Isnin, Februari 28, 2011

Kencing Serentak (UPDATED Tindakan KPDNKK Miri)

 "Di mana nak beli ikan terubuk masin?"

Jika itu soalan ditanya kepada penduduk Miri, Sarawak, pastinya jawaban pembaca terima ...

E Mart di Permyjaya.


Lihat gambar berikut.


Murah, ikan terubuk bersaiz besar dijual dengan harga RM15 seekor manakala ikan kecil, 3 ekor RM10.

Bagaimanapun, ada barangan lain dijual jauh lebih murah  berbanding ikan terubuk di dalam pusat membeli-belah sama.

Lihat gambar saya rakamkan.


Melalui pengalaman, cakera optik sebegini bukan sahaja dijual di Miri malah di pelbagai lokasi lain di seluruh negara. Bezanya, di E Mart, bahan terbabit dipamerkan sehingga di  luar kedai.

Wow! Hebat!

10 tahun terbabit membikin liputan 999 di seluruh negara, belum pernah saya terlihat tindakan pengusaha seberani ini. Masakan tiada pihak berkuasa di Miri menyedari tindakan berani mati peniaga terbabit sekaligus mencabar kewibawaan dan kredibiliti pihak berkuasa.

Kira-kira 30 minit, saya membuat tinjauan di 3 premis memasarkan bahan terbabit. Saya yakin tiada pihak menghidu kehadiran saya, lagipun tujuan asal ke lokasi itu hanya untuk membeli ikan terubuk masin sahaja.



Jika 5 DVD dijual dengan harga RM20, tidak mungkin cakera optik dipasarkan secara terbuka terbabit asli.

Lebih menarik, pekerja di 2  premis memasarkan bahan sama pantas menutup premis mereka sebaik mengetahui kehadiran saya.

"Apa fasal tutup kedai?," soal saya.

"Mahu pergi kencing," balas remaja di bawah.


Remaja ini juga memberikan jawaban sama.

"Mahu pergi kencing"

Barangkali pengguna tandas di pusat membeli-belah itu tidak dikenakan bayaran 20 sen justeru tidak hairan andai ramai pekerja premis menjual cakera optik cetak rompak terbabit berebut-rebut ingin kencing bersama.


Contoh jelas biarpun aneh, 2 pekerja premis menjual cakera optik saya temui, kencing serentak.

Lebih 20 minit saya menunggu, 2 kedai terbabit masih ditutup. Lamanya mereka kencing, mungkin tandas sedang dibersihkan lalu mereka terpaksa kencing di lokasi jauh dari pusat membeli-belah tersohor itu.

Sewaktu saya melangkah keluar, terfikir ...

Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,  KPDNKK, ada ke di Miri?

Lalu saya menggunakan khidmat Google, jawabannya saya termui.

Nombor  telefon pejabat KPDNKK Cawangan Miri, 085-412862 atau 085-442700.

Jika pembaca ingin membantu saya, tolong hubungi nombor terbabit sebelum jam 12 tengahari, maklumkan kepada kakitangan mengangkat panggilan, berita ini dipaparkan di blog saya dan beri tahu, saya akan menghubungi pejabat sama tepat pada jam 12 tengahari.

Bak kata pepatah Inggeris, the more (calls), the merrier.

Jika pembaca sudah membuat panggilan itu, tolong tinggalkan komen di tampalan ini. 

From the bottom of my heart,
terima kasih semua sahabat  maya sudi menghulurkan bantuan kepada saya untuk membuka mata pihak penguatkuasa terbabit.

Bersama kita bakal melihat sejauhmanakah usaha bersepadu kita sebagai bloggers mampu membanteras kegiatan kelompok secara terang-terangan melanggar undang-undang di depan mata.

Kemaskini

KPDNKK Miri melaporkan pada jam 3.30 petang tadi pasukan  11 penguatkuasa merampas 6,341 unit VCD dan DVD pelbagai tajuk filem dengan nilai RM37,482 di E Mart.

Terima kasih kepada pihak KPDNKK Miri kerana melaksanakan tindakan pantas.


Penghargaan juga kepada semua bloggers sudi memaklumkan kes kepada KPDNKK Miri.

48 ulasan:

  1. Geli hati la pulak...mesti dalam hati diorang cakap...-Haiyaa..ini olang datang aaaa...'ong' suda lari maaa...-

    kalau sebulan En. Mazidul kat situ, sah sah muflis premis tu...

    *padan muka dia..* tau takuttt...

    BalasPadam
  2. mahu pergi kencing? atau nak kencing orang. keh3

    BalasPadam
  3. mmg tidak dnafikan, mmg ada pihak bkuasa mjalankan tugas.. tapi dipendekkan cerita, tidak semua DVD or VCD yg dicetak rompak tbabit akan dirampas, hanya sebilangan sahaja. dan juga, boleh dikatakan pekerja/kakitangan pihak yg bkenaan akan dtg ke kedai yg telah dserbu tadi, 1mggu @ 2 mggu kemudian utk mendapatkan DVD percuma.. pernah blaku di miri.. tapi tidak semua tmpt..:)

    BalasPadam
  4. Boleh cuba pergi ke Sarikei, Sarawak. Jualan CD/DVD berlambak. Dijual secara terbuka di lot kedai. Jika berkesempatan, berkunjunglah ke Sarikei, Sarawak untuk membuat liputan DVD cetak rompak...

    Selain itu, liputan kakitangan awam yang semakin berleluasa minum jam 10-jam 11 pagi di Sarikei Sarawak juga boleh dijadikan bahan untuk berita. Khususnya yang mengunjungi kedai kopi untuk minum sehingga lupa tanggungjawap bekerja di pejabat.

    Dari
    http://bajetwang.blogspot.com/
    Bersama membanteras cetak rompak.

    BalasPadam
  5. abg mazidul.. bagus la alasan diorang.. sgt relevan.. haha.. macam2 karenah peniaga nie ye..

    BalasPadam
  6. pelik tapi benar

    eh

    benar tapi musykil...

    tau pulak takut. kat kwsn bkt beruang, melaka ni pun ade. siang buka, mlm pun buka lagi selamba.

    BalasPadam
  7. Wah sedapnye turubuk masin tu... kirim bleh ke bang Mazidul..? :)

    Banyaknya CD, kedai pun besar. Jika mereka berani jual secara terbuka mcm tu, rasanya tiada penguatkuasaan lah.

    BalasPadam
  8. salam saudara...bukan tmn permai...tp permyjaya...kira kawasan bandar baru...lg satu, psl vcd cetak rompak nie mmg berleluasa di kawasan miri. bukan hanya di e-mart ini sahaja tetapi di dalam pasar raya besar pon dijual secara terbuka...harap dpt dibuka skali supaya yg berwajib ambil tindakan...terima kasih...

    BalasPadam
  9. inilah heaven nya hidup di tanah sarawak. parabola atas bumbung rumah tak ada siapa pun kesah. tak payah pakai astro. channel china pun boleh layan.

    BalasPadam
  10. wah bukan dijual dalam kedai, penuh di luar kedai...

    BalasPadam
  11. Penguatkuasa tu ada tadi...

    Dia pun pergi 'kencing' jugak agaknya.

    BalasPadam
  12. Zach, terima kasih atas pembetulan lokasi.

    BalasPadam
  13. saya difahamkan disana polis2 byk "dibayar" sbb tu dorg x kacau premis2 mcm ni. Sy pernah tanya sorg tauke premis ni kat miri dan dia beritahu kitorg tak perlu takut kalau nak beli cd cetak rompak sbb pols xkan kacau punya la. secara jujurnya dia kata dia ada bayar itu polis...hmmm

    BalasPadam
  14. Salam hormat;

    0830hrs Abang buat panggilan ke pejabat KPDNKK Cawangan Miri.
    Guna nombor 085-412862.
    Panggilan dijawab oleh Encik Matthew.

    Malangnya dia tak dapat access ke blog Mazidul. Katanya internet di pejabat itu akan blocked kalau nak baca blog.

    Abg dah inform yg Mazidul akan call kesana jam 1200hrs nanti.

    Itu saja.

    Good hunting!

    BalasPadam
  15. selagi ada permintaan dan pelanggan, selagi tu la berleluasanya aktiviti ni...

    tapi kalau penguatkuasa tak bertegas, lagi la menjadi-jadi diorang ni nanti...

    BalasPadam
  16. Nampak nya peniaga DVD haram tu cuma takut kepada Mazidul Akmal dan tidak langsung takut kepada pegawai KPDNKK Cawangan Miri, khasnya atau staff2 diorang itu tak buat kerja-kerja pemantauan kah?.

    Ini membuktikan betapa kuatnya aura yang dibawa oleh Mazidul. Saya bukannya bergurau, ini adalah kenyataan. Syabas Encik Mazidul! Sepatutnya anda dilantik sebagai ketua dalam KPDNKK.....Maju negara.

    BalasPadam
  17. En.mazidul di amcorp mall,pj pun ada 1 kedai yg mencurigakan..kedai tu kat ground floor, selang 2-3 kiri entrance, dvd yg dijual murah RM7!! saya suka je benda murah! tp kalau nak beli kena tunggu within 10minit. Rupanya dvd yg kita ambil tu cover je.. lps 10min br dvd smpi dlm plastik dan diagih agihkn..

    kwn sy kata,dolu ada bilik .. kwn sy cerita len chai tu pelawa suami dia masuk bilik tu sbb dlm tu ada dvd utk org lelaki.bila masuk br tau mksud 'dvd utk laki' tu apa tp minggu lps bilik tu dh jd tempat mkn mereka. cerita kwn sy lg, kedai tu kebal.tp saya tak faham apa maksud kebal tu..

    ** boleh ke saya reveal cm ni?

    BalasPadam
  18. Abang Zul, terima kasih.

    Saya amat menghargainya. Kita tengok berapa ramai antara bloggers benar-benar mempunyai inisiatif untuk bersama mendesak supaya kegiatan terbabit diberhentikan.

    Thanks again.

    BalasPadam
  19. Jam 10.30 pg, saya sdh menghubungi talian (085) 412-862 bercakap dgn En. Matthew, KPDNKK Cawangan Miri, Sarawak.

    Jawapan ke atas aduan & tiap persoalan saya dijawab dengan penuh hemah oleh beliau spt berikut :-
    (1) Tangkapan pernah dibuat yg terakhir pd tahun lepas – malah Cawangan Miri merupakan pemegang rekod tangkapan paling besar.

    (2) Tangkapan sudah, Kompaun RM1,000.00 – RM5,000.00 pun sudah, tetapi nak buat macamana mereka masih buka premis juga. Tidak takut kepada undang-undang.

    (3) Kami tdk tahu samada keberanian mereka kerana didalangi oleh ‘cable’ atau tidak. Kalau kami tahu siapa ‘cable’, mudahlah, maka kami akan tangkap ‘cable’.

    (4) Selain drp pihak KPDNKK, pihak Polis & KDN (di bawah akta Penapisan filem) sebenarnya turut mempunyai kuasa menangkap.

    Saya sdh maklumkan En. Mazidul akan membuat panggilan ke pejabat beliau pd jam 12 tgh.

    Saya membuat aduan bkn kerana ingin menabur pasir ke periuk nasi peniaga tersebut, ttp sbg tanda sayang kepada masyarakat .

    “Berkata benarlah walaupun pahit”

    BalasPadam
  20. Salam, saya sokong pendedahan yang dilakukan oleh saudara Mazidul. Teruskan usaha anda. Kadang-kadang pihak berkuasa ni, tunggu orang macam saudara untuk buat pendedahan baru nak buat kerja. Saya pernah buat komplen di PPDNKK Miri, jawapan mereka ialah, sebelum buat operasi, kena tunggu arahan dari pihak atasan. maksudnya diorang tak boleh serbu macam tu je kedai2 vcd ni. Sebab tu, kedai2 mcm ni berlambak kat Miri. Bukan di Miri je, kat tempat lain pun lagi hebat. Kalau berani, buat pendedahan kedai2 vcd macam ni di Bandar Sibu.

    BalasPadam
  21. Salam...
    Jam 10.00a.m saya call no 085412862 line engg.. saya terus dail 085442700 bcakap dgn en Ramli...saya pun aduan, sampai habis saya crita dia kata dia bahagian 'jaga', dia suruh bagi no tel... sama no pertama yg mazidul bagi.

    saya call...line masih engg...agaknya ramai blogger buat aduan..saya terus dail...tak dapat saya pun masaklah...

    penangan kes ni...nasi akak hangit!

    jam 11.12 call lagi..alhamdullilah dapat...yg jawab tu mungkin cantik orangnya, namanya D Laila. Saya pun buat aduan & minta diambil tindakan...D Laila jadi pendengar yg baik dan mengucapkan tkasih atas aduan saya...tk D Laila.

    uhhh...terasa dah bekerja dengan mazidul lah pulak...apa-apa sama-sama kita ambil btanggungjawab, ikut mana yg mampu.

    tkasih mazidul bagi saya trlibat untuk kebaikkan.

    BalasPadam
  22. saya phone depa jam 1157. no pertama talian sibuk. talian kedua, dijawab oleh seorang lelaki. agak tergagap. sibuk tanya nama sapa dan nak cakap dengan sapa? saya tak tau nak cakap dengan sapa, so saya cakap kat dia saje. harap follow up en mazidul lebih ump

    BalasPadam
  23. hahaha..sy ada jmpa abg kat mega mall time tu..

    BalasPadam
  24. encik mazidul, saya baca entri ni pukul 2.37 petang. sudah pergi ke sana kah?

    BalasPadam
  25. oooo...abg dul kat Miri rupa nye..patut la tak dapat datang majlis kat rumah Kakcik Seroja ye..

    BalasPadam
  26. Saya dimaklumkan satu pasukan penguatkuasa telah dihantar ke e mart. Pegawai KPDNKK, Dominic Joseph memaklumkan saya jam 3.30 petang tadi.

    BalasPadam
  27. Saya dimaklumkan satu pasukan penguatkuasa telah dihantar ke e mart. Pegawai KPDNKK, Dominic Joseph memaklumkan saya jam 3.30 petang tadi.

    BalasPadam
  28. sama2 saudara...saya ada di miri juga sbnrnya...slalu lepak di kedai mkn yg saudara mkn pd mlm sabtu lps...saudara sampai jam 9 mlm, saya plak slalu muncul jam 10 ke atas...kes cd dan lain2 kes bersabit kpdnkk da dimajukan byk kali ke cawangan miri,pd masa tersebut en. Jubin adalah Penolong Pengarah x silap(jika ada lg lh) masih lagi x berkurangan. Hampir tiap2 hari operasi CD cetak rompak nie dan dijalankan oleh En. matthew, tp mcm x bergerak...klu betul ada operasi, knape kt shopping complex secara terang dijual? harap saudara selongkar, sbb bila orang awam di sini berkata, ibarat mencurah air di daun keladi.

    BalasPadam
  29. ermm...nk tanya pada org MIRI...kat sana ada panggung wayang tak??

    BalasPadam
  30. Salam bang mazidul.. first time komen ni.. :) saya suka tajuk entry ni.. kencing serentak.. jawapan kencing tu pun dah memang kencing (tipu)

    BalasPadam
  31. hahahah

    power sungguh...

    dengan 1 panggilan....

    BalasPadam
  32. Diorang kencing secara berjemaah tu...hehehhe.....

    BalasPadam
  33. En. Mazidul, mohon beri laluan utk saya sampaikan 'sesuatu' drp hati saya yg paling dalam kpd Saudara Ibnu Marzuki Al Firdaus ya, Terima kasih.

    Wahai Ibnu Marzuki Al Firdaussssss... (sila baca dgn enam harakat),

    Assalamualaikum Dik,
    Semoga Adik terutamanya Ibu & Bapa adik sejahtera & ceria selalu.

    Terima kasih kerana mempopularkan e-mail address K. Liza.

    Utk pengetahuan Adik,
    K. Liza hari-haripun kencing,
    K. Liza tak kencing merata-rata,
    K. Liza tak pernah dikencingkan oleh sesiapa mahupun ketika kedua-dua anak K. Liza msh bayi dahulu,
    K. Liza selagi waras tdk akan kencing di halaman rumah sendiri/halaman rumah orang/mahupun di laman Blog orang.

    Allah menjadikan kita manusia dgn sebaik-baik kejadian - Tdk ada tolok bandingnya jika mahu dibandingkan dgn makhluk yg lain. Kerana apa Dik?
    Kerana kita dianugerahkan-Nya OTAK.
    Moh kita guna OTAK kita sebaik-baiknya.
    Manipulasikan OTAK kita semaksimum yg mungkin - Allah S.W.T. tdk akan marah. TETAPI jgn memanipulasikan OTAK kita ke arah kebejatan & menghalalkan kebathilan demi menghalalkan cara. You got me?

    Dik, adalah lebih baik diam drp berkata-kata yg mengguris perasaan Insan lain - Gunakan perkataan-perkataan yg sesuai di tempatnya. Hargailah bahasa kerana bahasa itu jiwa bangsa.

    Ingat pesan Allah S.W.T. Sebaik-baik manusia adalah yg tahu berHablumminAllah dan berHablumminanas.

    Adik Ibnu Marzuki Al Firdaus,
    K. Liza tak pernah menjengah laman Blog Adik dan K.Liza pun tdk mahu Adik menjengah & meninggalkan jejak LAGI di laman Blog K. Liza - Kalau nak Order apa-apa yg K. Liza jual tu telefon je K. Liza ok Dik.

    Kalau tdk, jika sudi mari kita bersemuka, boleh borak-borak santai sambil makan Buah Kurma, minum Teh Bermadu dan sebelum balik K. Liza akan bekalkan dengan Sambal Tumis Ikan Bilis - kalau msh ada stok lah ya, InsyaAllah.

    Sekian,
    Drp Saudaramu, Pn. Liza Mahmood

    BalasPadam
  34. Salam...
    Mohon diberi laluan untuk mencelah pada komentar Pn Liza..
    Aduhai...tkasih atas bicara tanpa suara tu...

    Semalam adik tu melawat blog saya dan meninggalkan tulisan bukan air k......, tapi saya cemas juga sebab ayatnya tak ada dalam pembendaharan kata kehidupan saya.

    Hari ni dia pos pulak email saya pada Tuan Mazidul.. takpe, saya tak marah.

    Adik Marzuki,
    Akak dah kata Tuan Mazidul Pasti akan siarkan komentar kalau tulisan berhemah...
    Nah..hari ni dah keluarpun...(tapi ayat... boleh diperbaiki)

    Jadinya sama-sama kita menulis untuk memberi manfaat...namun berhati-hatilah atas penggunaan ayat..

    Tkasih Tuan Mazidul.

    BalasPadam
  35. apa kena dengan saudara ibnu marzuki al-firdaus ni...nama yang sangat islamic tetapi bertentangan dangan perlakuan...semoga Allah SWT akan mengampuni dan memberkati dirimu bro...

    Syabas bro mazidul...
    harapnya KPDNKK dapat disedarkan dari tidurnya yang panjang...

    BalasPadam
  36. Sepatutnya bukan tokeh kedai saja kena saman jual CD cetak rompak tuan punya premis yang bagi sewa tu patut diheret ke mahkamah,termasuk juga mana premis yang jual benda atau perkhidmatan yang menyalahi undang-undang.

    BalasPadam
  37. ibnu marzuki tu buat onar pulak kat blog ni. argh!!!


    http://gambors.blogspot.com/2011/03/80-memori.html

    BalasPadam
  38. Eemmm dia banyak kali juga 'mengamuk ' di blog saya...malas layan orang tak sekolah ni...saya delete jer...

    ari ni pun ada lagi...

    BalasPadam
  39. .eehmm nasib baik dia tak jawab
    " saya nak kencing, SO WHAT?

    (bunyi macam samseng heee)

    BalasPadam
  40. Yang pertama;
    Terima kasih kembali, Mazidul kerana bagi peluang untuk sama-sama menghulurkan sumbangan pada usaha murni itu.

    Yang kedua;
    Anak Marzuki tu, memang dah macam orang hilang akal.
    Rasanya dia dok target blog yang pernah komen dlm entry 'Dia Terus Meracau' dan 'Attention seekers'.

    Blog cinonet abg pun dia serbu jugak.
    Komen yg ditujukan pada Mazidul tapi diletakkan dlm kotak komen entry kita.
    Pembaca tentu tertanya2 kenapa komen dia langsung tak bersangkut paut dengan entry.
    Abg tak delete.
    Biarkan disitu sebagai bukti bila keadaan memerlukan.

    BalasPadam
  41. kepada penari laut....

    miri ada panggung wayang...cuma sebilangan org yg suka 'main wayang' dengan masyarakat...dalam-dalam lg x mau komen, biar MACC buat keja dia...

    BalasPadam
  42. Salam 1 Malaysia saudara Mazidul.. Mmg benar akan pendedahan saudara itu namun saya kurang sokong pendedahan yang hanya tertumpu di Miri sahaja. Saya sbg warga Miri seakan terhina sedangkan di Kota Kinabalu, Sabah & juga Semenanjung pun sama juga keadaannya. Adakah saudara ini seorang yang berat sebelah??? Ataupun saudara sudah tidak berani dgn gangster2 di Sabah & Semenanjung dan ingin menunjukkan belang saudara di Sarawak??? Kalau nak buat pendedahan biarlah seluruh Malaysia. Dan yg membaca blog ini, kalau tiada permintaan, tiada penjualan. Malah, jika pengusaha filem dan drama tidak mementingkan untung sahaja, nak jadi artis demand, tak payah buat filem. Penonton akan tengok VCD & DVD hanya paling maksimapun 4 kali, lepas tu buang. Klu dh 1 DVD sampai RM49.90 pun, nenek saya pun nak jadi pengusaha filem. Rakyat takkan membazir duit. Ini semua berpunca dari sumber, iaitu "PENGUSAHA/PENGGIAT FILEM/DRAMA MALAYSIA". Klu murah, dh tentu org akan beli. Akhir sekali, nak pendedahan biarlah ADIL. Saya rasa klu Mazidul seorang wartawan yg ikhlas, blog saya ini akan dipaparkan. Salam 1 Malaysia (sambil tangan kanan melambai2)...

    BalasPadam
  43. Alan, tolonglah janghan melalut. Saya telah membuat liputan di pelbagai lokasi di negara ini. Tidak timbul isu berat sebelah berhubung soal ini.

    Ingat, saya TIDAK membuat liputan terbabit untuk program televisyen, it was my effort as a blogger, faham ke?

    Tidak perlu menjadi emosioal secara tidak tentu fasal.

    Beginiah, sebagai blogger, saya buat apa termampu. Apa pula tindakan saudara?

    Usah melatah!

    BalasPadam
  44. alan,nampaknya anda tidak pernah melihat 999 barangkali...kalau pernah, soalan saya untuk anda... adakah di semenanjung seperti di miri? terbuka seperti tiada penguatkuasa yang lain selain PDRM? jgn harap pada PDRM sahaja bila melibatkan pembenterasan seperti ini...sbg blogger, saudara mazidul cuma membantu sekadar yang termampu...jgn melompat mcm cacing kepanasan tidak tentu hala...

    jika nenek anda mau jd pengusaha filem, silakan...itu hak nenek anda...tp knape x jual pil syabu atu ice? permintaan sentiasa tinggi walaupun pelbagai pembenterasan dilakukan...harga pon bleh tahan melambung juga...

    akhir sekali, adakah anda bersikap adil kepada wartawan yang telah menggadai nyawa untuk memastikan pembenterasan berjaya dilakukan? waima sesiapa wartawan tersebut? bukan mau bodek, mmg saudara mazidul seorang yang ikhlas...saya juga ikhlas memberikan pendapat...disiar atau tidak komen saya, x perlulh saya nak minta...jd saya akhiri pendapat saya dengan salam 1Malaysia jugalah (tp sambil melangkah kaki dengan cermat memikir jalan yang jauh masih perlu ditempuh!)

    BalasPadam
  45. Saudara Mazidul..

    Saya anak jati Sarawak, tinggal di Miri dah lama..sejak saya kecil sekarang dah berusia 26 tahun.. selama 26 tahun saya berada di sini, penjualan benda2 haram mcm ni memang sangat2 terbuka...

    Saya sendiri pernah membuat aduan sekitar tahun 2009 tetapi agak mengecewakan apabila mendapat jawapan seperti ini :

    "terima kasih atas aduan,untuk pengetahuan cik,memang kmk ada membuat serbuan dan pemeriksaan. Walaupun tak secara konsisten,tapi kita usaha. Kedai mcm ni tetap juga beroperasi nak buat mcm mana,tp kita akan usaha"

    Itu lah jawapan yg mereka beri pada saya 2 tahun yg lalu dan kini,tiada perubahan..

    bukan setakat emart,tetapi di tempat2 lain di miri juga ada menjual tempat terbuka seperti di kompleks membeli-belah terkemuka di Bintang Megamall Miri. Yang jual original,hanyalah Speedy SAHAJA.

    Pada mereka yang anggap hal ini memalukan warga Miri, saya tidak anggap begitu. Sebagai contoh, sekiranya Mazidul menulis yang baik2 tentang Miri,takkan lah tempat lain nak rasa terhina pula seakan-akan tempat lain tidak sebaik Miri? Begitu juga sebaliknya.

    Saya percaya di mana2 tempat, ada baik dan buruk nya. Ada kebaikkannya juga bila Mazidul mendedahkan ini,kerana beliau juga mendedahkan apa yang tidak sepatutnya berlaku juga di tempat-tempat lain,bukan hanya sekadar Miri.Jangan cepat melatah.

    Ambil ini sebagai iktibar. Gunakan kuasa sebagai pengguna kerana tiada permintaan,maka tiada jualan.

    Salam dari Sarawak,
    Aishah.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.