Rabu, Jun 12, 2013

MENANTI JAWABAN MRT CORPORATION

Saya telah menghubungi  pegawai Korporat Komunikasi  Prasarana Negara Berhad dan dimaklumkan  projek pembinaan laluan  Mass Rapid Transit,  MRT di Kota Damansara, Petaling Jaya,  Selangor,  dikendalikan oleh MRT Corporation.

Peniaga di Kompleks Muhibbah atau Uptown  Kota Damansara  memberitahu saya,  pihak pengurusan kompleks  telah mendirikan  banyak kanopi  di bawah Blok A (zon pembinaan laluan MRT)  dan membenarkan individu berniaga pada Jumaat malam Sabtu lalu dengan kadar  sewa RM300 sebulan.

Berikut  gambar  dua  blok di  Uptown D' Kota.    Blok A di sebelah kanan.


Lihat  kanopi di bawah Blok A.


Di bawah,  pandangan sisi  kedudukan  kanopi di blok sama.


"Saya telah  menghubungi  pengurus  Stakeholder  Relation  Land Management,  encik Azhar Abd Aziz  dan membuat  aduan,"  ujar Zainuddin Hashim,  63 tahun.

Klik di sini  untuk membaca  entri  terdahulu.

Petang  semalam saya juga menghubungi Azhar dan dia  memberitahu kewujudan aktiviti perniagaan di  bawah  blok A itu  di luar  bidang  kuasanya  sebagai pengurus.

"Fasal  perniagaan,  sila rujuk  kepada MBPJ,"  ujarnya. 

Peliknya,  aktiviti  perniagaan di  bawah  Blok A  itu   hanya  berlangsung  semalaman  SAHAJA.  Jika  pihak pengurusan  Uptown D' Kota  mengikut  lunas undang-undang,  pasti kegiatan itu   berterusan selama sebulan seperti dirancang.

Andai  kegiatan  berniaga di zon pembinaan itu dilarang,  masakan  MRT Corporation  tidak menyedari  mengenai  puluhan  kanopi  dipacakkan itu? 

Sebahagian   kanopi  kemudian   telah  dipindahkan  ke luar blok  A dan  dipacakkan  berhampiran  tapak pembinaan  laluan MRT.

Teliti  gambar di bawah.


Kira-kira jam 9.30 pagi tadi, saya menghubungi pegawai Korporat Komunikasi MRT Corporation,  Nadia Azmi.

6   gambar  telah   saya  hantarkan  melalui emel  sebagai rujukan  beliau.

Saya  memohon  penjelasan   berhubung  3 soalan  berikut  atas  kapasiti saya sebagai blogger,  BUKAN  petugas  TV3.

1. Kegiatan  perniagaan  dilapor   telah  dijalankan  di bawah Blok A,  pada Jumaat malam Sabtu lalu.  Adakah  kegiatan  itu  dibenarkan  oleh  MRT Corporation?

2. Kira-kira  30  kanopi  telah  dipacakkan berhampiran  tapak pembinaan  laluan MRT, adakah   tindakan itu  juga  dibenarkan?

3. Sewaktu saya  menghubungi Azhar,  dia mengatakan aktiviti  perniagaan terbabit di luar bidang kuasanya  justeru meminta saya merujuk kepada MBPJ.  Bolehkah kenyataan itu diterima  dan  dicetak?

Bersama  kita  menunggu   jawaban   daripada  MRT Corporation.

Pemimpin  negara kerap  melaungkan  peri pentingnya  ketelusan,  In Sha  Allah ketelusan itu bakal disingkap.


1 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.