Ahad, Jun 30, 2013

DARI KEM PELARIAN KE LEMBAGA URUSAN TABUNG HAJI


"Saudara  Mazidul, di Aman, Jordan nanti,  saya akan sediakan kenderaan dan pemandu untuk kru Majalah 3 melaksanakan kerja. Saya faham, Majalah 3 memerlukan bahan berita mengikut tuntutan program itu  dan biarlah  saudara bebas  untuk menyempurnakan tugas.  Berhubung  bahan liputan,  saya serahkan kepada saudara. Kita mempunyai kepakaran tersendiri," ujar Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Setibanya di Jordan,  beliau datang ke bilik  saya dan mengkotakan janji itu. Tugasan saya menjadi lebih mudah kerana Azeez berani membuat keputusan.  Sewaktu itu saya menyertai  misi  Bantuan Kemanusiaan ke sempadan Jordan-Syaria bersama Kelab Putera 1Malaysia, KP1M.

30 Oktober 2012, saya, Azeez dan beberapa kakitangan perubatan berada di  rumah Abdel Elah, magsa tembakan AK-47.

Saya perhatikan Azeez.


Tanpa teragak-agak beliau melihat sendiri luka Elah,  tubuh  berlubang di bahagian atas punggung.


Luka tidak dirawat  sempurna  dan berbau hanyir itu diperhatikan oleh beliau dari jarak dekat.


Klik di sini.

Azeez kemudian spontan mengarahkan doktor menyertai misi KP1M merawat mangsa keganasan itu.

Klik di sini.

Melaksanakan tugasan secara sukarela di luar begara bukan khidmat  enteng. Pelbagai kekurangan terpaksa ditampung  menggunakan kebijaksaan bagi memastikan misi tercapai dan  semua terbabit selamat pulang ke tanahair.

Kekadang sebilangan manusia cenderung mencetuskan tanggapan tanpa mengenali individu tertentu. Sebagai  wartawan dan blogger,  saya bersyukur kerana berpeluang  mengenali Azeez sewaktu  bersama  beliau melaksanakan misi sukarela  di luar negara.


Hemat saya mudah.

Jika  ingin  mengenali  seseorang,  mengetahui dan menilai sikapnya,  teliti  tindakannya  pada   saat dia mendepani cabaran  tatkala melaksanakan tanggungjawabnya.

"Kita harus  keluar dahulu dari kem pelarian  kerana bimbang berlaku pertempuran dan akan membahayakan nyawa peserta misi bersama kita. Sebaik keadaan tenang, In Shaa Allah, kita akan masuk semula untuk membantu lebih 37,000 penghuni kem itu," ujar Azeez.

Detik itu kami berdiri kira-kira 100 meter di luar  pintu masuk Kem Za'atari, Marfaq, Jordan.


Sejak beberapa hari lalu, saya terbaca berita terkini mengatakan Azeez bakal menduduki kerusi Pengerusi Lembaga Urusan Tabung Haji, LUTH.  Saya kemudian menghubungi beliau melalui telefon. 

"Saya di Baling (Kedah) saudara. Isyarat telefon tidak begitu bagus," ujar beliau.

"Samalah Datuk, di Kampung Sungai Bil (Tg.Malim, PERAK), tempat kelahiran saya,  Kampung orang miskin  memang begitulah," balas saya.

Kami tertawa.

"Bilakah  Datuk  akan menjadi pengerusi Tabung Haji?," soal saya.

"Surat perlantikan sudah saya  diterima daripada  Datuk Seri Jamil  Khir  Baharom dan In Shaa Allah,  jika tiada aral melintang,  esok saya akan masuk ke pejabat," balas beliau.

Benarlah bak kata pepatah Melayu,  tidak kenal maka tidak cinta.

Melalui pemerhatian saya, Azeez,  pemimpin kelihatan agresif di luar tetapi hati beliau sentiasa  prihatin.  Sifat prihatinan dipraktikkan selama ini   tentunya bakal menjadi nilai tambah  sewaktu  beliau bertugas di Tabung Haji.

Apapun, Datuk Azeez,  selamat menjalankan tanggungjawab, In Shaa Allah ana juga mahu pergi haji .. .( baca dalam nada Arab) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.