Isnin, Jun 03, 2013

BILAKAH MELISSA GOOI AKAN DITAHAN UNTUK DISIASAT?

Dipercayai  segalanya  bermula   dengan  sembang di  Facebook di kalangan beberapa  individu  berbangsa  Cina.

Hasil   sembang  itu  kemudian  tersebar  sekaligus  semua  rakyat Malaysia  berpeluang mengetahui  antara  hal  tersirat  dan   disuratkan  di laman  sosial.


Sebagai  Pengurus  Pemasaran  Lancome Malaysia,  klik di sini,  Mellisa  Gooi tidak   sepatutnya   mencetuskan isu  sensitif  membabitkan  Yang di-Pertuan Agong. Biarpun dia graduan universiti luar negara,  barangkali  Mellisa bersama beberapa rakannya   tidak memahami  apatah  lagi  memperakui  Rukun Negara.


Melalui akhbar  saya mengetahui,  satu  laporan polis  dibuat di Pulau Pinang  manakala 6 lagi di Kuala Lumpur. 

Sila baca  kenyataan akhbar  Timbalan  Ketua Polis Kuala Lumpur.


Bukan  sukar untuk polis menghubungi  atau mencari  Mellisa kerana  syarikat dia  bekerja    amat  ternama.  Hari Isnin,  pastinya  dia  datang ke  pejabat  untuk  menguruskan tugasan  rutin.

Apapun  saya  percaya  dia  akan  disiasat   mengikut  Akta Hasutan 1948 seperti  disiarkan  di atas.  Lebih molek   andai  semua  rakannya  terbabit  dalam  perbualan  itu   disiasat  sekali  terutamanya   Carol  Tay  dan  Hun  Keat  Wong.

Carian di  Facebook  menggunakan  nama 'Mellisa Gooi',  gagal.  Mungkin  akaun terbabit telah   dipadamkan  tetapi  saya  AMAT YAKIN  sekumpulan  pegawai dan anggota  polis di  Jabatan  Siasatan Jenayah Komersil  Bukit Aman  tentunya  telah  memperolehi  maklumat diperlukan  untuk  siasatan   dilaksanakan.

Sebelum disiasat,  dia tentunya  akan  ditahan  oleh  polis  terlebih  dahulu.   Jika tidak hari   ini, mungkin esok.

Kalau duhulu,  anggota  polis  bertugas  di balai  lebih  selesa  menggunakan typewriter  untuk menulis  laporan  kes  berbanding  menggunakan  komputer meja,  kini   keadaan jauh berbeza.  Pegawai dan  anggota  polis kini  berstatus  IT oriented.

Terkini,  sila baca pula   laporan berikut.

12 ulasan:

  1. obefiend tuh biasa update blogserius dengan begitu menarik troll pr atau bn.tak sangka tweet dia serius bodoh

    BalasPadam
  2. SMTI-13 tahun penkara jika sabit kesalahan dan jika hakim faham undang undang.

    BalasPadam
  3. Sudah sampai masa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dalam hal-hal sebegini. Ini kerana ada golongan rakyat Malaysia yang naik tocang, angkuh dan bongkak. Benda begini menyebabkan kemarahan yang terpendam - kalau ada trigger pada masa akan datang, maka akan terjadi keganasan. Orang-orang yang tidak buat kesalahan pun akan terima akibat bila berlaku huru-hara.

    By the way, yang kes sorang tu, yang telah mencaci Sultan Perak tahun 2009 di website istana: Apa sudah jadi dengan dia?

    BalasPadam
  4. Limau purut tiga serangkai
    Buta perut takdak akai....

    BalasPadam
  5. Sokong 100% saranan Mazidul...

    Bila pula agaknya Ibrahim Ali & Zulkifli Nordin hendak dikenakan tindakan yang sama....?

    BalasPadam
  6. Ibrahim Ali dan Zol Noordin pernah hina Agong ke? mohon pencerahan Erwan Nur Ali.

    BalasPadam
  7. ~kes hina Agong~salah kita sebab nak "inggeris"kan sistem pendidikan Malaysia..semua nak english..hatta kat U skrg semua kena belajar dalam english...kesannya..generasi skrg memandang tinggi English dan memandang rendah Bahasa Melayu..akibatnya mereka 'berkiblatkan' Barat dalam semua hal termasuk budaya..akhirnya mereka hilang hormat pada Raja2 Melayu sebab org Barat mana tau hormat Raja..di UK misalnya, mereka bebas kutuk Queen...so, kena 'MELAYU'kan sistem pendidikan baru Melayu kembali dihormati

    BalasPadam
  8. Maksud saya bukan Ibrahim Ali & Zulkifli nordin menghina Agong...

    Saya bertanyakan apakah boleh dikenakan tindakan yang sama apabila mereka berdua terang² menghina agama & bangsa lain...

    nampak seolah² "double standard"...

    BalasPadam
  9. Erwan Nur Ali, boleh kalau ada peruntukan undang2 bagi kesalahan demikian.

    BalasPadam
  10. http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/425320_10151504152023178_1548663918_n.png

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.