Selasa, Februari 22, 2011

31 Boyfriends

Sejurus tamat menemubual 'Liana', 13 dan 'Rose', 16 tahun, tergambar di minda saya  betapa sukarnya membesarkan anak perempuan pada zaman ini


Liana (kiri) dan Rose (kanan)

Mereka berdua berasal dari Pasir Gudang, Johor.

"Jun tahun lepas saya mengikut kawan berjumpa dengan kawan lelaki dia. Masa itu umur saya 12 dan kawan, 14 tahun. Kawan lelaki dia,  21 tahun ajak kami berdua naik kereta dan  kemudian dia bagi alasan hendak balik ke rumah bujang sekejap,  kononnya untuk menukar baju. Sampai di rumah, dia bagi saya minum air kosong. Saya mabuk dan pengsan.   Bila tersedar berada dalam keadaan bogel dan dia rogol saya, sakit sangat. Selepas itu dia rogol kawan saya," jelas Liana.

Kes terbabit dilaporkan kepada polis.

"Emak meninggal dunia, ayah kahwin lain. Sekarang saya tinggal dengan 5 adik beradik  asal, 2 adik beradik tiri, ayah dan ibu tiri, 10 orang semua tinggal serumah," tambahnya lagi.

"Awak ada berapa orang boyfriend?," soal saya kepada Rose.

Dia tersipu, malu. Tubuhnya agak gempal membuatkan dia tidak kelihatan seperti remaja berusia 16 tahun lain.

Mereka berdua ditahan pihak polis kerana didapati merayau-rayau di kawasan pantai pada jam 2 pagi.

"Rose, cakap sahajalah," desak Liana.

Mereka berdua rakan baik.

"Ramai," balas Rose, ringkas.

"Ramai, berapa orang?," tanya saya lagi.

"Tiga puluh satu!," celah Liana lagi.

Rose langsung tidak membantah dan hanya tersenyum.

"Saya memang tidak berdara lagi sebab kena rogol, dia pula main (melakukan hubungan seks) dengan boyfriend dia, tanyalah," ujar Liana petah.

"Ok! Ok! Awak ada 31 boyfriends, berapa orang main dengan awak dan berapa umur dia orang?," soal saya kepada Rose.


"Satu, umur 18 tahun, satu lagi 26 tahun, dia orang paling special di kalangan ramai. Boyfriend 18 tahun, siang kerja kelindan lori, malam, kerja kedai makan. Satu lagi, saya tak tahu dia kerja apa, baru kenal kurang sebulan," jelas Rose.

Rose, anak tunggal dan ibunya kini bertugas sebagai pengawal keselamatan, bercerai dengan ayahnya sebelum ini.

"Saya berhenti sekolah selepas darjah 6 sebab jaga emak, dia sakit masa itu," ujar Rose.

"Emak kamu tahu ke kamu di balai polis sekarang?," tanya saya.

"Tahu. Dia cakap, padan muka!," katanya sambil tersenyum.

Peredaran zaman mengubah cara kehidupan.

25 ulasan:

  1. Baca kisah ni tak tahu nak cakap bagaimana... Rasa kesian sbb dia dirogol, tapi dia sendiri selamber je, mcm takde apa2 yg besar berlaku.

    Memang bnyk cabaran nak menjaga anak dizaman skrg ni... pengaruh negatif dari luar terlalu kuat. Moga tuhan berikan petunjuk agar kita dan keluarga sentiasa berada dilandasan yg betul...aminnn.

    BalasPadam
  2. Salam...
    Na'uzubillah...
    Benar macam URY kata...
    Moga Allah senantiasa memberi perlindungan dan rahmatnya kepada kita seisi keluarga.

    Didoakan juga semoga anak-2 yg terlibat dlm keruntuhan akhlak ini mendapat hidayah ALLAH SWT dan kembali ke pangkal jalan.

    BalasPadam
  3. Who to blaim? The parents for creating a problematic family environment for the childrens ro the girls themselves. Too much freedom from parents because they trust the children and at the end too much freedom for the kids and they trust strangers.

    BalasPadam
  4. sedih tgk anak2 yg tersesat jauh nih...

    BalasPadam
  5. Salam Sdr Mazidul,
    Begitulah....takut rasanya pada mana-mana ibubapa pun yang mempunyai anak perempuan.
    Bila saya pandang anak-anak perempuan saya...kerisauan itu semakin bertambah apabila baca banyak berita pembuangan bayi setiap hari di dada-dada akhbar.
    Moga Allah melindungi keluarga saya, Mazidul & sahabat2 yang lain hendaknya.

    BalasPadam
  6. Saya sedih dan terfikir betapa saya juga ada anak belasan tahun yang masih membesar dan takut mereka terjerumus lembah hina ini... mudahan Allah melindungi anak2 saya..

    BalasPadam
  7. susah susah..manja susah keras susah..lari dari rumah

    BalasPadam
  8. Bro Dul - Tak terkata ( Speechless, bukan "speeces' ye kawan-kawan) SubhanAllah. Jauhan dari terjadi pada anak kita.

    BalasPadam
  9. hurmmm sy sbagai remaja pun terkedu baca kisah ne..tatau nak komen cam nerr...

    BalasPadam
  10. Inilah gejala2 seks haram - 'Bohsia dan Bohjan' yang kini banyak berlaku dikalangan masyarakat Melayu yang mengaku Islam sekarang : apabila 'gadis2' bohsia dan 'pemuda2' bohjan saling memerlukan seks demi kepuasan nafsu mereka sejak diperingkat awal remaja lagi; ketika itu mereka belum tahu erti dosa dan bala akibat dari menjadi hamba nafsu sumbang.

    Ini berpunca dari pergaulan bebas acuan barat yang ditiru dari wayang, television, majalah dan juga tabiat menonton gambar / video lucah yang semakin banyak didapati dipasaran dan juga di internet.

    Bagi mereka yang lemah imannya, kurang kuat didikan agama dan lemah ketahanan diri akan mudah terpengaruh, akhirnya akan rosak.

    Sepatutnya gadis2 sekarang perlu diajar pendidikan seks menurut agama dan diberi motivasi - betapa bodohnya jika mereka menjadi hamba seks atau 'mengenyangkan' lelaki2 perosak yang tak patut dibuat suami

    BalasPadam
  11. emmm risau juga... pada masa akan datang bagaimana pula cara yang sesuai nak jaga anak2 pada zaman tue...

    BalasPadam
  12. Sajak : ADAT SEZAMAN
    oleh: Wan Nazihah Wan Abdullah
    (KOMSAS Tingkatan 4)

    Peradaban zaman semakin berlalu
    meninggalkan kesan mendalam
    terlalu indah apabila dipandang
    terlalu mulia apabila diselidik
    santun si dara jadi idaman
    warak si teruna jadi ikatan
    si tua tersenyum mesra
    memandang teruna dara
    sama cantik sama padan
    di singgahsana....
    masa itu telah berlalu
    zaman sudah berlalu
    santun sang dara
    warak sang teruna telah lenyap
    si tua berduka lara
    memandang teruna dara
    berganding tanpa silu
    tanpa hormat
    tanpa batasan
    adat sezaman ditinggal jauh
    adat agama dipandang remeh
    adat kuning jadi ikutan.

    1997

    BalasPadam
  13. tiada komunikasi 2 hala antara anak dan ibu bapa hingga jadi mcm tu. Bila anak2 nak luahkan perasaan kat mak ayah, kena marah, bile luah kat kawan2 pulak, dah jadi lain dengan cara menghiburkan hati. Kalau dapat kawan ok, okler jadinya, kalau dapat yang tak ok, tergadailer body...
    Nak control sangat anak2 nanti dorang memberontak tapi tak boleh lepas bebas lagi bahaya, apa yang penting komunikasi dan hubungan kekeluargaan yang kuat kena ada dalam institusi sesebuah keluarga.

    BalasPadam
  14. Senak dan serabut perut aku baca temubual ni sebab aku ada anak perempuan dan juga lelaki!!Nauzubillah!!

    BalasPadam
  15. padan muka je kata si ibu? hurm...tu lah dia dunia sekarang :( parents dah tak nak peduli hal anak2..huhuuu

    BalasPadam
  16. berdoalah...bila kita dekat dgn ALLAH insyaALLAH semua ini tidak akan terjadi.

    en mazidul...jaga anak lelaki ke pompuan ke sama saje.kalau dorang nak buat jahat,padahnya tetap sama.

    jahat lelaki cara lelaki,jahat pompuan cara pompuan.dosa disisi ALLAH tetap sama.betul tak?

    BalasPadam
  17. Banyak juga ibubapa dah naik 'fed-up' untuk mengambil tahu hal pergaulan bebas anak2 gadis mereka.
    Antaranya ialah budak2 muda sekarang (kebanyakannyalah, bukan semua) dah banyak belajar 'ajaran sesat' dari orang luar/benda luar, mengakibatkan berasa diri mereka yang lebih pandai drpd ibubapa.
    Jangan hairan bila lihat gelagat anak2 gadis bohsia yang macam tak tahu malu & macam tiada ibubapa /tiada rumah - bebas berkeliaran kesana-kemari dengan jantan2.

    Bila ditegur kelakuan mereka akan melawan atau keluar rumah(lari?), kemudian salahkan ibubapa pula apabila mereka telah terjerumus...

    BalasPadam
  18. makin takut mengenangkan keberanian anak2 sekarang...

    kenapalah jadi begini?

    BalasPadam
  19. Ada masa, untuk kembali. Hijrah lokasi dan azam.

    BalasPadam
  20. kepada kaum ibu, jadilah wanita yang baik supaya nanti kami bisa mendidik anak dengan baik,
    kepada kaum bapa, pilihlah pasangan yang baik untuk melahirkan anak2 kamu. dan yang paling penting jadilah lelaki yang bertanggungjawab.
    kepada ibu liana, sepatutnya kata pada diri sendiri, "padan muka aku, sebab tak mendidik anak dengan sempurna".

    dalam kes ini, apabila semakin banyak betina, semakin banyaklah jantan sial yang gembira.

    BalasPadam
  21. Saya amat setuju dengan saudara azzad - Gadis2 yang jadi 'betina' itu hanya menyeronokkan 'jantan2 sial' saja. Lelaki sial tu tak perlu kumpul duit buat bernikah - dapat ratah tubuh betina 'free'. Gadis2 akan rosak dan rugi.
    Apa-apa hal pun - lelaki, sejahat manapun tetap akan beruntung serta disanjung sebagi lelaki macho dan bersih...Wanita akan punah-ranah.
    Sepatutnya gadis2 sekarang mampu berfikir - Perempuan sekarang lebih bijak didalam pelajaran berbanding dengan lelaki, tetapi - hampeh!

    BalasPadam
  22. memang kesian sebab dirogol, tapi itu bukan jalan terbaik bila meneruskan khidupan yg gelap. mgkin mak dia parah hati, tapi bila anak dtangkap polis. Mak lega sekurang2nya, baru insaf sikit *maybe? .. haisy..
    *remind for myself too.. sbb sya masih remaja ;)

    BalasPadam
  23. kurang didikan, kurang kasih sayang, hrmm... x boleh nak salahkan remaja itu 100%..

    sbnrnyew kesian dekat dye.. moga dpt hidayah dariNya... amiinnnnn

    BalasPadam
  24. masyaallah, apa la nak jadi dengan anak anak sekarang nih. dlm kes ni nak salahkan sapa. pada pendapat saya, ayah die yang salah. budak umur 12 tahun kena rogol, lepas report polis, ibunya plak meninggal, ayah plak kawin lain. Kawin lain tak bermakna bole abaikan tanggungjawab sbg seorang ayah. apa la nak jadi dgn manusia skang ni. kalau rasa diri tak boleh bertanggungjawab, x payah nak ada anak. menganiaya anak tu, gelap masa depan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.