Ahad, Jun 30, 2013

DARI KEM PELARIAN KE LEMBAGA URUSAN TABUNG HAJI


"Saudara  Mazidul, di Aman, Jordan nanti,  saya akan sediakan kenderaan dan pemandu untuk kru Majalah 3 melaksanakan kerja. Saya faham, Majalah 3 memerlukan bahan berita mengikut tuntutan program itu  dan biarlah  saudara bebas  untuk menyempurnakan tugas.  Berhubung  bahan liputan,  saya serahkan kepada saudara. Kita mempunyai kepakaran tersendiri," ujar Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Setibanya di Jordan,  beliau datang ke bilik  saya dan mengkotakan janji itu. Tugasan saya menjadi lebih mudah kerana Azeez berani membuat keputusan.  Sewaktu itu saya menyertai  misi  Bantuan Kemanusiaan ke sempadan Jordan-Syaria bersama Kelab Putera 1Malaysia, KP1M.

30 Oktober 2012, saya, Azeez dan beberapa kakitangan perubatan berada di  rumah Abdel Elah, magsa tembakan AK-47.

Saya perhatikan Azeez.


Tanpa teragak-agak beliau melihat sendiri luka Elah,  tubuh  berlubang di bahagian atas punggung.


Luka tidak dirawat  sempurna  dan berbau hanyir itu diperhatikan oleh beliau dari jarak dekat.


Klik di sini.

Azeez kemudian spontan mengarahkan doktor menyertai misi KP1M merawat mangsa keganasan itu.

Klik di sini.

Melaksanakan tugasan secara sukarela di luar begara bukan khidmat  enteng. Pelbagai kekurangan terpaksa ditampung  menggunakan kebijaksaan bagi memastikan misi tercapai dan  semua terbabit selamat pulang ke tanahair.

Kekadang sebilangan manusia cenderung mencetuskan tanggapan tanpa mengenali individu tertentu. Sebagai  wartawan dan blogger,  saya bersyukur kerana berpeluang  mengenali Azeez sewaktu  bersama  beliau melaksanakan misi sukarela  di luar negara.


Hemat saya mudah.

Jika  ingin  mengenali  seseorang,  mengetahui dan menilai sikapnya,  teliti  tindakannya  pada   saat dia mendepani cabaran  tatkala melaksanakan tanggungjawabnya.

"Kita harus  keluar dahulu dari kem pelarian  kerana bimbang berlaku pertempuran dan akan membahayakan nyawa peserta misi bersama kita. Sebaik keadaan tenang, In Shaa Allah, kita akan masuk semula untuk membantu lebih 37,000 penghuni kem itu," ujar Azeez.

Detik itu kami berdiri kira-kira 100 meter di luar  pintu masuk Kem Za'atari, Marfaq, Jordan.


Sejak beberapa hari lalu, saya terbaca berita terkini mengatakan Azeez bakal menduduki kerusi Pengerusi Lembaga Urusan Tabung Haji, LUTH.  Saya kemudian menghubungi beliau melalui telefon. 

"Saya di Baling (Kedah) saudara. Isyarat telefon tidak begitu bagus," ujar beliau.

"Samalah Datuk, di Kampung Sungai Bil (Tg.Malim, PERAK), tempat kelahiran saya,  Kampung orang miskin  memang begitulah," balas saya.

Kami tertawa.

"Bilakah  Datuk  akan menjadi pengerusi Tabung Haji?," soal saya.

"Surat perlantikan sudah saya  diterima daripada  Datuk Seri Jamil  Khir  Baharom dan In Shaa Allah,  jika tiada aral melintang,  esok saya akan masuk ke pejabat," balas beliau.

Benarlah bak kata pepatah Melayu,  tidak kenal maka tidak cinta.

Melalui pemerhatian saya, Azeez,  pemimpin kelihatan agresif di luar tetapi hati beliau sentiasa  prihatin.  Sifat prihatinan dipraktikkan selama ini   tentunya bakal menjadi nilai tambah  sewaktu  beliau bertugas di Tabung Haji.

Apapun, Datuk Azeez,  selamat menjalankan tanggungjawab, In Shaa Allah ana juga mahu pergi haji .. .( baca dalam nada Arab) 

PENGAWAL KESELAMATAN HARAM DI AEON BIG (KOTA DAMANSARA)


Sewaktu membeli beberapa barangan di AEON BIG Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, saya mendapati beberapa barang tidak dilabel dengan harga salah. Sebelum diambil alih, AEON dikenali sebagai Carefour. Lebih dua tahun beroperasi bak hidup segan mati tidak mahu,  kerana kekurangan pelanggan, akhirnya kini pasaraya itu dikendalikan oleh syarikat Jepun.

Selepas selesai membeli barang, saya bergerak  ke kaunter perkhidmatan pelanggan AEON dan memaklumkan 2  pekerja wanita di situ, keinginan saya bertemu pengurus bertugas. 

Kurang 5 minit, pengurus muda bertugas datang menemui saya di pintu masuk utama. Dia sudi mendengar komen saya.

"Pertama, mohon tolong  latih kakitangan di kaunter perkhidmatan pelanggan supaya menyapa pelanggan, bagi salam ke, selamat sejahtera ke atau good afternoon ke. Bila wajah tidak senyum, sebagai pelanggan, saya rasa seperti bersalah untuk meminta mereka memaklumakan saya ingin berjumpa dengan encik. Ketiga, saya dapati sebilagan barang dan harga tidak sama. Sedikit sebanyak, menyusahkan pelanggan," ujar saya.

"Kami memang sedang melakukan penyusunan semula barang setiap hari," jelasnya.

Penjelasan itu saya terima dan tiba-tiba saya terlihat pengawal keselamatan warga asing berdiri di pintu masuk.


"Pengawal keselamatan itu orang mana?," soal saya kepada pengurus beradap itu.

"Saya kurang pasti," balasnya.

Jawaban itu juga boleh diterima kerana dia bukan pengurus keselamatan.


Lalu saya mendekati pengawal terbabit.

"Where are you from?," tanya saya.

"Punjab, INDIA," katanya.


Menggunakan bahasa Inggeris mudah, dia memaklumkan, namanya Bawinder Singh, berusia 23 tahun. Dia tidak memahami bahasa Melayu apatah lagi berturur menggunakan bahasa kebangsaan.


"Hanya warganegara  Malaysia dan warga Nepal SAHAJA layak menjadi pengawal keselamatan di Malaysia. Dia berasal dari India dan tidak dibenarkan bertugas sebagai pengawal keselamatan di sini. Maksudnya,  dia bertugas secara haram (di AEON BIG) ," kata saya kepada pengurus.

Menggunakan walkie-talkie, dia memanggil kakitangan bertanggungjawab berhubung kawalan keselamatan. Beberapa minit kemudian muncul lelaki India bertubuh tegap datang menghampiri pengurus terbabit.

"Kenapa?," soalnya.

Mereka berdua berbual tetapi tidak saya dengari isi perbincangan ringkas itu.  Setelah menoleh ke arah saya, lelaki terbabit beredar.

Saya kemudian menghubungi Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Imigresen Malaysia menggunakan telefon bimbit untuk mendapatkan kepastian. 

"Bolehkah warga Punjab bekerja sebagai pengawal keselamatan? Mungkin ada perubahan peraturan tetapi sebab sebelum ini,  Kementerian Dalam Negeri, KDN  kata tidak boleh," tanya saya.

"Tidak boleh," balasnya ringkas.

Beliau bercuti di kampung dan sedang membeli barang untuk kenduri menyambut  bulan puasa menjelang tiba.

"Mengikut pekeliling dikeluarkan oleh  KDN,  warga Indonesia berstatus penduduk tetap juga tidak layak bertugas sebagai pengawal keselamatan.  Itu undang-undang  termaktub. Mengapakah dia tidak boleh bekerja di sini?  Jika berlaku kejadian jenayah tanpa diduga di AEON BIG, sebagai pengawal keselamatan dia pasti akan melarikan diri sewaktu  polis datang untuk mengambil keterangan atau melakukan siasatan kerana saya syaki  dia menyalahgunakan permit kerja," kata saya.


Saya memohon  ingin  berjumpa Pengurus Stor  AEON BIG, Zulkifli Kamarudin.

"Dia bersama pelanggan sekarang, sibuk," terang pengurus bertugas.

Lebih molek andai pengurus itu berkata ...

"Jom ke pejabat  kami, encik duduk dahulu dan selepas selesai berurusan dengan pelanggan terkini , encik Zulkifli akan bertemu dengan encik"

Biarpun tidak berpeluang bertemu Zulkifli,  mungkin  selepas  entri ini dicetak, beliau akan  tahu sebab  musabab  mengapa saya ingin bertemu beliau  barang seketika.

Menggajikan pengawal keselamatan tidak sah, HARAM,  satu kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.  Hairan,  syarikat BIG  tetapi bertindak  SMALL kerana memandang enteng hal  berhubung keselamatan.  Saya telah menampalkan entri ini di Facebook Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed.

Saya  kemudian  beredar  namun pengawal terbabit masih setia berdiri di lokasi sama. Apapun, sebagai pengawal keselamatan haram, dia tidak berhak untuk menahan atau memeriksa setiap  pelanggan masuk  ke AEON.


Sebagai pelanggan tetap, saya menuntut AEON menggunakan perkhidmatan pengawal keselamatan sah   bagi menjamin keselamatan semua pelanggan.

Klik di sini.

Sabtu, Jun 29, 2013

MAMA ROCK SILA PULANGKAN WANG WANITA TERPAKSA MENGGADAI GELANG TANGAN UNTUK KE MEKAH



Sabtu lalu,  pertubuhan bukan kerajaan,  Lembaga  Pembangunan Pengguna Malaysia diketuai   oleh ustaz Abdul Aziz Ismail  memaparkan wajah wanita sehingga kini syarikat dikendalikannya didapati  gagal memulangkan semula  wang mangsa dibatalkan pakej  menunaikan umrah.


Nama sebenar wanita itu,  Rohaya Asmuni, berusia 53  tahun dan berasal  dari Perak. Lazimnya dia menggunakan gelaran 'Dato Paduka', status saya percayai  dianugerahkan oleh Pertubuhan Laduni 30 Malaysia.


Dalam erti kata lain, 'Dato''  itu bukan dikurniakan oleh pembesar negara Malaysia.


Wanita beranak dua itu amat  licik  menggunakan pelbagai nama dan helah. Antara nama dihebahkan kepada orang ramai,  Mama Rock,  Mummy Zie,  Ati dan Haryati.



Sabtu lalu, 29 Jun, kira-kira 200 pelanggan dari pelbagai lokasi berkumpul berhampiran pejabat  Arlief Juara Kembara di  The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor,  untuk meluahkan ketidakpuasan hati serta  menuntut kembali wang  mereka. 

Bantahan  berlangsung secara aman  tanpa dikawal oleh pihak polis. Dua hari sebelum perhimpunan, saya telah memaklumkan tindakan  itu kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed.

Satu sidang media diadakan di lokasi sekaligus mendedahkan identiti syarikat dan pengendali terbabit.

Di bawah  antara gambar  kepelbagaian wajah Rohaya  dimuatkan di banting dipamerkan kepada wartawan dan pelanggan tertipu.


Semalam,  saya bertemu seorang  daripada ejen menjadi mangsa penipuan,  Nasarudin Omar, 42  tahun dan  bertugas sebagai  tenaga pengajar mengaji Al-Quran sepenuh masa.

"Saya bertemu dengan  Rohaya lebih 10 kali selepas menyedari tertipu kerana  jemaah tidak diterbangkan  pada 23 Mac  lalu," ujar Nasarudin.

Tambah graduan Universiti Malaya itu,  syarikat sama turut menggunakan khidmat ramai penceramah bekas kakitangan Tabung Haji.



"Saya percaya, pengendalian pakej umrah bukan perniagaan utama dia. Jutaan wang diserahkan oleh ejen diserahkan  kepada seorang lelaki Cina, didakwa  kakitangan kewangannya.  Sebelum ini,  syarikat sama menggunakan khidmat syarikat lain, membawa kira-kira 1,500  pelanggan menunaikan umrah. Namun proses itu dibantu oleh syarikat lain di Ampang, Selangor  Selepas itu pakej mengerjakan umrah berharga RM3,900 ditawarkan kepada orang ramai. Sebagai pengendali pakej umrah sejak tahun 2000,  saya tahu, harga itu tidak logik tambahan pula apabila dimaklumkan, pelanggan kononnya akan diterbangkan dengan MAS,"  tambah  Nasarudin.


Pembayaran pertama kepada syarikat terbabit dibuat pada awal Januari dan diikuti oleh beberapa  bayaran lain.

"Saya juga berjumpa lelaki,  kononnya abang Rohaya, berstatus Ayahanda Paduka Dato. Hairannya, bagaimanakah mereka adik-beradik? Nama ayah Rohaya, Asmuni  dan nama ayah lelaki itu,  Ibrahim. Hemat saya syarikat ini bukan berniaga pakej umrah. Pakej asal ditawarkan oleh syarikat dia bekerjasama itu  RM4,400, manakala  dia menawarkan  pekej dengan harga RM3,900. Jadi setiap kali ada pelanggan akan terbang, syarikat itu terpaksa menambah RM500. Dia memerlukan wang tunai dan mungkin wang terkumpul itu digunakan untuk tujuan lain. Terkini, apabila saya hubungi melalui pesanan ringkas, Rohaya berkata, dia hendak pulang ke kampung di Perak,  saudara sakit," jelasnya.



Pada 25 Mac,  31 daripada  82 jemaah  dikendalikan oleh Nasarudin terbang ke Mekah dengan menggunakan wang sendiri, RM4,400 seorang. Mereka  bercadang untuk  menuntut wang  dibayar  kepada Arlief  Juara Kembara.

"Lelaki bergelar Ayahanda Paduka Dato' itu menghubungi saya dan berkata, Nasa(rudin), jangan fikir bukan bukan tahu,  kalau gangster ini semua aku jaga.  Hakikatnya,  dia tergugat sebab  kita tahu  banyak  fakta,"  terang anak  kelahiran  Pekan, Pahang itu.  

Rohaya  dikatakan menetap di Kota Damansara bersama suaminya, tidak jauh dari pejabat mereka.

"Kami kerugian sekitar RM180,000  kesemuanya dan meminta Rohaya untuk mengembalikan wang kami semua. Seorang ibu dari Sitiawan Perak, terpaksa menggadai gelang tangannya untuk membiayai kos membawa menantu lelaki ke Mekah kerana anak wanita itu tiada mahram. Mereka turut kempunan untuk menunaikan umrah," celah ustaz.

Penguat kuasa Kementerian Pelancongan menyerbu pejabat Arlief Juara  Kembara pada 22 Mac, Jumaat. Syarikat terbabit didapati tidak memiliki lesen untuk menggelolakan pakej haji atau  umrah.

Jika  Rohaya dan kuncu-kuncunya tidak  memulangkan kembali wang pelanggan dianggarkan lebih  RM6 juta,  majoriti orang susah,  saya tidak akan teragak-agak untuk terus mendedahkan identiti mereka.

SILA HEBAHKAN DI MEDIA SOSIAL AGAR ORANG RAMAI TIDAK LAGI MENJADI MANGSA


Jumaat, Jun 28, 2013

PUSAT TAHFIZ MEMPERHAMBAKAN KANAK-KANAK DAN REMAJA DIARAHKAN TUTUP (ORANG RAMAI SILA PANTAU)


"Kes Pusat Tahfiz Amal (PTA) keluar dalam Buletin Utama," ujar kenalan malam tadi.

Tatkala itu, saya sedang menulis di meja rumah.

Semalam, Nazir  Sekolah-Sekolah Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Kedah, JAIK, Ismail Zakaria  bersama 5  kakitangan dilapor melakukan lawatan mengejut ke PTA di Yan, kedah DAN mengarahkan PTA ditutup.


Menurut  Ismail,  operasi PTA  didapati menggunakan pelajar membuat  kononnya 'jualan amal' di seluruh negara.  Walhal mereka menjual barangan dikeluarkan oleh SM Amin, klik di sini.  Menurut laporan akhbar Harian Metro,  premis sama  telah diberikan notis penutupan sebanyak dua kali.

Hakikatnya, arahan itu  secara terang-terangan  TIDAK dipatuhi dan PTA terus beroperasi.

Alhamdulillah, setelah sekian lama isu ini saya dan ramai pengendali blog  bangkitkan, akhirnya  tindakan  bakal diambil. Bersama kita pantau, samada JAIK akan mengkotakan apa dikata atau  pihak berkuasa itu akan  terus diperlekehkan oleh  pihak pengurusan PTA.

Wakil PTA, Sham Tasu, dilaporkan mendakwa sejak beroperasi, pelajar PTA dilatih untuk berniaga.

Klik di sini.

Barangkali PTA 'melatih' pelajar mereka berniaga dengan cara kanak-kanak dan remaja berusia di antara 10 dan 15 tahun  dibiarkan  berdiri   berterusan  kira-kira 8 jam sehari tanpa diberikan makanan.   Kehadiran mereka di lokasi menjadi tumpuan ramai,  juga  tidak dipantau oleh kakitangan  PTA.

Klik di sini dan juga di sini  untuk melihat contoh jelas kes.

Jika Shan mempunyai anak remaja, sanggupkah dia membiarkan zuriatnya diperhambakan sebegitu rupa? Dieksploitasi secara zalim, tanpa hati perut. Kambing pasti akan menggelengkan kepala jika haiwan itu memahami bahasa manusia jika diajukan soalan sama.


Empat  hari lalu,  informasi di atas dikongsikan bersama saya  oleh rakan  di Facebook.


Saya difahamkan,  lawatan mengejut JAIK itu  diarahkan oleh Setiausaha Politik  Menteri Besar, MB  Kedah, Datuk Azimi Daim.

Berikutan itu,  saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada beliau dan juga  MB,  Datuk Mukhriz Mahathir  kerana bersifat prihatin. Biarpun saya tidak dihubungi oleh kakitangan pejabat MB berhubung tindakan dilaksanakan, saya tetap bersyukur kerana  hati pemimpin Barisan Nasioanal  itu  terbuka untuk membanteras kes perhambaan kanak-kanak dan  remaja terbesar  di Malaysia,  berlangsung lebih 10 tahun itu.

Jika PTA ditutup, baca di sini,  ertinya  semua  kegiatan pelajar dieksploitasi menjual  barangan di stesyen minyak, berhampiran institusi perbankan dan premis menjual makanan dijangka berupaya dinoktahkan  secara total.

Pembaca blog ini akan menjadi pemantau aktif.

Andai anda terlihat   kelibat kanak-kanak dan remaja memegang resit seperti di bawah, sila laporkan di sini.


Kepada penguat kuasa Jabatan Kesihatan Malaysia, sila lakukan pemeriksaan di premis memasarkan produk berbentuk UBAT  tanpa kelulusan kementerian.

Buktinya di sini.



Klik di sini.


Khamis, Jun 27, 2013

JOM KE VIETNAM BERSAMA MAZIDUL (2 HARI LAGI UNTUK MENYERTAI SAYA)

Alhamdulillah, melalui perbincangan bersama pengusaha Travel Agency, perancangan saya bakal dizahirkan.  Saya ingin mengajak mereka berminat untuk terbang ke Vietnam.



Saya namakan pakej ini,  VBM (Vietnam Bersama Mazidul)

Tarikh : 14-17 September 2013.

Pakej 4 hari 3 malam  memberikan peluang kepada semua peserta untuk :  

1. Melawat Cu Chi Tunnel
2. Melawat  Sungai Mekong 
3. Melawat Centre Post Office
4. Melawat  City Hall,
5. Berkunjung ke Hard Rock Cafe
6. Menziarahi  Ar-Rahim Mosque.

Peserta rombongan juga bakal berpeluang membeli pelbagai jenis  barangan di  China Town, Russian Market,  Saigon Square Center, Vi Anh Shop, Tax Center, An Dong Plaza,  Hong Anh, Mai Shop dan Ben Thanh Market.

Baju kurung, baju Melayu, tudung,  kain ela, beg,  SEMUA murah! Bandung, Indonesia kini tewas  jika dibandingkan dengan Ho Chi Minh dari aspek syurga membeli-belah.

Saya  akan bersama peserta di sepanjang tempoh 4 hari itu, In Sha Allah.

Harga pakej  HANYA RM1500 seorang JIKA pembayaran deposit RM1000  dibuat  SEBELUM 5 Julai 2013  dan kita bertolak di dalam  kumpulan di antara 25-30 orang.

Sila depositkan RM1000  ke akaun  Maybank Mazidulakmal Sidik 114106004713.

Harga terbabit termasuk kos :

1. Penerbangan pergi  balik,  KLIA-Ho Chi Minh (Saigon) menggunakan pesawat MAS.
2. Hotel  Hoang Lai Long Hotel  (Twin/Double/Triple)
3. Makan, 3 kali sehari (Halal).
4. Pengangkutan (kenderaan berhawa dingin  di Ho Chi Minh)

Jika  mempunyai pertanyaan,  sila Whatsapp saya di 019 244 5354.



Setakat ini saya  telah mempunyai 11 peserta,  masih ada  14  lagi  tempat kosong. Hanya mereka telah  membayar deposit akan diberikan keutamaan untuk terbang  bersama saya ke Vietnam. 

Selain deposit, emelkan ke mazidulakmal@yahoo.com  nama penuh, nombor telefon bimbit, alamat, nombor paspot dan tarikh luput.

* Kanak-kanak memerlukan  katil, kos 80%, tanpa katil, 50%, BAYI, percuma.

Jom cepat!

* Terima kasih kepada semua peserta telah menjelaskan bayaran deposit.


PERHIMPUNAN AMAN MENUNTUT HAK (PEMBETULAN TARIKH)

Mangsa wang bayaran mengerjakan umrah dan haji TIDAK dikembalikan oleh syarikat pengelola pakej  beroperasi di The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor akan berhimpun di hadapan pejabat  terbabit pada 29 Jun, jam 11 pagi.


Sumber : Mingguan  Wanita

Klik di sini.

Perhimpunan bakal  dikoordinasikan oleh NGO, Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia diketuai oleh Ustaz Abdul Aziz Ismail.

Tujuan perhimpunan,  mengadakan sidang media dan membentangkan  fakta berhubung kes ini  agar orang ramai tidak terus dikelentong. Justeru, rakan media terbaca entri ini, dijemput untuk membuat liputan.

"Saya jangkakan ratusan atau ribuan mangsa akan  berhimpun  bersama kami pada Sabtu ini," ujar Aziz.

Wang tidak dikembalikan oleh syarikat terbabit  biarpun pakej dibatalkan berulangkali dianggarkan lebih RM6 juta, membabitkan ribuan mangsa. Kepada semua mangsa, sila membuat laporan polis terlebih dahulu di balai polis berhampiran tempat anda tinggal  dan bawa  salinan laporan sewaktu hadir di perhimpunan.

Setakat ini 18 laporan polis telah dikemukakan.

Sila hubungi Ustaz Aziz ditalian 010 235 8785 untuk membuat rujukan berhubung perhimpunan.

Sebarkan berita ini di media sosial untuk kita membantu umat Islam dianiaya.


DI MANAKAH IKO (LELAKI NIGERIA) SEKARANG? CINTANYA BAK JEREBU SELEPAS HUJAN


Kita tidak pernah membenci  kerana warna kulit, bangsa dan agama  individu atau kumpulan.  Itu pegangan majoriti.

Namun apabila kita menyentuh  isu warga Nigeria kini berada di Malaysia, tiba-tiba kita berasa muak. Muak berikutan terlalu banyak kes penipuan membabitkan mereka. Statistik dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, JSJK Bukit Aman menunjukkan penduduk  Malaysia telah kerugian  lebih RM5.1  juta di antara Januari dan April lalu.


Kebanyakkan  mereka bergaya,  kekadang dilihat memakai kot  biarpun tatkala matahari terik memancar di atas kepala.

Melalui pengalaman, saya mendapati   mereka ramai menetap di apartmen atau kondominium tersorok atau jauh dari pusat bandar.  Jika terbabit dalam kes penipuan, lazimnya lelaki Nigeria tidak gemar keluar dari rumah.  Justeru  tidak hairanlah  jika  penghuni rumah memiliki dua peti ais  agar mereka tidak perlu keluar berulangkali untuk membeli makanan. Mereka bimbang  andai masyarakat setempat  berasa curiga  serta  mengesyaki kegiatan  haram mereka jalankan.

Disember 2011,  saya  mengikuti  operasi  bersama pegawai dan anggota JSJK Bukit Aman. Gadis tempatan diperdaya oleh lelaki Nigeria,  teman lelakinya, Iko. 


Barangkali ramai berpendapat,  lelaki Nigeria gemarkan gadis tubuh berisi tetapi hakikatnya mereka  bersikap membujur  lalu melintang patah. Siapa sahaja gadis melintas, jika berpeluang,  ngap!  Lagipun mereka tahu,  gadis  berbadan gempal  lazimnya  jarang 'diusik'  oleh lelaki tempatan.

Berikut  gambar Iko, kekasih gadis di atas.


Setelah tembelang Iko cuba memperdayakan gadis tempatan itu terbongkar, dia pantas menghilangkan diri. Cinta  diungkapkannya, hilang  bak jerebu selepas hujan. 

Di manakah Iko sekarang?

Jika masih di Malaysia, mungkinkah pada tika ini dia sedang menggomol gadis Melayu di atas katil berbau hanyir? Tubuh gadis dimandikan sebelum diratah manakala  akaun  bank gadis sama  dipergunakan untuk kepentingan diri dan keluarga Iko di Nigeria.

Klik di sini  untuk membaca kisah percintaan di antara dua benua itu.

Kepada pembaca dahagakan cerita berbentuk fakta mengenai jenayah membabitkan lelaki Nigeria, sila klik di sini.

Banyak doh, pilih sahaja.


Selasa, Jun 25, 2013

KALAU HENDAK BARING BALIK RUMAH

iSNIN  lalu,  penyokong Anwar Ibrahim berbaring di atas jalanraya  ...


Sedangkan Anwar duduk selesa, makan bersama  Datuk Seri Najib Razak di parlimen setelah mengangkat sumpah menjadi ahli Parlimen.


Apakah  komen penyokong PR dan BN?


DATUK SERI ZAHID HAMIDI MOHON HENTIKAN KES PERHAMBAAN KANAK-KANAK BERLANGSUNG LEBIH SATU DEKAD DI MALAYSIA

Setakat ini aduan saya kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir melalui Setiausaha  Politik  beliau, Datuk Azimi Daim berhubung perhambaan pelajar Pusat Tahfiz  Amal, PTA  tidak langsung  diberikan perhatian. Mungkin kerana saya tiada gelaran 'datuk' atau sebab mereka  enggan  mengambil  tahu mengenai nasib malang kanak-kanak dieksploitasikan  oleh PTA  lebih 13 tahun.  

Sehingga ke saat ini,  pelajar PTA  masih  dikerah menjual produk SM Amin di pelbagai lokasi,  purata  selama 8  jam sehari mereka berdiri  TANPA  diberikan  makanan dan minuman.

Klik di sini dan juga di sini.

Saya sudah   hampir  berputus asa  mengemukakan banyak  rayuan kepada pelbagai agensi  penguat kuasa kerajaan.  Namun  Allah memberikan  kembali semangat serta  kekuatan kepada  diri  saya untuk terus  mendedah  sekaligus  memperjuangkan  nasib pelajar PTA.

Kepada kakitangan  Jabatan Agama Negeri Kedah, JAIK, alasan pusat terbabit tidak berdaftar  dengan JAIK  justeru tiada tindakan berupaya untuk dilaksanakan, HANYA satu helah  dan  alasan. 

Tatkala Datuk Azimi dihubungi  awal bulan ini,  beliau meminta saya bercakap dengan  pengarah JAIK. Datuk, JAIK tiada gigi apatah lagi taring untuk menangani masalah perhambaan pelajar PTA.  Jika JAIK berkuasa,  sudah pasti saya tidak kepingin   menyusahkan datuk untuk mendengar aduan saya kemukakan. Menyalurkan maklumat kepada JAIK mengenai isu ini bak wal asal balik asil, wal hasil balik asal.

Klik di sini untuk membaca dan menonton penjelasan JAIK.

Mujur  usaha saya menghebahkan kes perhambaan menzalimi kanak-kanak ini mendapat sambutan  positif  daripada masyarakat  ingin membantu,  klik di sini.

Puluhan  entri  berhubung  kisah  pelajar PTA  diperhambakan  telah  saya  paparkan di blog ini. Maklumat berhubung  pelajar dizalimi  berlambak dipaparkan oleh blogger di internet.  

Sila  Google 'pelajar pusat tahfiz amal'. 

Individu  mendalangi  kes perhambaan ini juga telah dikenal pasti namun tiada tindakan diambil  terhadapnya,  barangkali kerana dia memiliki wang  berkoyan dan bergelar billionaire,  sila  klik di sini.

Justeru itu, saya memohon jasa baik Menteri Dalam Negeri,  Datuk Seri  Ahmad   Zahid Hamidi untuk campur tangan,  mengarahkan pegawai pihak berkuasa menjalankan siasatan sekaligus  memberhentikan  kes perhambaan  anak mentah berlangsung  lebih satu dekad


Datuk  Seri Zahid pemimpin  bersifat LEBIH tegas.  Jika datuk tidak mempunyai masa terluang, mohon  bekas  teman sekolej  saya sewaktu berusia 18 tahun ( Kolej  Pengajian Persediaan, KPP/UITM), kini  Setiausaha Politik datuk,  Datuk Shahrul Zaman Yahya untuk  berbincang sekaligus  membantu  menoktahkan  kes perhambaan ini bak tidak berkesudahan ini.


Saya bersedia,  pada bila-bila waktu  untuk dipanggil,  bertujuan  menyalurkan informasi tepat kepada beliau. Saya percaya,  sebagai pemimpin dan sahabat, Datuk Shahrul  akan memperuntukkan  ruang masa untuk memberikan  sedikit perhatian terhadap kes ini.

Sia-sia  andai  saya menaruh harapan kepada  Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung  hal  ini. Harapan itu  pasti  akan  menjadi  bak air  dicurahkan  ke daun  keladi. Anwar terlalu taksub  ingin  menjadi Perdana Menteri  biarpun  dia tahu cita-citanya begitu tipis untuk dicapai.  


Saya percaya,  dia  tidak mempunyai masa untuk membantu menyelesaikan  kes perhambaan kanak-kanak saya kemukakan ini.

Tidak  seperti MAJORITI pemimpin BARISAN NASIONAL, sentiasa  mendahulukan kepentingan rakyat.



Sumber : Di sini

PEMBACA BUDIMAN,  SILA SEBARKAN ENTRI INI DI TWITTER, FB DAN BLOG

Ingin bercakap secara LEBIH yakin, selesa dan bergaya di hadapan audien?

Tonton ...


Isnin, Jun 24, 2013

KONGKEK DALAM PREMIS JUDI RM50

"Kedai perjudian itu beroperasi 24 jam sehari. Dua wanita Indonesia bekerja melayan pelanggan berjudi, majoriti warga asing. Kalau hendak kongkek  RM50 sahaja di dalam bilik mereka di premis sama," ujar rakan peniaga.


"Macam mana awak tahu?," soal saya.

"Wanita  Indonesia itu  pelanggan kedai saya dan pelanggan pelacur itu juga  selalu berjumpa saya," katanya lagi.

Jarang  benar kita mendengar pakej  2 dalam 1 seperti itu,  kegiatan  perjudian  dan pelacuran digabungkan.

Premis  itu terletak di SELANGOR.

Kes ini UNIK.


'HATE OUR GOVERNMENT' : SAYA CABAR TUKARKAN KEBENCIAN MENJADI PENGORBANAN


Wanita  peserta perhimpunan  anjuran  Anwar Ibrahim di atas,  membenci  kerajaan.  Itu dicatatkannya secara nyata.


Barangkali dia dilahirkan dalam keluarga kaya-raya. Justeru dia dan ahli keluarga serta keturunannya TIDAK  pernah mendapat atau memohon bantuan kerajaaan selama ini. Mungkin juga, dia ke universiti menggunakan HANYA  wang keluarga dan kini berniaga di bangunan sendiri.  Adik-beradiknya PASTI dihantar ke sekolah swasta atau international school.

Jika telahan  saya di atas berupa  FAKTA, saya ingin menjemput dia untuk bersama  

Kes  1. Membantu mangsa penipuan syarikat pengelola umrah di The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Klik di sini.

Kes  2. Membebaskan ratusan kanak-kanak terus diperhambakan oleh Pusat Tahfiz Amal di Yan, Kedah.

Klik di sini.

Mengapa?

Dalam kes pertama, setakat ini  tiada  kakitangan kerajaan terbuka hati untuk menghulurkan bantuan,  begitu juga dalam kes kedua.

Individu membenci kerajaan itu, saya cabar untuk membantu.

Jadi dia berpeluang  menukar perasaan BENCI bersarang di jiwanya  itu  kepada pengorbanan  untuk membantu umat  ISLAM teraniaya.

KEPALA DITELAN DEK JEREBU

Petang semalam, sewaktu suasana berjerebu, saya meminta anak sulung merakamkan video di bawah di luar rumah.

Hasilnya, sebahagian daripada kepala saya bak hilang  'ditelan'  dek jerebu.

Apapun informasi saya kongsikan masih jelas. Kepada pembaca ingin mempertingkatkan kemahiran komunikasi sila  tonton rakaman di bawah.


Klik di sini untuk menonton saluran Youtube saya.

Ahad, Jun 23, 2013

DATIN, TIADA MENTERI TERBUKA HATI UNTUK CAMPUR TANGAN


Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan, KBS  kerana sudi mengundang saya menjadi seorang daripada ahli panel membincangkan topik 'sukarelawan'.

Saya digandingkan bersama, Rizan Hassan dan sesi perkongsian maklumat itu dikendalikan oleh personaliti televisyen, Rafidah Abdullah. Turut hadir di lokasi, Ketua Setiausaha KBS, Datuk Jamil Salleh  serta  pegawai.

Saya percaya, semangat sukarelawan mampu disemai di kalangan belia tanpa mengira bangsa  jika mereka mempunyai semangat,  keikhlasan dan  sedikit keberanian.


"Dahulu, kita biasa  melihat iklan, anak muda memimpin orang tua, buta melintas jalan. Kini, sebilangan kita hanya membiarkan orang tua itu cuba melintas  jalan kerana  berharap orang lain  akan membantu.  Kita lebih gemar menjadi bystanders.  Bagi menyemai semangat sukarelawan,  kita tidak perlu menunggu untuk membantu,  laksanakan sahaja," ujar saya.


Setiap individu  terbabit dalam kerja sukarela akur,  mereka tidak mendapat sebarang imbuhan atau upah  tetapi tetap  melakukan kerja  untuk membantu  sekaligus  membuatkan insan lain tersenyum.


Sebelum sesi bermula, saya terserempak dengan sukarelawan Islamic Relief Malaysia,  Datin Norelan Ismail.


"Bagaimanakah  kita bersama  boleh membantu anak-anak Pusat Tahfiz Amal (PTA) dikerah mengutip derma itu?  Ramai saya temui di Bangi," ujar beliau.

Saya tahu kesungguhan beliau untuk memperjuangkan nasib pelajar PTA di Yan, Kedah itu. 


"Datin,  setakat ini,  tiada menteri  terbuka hati  untuk campur tangan bagi  mengatasi masalah perhambaan kanak-kanak itu,  termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir," balas saya.

Sila klik  di sini.

Apapun, saya sudi berbincang bersama beliau untuk berikhtiar  mencari kaedah terbaik  memberhentikan pengeksploitasian kanak-kanak itu.

Berikut gambar dirakamkan oleh rakan, Suhaimi Mohd di lokasi terbabit.


Klik di sini.


Beberapa artis turut berada di KBS untuk menggerakkan aktiviti belia dirancang.


TONTON video berikut :