Isnin, Februari 14, 2011

Pembaca Lelaki TOLONG Bantu Saya

Sejauhmanakah setianya lelaki kepada pasangan mereka?

Satu persoalan amat sukar dijelaskan kerana membabitkan pembolehubah, variables berbeza. Apapun, saya percaya, majoriti lelaki setia sewaktu bercinta, bertunang dan selepas mendirikan rumah tangga bersama pasangan mereka.

Hemat saya, untung benar perempuan dipertemukan dengan lelaki sebegitu tambahan pula jika lelaki terbabit bersikap penyayang, bertanggungjawab dan menjadi pelindung kepada perempuan serta zuriat dilahirkan.

Malangnya, sebilangan lelaki tidak memiliki semua ciri sedemikian.

"4 tahun dulu I kenal dia sebab dia majikan I. Selepas 2 tahun, dia beriya-iya benar nak kat I tetapi masa tu dia suami orang. I cakap kalau you nak kat I, ceraikan isteri you tetapi dia tak berani," ujarnya.

"Tapi you kahwin juga?," soal saya.

"Kahwin," katanya.

"Isteri dia tak mengamuk?," tanya saya.

"Masa tu I dengar berita dia bercerai dengan isteri dia tetapi lepas kahwin dengan I, dia rujuk balik dengan isteri dia di Thailand," jelasnya.

"So?," soal saya.

"Now, I jadi isteri kedua. Most of the time dia stays dengan isteri pertama di negeri lain," tambahnya lagi.

Itu antara luahan kenalan perempuan berusia 36 tahun, janda anak satu. Suaminya berusia 53 tahun berasal dari Kelantan.

"Hanya kekadang dia balik rumah I, I mean kekadang," tambahnya.

Ringkasnya, jika dakwaan itu benar, beberapa rumusan boleh dibuat berhubung pasangannya itu.

Lelaki itu ...

1. Setia, setia kepada isteri pertama.
2. Berani berpoligami.
3. Penyayang, mampu menyayangi 2 wanita pada satu masa biarpun tidak sama rata.
4. Berhati mulia kerana sanggup mengahwini perempuan berstatus janda dan ibu tunggal.
5. Bijak dan sanggup berkorban, menceraikan isteri pertama, mengahwini isteri kedua dan merujuk semula kepada isteri pertama. Hasilnya, dia mempunyai 2 isteri.

Huh! Apa lagi hujah untuk menyokong tindakan lelaki itu?

Pembaca lelaki sila bantu saya.

Pembaca perempuan? Terserah ...

Sebelum saya tidur, berikut informasi Alexa berhubung pembaca blog ini.

'Based on internet averages, mazidulakmal.com is visited more frequently by females who are in the age range 18-24, have no children, are college educated and browse this site from school'

Berdasarkan maklumat di atas, saya percayai jika perempuan ingin melontarkan pandangan mereka ...

Pandangan terbabit pastinya rasional dan bijak.

We will see, good night!

29 ulasan:

  1. tak melepaskan tanggungjawab terhadap isteri pertama begitu sahaja kerana ingin berpoligami?

    BalasPadam
  2. Sukar. Sebabnya ... dia berkahwin wanita ini selepas menceraikan isteri pertama ... tetapi kembali rujuk selepas mengahwini wanita kedua ... aduhh.. Susah ni.

    Saya tiada ulasan dan sebab nak bagi lagi. Namun, lelaki ini ternyata tak mahu persiakan kasih dan sayang yang dia dapat. Dia buat secara SAH.

    BalasPadam
  3. bro Mazidul,setia ni subjektif.Ada jugak perempuan yang tak setia tapi sebab kita selalu didedahkan dengan lelaki yang curang,kahwin lain tu yang menyebabkan mindset kita begitu.
    Terpulang pada individu untuk mejadi setia atau tidak..Tepuka dada tanya iman

    BalasPadam
  4. Dia ni macam tak ada pendirian je. Kalau dia nak teruskan poligami tu, dalam islam kena berlaku adil. Tapi macam tak je kan.

    BalasPadam
  5. Hujah saya;

    Elok.
    1. Dia menghalalkan hubungan itu.

    2. Membina sebuah lagi masjid.

    Tak elok.
    1. Menceraikan isteri pertama hanya utk mendapat pelepasan bernikah kali kedua.

    2. Tidak berlaku adil pada isteri keduanya.

    nota: Wanita tidak perlu meletakkan apa2 syarat kepada lelaki yg sudah beristeri seandainya rasa teringin hendak menjadi isterinya yg kedua, ketiga atau keempat. Poligami adalah halal dan sah. Selagi lelaki itu mampu berlaku adil, mampu zahir, dan mampu bathin. Full Stop. (jangan nak minta sapa2 pun duk kaji lagi pasal poligami - Al Quran akan tetap Relevan sepanjang Zaman)

    BalasPadam
  6. ramai mampu batin .... tp zahir terpinggir.... apa2 pun lebih baik kawin dr buat maksiat.... yg lain serah kat Allah.

    BalasPadam
  7. saya perempuan. layakkah komen di entri ni? hihi~

    BalasPadam
  8. teringin nak baca komen lelaki tersebut ( kalau dia masuk kat sini lerr)

    BalasPadam
  9. Maaf! Minta izin nak bagi pandangan sikit. Tapi saya taklah pandai sangat. Kalau salah harap ambillah galah tolong jolokkan...hehehe!

    Lelaki....walaupun berkahwin dua... tiga atau empat sekalipun, kasih sayang dan kesetiaannya pada yang nombor tetap utuh!

    Maksud saya kasih sayang yang sejati! Bukan kasih dan sayang kerana yang nombor dua atau tiga waima nombor empat itu lawa...cantik dan bergetah!

    Kasih saayang dari hati nurani yang tulus ikhlas. Bukan kasih sayang dari penglihatan mata yang berdasarkan nafsu serakah!!!

    Maka begitulah pandangan saya! Harap maaf, ya!!! Mummy I still love you....

    BalasPadam
  10. Slm...Kesetiaan xkira jantina...kekalkn keserasian dan kejujuran bersama agar tidak wujud kebosanan/hilang minat antara pasangan khususnya yang sudah berkahwin...TQ

    BalasPadam
  11. Saya setuju dengan hujah Abang Zul. Bukan ke kita dilarang meruntuhkan masjid yang telah dibina?
    Saya tak lah pandai dalam hal-hal agama ni, tapi, sepengetahuan saya, tak patut bagi wanita tu meletakkan apa-apa syarat hanya sebab nak kahwin dengan lelaki tu.. Bila syarat diletakkan, dah macam jadi Tak Ikhlas pulak nak buat sesuatu.. Tak gitu?

    Mungkin, ketidakadilan suami dia tu adalah hukuman pada dia sebab cuba meruntuhkan Masjid yang telah dibina.. Tapi, dengan Asbab Tuhan, Masjid tu tepap utuh dan teguh.. Kita tak tahu kan... Macam-macam boleh jadi..
    Cuma minta dijauhkan sangat-sangat dari berhadapan dengan poligami ni.. huhuhu ^_^

    BalasPadam
  12. Bagi saya..Yes lelaki itu setia kepada isteri pertama, berani berpoligami, penyayang, berhati mulia, bijak dan sanggup berkorban. TAPI ADAKAH ITU CUKUP? DAN ADAKAH DIA BENAR2 MAMPU DAN BOLEH BERLAKU ADIL?? Wahai lelaki, janji payung emas utk isteri yang merelakan suaminya berkahwin lain itu adalah pasti (itu janji Allah SWT) tapi ianya tidak semudah membelikan isteri barang kemas dikedai emas Poh Kong dan tidak juga semudah menarik rambut di dalam tepung. Fikir2kanlah sebelum hasrat anda direalisasikan.

    Salam.

    BalasPadam
  13. hari ni die kate die setia,

    esok teros ade perempuan lain,
    tang mana setianya,,,

    BalasPadam
  14. kebanyakan isteri pertama adalah first love n true love.Yang kedua hanyalah tambahan sahaja.Susah nak buang yang pertama jika ada jasa dan ingatan manis ketika hidup bersama.Memiliki yang kedua dan baru, bukan bermakna untuk menggantikan yang pertama,hanya sekadar menambahkan sesuatu yang baru dalam hidup seseorang lelaki.Maybe hidup yang dah mulai bosan.Jika berjalan dengan baik, semua pihak mendapat faedahnya.Jika sebaliknya... porak peranda lah...

    bapak 30-an.

    BalasPadam
  15. Bro dul, lebih kurang macam cerita kawan kita jek. Isteri ke2 staff dia. OK je nampaknya, tak de gaduh gaduh. Pandai cover line agaknya, di belakang hanya Allah sahaj yang tau. koh koh koh

    BalasPadam
  16. Bro, hakikatnya kita ni lelaki sentiasa memiliki rasa sayang dan tak sampai hati untuk mengecewakan hati orang lain apatah lagi hati wanita.

    Siapalah kita, insan yang lemah kan. Ehemmmmm..

    Bro, weekend ni on? I have arranged accordingly!!

    BalasPadam
  17. niat lelaki ingin menolong berkongsi kasih..tolong menolong dalam kehidupan..


    * luar topik
    ..buat sang gadis..kenali lelaki cukup sebulan dua sahaja jangan sampai anda mengikis harta dan membuang masa lelaki jika anda tak sayang cinta..
    dan cari kenal lelaki yang tak dendam..mana tau dia anggap gadis hanya ambil kesempatan untuk mengikis dan menumpang kereta..terutama semasa gadis masih di kolej..lelaki yang berdendam akan buat kerja yang tak baik..

    elok undur awal-awal sebelum lama kenal..mebazir masa lelaki jika dah tau tak serasi..jangan sampai lelaki berdendam..

    bila jumpa lelakiyang tak kacak dan tak ssesuai usah layan.

    Elak layan dengan niat mengikis dan ambil kesempatan kelemahan lelaki jika andan cantik seksi..

    BalasPadam
  18. LELAKI..tak setia??curang semengnya sinonim dengan mereka.Maaf cakapla..Mana ada manusia yang rela kongsi sayang ! ; ) sekadar pandangan..

    BalasPadam
  19. apa yg pasti majoriti wanita x rela brkongsi kasih..tambahan plak mana nk carik lelaki yg btol2 adil zaman skrg...yup, nisbah menunjukkan tiada perbezaan ketara lelaki dan wanita di malaysia namun lelaki yg ada sume tuh hak wanita lain..erkkk..komen yg lari topik ke? hahahaha...

    BalasPadam
  20. Begitu mudahnya urusan berkahwin banyak(poligami) dan perkataan cerai-berai sudah menjadi mainan dimulut sesetengah orang yang telah berkahwin pada masa sekarang.

    Bagi kebanyakan anak muda yang belum berkahwin, sukarnya bagi mereka untuk urusan mendirikan rumahtangga - sesuatu yang suci.
    Sedangkan untuk melakukan maksiat spt. zina dan khalwat begitu mudah dilakukan - lebih2 lagi dengan cara hidup muda-mudi sekarang yang terlalu bebas bergerak/keluar dan gejala gadis2 yang bersikap 'tidak takut dengan jantan'.

    Keadaan ini amatlah malang : kerana setelah mereka berkahwin - disebabkan kes2 yang remeh sahaja ditambah dengan perasaan amarah - timbulnya rasa benci, ungkapan cerai terlalu mudah dilafazkan hanya dengan hanya sepatah ayat, maka hancurlah rumahtangga yang mereka bina.

    BalasPadam
  21. aah.. saya la antara yg 18-24 n from school. hehe.. n0 k0men.

    BalasPadam
  22. Semua ada kat lelaki tu... Tapi dia takde kejujuran terhadap isteri kedua tersebut...

    Baik macam manapun jika tak jujur, maka akan hancurlah sesebuah perhubungan itu...

    BalasPadam
  23. ramai peminat muda yek...
    saya tak boleh jawab sebab saya perempuan..perempuan lemah dengan pujukan dan kasih sayang lelaki walaupun sebenarnya niat lelaki tu tak ikhlas pun.

    BalasPadam
  24. Salam semua. Komen saya mudah, perkahwinan kedua diatas hanya semata2 berlandaskan nafsu dan bukan kerana keikhlasan. Kalau si janda tu ikhlas, dia tidak akan meletakkan syarat kepada lelaki tersebut utk menceraikan isterinya. Dan sekiranya lelaki tersebut ikhlas, dia tidak akan menceraikan isteri pertamanya semata2 kerana janda itu. Perkahwinan, perceraian, bukanlah suatu permainan. Dan sekiranya ianya jadi permainan dlm kehidupan, ketahuilah bahawa hasutan syaitan sudah masuk kedalam kalbu.
    Terlalu jelas perkahwinan kedua itu hanya sekadar utk memenuhi kehendak nafsu. Buktinya, sisuami sanggup menceraikan isterinya kerana janda itu, sedangkan siisteri sanggup bermadu. Bukti siisteri sanggup bermadu, dia sanggup menerima kembali suaminya setelah dirujuk.
    Nasihat untuk diri saya dan suami2 diluar sana, sekiranya anda ingin berpoligami, carilah wanita yg sanggup bermadu, kerana kita melaksanakan sunnah Rasul. Bukan semata2 untuk mengelakkan maksiat dan melunaskan kehendak nafsu! Wallahualam....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.