Jumaat, Jun 07, 2013

KELISA TERPEROSOK


Gambar disiarkan  dipetik  dari  blog  Penggempur Mutiara.

Sejak kejadian struktur penyambung jamatan kedua Pulau Pinang runtuh pada kira-kira jam 7.15 malam semalam,  pelbagai maklumat disebarkan di media maya dan akhbar tempatan.

Jumlah  korban  belum  lagi  dapat  dipastikan.

Menurut  Pengarah  Urusan Jambatan Kedua Sdn. Bhd, JKSB,  Datuk Dr. Ismail Mohamad Taib,  JKSB akan  membayar  pampasan   RM10,000  kepada setiap mangsa.

Pampasan  RM10,000?  Hemat saya,  JKSB  tidak perlu  secara tergesa-gesa  mengumumkan jumlah  pampasan  terlebih dahulu  seakan  nyawa manusia   boleh ditukar gangti  dengan wang ringgit. 

Tambahan  pula,   usaha  mencari dan  mengeluarkan  mangsa  masih  dilaksanakan  oleh  pihak  berkuasa.  Lebih molek  sekiranya  JKSB  terlebih dahulu  mengetahui jumlah mangsa dan   status kecederaan  mereka. Mungkin RM10,000 itu tidak begitu bernilai berbanding nyawa  ahli  keluarga  terkorban.


Kejadian hitam itu bakal mencetuskan pelbagai persoalan WAJIB dijawab oleh pihak pengurusan JKSB.

Antaranya,  bagaimanakah  orang  awam  dibenar  menggunakan laluan  di  kawasan pembinaan?  Selain  daripada  akur kepada takdir, mengapakah kecuaian boleh berlaku di tapak pembinaan  sehingga  mengakibatkan kehilangan nyawa? Adakah jurutera bertugas bakal didakwa kerana cuai?

InsyaAllah,  petang ini  saya  akan  melakukan  tinjauan ke lokasi.

2 ulasan:

  1. 10k saja? aku rasa harga kereta tu lagi mahal dari tu..harga nyawa bukan setkat 10k, kalau waris nak tuntuk 50 juta sekalipun masuk akal, ni smua kecuaian, dapat duit project, beli barang2 yg tak berkualiti (simen) barang murah, kenapa pihak JKSB tidak mengaimbil iktibar dari kes2 yg berlaku di KL sentral dan cyberjaya dahulu? bnyk sgt kecuaian, jalan tidak di tutup, jgn pikir soal keuntunggan saja, sekarnag baru mandi tak basah tido tak lena, ..betul2 merisau kan la..

    BalasPadam
  2. setuju sangat kata mazidul. mcm mana ada kelulusan untuk lalu bawah jambatan yang masih dlm pembinaan tu. kawasan pembinaan sepatutnya menjadi kawasan larangan kepada orang awam demi keselamatan. 1 lagi jambatan yang dlm pembinaan di kawasan juru. sambungan jambatan pulau pinang kedua. pengguna jalan raya plus terpaksa melalui bawah jambatan tu. Tol dah bayar, tapi keselamatan terjamin ke kalau lalu bawah jambatan yang belum siap tu? risau betul!!!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.