Pada kira-kira jam 2.15 petang tadi, saya dimaklumkan LEBIH 800 mangsa penganiayaan syarikat pengelola umrah tanpa lesen, bakal berhimpun di sekitar Jalan PJU 5/20D, The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Berikut butiran program.
Tarikh : 29 Jun (Sabtu)
Jam : 11 pagi.
Perhimpunan dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan, Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia diketuai oleh Abdul Aziz Ismail.
Pelanggan tertipu atau wakil dijangkakan bakal membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara. Setakat ini saya dimaklumkan, polis hanya merujuk kes ini kepada Tribunal Pengguna. Hal ini telah dirujuk kepada pegawai polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman.
Kerugian terkini ditanggung oleh mangsa dianggarkan LEBIH RM6 juta.
"Semalam, 300 mangsa lagi mengadu wang mereka tidak dikembalikan, berjumlah RM1.5 juta," ujar Abdul Aziz.
SEMUA wakil media cetak dan elektronik dipersilakan hadir untuk membuat liputan difikirkan bersesuaian.
Kegiatan syarikat terbabit, In Sha Allah akan dibongkar pada hari sama.
Pengajaran kejadian berlaku, amat mudah. Usah memperdayakan umat Islam daripada pelbagai lapisan masyarakat, hidup susah dan senang, kerana mereka ingin menunaikan ibadah umrah BUKAN melancong ke Disney World.
Apapun, saya ingin merakamkan penghargaan kepada wartawan Mingguan Wanita kerana mendedahkan kes ini.
Keberanian ditampilkan oleh wartawan terbabit memaparkan nukilan di atas amat saya kagumi. Jika kita berjuang bertujuan membantu masyarakat secara ikhlas, Allah akan menganugerahkan ganjaran sewajarnya.
Jika wartawan bertugas, hanya untuk mencari nama, kita tidak akan kemana.
28 June 2013 jatuh pd hari jumaat..... Mcm mana nk pergi?
BalasPadamKakitangan KERAjaan hanya ambil tindakan jika disuruh/paksa - sebijik mcm kerbau kena cucuk hidung or kena makan nasi kangkang
BalasPadamBanyak kes2 yg dipaparkan di suratkhabar patutnya mereka PROAKTIF...mereka terlalu dimanjakan dengan kemewahan yg diberikan oleh KERAjaan
Kes macam ni memang perlu diketengahkan. Beberapa org di kawasan rumah saya termasuk ibu bapa saya juga telah tertipu dengan yati dan suaminya adi. Bila dihubungi, ada sahaja alasan diberi. Banyak masalah yg telah ditimbulkan dan mereka wajib dibawa ke muka pengadilan.
BalasPadamRamai yg mnangis bila harapan setinggi gunung ingin ke rumah Allah, tapi ditipu hidup2 oleh yati dan adi.
Apa maklum balas mereka dgn isu ini..blh x mereka kembalikan wang kami
BalasPadam