Setakat ini aduan saya kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir melalui Setiausaha Politik beliau, Datuk Azimi Daim berhubung perhambaan pelajar Pusat Tahfiz Amal, PTA tidak langsung diberikan perhatian. Mungkin kerana saya tiada gelaran 'datuk' atau sebab mereka enggan mengambil tahu mengenai nasib malang kanak-kanak dieksploitasikan oleh PTA lebih 13 tahun.
Sehingga ke saat ini, pelajar PTA masih dikerah menjual produk SM Amin di pelbagai lokasi, purata selama 8 jam sehari mereka berdiri TANPA diberikan makanan dan minuman.
Saya sudah hampir berputus asa mengemukakan banyak rayuan kepada pelbagai agensi penguat kuasa kerajaan. Namun Allah memberikan kembali semangat serta kekuatan kepada diri saya untuk terus mendedah sekaligus memperjuangkan nasib pelajar PTA.
Kepada kakitangan Jabatan Agama Negeri Kedah, JAIK, alasan pusat terbabit tidak berdaftar dengan JAIK justeru tiada tindakan berupaya untuk dilaksanakan, HANYA satu helah dan alasan.
Tatkala Datuk Azimi dihubungi awal bulan ini, beliau meminta saya bercakap dengan pengarah JAIK. Datuk, JAIK tiada gigi apatah lagi taring untuk menangani masalah perhambaan pelajar PTA. Jika JAIK berkuasa, sudah pasti saya tidak kepingin menyusahkan datuk untuk mendengar aduan saya kemukakan. Menyalurkan maklumat kepada JAIK mengenai isu ini bak wal asal balik asil, wal hasil balik asal.
Klik di sini untuk membaca dan menonton penjelasan JAIK.
Mujur usaha saya menghebahkan kes perhambaan menzalimi kanak-kanak ini mendapat sambutan positif daripada masyarakat ingin membantu, klik di sini.
Puluhan entri berhubung kisah pelajar PTA diperhambakan telah saya paparkan di blog ini. Maklumat berhubung pelajar dizalimi berlambak dipaparkan oleh blogger di internet.
Sila Google 'pelajar pusat tahfiz amal'.
Individu mendalangi kes perhambaan ini juga telah dikenal pasti namun tiada tindakan diambil terhadapnya, barangkali kerana dia memiliki wang berkoyan dan bergelar billionaire, sila klik di sini.
Justeru itu, saya memohon jasa baik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk campur tangan, mengarahkan pegawai pihak berkuasa menjalankan siasatan sekaligus memberhentikan kes perhambaan anak mentah berlangsung lebih satu dekad
Datuk Seri Zahid pemimpin bersifat LEBIH tegas. Jika datuk tidak mempunyai masa terluang, mohon bekas teman sekolej saya sewaktu berusia 18 tahun ( Kolej Pengajian Persediaan, KPP/UITM), kini Setiausaha Politik datuk, Datuk Shahrul Zaman Yahya untuk berbincang sekaligus membantu menoktahkan kes perhambaan ini bak tidak berkesudahan ini.
Saya bersedia, pada bila-bila waktu untuk dipanggil, bertujuan menyalurkan informasi tepat kepada beliau. Saya percaya, sebagai pemimpin dan sahabat, Datuk Shahrul akan memperuntukkan ruang masa untuk memberikan sedikit perhatian terhadap kes ini.
Sia-sia andai saya menaruh harapan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung hal ini. Harapan itu pasti akan menjadi bak air dicurahkan ke daun keladi. Anwar terlalu taksub ingin menjadi Perdana Menteri biarpun dia tahu cita-citanya begitu tipis untuk dicapai.
Saya percaya, dia tidak mempunyai masa untuk membantu menyelesaikan kes perhambaan kanak-kanak saya kemukakan ini.
Tidak seperti MAJORITI pemimpin BARISAN NASIONAL, sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.
Sumber : Di sini
PEMBACA BUDIMAN, SILA SEBARKAN ENTRI INI DI TWITTER, FB DAN BLOG
Ingin bercakap secara LEBIH yakin, selesa dan bergaya di hadapan audien?
Tonton ...
PEMBACA BUDIMAN, SILA SEBARKAN ENTRI INI DI TWITTER, FB DAN BLOG
Ingin bercakap secara LEBIH yakin, selesa dan bergaya di hadapan audien?
Tonton ...
SMTI: Terima kasih kpd Sdr. Mazidul yang belum mahu berputus asa.. Kuatkan semangat.. insyallah kebenaran pasti menjelma jua.Saya mewakili rakan2 & sahabat2 mengucapkan terima kasih dan menyokong penuh atas usaha ini.Moga Datuk Seri Zahid Hamidi dapat menyelesaikan masalah ini tak lama lg insyallah. * hati & perasaan saya tak mampu lg bertahan melihat anak2 kecil diperhambakan demi kepentingan individu yg tidak bertanggungjawab itu.!
BalasPadamMakin lama makin meroyan Mazidul ni. Bila perkara yang dia perjuangkan tidak diambil peduli (ikut definisi dia la), semua orang akan dihentamnya. Sampai gelaran datuk pun nak dipolitikkan. Tapi kau lupa pada hal penipuan kau yang tak selesai lagi tu
BalasPadamBro ni berani betul komen cam ni, ada berani letaklah gambar nak tgk... Ker berani tulis jer?? Be gentlemen mcm abg mazidul ni, jgn pandai baling batu pastu sembunyi tangan hehe
Padamlu pun tak buh pic, monyet :P
PadamHafez, awak menjual barangan antik. Jika barang dijual, awak mendapat keuntungan. Keaslian barangan, belum tentu lagi.
BalasPadamTentunya perjuangan kita tidak sama.
Meminta bantuan daripada pemimpin tidak bercanggah dengan Kanun Keseksaan. Mereka dilantik oleh rakyat dan tidak canggung jika rakyat tidak berpangkat seperti saya memohon pertolongan. Hak saya untuk meminta bantuan, hak mereka membuat keputusan samada berhasrat menghulurkan bantuan atau tidak. It is very simple.
Macam awak, menjual. Hak pelanggan samada untuk membeli atau tidak. Apapun tentunya, saya tidak akan menjadi pelanggan awam.
Salam Mazidul, kalau tsk silsp says YB Datuk Shshrul teman sedara tu dah jadi ADUN di Persk dan telah di lantik sebagai Exco Belis
PadamSetiap kali waktu lunch di Cyberjaya, para pelajar PAT ni akan datang dan mintak kita beli barangan dia. Kesian saya tengok mereka penat ... bila dah penat pastinya muka pun ketat.
BalasPadamBila saya tak nak beli, mereka seakan marah. Siap kata, "terima kasih kerana pandang hina kat saya". Ada yang lebih teruk siap kata saya kejam!
Apa yang perlu saya buat? Boleh mintak nasihat bro MAzidul sket ...
Allah maha mengetahui dalam setiap perbuatan kita.....semuga usaha murni saudara mendapat ganjaran yg setimpal di sisiNYA.....sokong anda membeteras kes perhambaan kanak2 tahfiz ini.
BalasPadamMungkin kes ini tidak sampai ke pengetahuan Datuk Muhkriz...mungkin dipandang remeh oleh setiausaha politik beliau... wallahualam...