Sabtu, Jun 29, 2013

MAMA ROCK SILA PULANGKAN WANG WANITA TERPAKSA MENGGADAI GELANG TANGAN UNTUK KE MEKAH



Sabtu lalu,  pertubuhan bukan kerajaan,  Lembaga  Pembangunan Pengguna Malaysia diketuai   oleh ustaz Abdul Aziz Ismail  memaparkan wajah wanita sehingga kini syarikat dikendalikannya didapati  gagal memulangkan semula  wang mangsa dibatalkan pakej  menunaikan umrah.


Nama sebenar wanita itu,  Rohaya Asmuni, berusia 53  tahun dan berasal  dari Perak. Lazimnya dia menggunakan gelaran 'Dato Paduka', status saya percayai  dianugerahkan oleh Pertubuhan Laduni 30 Malaysia.


Dalam erti kata lain, 'Dato''  itu bukan dikurniakan oleh pembesar negara Malaysia.


Wanita beranak dua itu amat  licik  menggunakan pelbagai nama dan helah. Antara nama dihebahkan kepada orang ramai,  Mama Rock,  Mummy Zie,  Ati dan Haryati.



Sabtu lalu, 29 Jun, kira-kira 200 pelanggan dari pelbagai lokasi berkumpul berhampiran pejabat  Arlief Juara Kembara di  The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor,  untuk meluahkan ketidakpuasan hati serta  menuntut kembali wang  mereka. 

Bantahan  berlangsung secara aman  tanpa dikawal oleh pihak polis. Dua hari sebelum perhimpunan, saya telah memaklumkan tindakan  itu kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed.

Satu sidang media diadakan di lokasi sekaligus mendedahkan identiti syarikat dan pengendali terbabit.

Di bawah  antara gambar  kepelbagaian wajah Rohaya  dimuatkan di banting dipamerkan kepada wartawan dan pelanggan tertipu.


Semalam,  saya bertemu seorang  daripada ejen menjadi mangsa penipuan,  Nasarudin Omar, 42  tahun dan  bertugas sebagai  tenaga pengajar mengaji Al-Quran sepenuh masa.

"Saya bertemu dengan  Rohaya lebih 10 kali selepas menyedari tertipu kerana  jemaah tidak diterbangkan  pada 23 Mac  lalu," ujar Nasarudin.

Tambah graduan Universiti Malaya itu,  syarikat sama turut menggunakan khidmat ramai penceramah bekas kakitangan Tabung Haji.



"Saya percaya, pengendalian pakej umrah bukan perniagaan utama dia. Jutaan wang diserahkan oleh ejen diserahkan  kepada seorang lelaki Cina, didakwa  kakitangan kewangannya.  Sebelum ini,  syarikat sama menggunakan khidmat syarikat lain, membawa kira-kira 1,500  pelanggan menunaikan umrah. Namun proses itu dibantu oleh syarikat lain di Ampang, Selangor  Selepas itu pakej mengerjakan umrah berharga RM3,900 ditawarkan kepada orang ramai. Sebagai pengendali pakej umrah sejak tahun 2000,  saya tahu, harga itu tidak logik tambahan pula apabila dimaklumkan, pelanggan kononnya akan diterbangkan dengan MAS,"  tambah  Nasarudin.


Pembayaran pertama kepada syarikat terbabit dibuat pada awal Januari dan diikuti oleh beberapa  bayaran lain.

"Saya juga berjumpa lelaki,  kononnya abang Rohaya, berstatus Ayahanda Paduka Dato. Hairannya, bagaimanakah mereka adik-beradik? Nama ayah Rohaya, Asmuni  dan nama ayah lelaki itu,  Ibrahim. Hemat saya syarikat ini bukan berniaga pakej umrah. Pakej asal ditawarkan oleh syarikat dia bekerjasama itu  RM4,400, manakala  dia menawarkan  pekej dengan harga RM3,900. Jadi setiap kali ada pelanggan akan terbang, syarikat itu terpaksa menambah RM500. Dia memerlukan wang tunai dan mungkin wang terkumpul itu digunakan untuk tujuan lain. Terkini, apabila saya hubungi melalui pesanan ringkas, Rohaya berkata, dia hendak pulang ke kampung di Perak,  saudara sakit," jelasnya.



Pada 25 Mac,  31 daripada  82 jemaah  dikendalikan oleh Nasarudin terbang ke Mekah dengan menggunakan wang sendiri, RM4,400 seorang. Mereka  bercadang untuk  menuntut wang  dibayar  kepada Arlief  Juara Kembara.

"Lelaki bergelar Ayahanda Paduka Dato' itu menghubungi saya dan berkata, Nasa(rudin), jangan fikir bukan bukan tahu,  kalau gangster ini semua aku jaga.  Hakikatnya,  dia tergugat sebab  kita tahu  banyak  fakta,"  terang anak  kelahiran  Pekan, Pahang itu.  

Rohaya  dikatakan menetap di Kota Damansara bersama suaminya, tidak jauh dari pejabat mereka.

"Kami kerugian sekitar RM180,000  kesemuanya dan meminta Rohaya untuk mengembalikan wang kami semua. Seorang ibu dari Sitiawan Perak, terpaksa menggadai gelang tangannya untuk membiayai kos membawa menantu lelaki ke Mekah kerana anak wanita itu tiada mahram. Mereka turut kempunan untuk menunaikan umrah," celah ustaz.

Penguat kuasa Kementerian Pelancongan menyerbu pejabat Arlief Juara  Kembara pada 22 Mac, Jumaat. Syarikat terbabit didapati tidak memiliki lesen untuk menggelolakan pakej haji atau  umrah.

Jika  Rohaya dan kuncu-kuncunya tidak  memulangkan kembali wang pelanggan dianggarkan lebih  RM6 juta,  majoriti orang susah,  saya tidak akan teragak-agak untuk terus mendedahkan identiti mereka.

SILA HEBAHKAN DI MEDIA SOSIAL AGAR ORANG RAMAI TIDAK LAGI MENJADI MANGSA


9 ulasan:

  1. Pui... 30 ingat besar sgt ke.. suka2 tipu org.. ini ke yg diterapkan didalam persatuan yg kononnya Islam?

    BalasPadam
  2. Masha Allah... rasanya dya lah Mummy Zee yang pernah menipu keluarga kami juga konon nak bertatih dalam dunia hiburan huhuhuh... sebab memang dya ada 2 orang anak je.

    BalasPadam
  3. Kami group masjid kuarters KLIA seramai 29 orang kene tipu juga. Sehingga kini kakitangan Arlief tidak dapat dihubungi.
    Ketua kumpulan En Bokhari - 012-6131978

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum En. Mazidul, saya, 4org sekeluarga juga terkena. Kami dapat pakej murah RM3990 sebab early bird katanya. Sepatutnya berlepas pada 28 Mei 2013, tapi katanya visa x lulus sebab Saudi bg visa limited bulan tu sebab peak season & sdg ada construction di sana. Kami diberi pilihan untuk waiting list, cancel, pilih tarikh lain atau tukar ke Disember. Kami decide untuk pergi pada 13 Jun. Tapi tak dapat pergi juga. Kami dipanggil untuk sesi 'briefing' ttg pertukaran, rupanya ramai lagi yg xdpt pergi. Maka, ramai-ramai pergi buat report di Balai Polis Kota Damansara, dlm masa yg sama ada seorang tuan rumah juga buat report polis sebab Dato Yati dah 2bulan tak bayar sewa rumah.
    Keluarga saya usaha pergi dengan agency lain, alhamdulillah mereka baru berlepas Isnin lalu. Hanya saya & mak saya tak pergi. Bila dihubungi melalui sms, dato yati kata dia cuba bagi semula duit semalam, tu pun kata dato yati, dia cuba, ni pun dia kena pinjam duit abang dia. Sampai hari ni masih tak ada. Bila mak saya tanya banyak kali, mereka marah dengan caci maki, sumpah seranah dan seperti mengugut (ada bonser jaga). Kata mak saya, ada seorang lawyer berjaya dapat semula duit dia, tapi setelah 'dihimpit' dgn bonser2 mereka.
    Saya jadi sangat tak faham. Duit yg kami bayar pergi ke mana? Kami seperti terpaksa mengemis duit sendiri. Diharap agar tindakan segera dapat diambil oleh pihak2 yg terlibat. Saya & keluarga sedia memberi keterangan bukti jika diperlukan. Sebarang maklumat lanjut boleh email saya di,

    shakespearesonnet18 at yahoo dot com

    sekian. terima kasih.

    BalasPadam
  5. Saya juga pergi umrah dengan agensi Arlief pada bulan Mac 2013. Walaupun tertunda sebulan, Alhamdulillah saya dapat pergi juga. Kami pergi dengan pakej RM5999 tapi sekali dengan masuk ke Palestin (dapat buat Umrah 3 masjid: MAsjidil Aqsa, MAsjidil Haram, DAn MAdinah). Parent sepatutnya pergi juga dengan kami tetapi menukar ke pakej RM3999 dan alhamdulillah telah lepas pergi bulan Februari 2013.

    NAseb baik kami dah lepas pergi.. lepas balik dari Mekah, memang dengar macam2 tentang company ni. Terbaru, mereka ajak suami saya jadi sukarelawan Haji tapi kena bayar RM5000!!

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum. En mazidul ada apa-apa perkembangan tak berkenaan kes ni? saya 4 orang sekeluarga juga terkena, tetapi agen hanya mendiamkan diri dan meminta kami bersabar. Harap En. boleh memberi maklumat sekiranya ada terdengar apa-apa berita.

    BalasPadam
  7. kami sekeluraga juga terkena...melalui uztaz ramli yg kini berdiam diri......tak tahulah cam ne leh jadi cam ni...geram rasanya...

    BalasPadam
  8. Salam En.Mazidul. Saya kenal benar semua mereka ni kerana mereka merupakn pelanggan saya. Bukan sahaja Mummy Rock ni sendiri bahkan keluarga serta pekerja pekerja nya semua saya kenal. Teramat kenal. Saya saya juga pernah menguruskan kursus umrah yang dikendalikan mereka. Agak terkejut saya apabila mendapat tahu berita ini kerana memandangkan saya baru sahaja pulang ke malaysia. Saya harap agar saya dapat membantu jika diperlukan. Sekian terima kasih

    BalasPadam
  9. Buat masa ni, ibu mertua saya juga ditipu oleh mereka ini. Bagaimana nak mendapatkan semula wang yang ditipu pun tak pasti kerana hampir RM53K telah diberikan kepada Arlief Juara Kembara, namun tiada penerbangan atau update yang diberikan sehingga kini.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.