Khamis, Jun 06, 2013

TONY FERNANDES BAKAL MARAH JIKA TERLIHAT KAIN RENTANG TERCEMAR

Mereka terbabit dalam pengurusan  tertinggi Air Asia memang terlalu fasih berbahasa Inggeris.  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan syarikat penerbangan tambang murah itu, Tan Sri Tony Fernandes, bercakap dalam bahasa kedua Malaysia, bak  bertih  digoreng.


Saya  menerima  kiriman  gambar di bawah  melalui  Whatsapp. Tersenyum saya buat seketika  melihat  tulisan dipaparkan.


Kalau Tony  dan Ketua  Pegawai Eksekutif  Air Asia, Aireen  Omar  terlihat gambar di atas, berkebarangkalian  meraka akan  marah.


Oleh itu,  jangan  tunjukkan  gambar kain rentang dengan ejaan tercemar terbabit kepada mereka.

6 ulasan:

  1. Saya setuju bro.. di Malaysia boleh kira dengan jari berapa ramai orang bukan Melayu yang fasih berbahasa Melayu. Malah ada juga orang Melayu yang tak berbahasa Melayu bila bercakap. Sedangkan Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Jika kita ke Indonesia contohnya, semua rakyat Indonesia fasih berbahasa Indonesia. Lihat bangsa Cina Indonesia, mereka sangat fasih berbahasa indonesia. Jauh berbeza dgn di Malaysia.

    BalasPadam
  2. tulah...tempat kita unik,pelbagai kaum, ada yang cakap bahasa melayu tapi bunyi bahasa India,Cina dan Benggali mengikut bangsa atau pengaruh tempat masing2.Ada yang bunyi dari Sabah,Sarawak,K.L,Perak,Trengganu dll. Pada mereka yang belajar tinggi sudah pastinya mereka lebih selesa berbahasa asing supaya semua faham.Al maklum pendengarnya adalah staff,business partner dan yang sekitarnya.

    BalasPadam
  3. SMTI
    FIZAL dan Norliza, apa yang ingin di tekankan oleh Encik Mazidul ialah ejaan nereka tu salah. Ianya patut di eja GENERAL bukan GENEREL. Apa yang korang merepek ni? Hahahaha baca sampai habis lah. Tengok gambar pun tau dah ejaan mereka salah. Malulah syarikat besar tahap antarabangsa.

    BalasPadam
  4. Buat malu cakap Inggris bukan main lagi, ejaan salah. Memalukan Tony Farnandes je.

    BalasPadam
  5. Setiap manusia tak sempurna 100%.Kadang2 muka elok tapi perangai pula tak elok begitulah sebaliknya.Fikir2kanlah....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.