Secara kebetulan saya terserempak dengan Pengerusi Jambatan Kedua Sdn. Bhd, Tan Sri Sulaiman Mahbob.
"Ingat satu ketika dahulu, kita bersama mengikuti serbuan di premis menjual cakera optik cetak rompak," ujar beliau.
Waktu itu Sulaiman bertugas sebagai Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
"Tan Sri, adakah dibenarkan jalan di bawah jambatan sedang dibina dibuka kepada orang ramai?," soal saya.
"Permohonan diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang," balas beliau ringkas.
Sulaiman kemudian berkongsi maklumat menarik bersama saya.
"Saya tidak mahu melihat kejadian seperti ini berlaku. Semua scaffolding telah disahkan selamat oleh jururunding. Sebelum Perdana Menteri dibawa melintasi jambatan ini, saya sempat bersembahyang maghrib, isyak dan mengadakan majlis doa selamat di atas jambatan," ujar beliau tenang.
Jambatan Kedua Pulau Pinang itu dijangka siap pada bulan September tahun ini, kira-kira dua bulan lebih awal berbanding tempoh ditetapkan.
Sebelum itu saya menemui Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, pegawai polis lama saya kenali, Datuk Abdul Rahim Jaafar.
Sementara menunggu pasukan penyelamat mengeluarkan mayat di dalam kereta Perodua Kelisa, kami bergambar untuk kenangan.
"Setakat ini hanya satu mayat dikesan, lelaki Melayu dipercayai berasal dari Gelugor," ujar Abdul Rahim kepada wakil media.
Ketika itu kakitangan pasukan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam bertugas berusaha mengeluarkan mayat mangsa ditimpa runtuhan besi penyambung jambatan terbabit.
Kenderaan untuk membawa mayat ke hospital diparkir pada jarak kira-kira 20 meter dari lokasi runtuhan.
Ramai rakan media berada di lokasi, melaksanakan tugasan. Sebilangan mereka sanggup berdiri di bawah terik mentari bak kebal kepanasan.
Berapakah jumlah mangsa maut di lokasi? Barangkali itu antara soalan bermain di minda mereka semua.
Menurut Abdul Rahim, mayat pemandu kereta, Tajudin Zainal Abidin, 45 tahun, berjaya dikeluarkan dari bawah timbunan besi dan konkrit pada jam 8.45 malam tadi.
Mayat ditemui di kerusi pemandu dalam keadaan terlangkup di papan pemuka kenderaan.
Mayat bekas anggota polis, anak kelahiran Kelantan itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.
Gambar : Harian Metro Online
Mayat dicam oleh isteri mangsa di lokasi kejadian.
Usaha mencari mangsa lain, jika ada, masih diteruskan oleh pasukan penyelamat.
Takziah diucapkan kepada keluarga Tajudin.
Al-Fatihah.
Takziah pada keluarga mangsa.Alfatihah....Moga siasatan dapat dijalankan dan mengenalpasti punca kejadian.
BalasPadamAL-FATIHAH.....SIASATAN SECARA TELUS BAGI KEADILAN KEPADA KELUARGA MANGSA...SEMOGA DI TEMPATKAN DI KALANGAN GOLONGAN BERIMAN..AMIN
BalasPadamAl-Fatihah buat arwah...
BalasPadamAl-Fatihah buat arwah..
BalasPadamMoga keluarga mangsa kuat dan tabah dalam menerima ujian dariNYA.
Alfatihah buat arwah
BalasPadamMangsa adalah Abg Ipar saya iaitu Abag Sulung kepada Suami saya.Kematiannya amat mengejutkan kami sekeluarga dan cara kematiannya amat menyayat hati.Suami saya pengsan semasa membuat pengecaman di tempat kejadia.Suami saya admit Hospital Pantai lebih kurang 5 hari akibat tarik sawan sebelum pengsan ditempat kejadian dan masih dlm keadaan trauma..semoga arwah ditempatkan bersama org2 yang beriman dan semoga suami saya pulih semangat dan menjadi seperti sedia kala...amin.
BalasPadam