Sabtu, Februari 12, 2011

Taukeh Bunga Tersenyum Gembira

"Engkau tengoklah, 9 bulan daripada sekarang, ramailah bayi kena buang"

Itu antara kenyataan sering dilontarkan masyarakat lazimnya berhubung sambutan tahun baru dan Hari Kekasih, Velantine's Day, 14 Februari setiap tahun.

Bagaimanapun setakat ini tiada pihak menjalankan kajian bertujuan mengesahkan kesahihan dakwaan komen terbabit.

Semalam, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz menasihatkan orang ramai khususnya penganut beragama Islam supaya menjauhi sebarang acara atau majlis bertemakan sambutan Hari Kekasih bagi mengelakkan mereka terlibat dengan gejala maksiat.

Jelasnya, kenyataan beliau ditujukan hanya kepada orang Islam di negara ini. Justeru rakyat Malaysia bukan beragama Islam tidak perlu kecoh dan memperbesarkan kenyataan itu.

Sila baca fatwa dikeluarkan pada tahun 2005 berikut berhubung pengharaman sambutan Velantine' Day.

Sebelum ini, sebilangan remaja dan golongan dewasa berbangsa Melayu dilihat turut meraikan Velantine's Day. 

Bagaimanakah caranya? 

Pemberian bunga kepada kekasih, antara syarat utama.

"Thank you darling, you're so sweet (I am yours)"

Barangkali itu antara respon awal dijangka lelaki dilontarkan kekasih sebaik dia menerima  jambangan atau sekuntum bunga.

Sejurus selepas itu mereka akan pulang ke rumah masing-masing dan taukeh bungan tersenyum gembira, untung besar.

Kisah tamat.

Ha! Ha! Ha!

Malangnya rentetan sambutan Velantine's Day bukan begitu. Pasangan selalunya akan pergi makan malam bersama dalam suasana romantis dan kemudian berkunjung ke pusat hiburan.

Selepas itu ...

Sila sambung skrip ini, tidak melebihi 20 perkataan.

Sahabat saya, Zulhazrey sentiasa sibuk 24/7 juga berkesempatan menulis berhubung Velantines's Day.

15 ulasan:

  1. mata bertentang mata, lidah kelu untuk berkata, hanya tangan meraba-raba, seperti buta lagaknya. Bila suasana semakin gelita, syaitan pun bermaharajalela...ha..ha pasangan pun semakin lupa..seronok seminit, sepanjang hidup menderita....nauzubillah...

    BalasPadam
  2. It should be anak murid lah cikgu. :)

    Rite cikgu mazidul?

    Esok ramai yang akan menangis kan cikgu? Hehehehehe

    BalasPadam
  3. selepas itu, boifren hantar si gadis blk rumah. mak ayah si gadis ajak masuk dulu. minum2. ada bilik kosong kat tingkat bawah. sian boifren si anak yang kelihatan penat.

    (mak ayah sekarang pon ada yg terlebih open-minded)

    tapi boifren pantas menolak.

    "takpe la makcik, rumah saya dekaattt je"

    maka, selamat la kedua2nya kerana boifren itu tidak mengambil kesempatan..

    BalasPadam
  4. orang luar, jiran luar sedara mara jauh tumpang tengok sahaja, jika ayah ibu sendiri yang mengajar melatih remaja sebegitu..ayah ibu keluarga terdekat tak nak berpesan..apa nak buat..

    BalasPadam
  5. [Pasangan selalunya akan pergi makan malam bersama dalam suasana romantis dan kemudian berkunjung ke pusat hiburan.

    Selepas itu ...] pada jam 11.30 malam sepasukan Polis Unit Maksiat dan Perjudian diiringi Jabatan Agama Islam serta krew 999 menyerbu pusat hiburan itu.

    KANTOI !!

    Selamat malam. (di dalam lokap?)

    25 patah perkataan takpa kan, Cikgu?

    BalasPadam
  6. Sepatutnya lebihkan rasa kasih kepada Rasullullah SAW...

    pendapat sekupang saya...

    BalasPadam
  7. selepas itu, dalam kereta pun boleh jadi. agaknya laa...

    BalasPadam
  8. selepas itu, masing-masing menikmati lagu/muzik romantis yang dimainkan DJ... dan si boyfriend ajak pasangannya menari, dan mereka pun menari walaupun sekadar berpeluk dan bergerak selangkah dua...

    Diselang seli dengan "champagne toast".. akhirnya menjelang tengah malam, kedua-duanya mabuk... bila nak pulang - banyak option ni, samada tidur kat hotel (sebab tak boleh drive kan.. nanti kena tahan polis pulak) ataupun tidur di rumah bujang pasangan ataupun masing-masing naik teksi pulang ke rumah masing-masing..

    BalasPadam
  9. 1. bila ada valentine day atau sambutan tahun baru ada je bayi lahir dan kene buang dalam bulan 9 hingga 12
    2. Bila ada sambutan kemerdekaan besar - besaran ada je bayi kene buang dalam pertengahan tahun berikutnya....

    - Sumber dari member2 di jabatan agama. Orang jabatan agama pun dah boleh kira dah bila bayi x berdosa lahir dan kene buang...

    BalasPadam
  10. Hari Kekasih ni..masa saya sekolah dulu tak pernah dengaq pun bang. Tapi abang bagi karangan untuk pelajar sekolah...nanti saya cuba aplikasikan untuk anak-anak murid saya. karangan menyudahkan cerita....tapi bang dalam paper kosmo hari ni ada org kita yang menyokong Valitines day..sebut pun tak betoi. katanya selagi tak melakukan dosa. Bolehka....?

    BalasPadam
  11. Selepas itu - mungkin ada yang terkekek2 kegelian atau meraung bila siuman!

    BalasPadam
  12. Salam,
    valentine's tu bukan ke dah sah-sah haram?
    walaupun bukan sambutan keagamaan utk org kristian tapi cara sambutan dia yg kearah kemaksiatan tu yg mengharamkan sambutan tu & juga sejarah sambutan tu sendiri.......

    By the way, yang pasti lbh kurang 9 bulan lg kecoh jumpa mayat bayi dalam sungai, dalam longkang, tong sampah dll......

    BalasPadam
  13. Valentine's Day yang disambut setiap 14hb. Februari adalah satu budaya Kristian untuk menggalakkan fahaman memuja cinta pergaulan bebas dan memuaskan seks cara bebas dikalangan penganutnya; tetapi anehnya mengapa kita umat Islam yang mengharamkan pergaulan bebas / seks bebas cuba mengikut budaya haram itu?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.