Isnin, Februari 28, 2011

Tak Mau Galilah! Saya Talak Lali Punya!

Jam 10 malam, 26 Februari, taklimat bersama pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Miri disampaikan Inspektor Halid Satiman.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Miri, ACP Jamaluddin Ibrahim.


Jam 10.30 malam rumah teres berhampiran Lapangan Terbang Miri diserbu dan diperiksa.


Bilik pemilik rumah digeledah pasukan bertugas. Lelaki berketurunan Bidayuh, tanpa baju terbabit mendakwa tidak memiliki bahan terlarang biarpun peralatan menghisap dadah ditemui di dalam biliknya.


Usaha gigih pasukan terbabit membuahkan hasil, beberapa peket dipercayai mengandungi dadah jenis syabu ditemui pasukan sama.


Suspek kemudian cuba digari polis, meronta-ronta.

"Tak mau galilah (garilah)! Tak mau gali! Saya talak lali punya," jeritnya.


Senjata tajam juga dirampas dari bilik dilengkapi monitor menunjukkan paparan rakaman televisyen litar tertutup itu.


Isteri suspek ditemubual wartawan, Hazlin Hussain mendakwa tidak mengetahui kegiatan suaminya sebagai pengedar dadah kecil-kecilan.


Menariknya sepanjang pemeriksaan dijalankan polis, suspek hanya tersenyum sambil duduk di kerusi di bilik dilengkapi sistem penghawa dingin itu.


Jam 11 malam, suspek pekerja bengkel kereta terbabit dibawa ke IPD Miri untuk siasatan lanjut.


Untuk mengetahui laporan lengkap operasi terbabit, jangan lupa menyaksikan program 999, 3 Mac, jam 9 malam.

9 ulasan:

  1. uiks.. tak tidur lagi ker MAzidul... anyway respect atas tugas anda membeneras dadah di miri ini..
    terlalu banyak. antara punca akar umbi kes pecah rumah yang berleluasa dimiri...

    kalau ada rezeki..singgah lah akt kedai...

    Burger panggang permata miri...

    http://www.facebook.com/KinkyFatChefKitchen

    BalasPadam
  2. ini kes nak senang dgn cara mudah, jual dadah..
    bini pulak, takkan buat donno je laki buat keje gitu.. tak pedulik atau suka? mewahla katakan...

    betui tak?

    http://see-if-i-really-care.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. mustahil bininya tak tahu kegiatan suaminya... bila dah kena cekup pandai bagi alasan macam2

    BalasPadam
  4. No pertama sibuk. No kedua,
    alasan server gomen memang Block unsur luar.

    BalasPadam
  5. buat malu kaum saya jer org yg kena tangkap tu..huhuhu...

    BalasPadam
  6. Selagi boleh dijadikan duit, mesti tetap dicuba orang utk diperdagangkan...

    BalasPadam
  7. xtau apa suami buat?? huhu sudah terang lagi bersuluh..pura2 xtau je tu..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.