dia akan diam, xmo bg feedback, akhirnya situasi reda dgn sndiri...apa2 pom sy jg syg lelaki kerana lelaki itu datuk, ayah, adik2 & suami sy.

    BalasPadam
  21. eh..ni org pompuan yg kena, tapi org lelaki yg panas ni.
    haaa..tu psl byk dosa kot.kuikuikui

    BalasPadam
  22. setiap orang baik lelaki atau perempuan, ada kekurangan dan kelemahan sendiri... sebagai suami isteri terimalah seadanya

    BalasPadam
  23. hehe....jgn cri pasal dgn pmpuan....kalo ada apa2 yg xpuas hati cri cra untuk luahkn rasa tidak puas ati tu dgn lmbut.....pmpuan ne cm lmbut hati ny msti dpt trima tguran la wlaupn mlut ny agak2 dot dot dot...hek3

    BalasPadam
  24. kalau panas, bersentuhan sikit pun kena tolak...

    BalasPadam
  25. Berleter tu salah satu terapi yg bagus utk org pempuan..mcm saya...sbb tak leh simpan2 emosi dalam2..nanti makan dalam lagi susah..kadang2 membebel tu nak menyampai kan maksud yg tak sampai....I never membebel to hsband..but MUST to anak2..sbb kalau tak membebel dorang ingat semuanya OK jerk..hasil bebelan..disiplin dorang not bad..hahahhaa

    BalasPadam
  26. Bro. Dol, aku ada komplen, kenapa bila aku call bro tak jawab? itulah komplen saya setakat ini, untuk insan specis lelaki. ( Peristiwa itu berlaku kira kira 5 tahun dahulu)
    Koh koh koh - keh keh keh!

    BalasPadam
  27. Salam Bro,

    Ingin berkongsi sedikit tips. Tips berikut adalah utk lelaki (yg memerlukan solution, bukan utk mereka yg sesaje "meluahkan" perasaan / mencari "perhatian")(eg: gender lain)

    Sekiranya anda dihujani perkataan (leteran/request/hikayat/gossip/etc.) nyatakan padanya..

    "Opps.. sorry memory dah full. Pls email/write on paper.. in point form with proper/clear explanation. Later2 sket nanti I check."

    Motif..

    1. Memberi peluang/masa kpd penyampai berfikir sebelum menyampaikan sesuatu.

    2. Memberi peluang kepada penyampai utk berfikir ttg priority sesuatu maklumat/permasalahan.

    3. Memberi peluang/masa kpd penyampai utk bertenang.

    4. Memberi peluang/masa kpd penerima utk bersedia.

    Hasil.. most of the time, zero sumbmission atau dibalas dgn ayat..
    "Dah laa.. letih! Malas/Malas nak fikir!" (menandakan perkara itu x de la important pun).

    Make sure komunikasi itu berakhir dipihak anda (lelaki) dgn kata penutup..
    "Hmm.. x per la.. rest.. jgn pikir2 lagi. I sangat2 concern pasal U." (Pastu.. lariiikk.. teruskan kerja yg lebih berfaedah)

    Latih diri utk autoreply dgn perkataan ringkas yg general sprt "Thinking..", "Processing..", "Oh dear..", "Hey.. luv u!", "Jap.. jap.. Jem!", "On the way.. on the way", "Ops! polis! polis!" (call ended). etc..

    Sekian. Selamat mencuba. :)

    BalasPadam
  28. Dulu, masa muda muda, baru kawin, selalu gak luahkan apa yg terbuku, skit skit, luah, skit skit, luah...skarang, dah malas....heh he..da masak ngan perangai memasing kut....selagi tak menyakitkan hati ke tahap gaban, bionye ler...suami pun macam tu,tapi still romantisss...ha ha ha...

    BalasPadam
  29. Kekaang perangai lelaki dan perempuan tidak kita gemari itu mencorakkan colors of life.

    Think about it.

    BalasPadam
  30. saya suka style mat saleh yang sentiasa berterus terang dari membuku perasaan dan marah.

    BalasPadam
  31. Komen abg untuk kedua-dua gender :

    Bersyukurlah sementara ada isteri, suami, tunang, teman wanita, teman lelaki atau apa2 yg digelar seumpamanya.

    Kalau dah tinggal sensorang macam abg ni, haa...baru padan muka.

    p/s kadang2, rindu nak dengar leteran seorang isteri...isk !

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.